Anda di halaman 1dari 10

Fadhilat Puasa di Bulan Ramadhan

Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada rukun-rukun Islam yang


lima. Ianya merupakan ibadah yang telah difardhukan oleh Allah SWT.
Maksud Ibadah ialah tuntutan ke atas seseorang hamba bagi
melaksanakannya sebagai memenuhi perintah Allah SWT dan
menunaikannya tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin
dihasilkan daripada ibadah tersebut. Namun Allah SWT Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang, apabila menfardhukan sesuatu ibadah
kepada hamba-Nya pasti ada kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan.
Antara kelebihannya:

1. Natijah Puasa adalah Taqwa

‫علَى ٱلَّذِينَ ِمن قَ ۡب ِل ُك ۡم لَ َعلَّ ُك ۡم‬ ِ ‫علَ ۡي ُك ُم‬


َ ِ‫ٱلصيَا ُم َك َما ُكت‬
َ ‫ب‬ َ ِ‫يََٰٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُواْ ُكت‬
َ ‫ب‬
١٨٣ َ‫تَتَّقُون‬
Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Catatan:

Ibadah puasa adalah ibadah rohaniah dan jasadiah. Apabila ibadah


puasa dilaksanakan dengan menjaga Sunnah dan adab berpuasa maka
hasil daripadanya akan membentuk seorang hamba yang benar-benar
bertaqwa di sisi Allah SWT.

2. Ramadhan Bulan al-Quran

ِ ِۚ ‫اس َو َب ِينَت ِمنَ ۡٱل ُهدَى َو ۡٱلفُ ۡر َق‬


‫ان‬ ِ َّ‫ان ُهدٗى ِللن‬ ُ ‫نز َل ِفي ِه ۡٱلقُ ۡر َء‬ ِ ُ ‫ِي أ‬َٰٓ ‫ضانَ ٱلَّذ‬ َ ‫ش ْه ُر َر َم‬ َ
‫ة ِم ۡن أَي ٍَّام‬ٞ َّ‫سفَر فَ ِعد‬ َ ‫علَى‬ َ ‫ضا أَ ۡو‬ ً ‫صمۡ ُۖهُ َو َمن َكانَ َم ِري‬ ُ َ‫شهۡ َر فَ ۡلي‬ َّ ‫ش ِهدَ ِمن ُك ُم ٱل‬َ ‫فَ َمن‬
‫علَى‬ َّ ْ‫ٱَّللُ ِب ُك ُم ۡٱليُ ۡس َر َو ََل يُ ِريدُ ِب ُك ُم ۡٱلعُ ۡس َر َو ِلت ُ ۡك ِملُواْ ۡٱل ِعدَّةَ َو ِلت ُ َك ِب ُروا‬
َ َ‫ٱَّلل‬ َّ ُ‫أُخ َۗ ََر يُ ِريد‬
١٨٥ َ‫َما َهدَى ُك ۡم َولَعَلَّ ُك ۡم تَ ۡش ُك ُرون‬
Maksudnya:

1
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang
salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa pada
bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah
dia berbuka kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan
yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan
Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan supaya
kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya
kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Catatan:

Al-Quran yang mulia telah diturunkan kepada manusia yang paling


mulia iaitu Nabi Muhammad SAW, kepada umat yang paling mulia,
iaitu umat Baginda SAW dan di bulan yang paling mulia, iaitu bulan
Ramadhan dan orang yang membacanya adalah orang yang mulia.

3. Puasa Menghapuskan Dosa

ُ‫صلَ َوات‬ َّ ‫ اَل‬:ُ‫س ْو َل هللاِ صلى هللا عليه وسلم َكانَ يَقُ ْول‬ ُ ‫ع ْن أَبِي ُه َري َْرةَ؛ أَ َّن َر‬ َ
َ ‫ان ِإلَى َر َم‬
‫ضانَ ُم َك ِف َراتُ َما َب ْينَ ُه َّن إَذَا‬ ُ ‫ض‬َ ‫س َو ْال ُج ْم َعةُ ِإلَى ْال ُج ْم َع ِة َو َر َم‬ ُ ‫ْالخ َْم‬
.‫َب ْال َك َبا ِئ َر‬
َ ‫اجتَن‬
ْ

