Anda di halaman 1dari 19

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, ingin kami ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kesempatan kepada kami untuk menyiapkan assignment ini dengan jayanya. Alhamdullillah sepanjang menyiapkan assignment ini, kami berjaya menangkis segala permasalahan yang timbul. Terima kasih juga diucapkan kepada keluarga kami bertiga kerana senantiasa menyokong dan memberi galakan terhadap kami. Mereka sentiasa menyokong kami dengan membantu kami sedikit sebanyak dalam memahami tajuk kami dengan lebih mendalam. Di sini, kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah CTU101 kami, Puan Nor Azmawati bt Abd Aziz,kerana beliau sentias membantu kami. Segala kesulitan dalam menjayakan assignment ini dapat diatasi dengan bantuan beliau. Terakhir sekali,terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan assignment ini.Kawan-kawan D1E5,kawan sebilik kami dan semua yang terlibat,terima kasih kami ucapkan.

PENDAHULUAN
Kerja kursus kami membincangkan mengenai langkah-langkah untuk mengatasi masalah social dalam perspektif islam. Cara-cara yang berkesan dan diterima didalam islam dan tidak melanggar syariat islam. Kami memperoleh maklumat melalui laman sesawang dan buku ilmiah yang dicari di perpustakaan kolej. Kami membahagikan tugas kepada dua bahagian iaitu pencarian dan penyediaan laporan. Farah Sakinah menyediakan laporan manakala Nur Sharifah hidayah wafa dan faris mencari maklumat di laman sesawang dan buku ilmiah di perpustakaan.

ISI PERBINCANGAN
Dari beberapa punca masalah social yang ada, kami dapat mengemukakan beberapa langkah bagi mengatasi masalah social dalam perspektif islam. Antara langkah-langkah ialah :

1. STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Definisi Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam. Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal. Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)

Stress itu ujian Allah SWT.


Didalam al-quran, allah telah menyebut, Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Surah Al-Baqarah (2):155. Terdapat juga hadis dari Riadus Solihin yang menyatakan Kesedihan atau malapetaka yang

menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan. Segala kepayahan dan kesusahan adalah ujian Allah untuk menguji hambanya. Langkah bagi pemulihan stress Antara langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi pemulihan stress dari segi fizikal ialah dengan mengubah cara hidup, dari itu kita dapat melihat sesuatu yang baru bagi diri kita. Seterusnya ialah melatih diri dengan rutin yang baru. Selain itu kita juga boleh belajar bertenang, sabar, kawal atau abaikan perkara yang baik dan buruk untuk diri kita. Kita juga boleh melatih diri kita dengan berfikir secara positif dan membuat perubahan positif kepada diri. Rehat dan bersenasam juga dapat mengurangkan stress. Kita juga perlu sedar akan keupayaan diri kita dan membuat perancangan yang teratur. Disamping itu,kita juga harus pertingkatkan ibadah dan elakkan dari melakukan perkara yang dilarang agama. Akhir sekali ialah redha dan tawakal atas segala usaha yang telah kita lakukan. Manakala dari segi rohani pula hanyalah dengan berzikir (sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.), melakukan solat sunat (solat sunat hajat dan solat sunat taubat.) dan berdoa (doa mengelakkan lapan perkara iaitu Rasa sedih, Dukacita, Malas, Lemah, Penakut, Bakhil, Bebanan hutang, Gangguan Manusia dan memohon ketenangan hati dan jiwa.) kepada Allah SWT. Akhir sekali ialah dengan membaca ayat suci al-quran. Firman Allah yang bermaksud: Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. Surah al-baqarah (2):153) juga menyatakan agar kita memohon ketenangan dari Allah SWT.

