Anda di halaman 1dari 1

Cadangkan cara-cara untuk melahirkan muslim yang berakidah.

Akidah merupakan sebuah pegangan umat Islam yang wajib dihayati dan ditekankan dalam
kehidupan. Dari segi istilah akidah bermaksud kepercayaan atau keimanan yang teguh dan
kukuh dalam jiwa kepada hakikat dan nilai yang mutlak, tetap, kekal, pasti serta suci tanpa
berbelah bahagi kepada Allah SWT dan segala sifatNya. Oleh itu, bagi melahirkan seseorang
individu muslim yang berakidah, terdapat beberapa langkah yang dapat diambil dan diikuti bagi
membentuk keperibadian tersebut.
Antaranya, dalam sesebuah institusi kekeluargaan, ibu bapa memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah diri anak-anak. Segala syariat dan larangan yang termaktub dalam
hukum hakam Islam haruslah didedahkan sejak di usia muda mereka agar mudah sebati dan
kekal dalam jiwa dan kehidupan mereka kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Elemen
yang utama yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak adalah rukun-rukun Islam dan Iman
terutama berkaitan dengan syariat mendirikan solat lima waktu kerana ia adalah tonggak
kepada pembangunan agama Islam itu sendiri. Sebagaimana sabda Nabi SAW, solat juga dapat
mencegah daripada perbuatan maksiat dan kemungkaran seterusnya dapat menjaga dan
menguatkan akidah seseorang.
Seterusnya, pihak yang berkenaan yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran dan
undang-undang Syariah ini haruslah memainkan peranan dengan lebih efisien. Sebagai contoh,
mewartakan hukum hudud kepada mana-mana individu yang melanggar dan jelas
membangkang syariat Islam walhal mereka adalah daripada umat Islam. Sebarang aktiviti yang
merosakkan akidah seperti berjudi, bermain nombor ekor dan meminum arak sewajarnya
diharamkan serta merta dalam negara yang majoritinya penduduk beragama Islam. Selain itu,
puak-puak penyokong tegar perlaksanaan bebas LGBT (Lesbian Gay Bioseksual Transgender) di
negara kit aini haruslah diberikan amaran dengan lebih lantang supaya golongan ini tidak lagi
berani membangkitkan hak kemanusiaan yang dikatakan oleh mereka namun sangat jelas
melanggar syariat Islam yang boleh mendatangkan bala daripada Allah. Dengan demikian,
kegiatan-kegiatan kemungkaran pasti akan dapat dibendung seterusnya dapat membentuk
individu yang mementingkan dan menjaga akidah sebagai seorang mukmin.
Akhir sekali, kita sebagai individu muslim itu sendiri perlulah mempunyai penghayatan
yang mendalam terhadap konsep akidah supaya kita dapat berpegang teguh pada ajaran Allah
SWT dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang fasik dan musyrik. Antaranya,
menghindarkan semua perbuatan yang dapat membatalkan keimanan seperti bergurau senda
mengenai malaikat dan para nabi serta mempersendakan agama Islam seperti meminum air di
khalayak ramai ketika bulan Ramadan dan berjudi. Dalam pada itu, seharusnyalah kita sentiasa
menempatkan diri dalam majlis-majlis agama serta mendampingi para alim ulama yang
muktabar supaya segala ilmu yang diperoleh merupakan ilmu yang benar dan tidak
bertentangan dengan syariat. Lantaran itu juga, individu-individu yang sentiasa membangkang
dan sering melakukan amalan yang ditegah oleh Allah haruslah dikurangkan pergaulannya
kerana bimbang sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai