Anda di halaman 1dari 20

ZIKIR SESUDAH SOLAT BERSUMBERKAN HADITH

HADITH YANG SAHIH


Dari Thauban Maula Rasulullah SAW katanya, Rasulullah SAW apabila selesai dari solatnya baginda membaca :


( )
() )(





( ).

Aku minta ampun kepada Allah, (dibaca tiga kali). Kemudian baca: Ya Allah, Engkaulah pemberi keselamatan, dan dari-Mu
keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Berkata Al-Waleed : Maka aku bertanya kepada Al-Auzai : Bagaimana Istigfar itu? Jawabnya :
[HR Muslim (1334) meriwayatkan dari Thauban tanpa kalimah (), Abu Dawud (1513), At-Tirmizi (300), An-Nasai (1338), Ibnu Majah
(928)]
Dari Abu Dzar : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang setelah solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua
kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata, dia membaca :

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja.
Dia-lah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia-lah Yang
Mahakuasa atas segala sesuatu. (Dibaca) sepuluh kali, maka tercatat baginya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh
kesalahan serta diangkat baginya sepuluh darjat, dan pada hari itu dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak disukai, serta
terjaga dari syaitan, dan tidak layak ada dosa yang menjumpainya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah.
[HR At-Tirmidzi (3474). Beliau berkata: Hadis ini Hasan Sahih Ghareeb Hadis Hasan. Imam Ahmad dalam Musnadnya (29/512)
meriwayatkan dengan tambahan Barangsiapa yang setelah solat Maghrib dan Subuh. ]
Dari Warrad Maula Al-Mughirah bin Syubah katanya, Al-Mughirah bin Syubah meminta aku menulis kepada Muawiyah sesungguhnya
Rasulullah SAW apabila selesai daripada solat dan salam (solat), baginda membaca :
(







()

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya puji dan bagi-Nya kerajaan. Dia
Maha Kuasa atas se-gala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi apa yang
Engkau cegah. Tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya (selain iman dan amal sholehnya). Hanya dari-Mu kekayaan
dan kemuliaan.
[HR Al-Bukhari (844), Muslim (1338), Abu Dawud (1505), An-Nasai (1342)]
Dari Abu Zubair berkata, Ibnu Zubair membaca setiap kali selepas solat sesudah memberi salam :

.

C
()

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujaan. Dia
Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang hak disembah)
kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujaan yang baik. Tiada Tuhan (yang hak
disembah) kecuali Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, sekalipun orang-orang kafir membenci. Berkata Ibnu Zubair
Adalah Rasulullah SAW bertahlil dengannya (zikir di atas) setiap kali selepas solat.
[HR Muslim (1343), Abu Dawud (1506), An-Nasai (1340)]
Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang membaca kalimat berikut di setiap selesai solat,

( ) ( ) C ( )

()

Maha Suci Allah (33x), segala puji bagi Allah (33x). Dan Allah Maha Besar (33x). Semua itu menjadi 99x, dan dia menyempurnakan
menjadi 100x dengan membaca Tidak ada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. BagiNya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu maka akan diampuni kesalahannya, sekalipun seperti
buih di laut.

[HR Muslim (1352). Al-Bukhari (6329), menyebutkan (
) Tasbih
(Subhanallah) 10x, Tahmid (Alhamdulillah) 10x, dan Takbir (Allahu Akbar) 10x. Kedua-dua riwayat sama ada 33x atau 10x adalah sahih
dari Nabi SAW. Boleh diamalkan mengikut kesesuaian]

MEMBACA AYAT KURSI (AL-BAQARAH : 255)


Dari Abu Umamah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda :

Sesiapa membacanya setiap selesai solat, tidak ada yang menghalanginya masuk Syurga kecuali kematiannya (yang belum datang).
[HR An-Nasai dalam Amalul Yaum wal-Lailah (100) dan Sahih At-Targhib Wa At-Tarhib (1595-4) Hadis Sahih]

MEMBACA SURAH AL-FALAQ DAN AN-NAAS; (JUGA AL-IKHLAS DAN AL-KAAFIRUUN)


Dari Uqbah bin Amir berkata :

Rasulullah SAW memerintahkanku membaca muawwizaat selepas setiap solat.


[HR Abu Dawud (1523), At-Tirmidzi (2903), An-Nasai (1337), Ibnu Khuzaimah (755), Ibnu Hibban (2347) Hadis Hasan]
Ulama khilaf sama ada Muawwizaat itu Surah Al-Falaq dan An-Naas sahaja, atau termasuk Al-Ikhlas dan Al-Kaafiruun. Dua surah ini
juga dikatakan Al-Muawwizaat, iaitu berlindung dari syirik kepada Allah SWT. Rujuk Awnul Mabud Syarah Sunan Abi Dawud,
Muhammad Ashraf As-Sideeqi Al-Azim Abaadi (4/306). Wallahu alam.