‫ باب الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان‬،‫كتاب الطهارة‬،‫أخرجه مسلم في صحيحه‬-
.2٣٣ ‫ حديث رقم‬،‫إلى رمضان مكفرات لما بينهن ما اجتنبت الكبائر‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Solat


lima waktu, dari hari Jumaat ke jumaat (berikutnya) dan Ramadhan ke
Ramadhan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara

2
tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar." (Hadits Riwayat
Muslim, no.233, at-Tirmizi, no. 214)

‫ام‬
َ ‫ص‬َ ‫ َم ْن‬:‫سلَّ َم قَا َل‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ِ ‫ع ْن النَّ ِبي‬َ ،ُ‫ع ْنه‬ َّ ‫ي‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫ض‬ ِ ‫ع ْن أَ ِبي ُه َري َْرةَ َر‬
َ
‫ متفق عليه‬.‫غ ِف َر لَهُ َما تَقَد ََّم ِم ْن ذَ ْن ِب ِه‬
ُ ‫سابًا‬ ْ ‫ضانَ ِإي َمانًا َو‬
َ ِ‫احت‬ َ ‫َر َم‬
‫ حديث رقم‬،‫ باب صوم رمضان إحتسابا من اإليمان‬،‫ كتاب اإليمان‬،‫أخرجه البخاري في صحيحه‬-
.20١4 ‫ و‬٣٨

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Sesiapa


yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab
(mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang
terdahulu." (Muttafaqun 'Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, no. 38,
2014, Muslim, no. 760)

Catatan:

Puasa adalah pintu segala ibadah kerana dengan berpuasa Allah SWT
akan mengampuni dosa-dosa seseorang hamba. Apabila dosa-
dosanya diampunkan maka ianya menjadikan hati bercahaya dan
cahaya itu akan menimbulkan keghairahan untuk melakukan setiap
amal ibadah yang lain dengan bersungguh-sungguh. Namun, ulama
mengingatkan bahawa hanya dosa-dosa kecil sahaja yang terhapus
dan dosa-dosa besar tidak akan terhapus melainkan dengan hanya
bertaubat kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taubat.

4. Allah Sendiri Yang Menganjari Orang Yang Berpuasa

:‫سلَّ َم‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫َّللا‬ ُ ‫ قَا َل َر‬:‫ قَا َل‬،‫عن أبي هريرة رضي هللا عنه‬
ِ َّ ‫سو ُل‬
.‫ متفق عليه‬.‫ام فَإِنَّهُ ِلي َوأَنَا أَ ْج ِزي ِب ِه‬ ِ ‫ع َم ِل اب ِْن آدَ َم لَهُ ِإ ََّل‬
َ ‫الص َي‬ َ ‫ ُك ُّل‬:ُ‫َّللا‬
َّ ‫قَا َل‬
-١904 ‫ حديث رقم‬،‫ باب هل يقول إني صائم إذا ستم‬،‫ كتاب الصوم‬،‫أخرجه البخاري في صحيحه‬.

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:


"Allah SWT berfirman: "Setiap amalan anak Adam adalah untuknya
melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu milik Aku (Allah) dan akulah

3
yang akan membalasnya.” (Muttafaqun “Alayhi, hadith riwayat al-
Bukhari, 1904, Muslim 1151)

Catatan:

Makna “Sesungguhnya puasa itu milik Aku (Allah) dan akulah yang akan
membalasnya”, iaitu puasa merupakan amalan batin yang hakikatnya
tidak diketahui melainkan Allah SWT yang Maha Mengetahui dan
orang yang melakukannya sendiri sahaja. Ia merupakan ibadah yang
berbentuk niat dalam hati dan berbeza dengan semua amalan lain
yang boleh dilihat oleh mata orang lain dan tidak lepas daripada syirik,
riya’, ujub serta takkabur. Manakala puasa, ia lebih pada amalan yang
bersifat rahsia antara seorang hamba dengan Rabb-nya.

Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra merekodkan ulasan Al-Imam


Sufyan bin Uyainah kepada hadith di atas; Seorang lelaki telah
bertanya kepada al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah:

‫ ُك ُّل‬: ‫ع َّز َو َج َّل‬ َ ‫سلَّ َم‬


َ ‫ع ْن َر ِب ِه‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫ي‬ ُّ ‫" َيا أَ َبا ُم َح َّمدٍ! فِي َما َي ْر ِوي ِه النَّ ِب‬
".‫ص ْو َم فَإِنَّهُ ِلي َوأَنَا أَ ْج ِزي ِب ِه‬َّ ‫ع َم ِل اب ِْن آدَ َم لَهُ ِإَل ال‬ َ
(Wahai Abu Muhammad! Terangkan kepada aku tentang hadith Nabi
SAW daripada Tuhannya ‘Azza Wajalla: “Setiap amal anak Adam
adalah untuknya melainkan puasa. Sesungguhnya ia milik aku dan
akulah yang akan membalasnya”.

‫ ِإذَا َكانَ يَ ْو ُم ْال ِقيَا َم ِة‬،‫ث َوأَ ْح َك ِم َها‬ ِ ‫ َهذَا ِم ْن أَ ْج َو ِد األ َ َحادِي‬: َ‫عيَ ْينَة‬ ُ ‫فَقَا َل اب ُْن‬
‫ع َم ِل ِه َحتَّى‬ َ ‫سائِ ِر‬ َ ‫علَ ْي ِه ِمنَ ْال َم‬
َ ‫ظا ِل ِم ِم ْن‬ َ ‫ َويُ َؤ ِدي َما‬، ُ‫ع ْبدَه‬ َ ‫ع َّز َو َج َّل‬ َّ ‫ب‬
َ ُ‫َّللا‬ ُ ‫يُ َحا ِس‬
‫ص ْو ِم‬ َ ‫علَ ْي ِه ِمنَ ْال َم‬
َّ ‫ َويُ ْد ِخلُهُ ِبال‬، ‫ظا ِل ِم‬ َ ‫ي‬ َ ‫ع ْنهُ َما َب ِق‬ َّ ‫ص ْو ُم فَ َيتَ َح َّم ُل‬
َ ُ‫َّللا‬ َّ ‫َل َي ْبقَى ِإَل ال‬
.َ‫ْال َجنَّة‬
(Al-Imam Ibn ‘Uyainah menjawab: “Ini merupakan hadith yang paling
baik dan penuh hikmah kandungannya. Apabila berlakunya hari
kiamat, Allah ‘Azza Wajalla akan menghisab setiap amalan hambanya.
Setiap kezaliman akan disempurnakan pembalasannya dengan semua
amalan pelaku kezaliman itu akan dijadikan kafarah kepada dosa
kezalimannya sehinggalah tidak tinggal sedikit pun daripada
amalannya kecuali puasa. Lalu Allah ‘Azza Wajalla menghapuskan dosa

4
yang berbaki daripada kezaliman tersebut dengan sebab amalan
puasa. Lalu pelaku kezaliman itu dimasukkan ke dalam syurga kerana
pahala puasa tadi.”)

Imam Ibn Rajab dalam kitabnya ‘Lataif al-Ma’arif” menyimpulkan:

‫“أن الصيام هلل عز و جل فال سبيل ألحد إلى أخذ أجره من الصيام بل أجره‬
”‫مدخر لصاحبه‬
(Sesungguhnya puasa adalah milik Allah ‘Azza Wajalla. Tidak ada jalan
bagi seseorang pun untuk merampas pahala puasa. Bahkan pahala
puasa itu akan kekal bersama pemiliknya).

5. Dua Kegembiraan Bagi Yang Berpuasa

:‫سلَّ َم‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫َّللا‬ِ َّ ‫سو ُل‬ ُ ‫ قَا َل َر‬:‫ قَا َل‬،‫عن أبي هريرة رضي هللا عنه‬
‫ متفق‬.‫ص ْو ِم ِه‬ َ ‫ي َربَّهُ فَ ِر َح ِب‬ َ ‫ان َي ْف َر ُح ُه َما ِإذَا أَ ْف‬
َ ‫ط َر فَ ِر َح َو ِإذَا لَ ِق‬ ِ َ‫صائِ ِم فَ ْر َحت‬
َّ ‫ِلل‬
.‫عليه‬
.١904 ‫ حديث رقم‬،‫ باب هل يقول إني صائم إذا ستم‬،‫ كتاب الصوم‬،‫أخرجه البخاري في صحيحه‬-

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:


“Bagi orang yang berpuasa (dengan menjaga Sunnah dan adabnya)
akan mendapatkan dua kegembiraan yang dia akan bergembira
dengan keduanya; (pertama) apabila berbuka dia bergembira (dapat
melaksanakan puasa) dan (kedua) apabila berjumpa dengan Rabbnya,
dia bergembira disebabkan ibadah puasanya itu.” (Muttafaqun “Alayhi,
hadith riwayat al-Bukhari, 1904, Muslim 1151)

Catatan:

Semua manusia menginginkan kegembiraan, namun hanya sedikit


sahaja yang mendapat kegembiraan sejati. Kebanyakan manusia
terjerumus dalam kegembiraan palsu yang penghujungnya adalah
kesengsaraan. Kegembiraan hakiki itu hanyalah daripada Allah SWT.
Melalui ibadah puasa, Allah SWT berjanji melalui lidah Rasul-Nya akan
mengurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa.

5
6. Doa Makbul Dengan Berpuasa

:‫ َقا َل رسو ُل هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫ع ْنهُ َقا َل‬ َ ُ‫ى هللا‬َ ‫ض‬ ِ ‫ع ْن أَ ِبى ُه َري َْرةَ َر‬ َ
‫ظلُ ْو ِم‬ْ ‫إل َما ُم ْالعَادل َودَع َْوة ُ ْال َم‬
ْ ‫ َوا‬، ‫صائِ ُم َحتَّى يُ ْف ِط ُر‬ َّ ‫ ال‬، ‫ثَالَثَةٌ َلَ ت ُ َردُّ دَع َْوت ُ ُه ْم‬
‫ َو ِع َّز ِت ْي‬: ُّ‫الرب‬ َّ ‫اء َو َيقُ ْو ُل‬
ِ ‫س َم‬ َ ‫ َوت ُ ْفتَ ُح لَ َها أَب َْو‬، ‫ َي ْرفَعُ َها هللاُ فَ ْوقَ ْالغَ َم ِام‬،
َّ ‫اب ال‬
ُ ‫َو َجالَ ِل ْي َأل َ ْن‬
.‫ص َرنَّ َك َولَ ْو َب ْعدَ ِحي ٍْن‬

‫ وقَا َل أَبُو‬،٣٥9٨ ‫ حديث رقم‬،‫ باب في العفو والعافية‬،‫ كتاب الدعوات‬،‫أخرجه الترمذي في سننه‬-
.‫س ٌن‬ ٌ ‫سى َهذَا َحد‬
َ ‫ِيث َح‬ َ ‫ِعي‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:


“Tiga orang yang tidak akan ditolak doa-doa mereka. (Pertama)
Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, (kedua) seorang imam
(pemerintah) yang adil dan (ketiga) doa seorang yang dizalimi. Allah
SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan dibukakan untuknya
pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman: “Demi kemuliaan
dan keagungan-Ku, pasti Aku (Allah) akan menolong kamu walaupun
selepas beberapa ketika (demi sesuatu kemaslahatan)”. (Hadith hasan
riwayat At-Tirmidzi, no. 3598, Ibn Majah, no. 1752, al-Baihaqi dalam
Sunan al-Kubra, no. 6260, Ibnu Khuzaimah, no. 119).

Catatan:

Allah SWT itu Maha Mendengar akan setiap permohonan hamba-


hamba-Nya. Adalah diketahui daripada banyak hadith bahawa doa–
doa dalam bulan Ramadhan diterima secara khusus.Tidak ada apa-apa
keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT
telah berjanji dan janji itu disampaikan pula oleh seorang Rasul yang
benar.

Jika perkara yang diminta itu ada kebaikan untuknya maka akan
diberikan, jika tidak maka tidak akan diperkenankan atau diganti
dengan yang lebih perlu baginya atau akan disempurnakan di akhirat
nanti. Ini adalah satu ehsan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.
Walaubagaimanapun kerana kurang penelitian, seseorang hamba
akan meminta sesuatu perkara yang tidak sesuai untuknya. Justeru,

6
janganlah pula terfikir bahawa sesuatu doa itu tidak dimakbulkan,
sebaliknya hendaklah memahami erti sebenar penerimaan sesuatu
doa tersebut. Justeru, sempurnakan perintah-perintah Allah nescaya
Allah akan menerima doa-doa yang dipohon oleh hamba-Nya.