2. BERDAKWAH Pengenalan dakwah Dakwah adalah satu program yang terancang dan boleh membawa kepada pengamalan dan penghayatan Islam dalam diri seseorang individu. Dalam Islam, dakwah adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam sama ada secara individu atau secara kolektif. Dalam menangani isu gejala sosial di kalangan remaja masa kini, peranan pendakwah adalah amat penting untuk membuktikan bahawa Islam mampu dan boleh menyelesaikan pelbagai masalah sosial yang melanda negara kita. Setiap pendakwah perlu mempunyai pelbagai kemahiran yang sesuai dengan perkembangan semasa. Antaranya ialah kemahiran dan pendekatan, pengetahuan dalam bidang psikologi dan kemahiran komunikasi. Secara umumnya, masyarakat telah mengetahui tentang gejala sosial atau masalah masalah keruntuhan akhlak yang sedang wujud di kalangan umat Islam di negara ini.Walaupun gejala sosial ini juga wujud di kalangan masyarakat bukan Islam, tetapi apa yang lebih menonjol ialah permasalahan di kalangan umat Islam. Permasalahan ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja dan perlu dihadapi dan ditangani oleh masyarakat Islam dengan penuh hikmah dan bijaksana. Peranan setiap individu Muslim adalah sangat penting dalam menangani isu gejala sosial dan tugas ini adalah tanggungjawab dakwah yang perlu dilaksanakan bersama. Umumnya, gejala sosial ini boleh berlaku akibat dari kesalahfahaman, ketidakfahaman, kejahilan dan keangkuhan terhadap perintah Allah SWT dan Rasullullah saw. Disamping itu, faktor-faktor persekitaran juga turut memberikan sumbangan terhadap gejala sosial yang berlaku. Tugas untuk membetulkan semula keadaan ini adalah satu tuntutan Islam dan ia selaras dengan perutusan Rasulullah saw yang membawa risalah dakwah Islam bagi membimbing umat manusia ke arah kebenaran. Setiap Muslim sebagai pendakwah khususnya dalam menanggani masalah gejala sosial yang sedang berlaku. Peranan Pendakwah Dalam Menangani Gejala Sosial Dalam menangani gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat, peranan setiap individu Muslim adalah amat penting. Maka, kefahaman terhadap konsep dan pelaksanaan dakwah adalah amat diperlukan. Perkembangan negatif yang melibatkan remaja dan orang dewasa Muslim perlu ditangani dengan lebih serius dan bijaksana.

Kelambatan dalam memberikan perhatian kepada mereka boleh merosakkan masa hadapan negara. Perlaksanaan undang-undang yang ada pada masa kini tidak akan mampu menyelesaikan masalah sosial yang berlaku kerana kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam adalah terlalu kecil berbanding dengan jenis kesalahan-kesalahan dalam Islam (Mohd Daud Bakar 1995). Maka, peranan pendakwah adalah amat penting dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran Islam dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian. Konsep Tauhid perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan individu Muslim. Cara pendekatan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah. Peranan pendakwah dalam menangani gejala sosial boleh dilihat dari beberapa aspek seperti berikut: a) Kemahiran Dan Pendekatan Dakwah merupakan suatu proses yang berterusan dengan matlamat untuk mengubah sasaran dakwah agar bersedia menuju ke jalan Allah, dan secara berperingkat mengarah kepada kehidupan yang Islamik. Suatu proses berterusan memerlukan perancangan dan pendekatan yang sistematik yang boleh dilaksanakan dan dinilai secara terus-menerus agar ia dapat mengubah tingkah laku madu sesuai dengan matlamat yang telah dirumus (Syamsul Bahri 2003). Sebagaimana yang telah difahami, pendekatan secara hikmah dan nasihat yang baik dan bijaksana adalah amat penting dalam menjalankan tugas dakwah, khususnya di kalangan remaja dan generasi muda. Bagi mendekati mereka, kita harus menggunakan strategi yang berhemah dengan penuh kasih sayang dan sopan santun. Madu perlu melihat pendakwah sebagai individu yang boleh diajak berbincang dan dipercayai. Dengan itu, mereka dapat meluahkan perasaan mereka tanpa wujud rasa segan dan malu. Tugas kita menyampaikan dengan cara yang terbaik dan bukan memaksa dengan keras dan berhujah sehingga menimbulkan kemarahan dan ketegangan antara dai dan madunya. Cara kita harus dapat membawa mesej dakwah yang dapat memberikan keuntungan. Ramai remaja Muslim yang melakukan kesalahan disebabkan kejahilan atau disebabkan pengaruh luaran. Seharusnya kita perlu bijak untuk memilih pendekatan yang paling baik dan sesuai terhadap madu bagi memastikan mereka

memahami ajaran Islam itu sendiri. Madu yang menjadi sasaran dakwah tidak boleh dianggap sebagai individu yang statik dan tidak berkembang. Oleh itu, dakwah tidak boleh diarahkan hanya kepada penyampaian ceramah dalam pengertian yang sempit dan berkisar kepada perkara-perkara bersifat ibadah semata-mata. Latar masyarakat masa kini dengan pelbagai corak dan keadaannya perlu dianalisis bagi mendapatkan input dalam rangka penyempurnaan serta menentukan kemahiran dan pendekatan dakwah yang efektif. Sirah Nabawiyyah adalah contoh yang terbaik yang perlu kita ikuti. Persoalannya sejauh manakah kefahaman dan penghayatan terhadap konsep hikmah ini? Apakah benar dan tepat kefahaman kita terhadap konsep hikmah? Atau hikmah yang kita fahami itu sememangnya hikmah atau pun sebaliknya. Maka, setiap pendakwah perlu mempunyai kemahiran atau cara dakwah yang berasaskan kepada Firman Allah dalam Surah Al-Nahl:125 yang bermaksud Serulah (manusia hai Muhammad) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan mauizah (nasihat) yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Selain itu pendakwah perlu mencari role model kepada setiap individu Muslim kerana kebanyakan remaja kini tidak mempunyai role model yang baik. Ibu bapa kadangkala tidak dilihat sebagai role model disebabkan kekurangan dan kelemahan yang ada pada ibu bapa sendiri. Organisasi dakwah perlu memperbanyakkan lagi forum, perbincangan serta usrah dan juga Islamic peergroup counseling, yang boleh menarik minat ahli masyarakat yang bermasalah. Pendakwah perlu menjadi sebuah pohon yang rendang bagi melindungi individu yang bermasalah dalam masyarakat. Penyampaian ceramah kadangkala kurang berkesan kerana mesej yang disampaikan kurang sesuai dengan tahap ilmu pendengar serta tidak wujud interaksi dua hala antara mereka. Pada pandangan Syamsul Bahri (2003), dakwah sering disalah ertikan sebagai suatu pesanan yang datang dari luar. Oleh itu, pendekatan dakwah lebih diwarnai dengan pendekatan interventif dan dai pula meletakkan diri mereka sebagai orang asing yang tidak berkait langsung dengan apa yang dirasakan dan diperlukan oleh masyarakat sebagai madunya.

Selain itu, penyampaian ilmu tradisional yang sering digunakan pada masa kini perlu disepadukan dan disesuaikan dengan pemikiran generasi muda. Kajian mendapati pendekatan yang tidak formal seperti sukan, khidmat atau perkhemahan lebih menarik minat golongan remaja berbanding orientasi dakwah berbentuk ceramah dalam pengertian yang sempit. Fungsi dan peranan institusi masjid perlu dimaksimakan dan ia dapat memenuhi minat dan kegemaran remaja yang sememangnya jarang ke masjid. Fizikal, tataatur dan persekitaran masjid seharusnya dapat merangsang kehadiran remaja. Kemudahan kemasyarakatan perlu dipertingkatkan lagi bagi memenuhi hasrat dan kesesuaian generasi muda masa kini. Pendakwah juga harus mempunyai kemahiran dalam penggunaan alat-alat komunikasi terkini terutama komputer. Mereka harus berkemahiran dalam melayari laman-laman web dan membina laman web mereka sendiri. Lamanlaman web on-line untuk kaunseling Islam perlu ditambah dan penggunaannya perlu dipopularkan. b) Pengetahuan Dalam Bidang Psikologi Pendakwah juga perlu mempunyai kemahiran psikologi kerana perkembangan seseorang individu banyak dipengaruhi oleh perkembangan sosio-budaya, sosioekonomi, psiko-sosial, kognitif, moral dan latar belakang keagamaan. Tentunya kita tidak boleh mengambil secara total idea atau pandangan dari barat seperti Kholberg, Ericsson dan Piaget akan tetapi boleh dijadikan maklumat tambahan dan perbandingan kepada perdakwah. Ini disebabkan wujud sebahagian ahli masyarakat kita menerima secara total, secara sedar atau tidak sedar, pandanganpandangan barat tanpa menyesuaikan dengan suasana dan biah masyarakat kita. Seharusnya, pendakwah merujuk kepada metodologi pendidikan dan psikologi yang telah diasaskan oleh Rasulullah saw yang kemudiannya dikembangkan oleh Al-Farabi, Ibnu Sina, Abu Hassan Al-Mawardi, Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun (Hassan Langgung 1981). Tujuan utama dakwah ialah untuk memberikan bimbingan kepada manusia untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Tentunya dakwah memerlukan pendekatan yang