Dibaca Selepas
Subuh
dan Maghrib
10 kali

(Imam
menghadap
makmum)

Dibaca 33 kali
atau
10 kali

Dari Abu Hurairah "Orang-orang berkata; 'Wahai Rasulullah,


orang-orang kaya pergi dengan membawa darjat dan
kenikmatan yang banyak.' Beliau bertanya; 'Mengapa jadi
seperti itu? ' Mereka menjawab; 'Mereka melakukan solat
sebagaimana kami solat, mereka berjihad sebagaimana kami
berjihad, dan mereka memiliki kelebihan harta untuk
bersedekah sedangkan kami tidak mempunyai harta yang lebih
untuk bersedekah.' Maka baginda bersabda: 'Maukah kamu
aku tunjukkan pada suatu perkara, yang tidak akan menyamai
orang sebelum kamu dan tidak pula akan di dahului oleh orangorang setelah kamu dan tidak akan terjangkau kecuali oleh
orang yang melakukan hal yang sama seperti yang kamu
lakukan? ' Yaitu; kamu bertasbih seusai solat sebanyak sepuluh
kali, bertahmid sebanyak sepuluh kali bertakbir sebanyak
sepuluh kali.' Hadits ini juga diperkuat oleh 'Ubaidullah bin
Umar dari Sumayy. Dan diriwayatkan pula oleh Ibnu 'Ajlan dari
Sumayy dan Raja` bin Haiwah. Dan diriwayatkan pula oleh Jarir
dari Abdul Aziz bin Rufai' dari Abu Shalih dari Abu Darda`. Dan
diriwayatkan pula oleh Suhail dari Ayahnya dari Abu Hurairah
dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. (Al-Bukhari 6329)

SIFAT ZIKIR NABI SAW SESUDAH SOLAT


BERZIKIR DENGAN MENGUATKAN SUARA, TETAPI LEBIH AFDHOL
BERZIKIR DENGAN PERLAHAN
Dari Abu Mabad iaitu Maula Ibnu Abbas r.a mengkhabarkan,
bahawasanya meninggikan suara dalam berzikir ketika orang-orang
selesai mengerjakan solat fardhu terjadi pada zaman Rasulullah SAW.
Dan Ibnu Abbas berkata : Aku mengetahui mereka telah selesai solat
dengan hal itu (suara zikir yang kuat), apabila aku mendengarnya. (AlBukhari 841)
Keterangan :
1. Hadis ini menunjukkan bolehnya menguatkan suara ketika berzikir
sesudah solat.
2. Ibnu Baththal : Dalam kitab al-Utbiyah dari Malik dinyatakan
bahawa perbuatan (menguatkan suara zikir) tersebut termasuk
perkara bidah. Dia juga berkata : Dalam konteks hadis terdapat
keterangan bahawa para sahabat tidak menguatkan suara mereka
ketika membaca zikir saat Ibnu Abbas mengucapkan pertanyaan
tadi.
3. An-Nawawi berkata : Asy-Syafii memahami hadis ini bahawa
mereka menguatkan suara selama beberapa waktu sahaja. Dan itu
dilakukan untuk mengajarkan tatacara berzikir, sehingga bererti
mereka tidak terus menerus menguatkan bacaan zikir tersebut.
Adapun pandangan yang terpilih dalam perkara ini ialah imam
dan makmum sama-sama membaca zikir dengan suara perlahan,
kecuali bertujuan mengajarkan kepada orang-orang.

DISUNNAHKAN IMAM MENGADAP KEPADA MAKMUM


Dari Samurah bin Jundab, dia berkata : Apabila Nabi SAW selesai
mengerjakan solat, baginda menghadapkan wajahnya kepada kami. (AlBukhari 845)

DISUNNAHKAN BERZIKIR MENGGUNAKAN RUSA-RUAS JARI. TETAPI


TIDAKLAH HARAM MENGGUNAKAN TASBIH.
Dari Yusairah dia telah mengkhabarkan bahawa Nabi SAW
memerintahkan mereka (para wanita) agar menjaga takbir, taqdis
(menyucikan) Allah, serta tahlil, dan menghitung zikir menggunakan
ruas-ruas jari, kerana ruas-ruas tersebut akan ditanya dan diminta untuk
berbicara. (Abu Dawud 1501. Dinilai Hasan oleh Syeikh Al-Albani)

Dari Abdullah bin 'Amr, dia berkata; aku melihat Rasulullah SAW
menghitung tasbih. Ibnu Qudamah berkata: yaitu dengan tangan
kanannya. (Abu Dawud 1502. Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani)

DISUNNAHKAN IMAM DIAM SEBENTAR DI TEMPATNYA


Dari Ummu Salamah; bahawasanya apabila Nabi SAW mengucapkan
salam, baginda diam sebentar di tempatnya. Ibnu Syihab berkata :
Menurut perkiraan kami Allahu alam (hal itu baginda lakukan) agar
kaum wanita lebih dahulu pulang. (Al-Bukhari 849)
Dari Ummu Salamah dia berkata : Baginda mengucapkan salam,
lantas kaum wanita langsung pulang dan masuk ke rumah-rumah
mereka sebelum Rasulullah SAW pulang. (Al-Bukhari 850)

