Anda di halaman 1dari 2

Panduan Menghafaz Al-Quran

SEBELUM MENGHAFAZ 1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafaz. 2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. 3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz. 4. Berada dalam keadaan tenang. 5. Kosongkan fikiran sebelum menghafaz. 6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. 7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafaz.

TEKNIK MENGHAFAL A. Teknik Mengulang 1. Membaca sejumlah ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafaznya. 2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. 3. Selepas menghafal ayat pertama, harus diulang beberapa kali sebelum menghafaz ayat yang berikutnya. 4. Begitulah seterusnya dan ulang sehingga lancar semua jumlah ayat yang telah dihafaz. B. Teknik Tumpu dan Ingat 1. Menumpukan penglihatan kepada ayat kemudian pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. 2. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada ayat tersebut. 3. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat tersebut dengan mata tertutup. C. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 1. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. 2. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. 3. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. D. Teknik Mendengar Kaset 1. Denar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafaz beberapa kali. 2. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan tersebut sehingga terpahat di fikiran. 3. Mula menghafaz ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya bacaan tersebut. F. Teknik Merakamkan Suara 1. Rakamkan bacaan di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafazan yang betul. 2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru diikuti bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafaznya. G. Teknik Menulis 1. Tulis kembali ayat yang telah dihafaz. 2. Kemudian semak semula dengan Al-Quran. I. Teknik Menghafaz Sebelum Tidur .Menghafaz beberapa potong ayat sebelum tidur .1 Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisinya di minda .2 .kita

MENGEKALKAN HAFAZAN .Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati .1 Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas .2 .azan dll

3. 4. 5. 7. 8.

Kerjakan solat hajat kepada Allah. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz (menguatkan hafazan). Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk. Menulis setiap ayat yang mutashabih (hampir sama).

Anda mungkin juga menyukai