berkesan kerana ia melibatkan aspek perkembangan jiwa, hati dan perasaan. Ab Aziz (1999) telah merumuskan pandangan Al-Qardawi bahawa antara ilmu yang paling berguna untuk seorang dai ialah ilmu psikologi kerana ia: Menerangkan tanda-tanda dan hasil-hasil yang berfaedah kepada iman dan penghayatan agama seseorang. Menolong untuk memahami dalil-dalil agama dan tafsir-tafsir yang sesuai dengan akal semasa. Boleh menambahkan maklumat untuk memahami rahsia hukum syarak yang bolehmembawa penambahan iman. Menolong pendakwah memahami jiwa sasaran, penumpuan sasaran dan cara mempengaruhi jiwa mereka dengan lebih mudah. Pendakwah yang mempunyai ilmu psikologi akan mendapat kelebihan kerana ilmu psikologi membantu seorang dai mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang individu khususnya yang berkaitan dengan perubahan sikap dan personaliti. Di samping itu, pendakwah juga akan dapat menganalisa proses, pendekatan dan keberkesanan dakwah yang disampaikan. c) Kemahiran Interaksi Dan Komuniskasi Proses dakwah boleh dihubungkaitkan dengan proses pendidikan yang memerlukan interaksi yang berkesan antara dai dan madu. Malah, untuk menjadi lebih efektif lagi, dakwah boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran bimbingan dan kaunseling. Dalam dakwah, kemahiran interaksi adalah penting bagi memaksimumkan keberkesanan dakwah yang diberikan. Dalam kaunseling, suasana yang membolehkan seseorang merasa bebas, tidak tertekan dan bertanggunjawab terhadap diri sendiri dikenali sebagai suasana teraputik. Dr. Zuria Mahmud dan Salleh Amat dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2000) telah memperkenalkan model interaksi teraputik dalam pendidikan. Pendekatan ini boleh disesuaikan dan diaplikasikan dalam proses

menyampaikan dakwah. Dalam dakwah, langkah-langkah interaksi teraputik boleh disesuaikan seperti berikut: Langkah 1 Membina Hubungan. Dalam langkah pertama ini, pendakwah berusaha mewujudkan suasana kondusif yang membolehkan interaksi dengan madu. Beberapa kemahiran perlu dilaksanakan iaitu: Ekspektasi yang sihat pendakwah perlu mengenali latar belakang dai sebelum beliau menyampaikan mesejnya Membina imej yang kongruen pendakwah perlu mempamerkan imej diri sebagai insan yang boleh dicontohi melalui tingkah laku lisan dan bukan lisan Membina peraturan Pendakwah perlu memberi kefahaman adab-adab, nilai-nilai akhlak serta batasan-batasan halal dan haram dalam komunikasi dan hubungan. Langkah 2 Mengenali Masalah. Pendakwah cuba mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh madu. Kemahiran yang perlu ialah: Soalan yang boleh dijawab Memberikan peluang kepada madu menerangkan masalah yang dihadapi Mesej saya Pendakwah memberikan pandang beliau Mesej anda Memahami yang apa yang tersirat dalam diri madu dan cuba membantu beliau Langkah 3 Mencari Penyelesaian. Mencari beberapa alternatif dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah yang timbul mungkin tidak dapat diselesaikan dengan satu cara sahaja. Ini boleh mengajak mad`u berfikir tentang cara menyelesaikan masalahnya. Dua kemahiran boleh dilakukan: Apa yang kita mahu Pendakwah menerangkan apakah hasrat atau harapan yang mahudilihat oleh beliau. Apa yang kita boleh buat Pendakwah akan bertanya langkah-langkah seterusnya untukmemperbaiki masalah atau meningkat keadaan