DIHARUSKAN MENINGGALKAN TEMPAT SOLAT SEBAIK SAHAJA SELESAI


SOLAT SEKIRANYA ADA KEPERLUAN
Dari Uqbah, dia berkata : Aku pernah solat Asar di belakang Nabi SAW
di Madinah. Lantas baginda mengucapkan salam, lalu berdiri dan
bergegas melangkahi bahu orang ramai menuju ke kamar salah seorang
isteri baginda. Orang ramai terkejut melihat ketergesa-gesaan baginda
itu. Lalu, baginda keluar menghampiri mereka dan melihat mereka
hairan atas ketergesa-gesaan baginda. Maka baginda bersabda : Aku
teringat akan sedikit emas batangan (jongkong) yang ada padaku. Aku
tidak suka emas itu menghalangiku (menggangguku), sehingga aku pun
memerintahkan untuk membahagi-bahagikannya. (Al-Bukhari 851)

Keterangan :
1. Berdiam sejenak atau membaca zikir setelah selesai solat
hukumnya tidak wajib. Dibolehkan terus meninggalkan tempat
solat sekiranya ada keperluan yang sangat penting.
2. Dibolehkan melangkahi orang kerana suatu keperluan.
3. Solat dengan memikirkan sesuatu yang tidak ada hubungan
dengan solat (hal keduniaan) tidak merosakkan dan mengurangi
kesempurnaannya.

DISUNNAHKAN IMAM BERPALING KE KANAN ATAU KE KIRI


Ismail bin Abdurrahman As-Sudi berkata : Aku bertanya kepada Anas
bin Malik : Bagaimana cara aku berpaling seusai solat; apakah ke arah
kanan atau kiri? Anas menjawab : Adapun aku sering melihat Nabi
berpaling ke arah kanannya.
Abdullah bin Masud berkata : Janganlah salah seorang dari kamu
menjadikan sesuatu dari solatnya untuk syaitan. Yaitu, berpendapat
bahawa yang wajib atas dirinya adalah tidak berpaling (selesai solat)
kecuali sebelah kanannya sahaja. Kerana sungguh aku melihat Nabi
sering berpaling ke sebelah kiri baginda. (Al-Bukhari 852)
Keterangan :
1. An-Nawawi menyatakan bahawa kedua riwayat itu mungkin
dipadukan (dikompromi), iaitu dengan mengatakan bahawa Nabi
SAW suatu ketika berpaling ke arah kanan, dan pada ketika yang
lain berpaling ke arah kiri. Dengan demikian, masing-masing dari
kedua sahabat (Anas dan Ibn Masud) mengatakan apa yang
menurut keyakinan mereka yang lebih sering dilakukan Nabi SAW.
Hanya sahaja, Ibnu Masud tidak menyukai adanya keyakinan
wajib berpaling ke kanan sahaja.
2. Akan tetapi, berpaling ke arah kanan lebih utama (afdhol)
berdasarkan keumuman hadis-hadis yang menegaskan keutamaan
mendahulukan yang kanan.

TIDAK BOLEH SOLAT SUNNAH SELEPAS SOLAT FARDHU TANPA


DISELANGI DENGAN BERZIKIR ATAU BERKATA-KATA DENGAN
MANUSIA DAN SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU, APAKAH ZIKIR
DAHULU ATAU SOLAT SUNNAH DAHULU LEBIH UTAMA?
Dari As-Saib bin Yazid disebutkan bahawa dia solat Jumaat bersama
Muawiyah, lalu dia solat sunnah sesudah itu. Lantas Muawiyah berkata
kepadanya : Apabila engkau solat Jumaat, maka jangan engkau solat
sunnah hingga engkau berbicara atau keluar, kerana sesungguhnya Nabi
SAW memerintahkan yang demikian itu kepada kami. (Muslim)
Keterangan :
1. Untuk solat fardhu yang disunnahkan melakukan solat sunnah
setelahnya Ulama khilaf (berselisih) : apakah setelah solat imam
harus menyibukkan diri dengan zikir yang disunnahkan sebelum
mengerjakan solat sunnah? Atau solat sunnah dahulu kemudian
baru zikir.
2. Pendapat yang kuat adalah yang menyatakan setelah solat fardhu
itu, disunnahkan terlebih dahulu membaca zikir-zikir yang sunnah.
Pendapat inilah yang dipegang oleh majoriti ulama (zikir dulu baru
solat sunnah).

IMAM TIDAK SOLAT SUNNAH DI TEMPAT DIA MENGIMAMI SOLAT


Dari Ali dia berkata : Termasuk sunnah agar imam tidak solat sunnah
hingga dia berpindah dari tempatnya. (HR Ibnu Abi Syaibah dengan
sanad yang hasan menurut Ibnu Hajar Al-Asqalaani)
Dari Al-Mughirah bin Syubah, dari Nabi SAW: Imam tidak boleh solat di
tempatnya mengerjakan solat fardhu, hingga dia berpindah dari tempat
itu. (HR Abu Dawud dengan sanad munqathi)
Keterangan :
1. Imam Ahmad tidak menyukai hal itu. Hikmah larangan kerana
dibimbangi terjadi kesamaran antara solat sunnah dan solat
fardhu.

Anda mungkin juga menyukai