7. Ar-Rayyan Pintu Syurga Untuk Yang Berpuasa

‫ ِإ َّن ِفي ْال َجنَّ ِة‬:‫سلَّ َم قَا َل‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬


َ ُ‫َّللا‬ َّ ‫صلَّى‬ َ ،ُ‫ع ْنه‬
َ ِ ‫ع ْن النَّ ِبي‬ َ ُ‫َّللا‬َّ ‫ي‬ َ ‫ض‬ ِ ‫س ْه ٍل َر‬ َ ‫ع ْن‬ َ
‫غي ُْر ُه ْم‬ َ ٌ‫صائِ ُمونَ َي ْو َم ْال ِق َيا َم ِة ََل َي ْد ُخ ُل ِم ْنهُ أَ َحد‬َّ ‫َّان َي ْد ُخ ُل ِم ْنهُ ال‬ َّ ُ‫َبابًا يُقَا ُل لَه‬
ُ ‫الري‬
‫غي ُْر ُه ْم فَإِذَا دَ َخلُوا أ ُ ْغ ِلقَ فَلَ ْم‬َ ٌ‫صائِ ُمونَ فَيَقُو ُمونَ ََل يَ ْد ُخ ُل ِم ْنهُ أَ َحد‬ َّ ‫يُقَا ُل أَيْنَ ال‬
.‫متفق عليه‬ ٌ "ٌ‫يَ ْد ُخ ْل ِم ْنهُ أَ َحد‬
.١٨96 ‫ حديث رقم‬،‫ باب الريان للصائمين‬،‫ كتاب الصوم‬،‫ صحيح البخاري‬:‫التخريج‬

Maksudnya:

Daripada Sahl bin Sa‘ad RA berkata, Nabi SAW bersabda:


“Sesungguhnya di syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan,
iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat. Tidak akan
masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, akan diseru
oleh penjaganya: ”Dimanakah orang yang berpuasa? Maka mereka
yang berpuasa pun bangun (memasukinya), tidak ada yang akan
memasukinya melaikan mereka sahaja. Apabila mereka memasukinya,
pintu itu akan ditutup, maka tiada siapa lagi yang akan dapat
memasukinya. (Muttafaqun ‘Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, no.
1896, Muslim, no. 1152, At-Tirmizi, no. 765, An-Nasaie, no. 2237)

Catatan:

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar dan kedudukannya


di sisi Allah SWT sangat mulia di mana Allah SWT menyediakan pintu
khas memasuki syurga yang dinamakan Ar-Rayyan kepada orang yang
berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan
memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke dalam syurga
melaluinya dan tiada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang
layak sahaja.

Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari


kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan

7
yang pertama. Kiasan kepada orang yang berpuasa
apabila memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-
lamanya sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas
dalam keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa
kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum
meminumnya lagi. Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air
tersebut tatkala kehausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat
diperkatakan.

