Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Al-Khalq merupakan kata dasar bagi akhlak yang berasal dari bahasa Arab. Melihat
pandangan ahli-ahli bahasa seperti Ibn. Manzur (1956) yang menyenaraikan
perkataan lain yang hampir sama dengan akhlak iaitu perangai, tabiat, maruah, budi
pekerti dan agama. Kamus Dewan menafsirkan akhlak sebagai budi pekerti,
kelakuan, tabiat dan watak. Akhlak juga ditakrifkan sebagai adat kebiasaan,
perangai, tabiat, maruah dan kehormatan serta fungsi agama (Jamil Saliba,1982).

Melihat daripada sudut pandang moralis Islam pula, Ibn. Miskawaih (1996)
memberikan pendapat bahawa akhlak merupakan suatu keadaan jiwa yang
menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa pertimbangan akal
fikiran. Huraian lanjut kepada keadaan jiwa menurut beliau adalah berdasarkan
kepada pertama, jiwa yang dibentuk secara fitrah dan semulajadi. Sebagai contoh,
perasaan marah dan sedih yang terhasil tanpa dipaksa. Kedua, jiwa yang
perasaannya dibentuk melalui latihan dan kebiasaan. Oleh itu, beliau menyimpulkan
lagi bahawa akhlak ialah perbuatan yang lahir daripada kedua-dua keadaan jiwa
yang telah dinyatakan. Tidak dilupakan juga pandangan Imam al-Ghazali (1996),
yang memberikan takrifan yang hampir sama dengan Ibn. Miskawaih yang
menyatakan bahawa akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang.
Menurutnya lagi, akhlak bukan pengetahuan atau kemampuan seseorang untuk
melakukan sesuatu, tetapi akhlak adalah keadaan jiwa yang menjadi akar kepada
lahirnya tingkah laku yang baik atau buruk.

Kesimpulannya, akhlak merupakan tingkat tertinggi selepas akidah serta merupakan


matlamat utama risalah Islam (Fathi Yakan, 1982). Islam menetapkan akhlak
sebagai satu sistem atau peraturan yang merangkumi tingkahlaku manusia secara
terperinci. Oleh hal yang demikian, keimanan dikaitkan dengan tindakan seseorang
seperti mana agama Islam yang menjadikan akhlak mulia sebagai salah satu
daripada kesempurnaan iman. Sabda Rasulullah s.a.w

1
2.0 Isu Keruntuhan Akhlak dalam Kalangan Remaja

2.1 Definisi Remaja secara Umum

Remaja yang berumur 11 hingga 21 tahun merupakan transisi antara zaman


kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi,
sosial dan ekonomi. Tidak dilupakan juga, dalam transisi umur ini juga melibatan
proses perubahan peringkat tidak matang kepada peringkat lebih matang. Semasa
seseorang berada dalam fasa remaja akan menghadapi pelbagai krisis
pembentukan dan pembangunan jati dan identiti diri. Oleh hal yang demikian,
kegagalan dalam fasa ini akan menyebabkan remaja mengalami kekeliruan.
Kekeliruan yang tidak ditangani akan membawa kesan yang buruk kepada gejala
sosial yang sedia ada. Justeru itu, ini akan memberi ancaman kepada sumber
manusia yang akan memberi kemudaratan kepada negara dalam jangka masa
panjang. Lantaran itu, masalah sosial yang dialami oleh remaja harus ditangani agar
mereka tidak terus menimbulkan ancaman besar terhadap pembangunan dan
kemajuan negara.

2
2.2 Isu Penyalahgunaan Dadah

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Zulkifli Abdullah


melaporkan dalam akhbar Sinar Harian bahawa seramai 1,275 pelajar yang positif
dadah daripada 42,409 murid sekolah menengah di seluruh negara yang disaring
pada tahun lalu. Meneliti kajian yang dijalankan oleh (Nurul Hatika et al.,2013) yang
mendapatkan laporan dari Ibu Pejabat Pusat Pengasih bahawa antara faktor yang
mendorong kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja ini adalah
daripada perasaan ingin mencuba. Perasaan ini menyebabkan mereka tidak dapat
mengawal diri sendiri. Selain itu, remaja juga disifatkan dengan berdarah muda di
mana pada usia sebegini lebih cenderung ke arah keseronokan dan hiburan. Oleh
hal yang demikian, mereka mencuba dadah untuk kepuasan diri sendiri yang
akhirnya membawa kepada kebinasaan pada diri, bangsa, agama dan negara.

Bagi setiap perbuatan pasti terdapat impak yang mendatang. Oleh itu, kesan bagi
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja ini adalah mereka yang terlibat akan
menghadapi lemah daya tahan dan kerosakan mental. Daya ketahanan mental di
sini diertikan sebagai satu proses yang memerlukan seseorang itu bertindak ketika
berhadapan kesukaran, trauma dan juga tekanan. Dadah akan memberi kesan
buruk dari sudut psikologi individu tersebut yang menyebabkan tindak-tanduk
mereka ketika berada di bawah pengaruh dadah ini berada di luar kawalan. Selain
itu juga, ini akan memberi impak kepada bidang akademik pelajar itu sendiri. Remaja
tidak megambil berat terhadap akademik mereka dan melebihkan waktu kepada
kegiatan ketagihan dadah. Oleh itu, ini akan memberi impak kepada
tanggungjawabnya terhadap pelajaran, keluarga dan masyarakat sekeliling.

3.0 Langkah Penyelesaian

Menjadi tanggungjawab pelbagai pihak untuk menggembeleng tenaga dalam


menangani masalah kegiatan penyalahgunaan dadah seperti masyarakat setempat

3
memainkan peranan dalam isu ini, bantuan majikan, guru dan ibu bapa (Ahmad
Ismadi Ismail,2020)

3.1 Sokongan Komuniti

Pelaksanaan sokongan komuniti dalam usaha menangani isu


penyalahgunaan dadah adalah penting dalam kalangan remaja khususnya agar
mereka tidak berasa tersisih dan Kembali mengulangi perbuatan yang sama. Hal ini
demikian kerana, motivasi dan keyakinan diri dalam kalangan penagih dadah
khususnya remaja ini berada pada tahap yang rendah. Justeru itu, dengan sokongan
sosial dari komuniti setempat serta kerjasama bersama agensi-agensi yang
berkaitan dalam mencegah penyalahgunaan dadah ini dapat membantu perubahan
tingkahlaku mereka (Mowbray et.al,2010). Oleh itu, Pusat PENGASIH menggunakan
kaedah yang baik untuk mengatasi isu ini dengan mengadakan program kumpulan
sokongan. Program kumpulan sokongan ini bertujuan untuk mewujudkan semangat
perpaduan dan keyakinan diri di kalangan penagih-penagih yang tinggal di pusat
tersebut.

3.2 Perkaitan Bagi Kaedah Sokongan Komuniti Dan Al-Quran

Dalam Islam juga kaedah ini tergolong di bawah kaedah dakwah bil hal. Dakwah bil
hal ialah suatu proses dakwah yang dilakukan dengan cara menunjukkan sikap,
gerak geri, kelakuan dan perbuatan (akhlak) dengan harapan agar dapat
diterima,melihat, memperlihatkan dan mencontohinya, diterima (mad’u) oleh orang
ramai. Selain itu, kaedah dakwah ini juga dikenali sebagai satu ruang yang
membantu masyarakat dalam program pembangunan diri iaitu kegiatan-kegiata
dakwah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebahagian hidup umat
(Siti Undriyati,2015). Kaedah dakwah ini boleh dijalankan melalui dakwah fardhiah
(perseorangan) atau amal jama’ah (berkumpulan). (Mustafa Masyur:t.th,
Suisyanto:2002).

4
Justeru itu, dalam konteks ini akan membincangkan tentang kaedah dakwah bil hal
dengan khidmat kerana kaedah ini lebih menepati langkah penyelesaian yang di
ambil oleh Pusat PENGASIH. Umum mengetahui bahawa pendekatan dakwah bil
hal dengan khidmat ini berkait rapat dengan tuntutan agama dalam membantu
golongan yang memerlukan, golongan yang berkemampuan dan peningkatan taraf
hidup. Kaedah dakwah ini adalah cenderung kepada memberi bantuan kepada
mereka yang lebih memerlukan khususnya bagi golongan yang dua’fa (lemah).
Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 75 :

Huraian lanjut bagi mengapa kempen kesedaran yang dijalankan ini bertepatan
dengan garis panduan al-Quran adalah dengan melihat kepada firman Allah dalam
surah ini yang mengingatkan bahawa kaum muslimin membantu saudara-saudara
yang lemah dengan berhikmah. Hal ini demikian kerana, pendekatan kempen
kesedaran yang dijalankan dengan berhikmah akan membuka pintu hati mereka
untuk berubah ke arah kebaikan. Tafsiran ayat tersebut yang ditafsirkan oleh
Suisyanto (2002) bagi frasa “membela yang lemah” adalah dengan membantu untuk
memberikan perkhidmatan membebaskan orang muslim yang sedang menghadapi
kesulitan serta melindungi saudaranya dari ancaman musuh.

5
RUMUSAN

Setiap insan yang melakukan kesilapan pasti aka nada perasaan ingin berubah ke
arah kebaikan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab masyarakat khususnya untuk
membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Sebaiknya menghulurkan
bantuan daripada segi psikologi dengan memberi sokongan moral atau
menunjukkan serta memberikan khidmat yang baik yang bertepatan dengan garis
panduan al-Quran sedikit sebanyak dapat membantu membuka pintu hati seseorang
untuk berubah ke arah kebaikan. Kesimpulannya, dengan khidmat baik yang
disalurkan dapat meyakinkan mad’unya dengan dirinya untuk mengikut keluar dari
lembah kegelapan dari isu penyalahgunaan dadah.

6
RUJUKAN

Al-Quran

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (1996), Ihya’`Ulum al-Din. Vol.2,
Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah,h.57

Ahmad bin Muhammad Ibn.Miskawaih (1996), Tahdhib al-Akhlaq wa Tathir al-‘Araq.


Beirut : al-Jami’ah al-Amirkiyyah, h. 31

Fathi. Yakan (1982), Maza Ya`ni Intima’il Islam. Cet:Ke 8, h, 37

Ibn.Manzur, (1956), Lisan al-‘Arab, vol.3, Mesir : Mu’assasah al-Misriyyah


al-‘Ammah, di bawah perkataan al-khalq

Jamil Saliba (1982), al-Mu’jam al-Falsafi. Juz 4, Beirut : Dar al-Kitab al-Lubnani, h
539

Mustafa Masyhur, t.t, Dakwah Fardiyyah, www. Dakwah. Info

Nurul Hatika, Aimi Amalina bt Abu Hanapah, Norhidayu bt Juhari, Sharifah Shafiqah
bt Wan Tuah, Nuur Shahira bt Mohd Asr. (2013). Analisis Faktor
Penyalahgunaan Dadah dan Langkah Mengatasi Dari Segi Kognisi di Pusat
Pengasih Malaysia. 9.

Siti Undriyati (2015),“Strategi Dakwah Bil hal di Masjid Jami’ Asholikhin


Braingin

Suisyanto (2002), “Dakwah Bil hal (Suatu Upaya Menumbuhkan Kesadaran


dan Mengembangkan Kemampuan Jamaah)”, Jurnal Aplikasi Ilmu-Ilmu
Agama,Vol III, No.2 Disember:182-192

Susan Mowbray & Christine Halse (2010) The purpose of the PhD: theorisingthe
skills acquired by students, Higher Education Research & Development, 29:6,
653-664, DOI:10.1080/07294360.2010.487199

Anda mungkin juga menyukai