Langkah 4 Pelaksanaan. Mad`u melaksanakan apa yang telah diperbincangkan antara mereka. Langkah 5 Penilaian. Ia dilakukan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah, pendekatan dan proses dakwah yang dijalankan. Interaksi teraputik dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses dakwah khususnya dikalangan remaja dan belia kerana mereka diberi peluang untuk berkongsi pandangan dalam menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Mereka tidak akan merasa diketepikan malah dihargai oleh masyarakat. Adalah lebih baik lagi jika setiap ibu dan bapa dapat didedahkan kemahiran-kemahiran ini bagi memantapkan lagi pengurusan kekeluargaan mereka. Pendekatan bimbingan dan kaunseling dapat digunakan dalam dakwah kerana apa juga bentuk pendekatan boleh digunakan dalam dakwah asalkan tidak bercanggah dengan syarak. Di dalam era globalisasi, di samping peperangan fizikal, kita turut menyaksikan pertembungan dan pertempuran ideologi dan pemikiran yang memerlukan pelbagai bentuk strategi. Strategi yang digunakan tentunya berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain dan sesuai dengan perkembangan semasa. Pengalaman yang telah dilalui oleh generasi terdahulu seharusnya dijadikan panduan dan iktibar oleh para pendakwah di dalam melaksanakan tugas mereka. 3. PERSAUDARAAN Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim. Firman Allah SWT :Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. Surah Al Hujuraat : Ayat 13

Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah (atau perhubungan baik) perlukan diwujudkan. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara dua kelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang menyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap Muslim dari melakukannya. Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat dari perbuatan devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan untuk mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh diambil. Peranan Ibubapa Menurut Mazlan (2008) dalam artikel di laman blognya yang bertajuk Punca-punca Dan Cara-cara Mengatasi Masalah Disiplin mengatakan bahawa antara punca paling utama yang menyumbang kepada kebejatan sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga. Justeru, menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang harus diambil ialah menghidupkan kembali peranan ibubapa yang aktif dalam memastikan tahap akhlak dan keperibadian anak-anak sentiasa utuh dalam diri mereka.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010) dalam tulisannya di akhbar Berita Harian Online bertajuk Kekeluargaan Renggang Punca Masalah Sosial, beliau menyatakan bahawa akibat dari kesibukan kedua ibubapa mengejar kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan sosial dalam keluarga hanya dipandang sepi dan remeh. Jika semakin membarah baru hendak diambil tindakan. Sewaktu itu nasi sudah menjadi bubur bagi ibubapa tersebut. Selain itu ibubapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,

mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Peranan pihak sekolah Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang boleh diambil dalam mengekang penularan masalah gejala sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak sekolah terutama dari aspek akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahanperubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Malah menurut beliau lagi, pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain langkah perundangan, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan dengan memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya

menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG janganlah jadi umpama Kucing tak bergigi, Tikus lompat tinggi-tinggi

Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau telah menggariskan beberapa peranan yang harus dimainkan oleh pihak sekolah dalam membendung penularan masalah sosial ini. Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Boleh juga memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi. Pihak sekolah juga perlu memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self-criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (kerana enggan sembahyang) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya. Firman Allah : "Dengan rahmat Allah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. (Surah Ali Imran : ayat 159) Peranan media massa Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau telah mengatakan media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, fahaman kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berfoya-foya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa

akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana cultural domination dan imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya. Peranan rakan sebaya Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bahawa rakan merupakan antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya (1972) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka. Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah : kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan

wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa. Peranan masjid Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjemaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam, bahkan di kota-kota besar dunia kewujudan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, roh Islam dan akhlak. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah. Ilmu yang dipelajari membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Antaranya ialah: 1. Kelas Fardu Ain 2. Kelas Tajwid & Qiraat. 3. Kelas Bimbingan Remaja. 4. Kelas Bahasa Arab. 5. Ceramah Berkala. 6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Sahsiah. 7. Kursus Rumahtangga Bahagia. 8. Kursus Pengurusan Jenazah. 9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal. 10. Kursus Dakwah dan Imamah. 11. Acara Tadarus al-Quran. 12. Khemah Ibadan & Qiamullail. 13. Kursus Pengurusan Masjid. 14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar. 15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid. 16. Kempen Memakmurkan Masjid. 17. Membentuk organisasi Belia Masjid (Rakan Masjid)

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya. Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar-Rum:41) Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Ali-Imran: 104) Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali-Imran : 110)

Anda mungkin juga menyukai