8. Pintu-Pintu Syurga

‫ َم ْن‬:‫سلَّ َم قَا َل‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬


َ ُ‫َّللا‬ َ ‫َّللا‬ ِ َّ ‫سو َل‬ ُ ‫ أَ َّن َر‬،ُ‫ع ْنه‬ َّ ‫ي‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫ض‬ ِ ‫ع ْن أَ ِبي ُه َري َْرةَ َر‬ َ
‫ فَ َم ْن‬.‫ َهذَا َخي ٌْر‬،‫َّللا‬ِ َّ َ‫ع ْبد‬ َ ‫ َيا‬،‫ب ْال َجنَّ ِة‬ِ ‫ِي ِم ْن أَب َْوا‬ َ ‫َّللا نُود‬ َ ‫أَ ْنفَقَ زَ ْو َجي ِْن فِي‬
ِ َّ ‫س ِبي ِل‬
َ ‫ص َالةِ َو َم ْن َكانَ ِم ْن أَ ْه ِل ْال ِج َها ِد دُ ِع‬
‫ي‬ َّ ‫ب ال‬ ِ ‫ي ِم ْن بَا‬ َ ‫ص َالةِ دُ ِع‬ َّ ‫َكانَ ِم ْن أَ ْه ِل ال‬
‫َّان َو َم ْن َكانَ ِم ْن‬ ِ ‫الري‬ َّ ‫ب‬ ِ ‫ي ِم ْن بَا‬ ِ ‫ب ْال ِج َها ِد َو َم ْن َكانَ ِم ْن أَ ْه ِل‬
َ ‫الصيَ ِام دُ ِع‬ ِ ‫ِم ْن بَا‬
‫ت‬ َ ‫ع ْنهُ ِبأ َ ِبي أَ ْن‬ َّ ‫ي‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫ض‬ ِ ‫صدَقَ ِة فَقَا َل أَبُو َب ْك ٍر َر‬ َّ ‫ب ال‬ ِ ‫ي ِم ْن َبا‬ َّ ‫أَ ْه ِل ال‬
َ ‫صدَقَ ِة دُ ِع‬
‫عى‬ َ ‫ورةٍ فَ َه ْل يُ ْد‬
َ ‫ض ُر‬ َ ‫ب ِم ْن‬ ِ ‫ي ِم ْن تِ ْل َك ْاألَب َْوا‬َ ‫علَى َم ْن دُ ِع‬ ِ َّ ‫سو َل‬
َ ‫َّللا َما‬ ُ ‫َوأ ُ ِمي َيا َر‬
.‫ متفق عليه‬.‫ نَ َع ْم َوأَ ْر ُجو أَ ْن تَ ُكونَ ِم ْن ُه ْم‬:‫ قَا َل‬،‫ب ُك ِل َها‬ ِ ‫أَ َحدٌ ِم ْن تِ ْل َك ْاألَب َْوا‬

‫ باب قول النبى صلى هللا عليخ وسلم لو كنت‬،‫ كتاب فضائل الصحابة‬،‫ صحيح البخارى‬:‫التخريج‬
.١٨97 ‫متخذ خليال حديث رقم‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW


bersabda: “Sesiapa yang membelanjakan dua dari sesuatu hartanya
pada jalan Allah, akan diseru daripada pintu-pintu syurga: “Wahai
hamba Allah, ini adalah satu kebaikan, maka sesiapa yang terdiri
daripada kalangan ahli solat, akan diseru daripada pintu solat, sesiapa
yang terdiri daripada kalangan ahli jihad, akan diseru dari pintu jihad,
sesiapa yang terdiri daripada kalangan ahli puasa, akan diseru daripada
pintu al-Rayyan, sesiapa yang terdiri daripada kalangan ahli sedekah,
akan diseru daripada pintu sedekah.” Maka Abu Bakar RA berkata:
“Demi bapa dan ibuku (bertujuan untuk memuliakan Baginda SAW),
engkau wahai Rasulullah! Tiadalah ke atas orang yang diseru daripada
pintu-pintu itu ditimpa daripada sebarang kemudharatan dan
kerugian, maka adakah terdapat orang yang akan diseru daripada

8
semua pintu itu? Baginda menjawab: “Ya, aku berharap bahawa
engkau adalah daripada kalangan mereka. (Muttafaqun ‘Alayhi, hadith
riwayat al-Bukhari, no. 1897, 2841, 3216, 3666, Muslim, no. 1027)

Catatan:

Seorang yang benar-benar beriman pada zahirnya, di samping


menunaikan amalan fardhu akan membanyakkan amalan yang sunat.
Setiap ahli syurga akan diseru mengikut amalan masing-masing.
Sesiapa yang daripada kalangan ahli solat akan diseru daripada pintu
solat. Ahli solat adalah orang yang banyak bersolat. Dengan
menunaikan solat fardhu berjamaah dan banyak mengerjakan solat-
solat sunat barulah layak dipanggil sebagai ahli solat. Sesiapa yang
daripada kalangan ahli puasa dia akan diseru daripada pintu al-Rayyan.
Ahli puasa ialah orang yang banyak berpuasa. Di samping dia berpuasa
di bulan Ramadan yang merupakan puasa wajib, dia juga banyak
berpuasa sunat sehingga layaklah dia digelar ahli puasa. Sesiapa
daripada kalangan ahli sedekah dia akan diseru daripada pintu
sedekah. Ahli sedekah ialah orang yang banyak bersedekah. Di
samping dia menunaikan sedekah-sedekah wajib (zakat) dia juga
banyak bersedekah sunat sehingga layak dia dipanggil ahli sedekah.

9. Puasa dan al-Quran Pemberi Syafaat

ُ ‫الص َيا ُم َو ْالقُ ْر‬


‫آن‬ ِ :‫سلَّ َم قَا َل‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ ِ َّ ‫سو َل‬
َ ‫َّللا‬ ُ ‫ع ْم ٍرو أَ َّن َر‬
َ ‫َّللا ب ِْن‬ِ َّ ‫ع ْب ِد‬َ ‫ع ْن‬ َ
‫ت‬
ِ ‫ش َه َوا‬ َّ ‫ام َوال‬ َّ ُ‫ب َمنَ ْعتُه‬
َ ‫الط َع‬ ِ ‫ي َر‬ ِ ‫ان ِل ْل َع ْب ِد يَ ْو َم ْال ِقيَا َم ِة يَقُو ُل‬
ْ َ‫ أ‬:‫الصيَا ُم‬ ِ ‫يَ ْشفَ َع‬
ُ ‫ َويَقُو ُل ْالقُ ْر‬.‫ار فَش َِف ْعنِي فِي ِه‬
:‫ قَا َل‬.‫ َمنَ ْعتُهُ النَّ ْو َم بِاللَّ ْي ِل فَش َِف ْعنِي فِي ِه‬:‫آن‬ ِ ‫بِالنَّ َه‬
ِ ‫شفَّ َع‬
‫ان‬ َ ُ‫فَي‬
‫ مسند عبد هللا بن عمرو بن العاص رضي هللا‬،‫ مسند المكثرين من الصحابة‬،‫ مسند أحمد‬:‫التخريج‬
‫ وقال‬،‫ ورجاله محتج بهم في الصحيح‬، ‫ وقال الطبراني في الكبير‬،6٣٣7 ‫ حديث رقم‬،‫تعالى عنهما‬
.‫ كذا ذكره المنذري‬،‫ ولم يخرجاه‬، ‫ هذا حديث صحيح على شرط مسلم‬:‫الحاكم‬

Maksudnya:

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Puasa dan al-Quran akan memberikan syafaat kepada hamba (orang
yang berpuasa dan yang sentiasa membaca al-Quran) di hari kiamat

9
nanti. Puasa akan berkata: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah
menahan hamba-Mu ini daripada makan, minum dan perkara syahwat
pada waktu siang, maka terimalah syafaatku kepadanya. Manakala al-
Quran pula akan berkata:” Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah
menahan hamba-Mu ini daripada tidur di malam hari, maka terimalah
syafaatku kepadanya. Baginda bersabda: “Maka Allah pun menerima
akan kedua-dua syafaat tersebut.” (Hadith sahih riwayat Ahmad, no.
6337, al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 2080, al-Haithami dalam al-
Zawaid, no. 18543 ).

Pengajaran hadith:

1. Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang amat istimewa dan unggul kerana Allah
SWT mencurahkan pahala, rahmat dan keampunan-Nya pada setiap hari, setiap
jam, setiap detik dan saat sepanjang Ramadhan tanpa henti berbanding bulan-
bulan yang lain.

2. Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana
tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun
selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, Al-Quran
dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah
SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-
baiknya. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang
pada waktu siangnya senantiasa berpuasa dan pada malam harinya membaca Al-
Quran serta sibuk mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping melakukan
amalan-amalan ibadah yang lain.

3. Sebaliknya amatlah rugi dan kesal bagi mereka yang mengabaikan serta tidak
mengendahkan perintah-perintah Allah SWT. Begitu juga apabila mereka
melakukan amalan-amalan tersebut dengan malas dan sambil lewa. Bahkan
amalan-amalan tersebut akan mengutuk dan mendoakan kecelakaan kepada
mereka di hari kiamat nanti.

10

Anda mungkin juga menyukai