Anda di halaman 1dari 3

Sila jawab soalan yang diberikan berdasarkan kefahaman anda terhadap nota yang diberikan.

1. Berdasarkan kefahaman anda apakah yang dimaksudkan dengan maqasid syariah?

 Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada perkataan maqsad
yang diambil dari kata kerja ( ‫ ) قصد‬yang membawa maksud; pegangan, punca, sasaran,
kelurusan, keadilan dan kesederhanaan. Dengan lain perkataan, istilah ini merujuk
kepada maksud ‘objektif’ yang membawa erti berasaskan kenyataan atau fakta sebenar.
Manakala Syariah berasal daripada perkataan syara’a ( ‫ ) شرع‬yang bermaksud sumber
air yang tidak pernah putus dan terus mengalir, memulai sesuatu pekerjaan dan
menjelaskan, menerangkan serta menunjukkan jalan. Dari segi istilah, ia merangkumi
keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasul-
Nya nabi Muhammad SAW.

2. Untuk mencapai objektif utama syariah, manusia perlu memelihara dan menjaga 5 perkara
asas dalam kehidupan mereka, Nyatakan perkara tersebut
 Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama
 Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia
 Menjamin kehormatan dan maruah diri
 Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal
 Menjamin kehormatan dan maruah diri

3.Sila jelaskan peranan syariah dalam pembangunan Ummah dan berikan contoh-contoh yang
releven

 Pembangunan menurut Islam – bertujuan mencapai kemajuan hidup melalui


peningkatan jasmani dan rohani secara seimbang.
 Kualiti pembangunan + modal insan [bukan maju dari sudut ekonomi semata-mata]
Falsafah pembangunan:

Prinsip Tauhid – bagaimana kita menyedari KekuasaanNya dan menggunakan


amanahNya dgn sebaik mungkin
Khilafah – sebagai seorang khalifah, tanggungjawab utk memakmurkan bumi Allah
Tazkiyyah – konsep penyucian ‘Adalah – adil dalam pembangunan

 Pembangunan ummah dari pembangunan insan dalam beberapa tahap :


Fizikal/ jasmani: prasyarat bina tamadun & beribadah
Kognitif: pengetahuan & ilmu
Emosi: pengaruhi perkembangan moral
Spiritual: jiwa yang bertaqwa
Sosial: manusia & persekitaran
Syari’at Islam Sebagai Pemacu Pembangunan Ummah:

 Syariat melahirkan jiwa yang bertaqwa


 Mendidik manusia memelihara lima asas utama (maqasid syariah) = Agama, Nyawa,
Harta, Maruah dan akal.
 Menegakkan keadilan

4- Nyatakan dengan terperinci sumber-sumber hukum syraiah dan berikan contoh yang tepat.
 Al-Quran sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia melalui
Nabi Muhammad s.a.w untuk mereka dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan
didunia ini, membacanya berupa ibadah.Terdapat 330 ayat Al-Quran dari 6666 ayat
yang menyentuh tentang perundangan.
 Hadis seluruh perkataan,perbuatan, dan persetujuan Muhammad yang kemudian
dijadikan sumber hukum
 Ijma’ iaitu kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama islam
berasaskan al-quran dan hadis dalam suatu perkara yang terjadi
 Qiyas isitu proses berasaskan analogi daripada perintah yang diketahui untuk perkara-
perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada
pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari
segi sebab , manfaat , bahaya an berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.
 Ijtihad iaitu usaha untuk menetapkan hukum islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

5- Seorang lelaki mengaku berzina dengan seorang perempuan, tetapi perempuan tersebut
menafikannya. Bincangkan

 Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan
itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan
yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Abu Daud.

6- Seorang lelaki muhsan berzina dengan seorang perempuan yang ghairi muhsan, apakah
hukumannya ?

 Untuk zina ghairu muhsan melibatkan individu yang belum berkahwin, Allah swt.
Memerintahkan agar kedua-duanya disebat sebanyak 100 kali kemudian diasingkan
kedua-duanya.

7- Seorang penguasa memaksa sepasang suami isteri menukar agamanya iaitu islam kepada
kritian, bincangkan

 Menurut syara'/istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan
niat atau perbuatan atau perkataan. Dan orang yang melakukan perbuatan riddah itu
dinamakan murtad. Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad
berlainan hukumnya daripada orang-orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu.
Dan orang yang murtad, ia juga diertikan sebagai orang telah melakukan jenayah yang
menghina Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin
terpengaruh dengan da'yahnya, hal ini tentunya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.
Pandangan Islam terhadap golongan murtad Dalam hal ini, baginda Rasulullah s.a.w.
telah memberi satu garis panduan berhubung dengan golongan murtad berdasarkan
sebuah hadis yang tegas daripada baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang menukar
agamanya (Islam), maka kamu bunuhlah dia". Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu
Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie. Apa yang perlu dibuat ke atas orang yang
murtad Untuk itu orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan 'riddahnya'
melainkan pihak yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan
memeluk Islam, jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh. Hukuman
tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan 'dasar kebebasan beragama' atau dasar
'tidak ada paksaan dalam agama' sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran kerana
ia tidak tidak ada kaitan langsung dengan persoalan murtad. Sedangkan maksud 'tidak
ada paksaan dalam agama' itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak boleh sama
sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat iman serta
kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk terserah kepada
manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah islamiyah kepada mereka. Sabda
baginda yang bermaksud: "Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah
satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas
dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah
dengan jamaah muslimin." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Anda mungkin juga menyukai