Anda di halaman 1dari 82

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

TATAAMALAN INDUSTRI
BEKERJA SELAMAT DI DALAM
RUANG TERKURUNG
2010

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA

JKKP DP(S) 127/379/3-1

I SBN 983201469 - 7

9 789832 014690

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) a


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

PENDAHULUAN

Bekerja di dalam ruang terkurung boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada suasana yang amat
merbahaya yang boleh memudaratkan malahan juga boleh menyebabkan kematian. Statistik menunjukkan
banyak kemalangan maut berlaku kepada pekerja ketika bekerja di ruang terkurung seperti di dalam
silo, tangki penyimpanan, pengandung tekanan dan tangki, sistem pembentungan atau liang, sistem
telekomunikasi dan lain-lain lagi. Dalam kebanyakkan kes kemalangan maut tersebut, kematian adalah
disebabkan oleh terhidu gas beracun atau kekurangan oksigen.

Berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP), kebanyakkan kemalangan yang berlaku di dalam ruang terkurung adalah disebabkan oleh
kegagalan pihak majikan sendiri. Pihak majikan gagal menyediakan dan melaksanakan sistem kerja
selamat yang diperlukan dalam menjalankan kerja di ruang terkurung tersebut. Namun begitu, faktor
lain seperti kurangnya koordinasi dan kurang kawalan ke atas aktiviti yang dijalankan di tempat kerja
turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Sebagai contoh, kerja dalam ruang terkurung akan
menjadi bahaya sekiranya kerja senggaraan sistem paip yang mengandungi bahan mudah terbakar ke
ruang tersebut dijalankan serentak tanpa adanya koordinasi dan kawalan.

Selain daripada faktor yang telah dinyatakan di atas, JKKP juga mendapati banyak kemalangan berlaku ke
atas kerja yang melibatkan sub kontrak. Sub atau sub-sub kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja
langsung selalunya tidak mempunyai pengetahuan tentang bahaya di dalam ruang terkurung. Mereka juga
tidak menyediakan prosedur kerja selamat dan sering kali tidak dilengkapi dengan peralatan yang sesuai
dan mencukupi.

Menyedari hakikat ini, JKKP telah mengeluarkan satu Kod Amalan Bekerja Selamat Di Ruang Terkurung
pada tahun 2001 yang bertujuan untuk memberi panduan yang praktikal kepada majikan dan pekerja yang
terlibat dalam bekerja di dalam ruang terkurung. Setelah lebih tujuh (7) tahun kod amalan ini dikeluarkan,
JKKP berpendapat bahawa semakan semula perlu dilakukan ke atas kod amalan ini. Ini adalah bertujuan
untuk menyelaraskannya dengan keperluan serta maklumat terkini yang relevan pada masa kini dan
akan datang. Kod amalan tersebut dinamakan sebagai Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam
Ruang Terkurung 2010.

Saya yakin kemalangan di dalam ruang terkurung dapat dielakkan sekiranya majikan lebih komited dan
bertanggungjawab dengan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan seterusnya menyediakan sistem
kerja yang selamat bagi keselamatan pekerjanya. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru kepada
semua majikan supaya menjadikan Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) i


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

ini sebagai panduan dan seterusnya menjalankan tanggungjawabnya seperti yang termaktub di bawah
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

Adalah diharapkan tataamalan industri yang baru ini dapat meningkatkan kesedaran pihak majikan dan
pekerja tentang risiko bekerja di dalam ruang terkurung dan seterusnya mematuhi Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan yang dibuat di bawahnya agar dapat mewujudkan satu
tempat bekerja yang sihat dan selamat. Pihak industri amat dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang
pandangan dan juga cadangan kepada JKKP bagi tujuan penambahbaikan tatamalan industri ini pada
bila-bila masa.

Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia

2010

ii Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

PENGHARGAAN

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 ini telah disediakan melalui
kerjasama antara Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan perwakilan daripada
pelbagai agensi kerajaan dan industri.

JKKP dengan amat sukacita ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan dan industri berikut
atas sumbangan mereka yang begitu berharga semasa menyediakan Tataamalan industri ini.

1. Pn. Muaziah binti Abdul Rahman JKKP


2. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria JKKP
3. En. Izani bin Mohd Zain JKKP
4. Ir. Norhalim bin Hasan JKKP
5. Dr Faridah binti Mohd Amin JKKP
6. En. Ramesh Zakir Shamsul JKKP
7. Pn. Shabanon binti Mohd Sharif JKKP
8. Cik Zamrudah binti Yeop JKKP
9. En. Abdul Hadi bin Ismail JKKP
10. Tn. Hj Ahmad Munauwar bin Abdullah JKKP
11. En. Zulkernain bin Harun JKKP
12. Pn. Noorliza binti Ismail JKKP
13. PgB. Murugiah a/l Muthusamy BOMBA
14. En. Busari bin Jabar PETRONAS
15. Dr. Ahmad Zaidi bin Zainal Abidin Jabatan Kesihatan DBKL
16. En. Mohd Riza bin Khatib Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
17. En. Shabuddin bin Ahmad Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.
18. En. Mohd Faizal bin Hashim TM Malaysia
19. En. Sureshkumar Manikam Cabot Materials Research Sdn. Bhd.
20. Ir. Daud bin Sulaiman NIOSH
21. En. Ahmad Rozian bin Othman Jabatan Perkhidmatan Pembentungan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) iii


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

JADUAL KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman

BAHAGIAN I PERMULAAN
1 Pengenalan 3
2 Takrif 3

BAHAGIAN II PROGRAM MASUK RUANG TERKURUNG


3 Keperluan Am 8
4 Program Masuk Ruang Terkurung 8

BAHAGIAN III KEPERLUAN TERPERINCI


5 Sistem Permit Bekerja 20
6 Permit Bekerja 21
7 Keperluan Pengasingan 22
8 Keperluan bagi Memastikan Ruang Atmosfera yang Selamat 25
9 Memasuki Ruang Atmosfera Berhazard 30
10 Perkhidmatan Menyelamat dan Kecemasan 34
11 Keperluan Kesihatan bagi Orang yang Bekerja di dalam Ruang Terkurung 36
12 Latihan 38
13 Langkah Berjaga-jaga Tambahan Semasa Menghuni Ruang Terkurung 40
14 Penyimpanan Rekod 41

BAHAGIAN IV KEWAJIPAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB


15 Kewajipan Majikan sebagai Pemilik Industri 42
16 Kewajipan Majikan sebagai Kontraktor 42
17 Kewajipan Pengeluar Permit Bekerja 43
18 Kewajipan Penyelia Kemasukan 43
19 Kewajipan Penguji Gas Bertauliah 45
20 Kewajipan Orang Menjaga 45
21 Kewajipan Orang yang Dibenarkan Masuk 47

RUJUKAN 49

1 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN A
Contoh Penaksiran Risiko 50

LAMPIRAN B
Contoh Borang Penaksiran Risiko 53

LAMPIRAN C
Syor Tambahan bagi Pengendalian Kerja Panas di dalam Ruang Terkurung 54

LAMPIRAN D
Contoh Borang Permit Bekerja bagi Memasuki Ruang Terkurung 59

LAMPIRAN E
Syor Tambahan bagi Kerja Pembersihan di dalam Ruang Terkurung 64

LAMPIRAN F
Syor Tambahan bagi Ujian Atmosfera 68

LAMPIRAN G
Senarai Semak Pemeriksaan Kesihatan 70

LAMPIRAN H
Sijil Kelayakan Kesihatan 75

LAMPIRAN I
Pengakuan Status Kesihatan oleh Orang yang Dibenarkan Masuk 76

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 2


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Objektif

Tataamalan industri ini bertujuan menyediakan panduan keselamatan dan kesihatan bagi semua
orang yang perlu memasuki atau bekerja di dalam ruang terkurung dengan mengelakkan daripada
terdedah kepada hazard yang mungkin dialami semasa bekerja di dalam ruang terkurung, dan
oleh itu dapat mencegah daripada kejadian pengsan, cedera, sakit atau kematian yang timbul
akibat terdedah kepada hazard tersebut.

1.2 Pemakaian

1.2.1 Tataamalan industri ini hendaklah terpakai kepada semua kerja di dalam ruang terkurung.

1.2.2 Tataamalan industri ini hendaklah tidak terpakai kepada perlombongan bawah tanah atau kerja di
dalam ruang pada tekanan selain tekanan atmosfera.

1.2.3 Bagi maksud Tataamalan industri ini, orang yang kepalanya atau bahagian atas badannya berada
di dalam ruang terkurung dianggap sebagai telah memasuki ruang terkurung.

2. TAKRIF

Akta bermaksud Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514];

atmosfera berhazard bermaksud atmosfera yang boleh menyebabkan pekerja terdedah


kepada risiko kematian, hilang upaya, menjejaskan keupayaan menyelamatkan diri (lari untuk
menyelamatkan diri tanpa dibantu dari ruang terkurung), cedera atau penyakit akut yang
disebabkan oleh satu atau lebih sebab-sebab berikut -

a) kandungan oksigen kurang daripada 19.5% atau melebihi 23.5% mengikut isi padu (pada
paras laut);

3 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) pengumpulan gas mudah terbakar atau mudah meletup melebihi 10% daripada LELnya;

c) pengumpulan gas toksik bersamaan atau melebihi had pendedahan yang dibenarkan
(PEL); atau

d) apa-apa keadaan atmosfera lain yang berbahaya serta-merta kepada nyawa atau
kesihatan (IDLH).

atmosfera lengai bermaksud atmosfera yang mengandungi gas penyesak pada paras yang
tinggi, yang mengandungi sedikit atau tiada oksigen dan terdiri terutamanya daripada gas lengai
atau tak reaktif yang mempunyai nilai ambang yang tinggi sebelum bertindak balas;

bahan cemar bermaksud apa-apa habuk, wasap, wap, gas atau bahan lain, yang boleh
memudaratkan kesihatan dan keselamatan;

gas penyesak bermaksud gas yang boleh menyebabkan orang tidak sedarkan diri atau mati
kerana lemas melalui penyingkiran oksigen secara langsung (penyesak fizikal) atau gangguan
terhadap kemampuan badan menyerap atau mengangkut oksigen ke tisu (penyesak kimia).
Contoh gas penyesak fizikal ialah nitrogen, argon, karbon dioksida dan metana. Contoh gas
penyesak kimia ialah karbon monoksida, hidrogen sulfida dan hidrogen sianida;

had atas letupan (UEL) bermaksud kepekatan maksimum gas yang berada di dalam udara yang
boleh menyebabkan letupan berlaku;

had bawah letupan (LEL) bermaksud kepekatan minimum gas dalam udara yang perlu ada
sebelum ia boleh meletup apabila terkena punca pencucuhan;

julat letupan (mudah terbakar) bermaksud julat campuran wap-udara atau gas-udara mudah
terbakar di antara had bawah letupan (LEL) dengan had atas letupan (UEL);

keadaan kemasukan boleh terima bermaksud keadaan yang hendaklah wujud di dalam ruang
terkurung bagi membolehkan kemasukan dan bagi memastikan orang yang dibenarkan masuk
boleh memasuki dan bekerja di dalam ruang terkurung dengan selamat;

keadaan yang dilarang bermaksud apa-apa keadaan di dalam ruang terkurung yang tidak
dibenarkan dalam permit bekerja sepanjang tempoh kemasukan dibenarkan;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 4


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

kerja panas bermaksud operasi yang menghasilkan api, haba atau bunga api seperti kimpalan,
pemotongan menggunakan haba atau oksigen, pencanaian, penggerudian, pembagasan,
pemanasan dan operasi pembersihan yang menggunakan stim suhu tinggi;

Ketua Pengarah bermaksud Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang
dilantik di bawah subseksyen 5(1) Akta;

kontraktor bermaksud orang yang telah mengikat kontrak, sama ada secara lisan atau bertulis
dan sama ada secara tersurat atau tersirat, untuk tujuan menjalankan apa-apa kerja di dalam
ruang terkurung dan termasuk kontraktor utama atau subkontraktor;

orang menjaga bermaksud pekerja yang dilantik oleh majikan untuk berada di luar ruang
terkurung yang mengawasi orang yang dibenarkan masuk dan yang menjalankan semua tugas
orang menjaga yang ditetapkan dalam program masuk ruang terkurung oleh majikan, dan telah
menghadiri kursus latihan tentang bekerja selamat di dalam ruang terkurung untuk orang yang
dibenarkan masuk dan orang menjaga, dan telah lulus ujian atau peperiksaan;

orang yang dibenarkan masuk bermaksud pekerja yang dibenarkan oleh majikan untuk
memasuki ruang terkurung, dan telah menghadiri kursus latihan tentang bekerja selamat di dalam
ruang terkurung untuk orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga, dan telah lulus ujian
atau peperiksaan;

pelingkungan bermaksud penyelubungan dan pemerangkapan berkesan terhadap seseorang


oleh cecair atau bahan pepejal yang terbahagi secara halus yang boleh tersedut hingga boleh
mengakibatkan kematian disebabkan cecair atau bahan pepejal itu memenuhi atau menyumbat
sistem pernafasan atau boleh mengenakan daya yang cukup ke atas badan hingga menyebabkan
kematian kerana tercekik, terjerut atau terhimpit;

pemilik industri bermaksud pemilik mana-mana industri yang ditetapkan dalam Jadual Pertama
Akta ini;

pengalihudaraan udara paksa bermaksud penggunaan peranti mekanik seperti kipas angin atau
pengalih udara (venturi), untuk menghasilkan atmosfera yang selamat di dalam ruang terkurung;

5 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

penguji gas bertauliah bermaksud orang yang dilantik oleh majikan untuk menjalankan ujian
atmosfera, dan telah menghadiri kursus latihan tentang bekerja selamat di dalam ruang terkurung
untuk penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan, dan telah lulus ujian atau peperiksaan;

pengeluar permit bekerja bermaksud orang yang dilatih sebagai penyelia kemasukan dan
penguji gas bertauliah, dan diberi kuasa oleh majikan untuk mengeluarkan permit bekerja. Dia
tidak boleh bertindak sebagai penyelia bagi satu aktiviti kemasukan ke dalam ruang terkurung
pada satu masa yang sama;

penyelia kemasukan bermaksud pekerja yang dilantik oleh majikan, bertanggungjawab menyelia
kemasukan ruang terkurung dan telah menghadiri kursus latihan tentang bekerja selamat di dalam
ruang terkurung untuk penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan, dan telah lulus ujian atau
peperiksaan;

penyingkiran bermaksud kaedah mengalihkan bahan cemar dari ruang terkurung;

perkhidmatan menyelamat bermaksud perkhidmatan yang disediakan oleh pasukan terlatih


untuk menyelamatkan orang dari ruang terkurung;

permit bekerja bermaksud dokumen bertulis atau bercetak yang disediakan oleh majikan untuk
membenarkan dan mengawal kemasukan ke dalam ruang terkurung;

program masuk ruang terkurung bermaksud program menyeluruh oleh majikan untuk mengawal
dan, apabila sesuai, untuk melindungi pekerjanya daripada hazard ruang terkurung dan mengawal
kemasukan pekerja ke dalam ruang terkurung;

ruang terkurung bermaksud ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan atmosfera semasa
dihuni dan tidak disediakan atau direka bentuk untuk digunakan terutamanya sebagai tempat
kerja, dan

a) boleh pada bila-bila masa

(i) mempunyai atmosfera yang mengandungi paras bahan cemar yang mungkin
memudaratkan;

(ii) mengalami kekurangan atau berlebihan oksigen; atau

(iii) menyebabkan pelingkungan; dan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 6


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad.

Berikut beberapa contoh ruang terkurung

a) tangki penyimpanan, kapal tangki, dandang, silo dan ruang lain yang menyerupai tangki
yang biasanya mempunyai lurang untuk masuk;

b) ruang terbuka atas seperti lubang atau liang;

c) paip, pembetung, terowong, aci, salur dan struktur yang serupa; dan

d) apa-apa ruang di kapal yang boleh dimasuki melalui lurang kecil, tangki kargo, tangki dua
dasar berongga, lunas salur, balast dan tangki minyak.

Berikut beberapa contoh aktiviti di dalam ruang terkurung

a) pembersihan enap cemar dan bahan sisa yang lain;

b) pemeriksaan keadaan fizikal kelengkapan proses;

c) penyenggaraan, termasuk pembagasan pelelas dan penggunaan salutan permukaan;

d) pembaikan, termasuk kimpalan, pengubahsuaian dan pelarasan kelengkapan mekanik;

e) menyelamatkan pekerja yang cedera atau lemas di dalam ruang terkurung; dan

f) tujuan pembinaan;

sistem permit bekerja bermaksud prosedur bertulis oleh majikan untuk menyediakan dan
mengeluarkan permit memasuki dan mengembalikan ruang terkurung untuk perkhidmatan
berikutan dengan penamatan kemasukan.

7 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

BAHAGIAN II

PROGRAM MASUK RUANG TERKURUNG

3. KEPERLUAN AM

3.1 Majikan hendaklah menentukan sama ada tempat kerjanya terdapat apa-apa ruang terkurung,
dan jika ada, majikan hendaklah menyedia dan menyimpan rekod ruang terkurung.

3.2 Jika tempat kerja mempunyai ruang terkurung, majikan hendaklah memaklumkan kepada
pekerjanya dan orang lain, dengan cara memasang papan tanda bahaya atau melalui apa-apa
cara lain yang sama kesannya, tentang kewujudan dan lokasi ruang terkurung itu, dan bahaya
yang boleh ditimbulkannya, terutamanya ketika kerja dijalankan. Papan tanda berbunyi BAHAYA
--- RUANG TERKURUNG. DILARANG MASUK atau menggunakan lain-lain perkataan yang
serupa maksudnya dan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan
papan tanda, dan hendaklah dapat dilihat dengan jelas.

3.3 Jika majikan memutuskan pekerjanya perlu memasuki ruang terkurung, maka majikan hendaklah
menyediakan dan melaksanakan program masuk ruang terkurung. Program ini hendaklah
didokumenkan dan sedia untuk digunakan oleh pekerja.

3.4 Jika majikan memutuskan pekerjanya tidak boleh memasuki ruang terkurung, maka majikan
hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk menghalang pekerjanya dan orang lain
daripada memasuki ruang terkurung tersebut.

4. PROGRAM MASUK RUANG TERKURUNG

4.1 Majikan hendaklah menetapkan satu program masuk ruang terkurung jika pekerjanya dikehendaki
memasuki dan bekerja di dalam ruang terkurung.

4.2 Program masuk ruang terkurung tersebut hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi perkara
berikut

4.2.1 Pengenalpastian hazard

4.2.1.1 Majikan hendaklah mengenal pasti semua hazard yang berkaitan dengan kerja-kerja di
dalam ruang terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 8


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.2.1.2 Kematian, kecederaan teruk atau penyakit boleh berlaku akibat daripada kejadian
berikut

a) kekurangan oksigen di dalam ruang terkurung yang mana disebabkan oleh

i. tindak balas pengoksidaan secara perlahan-lahan oleh bahan organik


atau tak organik;

ii. pengoksidaan cepat (pembakaran);

iii. pencairan udara dengan gas lengai atau gas penyesak;

iv. penyerapan oleh bijian, bahan kimia atau tanah; atau

v. aktiviti fizikal;

b) oksigen yang berlebihan di dalam ruang terkurung yang mungkin disebabkan


oleh kebocoran pemasangan bekalan oksigen seperti pada kelengkapan
pemotongan atau pemanasan gas yang boleh membawa kepada kebakaran
atau letupan;

c) kehadiran bahan cemar pada permukaan atau dalam atmosfera. Bahan


cemar boleh dalam bentuk pepejal, cecair, enap cemar, gas, wap, wasap atau
zarahan. Punca bahan cemar atmosfera yang ditemui termasuklah

i. proses pembuatan;

ii. bahan yang disimpan atau produk sampingan (sebagai contoh, bahan
organik terurai yang terganggu di dalam tangki boleh membebaskan
bahan toksik seperti hidrogen sulfida, manakala hazard biologi seperti
bakteria, virus atau kulat juga boleh juga wujud); dan

iii. operasi yang dijalankan di dalam ruang terkurung (sebagai contoh,


kerja mengecat salutan yang mengandungi bahan toksik atau mudah
terbakar, dan kerja kimpalan atau memateri menggunakan logam
yang boleh menghasilkan wasap toksik);

9 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) operasi kelengkapan bergerak (sebagai contoh, terperangkap dalam gerimit,


tersepit di dalam bahagian yang berputar atau bergerak seperti tali sawat
penyampai);

e) pengaliran stim, air atau gas atau cecair lain yang tidak terkawal;

f) pelingkungan oleh pepejal (sebagai contoh, bijian, pasir, tepung dan baja);

g) kejutan elektrik; dan

h) letupan atau kebakaran.

4.2.1.3 Aktiviti kerja yang dijalankan di dalam ruang terkurung boleh meningkatkan risiko
kecederaan akibat daripada hazard fizikal, kimia, biologi dan psikologi, seperti

a) bising, yang mungkin disebabkan oleh penukulan atau penggunaan kelengkapan


di dalam ruang terkurung;

b) suhu, sama ada tinggi atau rendah, yang terhasil daripada proses kerja atau
keadaan cuaca, atau apabila tidak dibekalkan dengan pengalihudaraan yang
sesuai atau tidak memakai pakaian yang sesuai;

c) sinaran di dalam ruang terkurung (sebagai contoh, daripada sinar-X, tolok sinaran,
isotop, laser dan kimpalan);

d) pengendalian secara manual;

e) tergelincir, tersandung dan terjatuh; dan

f) klaustrofobia.

4.2.2 Penaksiran risiko

4.2.2.1 Majikan hendaklah menjalankan penaksiran risiko sebelum menjalankan kerja yang
melibatkan kemasukan ke dalam ruang terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 10


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.2.2.2 Penaksiran hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada

a) keadaan ruang terkurung;

b) faktor yang perlu dipertimbangkan -

i. bilangan orang yang menghuni ruang terkurung;

ii. bilangan orang yang dikehendaki berada di luar ruang terkurung untuk
menyenggarakan kelengkapan yang perlu untuk tugas ruang terkurung,
bagi memastikan komunikasi dan pemerhatian secukupnya ke atas
orang di dalam ruang terkurung, dan menjalankan prosedur menyelamat
yang betul;

iii. tempoh penghunian;

iv. tahap kesihatan dan latihan bagi orang yang terlibat dalam kerja ruang
terkurung;

v. arahan yang mencukupi untuk orang tersebut dalam mana-mana


prosedur kerja yang dikehendaki, terutamanya bagi kerja yang tidak
biasa dijalankan atau yang bukan tipikal, termasuklah penggunaan dan
had bagi apa-apa kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan mekanik
atau kelengkapan lain yang hendak digunakan; dan

vi. kelengkapan pelindung diri, pakaian pelindung dan kelengkapan


menyelamat yang sesuai disediakan dan mencukupi bagi semua pekerja
yang mungkin akan memasuki ruang terkurung;

c) hazard yang dikenal pasti dalam 4.2.1;

d) kaedah sebenar yang dipilih dan rancangan yang dicadangkan

i. semua operasi dan prosedur kerja yang dicadangkan, terutamanya yang


boleh menyebabkan perubahan keadaan di dalam ruang terkurung;

11 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

ii. langkah yang diperlukan supaya ruang terkurung berada pada tekanan
atmosfera;

iii. kaedah pembersihan dan penyingkiran jika diperlukan;

iv. kaedah kerja panas jika diperlukan;

v. kesempurnaan dan keselamatan struktur secara keseluruhan dan


keperluan pencahayaan dan kebolehlihatan;

vi. keperluan langkah perlindungan tambahan; sebagai contoh

a) larangan kerja panas di kawasan bersebelahan;

b) larangan merokok dan nyalaan terbuka di dalam ruang terkurung


dan, jika sesuai, kawasan bersebelahan;

c) mengelakkan bahan cemar dalam atmosfera pernafasan yang


berpunca daripada operasi atau punca di luar ruang terkurung,
seperti daripada ekzos enjin pembakaran dalam; dan

d) larangan pergerakan jentera seperti trak angkat susun di kawasan


bersebelahan;

vii. kaedah pengalihudaraan untuk mengekalkan atmosfera yang selamat;


dan

viii. penilaian gas atau bahan;

e) prosedur kecemasan dan menyelamat

i. persediaan untuk menyelamat, pertolongan cemas dan menyedarkan


semula mangsa; dan

ii. komunikasi antara orang yang dibenarkan masuk dengan orang menjaga,
dan/atau orang menjaga dengan perkhidmatan menyelamat.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 12


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.2.2.3 Seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada
Kesihatan) 2000, penaksiran hendaklah dijalankan oleh pengapit jika terdapat apa-apa
bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan di dalam ruang terkurung.

4.2.2.4 Majikan hendaklah memastikan penaksiran dikaji semula apabila terdapat bukti yang
menunjukkan penaksiran itu tidak lagi sah atau setiap 5 tahun atau seperti yang diarahkan
oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pengarah Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan.

4.2.2.5 Kaedah penaksiran risiko boleh berpandukan kepada Garis Panduan Pengenalpastian
Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko Jabatan atau kaedah penaksiran risiko
lain yang berkaitan.

4.2.2.6 Contoh penaksiran risiko disediakan dalam Lampiran A dan sampel borang penaksiran
risiko disediakan dalam Lampiran B.

4.2.3 Kawalan risiko

Berdasarkan penaksiran risiko, majikan hendaklah menyedia dan melaksana prosedur dan
amalan kawalan hazard bagi menyediakan kemasukan yang selamat ke dalam ruang terkurung.
Ia hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut

a) menetapkan keadaan kemasukan yang boleh terima;

b) mengasingkan ruang terkurung;

c) menyingkirkan, menjadikan lengai, mengumbah atau mengalihudarakan ruang terkurung


seperti yang diperlukan untuk menghapuskan atau mengawal hazard atmosfera; dan

d) mengesahkan keadaan di dalam ruang terkurung boleh dimasuki sepanjang tempoh


kemasukan yang dibenarkan. Ini boleh dijalankan dengan menguji atmosfera ruang
terkurung sebelum setiap kemasukan dan jika perlu semasa operasi kemasukan.

13 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.2.4 Orang menjaga

Peruntukan sekurang-kurangnya seorang orang menjaga mestilah berada di luar ruang terkurung
bagi sesuatu kebenaran kemasukan dan bagi tempoh operasi kemasukan.

4.2.5 Pemantauan beberapa ruang terkurung

Untuk pemantauan beberapa ruang terkurung oleh seorang orang menjaga, program hendaklah
termasuk cara dan prosedur untuk membolehkan orang menjaga ini bertindak terhadap apa-apa
keadaan kecemasan di satu atau lebih ruang terkurung yang dipantau olehnya tanpa mengganggu
tanggungjawab orang menjaga itu di bawah Tataamalan Industri ini.

4.2.6 Sistem permit bekerja

Majikan hendaklah menyediakan sistem bertulis untuk penyediaan, pengeluaran, pelaksanaan


dan pembatalan permit bekerja.

4.2.7 Pemasangan papan tanda

Papan tanda amaran ruang terkurung hendaklah dipasang di tempat yang mudah dilihat apabila
kerja dijalankan setelah permit bekerja dikeluarkan.

4.2.8 Latihan pekerja

Majikan hendaklah memastikan setiap pekerjanya yang terlibat dalam operasi ruang terkurung
telah menjalani latihan kursus keselamatan ruang terkurung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah
dan lulus peperiksaan.

4.2.9 Kelengkapan

Majikan hendaklah menyediakan kelengkapan yang sesuai seperti yang berikut

a) kelengkapan ujian dan pengawasan atmosfera;

b) kelengkapan pelindung diri setakat yang praktik jika kawalan kejuruteraan dan amalan
kerja tidak dapat melindungi secukupnya orang yang dibenarkan masuk;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 14


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

c) kelengkapan pengalihudaraan udara paksa yang diperlukan untuk mencapai keadaan


kemasukan boleh terima;

d) kelengkapan pencahayaan yang diperlukan bagi membolehkan orang yang dibenarkan


masuk melihat dengan jelas, bekerja dengan selamat dan boleh keluar dari ruang
terkurung dengan cepat jika berlaku kecemasan;

e) pengadang dan pelindung;

f) kelengkapan untuk masuk dan keluar dengan selamat bagi orang yang dibenarkan masuk,
seperti tangga, win dan tripod;

g) kelengkapan kecemasan dan menyelamat; dan

h) apa-apa kelengkapan lain yang perlu untuk kemasukan yang selamat dan kerja
menyelamat dari ruang terkurung.

4.2.10 Kaedah komunikasi

Kaedah komunikasi mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis kerja yang dijalankan dan jenis
tempat kerja. Dalam kebanyakan keadaan, peranti komunikasi, seperti telefon atau walkie-talkie
lebih digalakkan. Terdapat juga keadaan kaedah komunikasi lain yang boleh digunakan seperti
komunikasi lisan, isyarat tangan, cahaya dan isyarat tali.

4.2.11 Perlindungan hazard luar

Perlindungan seperti pengadang fizikal hendaklah disediakan untuk mengawal hazard yang
berpotensi ditimbulkan oleh pejalan kaki dan kenderaan.

4.2.12 Pengenalpastian tanggungjawab

a) Majikan hendaklah menetapkan dan mengenal pasti tanggungjawab pekerja yang


ditetapkan sebagai orang yang dibenarkan masuk, orang menjaga, penyelia kemasukan,
penguji gas bertauliah, pengeluar permit bekerja atau pekerja lain yang berkaitan dalam
operasi kemasukan.

15 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) Majikan hendaklah memastikan kakitangan yang dinyatakan pada (a) menjalankan tugas
mereka seperti yang ditetapkan dalam Bahagian IV.

4.2.13 Maklumat untuk kontraktor

Majikan hendaklah menyedia dan memberi taklimat kepada kontraktor tentang maklumat hazard
ruang terkurung, peraturan keselamatan dan prosedur kecemasan selaras dengan pematuhan
kepada Tataamalan Industri ini.

4.2.14 Penyelarasan operasi kemasukan yang melibatkan pekerja bagi lebih daripada satu
kontraktor yang bekerja serentak

Prosedur hendaklah disediakan dan dilaksanakan apabila pekerja ini bekerja pada masa yang
sama dengan orang yang dibenarkan masuk di dalam ruang terkurung, supaya pekerja salah satu
kontraktor tidak membahayakan pekerja mana-mana kontraktor lain.

4.2.15 Penamatan kemasukan

Prosedur penamatan bagi sesuatu kemasukan setelah selesai operasi kemasukan adalah perlu,
antaranya penutupan ruang terkurung dan menamatkan permit bekerja hendaklah disediakan dan
dilaksanakan. Selepas menamatkan permit bekerja, sesi soalan dan maklum balas yang teratur
hendaklah diadakan.

4.3 Mengkaji semula program masuk ruang terkurung

4.3.1 Program masuk ruang terkurung hendaklah dikaji semula jika majikan mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa langkah yang diambil di bawah program masuk ruang terkurung sedia ada
tidak dapat melindungi pekerja dan terdapat keperluan mengkaji semula program bagi membetulkan
kekurangan yang wujud sebelum sebarang kemasukan pekerja berikutnya dibenarkan.

4.3.2 Majikan juga hendaklah mengkaji semula program atau prestasi, dengan menggunakan permit
bekerja yang telah dibatalkan selepas setiap kemasukan, dan mengkaji semula program jika
perlu, bagi memastikan pekerja yang terlibat dalam operasi kemasukan dilindungi daripada hazard
ruang terkurung. Majikan boleh menjalankan satu kajian semula dalam setahun yang meliputi
semua permit masuk yang dibatalkan yang dibuat dalam tempoh 12 bulan. Jika tiada kemasukan
dijalankan dalam tempoh ini, maka kajian semula tidak perlu dijalankan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 16


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.3.3 Majikan juga hendaklah mengkaji semula program jika terdapat apa-apa pindaan pada undang-
undang sedia ada atau seperti yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

4.4 Prosedur kecemasan

Setiap prosedur kecemasan adalah berlainan, kerana setiap prosedur kecemasan itu digubal
khusus berdasarkan jenis kecemasan atau kemalangan yang mungkin berlaku. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip am yang perlu dipatuhi untuk menyediakan prosedur
kecemasan yang lengkap.

4.4.1 Penggera

4.4.1.1 Sistem atau persiapan hendaklah disediakan bagi membolehkan pekerja menghidupkan
penggera kecemasan, supaya tindakan paling cepat dan sesuai untuk mengawal keadaan
boleh diaktifkan. Sistem penggera boleh berbeza-beza dan bergantung pada tempat
kerja.

4.4.1.2 Hendaklah disediakan beberapa tempat dimana alat penggera boleh dibunyikan secara
terus, melalui isyarat atau pesanan ke lokasi penjaga. Penggera hendaklah dapat
menyedarkan penjaga bertanggungjawab, yang mana dia hendaklah menaksir situasi
tersebut dan mengaktifkan prosedur kecemasan yang betul, dan pada masa yang
sama orang menjaga hendaklah mengarahkan orang yang dibenarkan masuk untuk
meninggalkan ruang terkurung dengan segera.

4.4.1.3 Di kawasan dimana tahap bunyi bising yang tinggi, adalah perlu untuk memasang lebih
daripada satu penggera pemancar yang bersamanya lampu berkelip-kelip. Penggera
automatik mungkin sesuai di sesetengah kawasan.

4.4.2 Tindakan kecemasan

Tindakan kecemasan ialah tindakan yang perlu diambil ketika kecemasan berlaku termasuklah
urutan tindakan yang perlu dijalankan dan keputusan yang perlu dibuat untuk mengawal keadaan
kecemasan. Pelan tindakan kecemasan hendaklah disediakan lebih awal.

17 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.4.3 Pengosongan, menyelamat dan pertolongan cemas

Prosedur pengosongan, menyelamat dan pertolongan cemas hendaklah meliputi sekurang-


kurangnya yang berikut

a) pengosongan hendaklah ke tempat perhimpunan yang selamat yang telah ditetapkan;

b) prosedur hendaklah menetapkan seseorang untuk merekodkan nama semua pekerja


yang tiba di tempat berhimpun;

c) membuat pengiraan bilangan pekerja;

d) mengaktifkan pasukan penyelamat atau memanggil agensi perkhidmatan menyelamat


untuk mencari pekerja yang hilang;

e) memberikan bantuan pertolongan cemas kepada orang yang tercedera, jika seseorang
yang berkelayakan ada di situ; dan

f) memaklumkan hospital terdekat jika perlu.

4.4.4 Prosedur menyelamat

Prosedur kecemasan, termasuk peruntukan bagi kelengkapan menyelamat, hendaklah disediakan


dan lengkap. Persiapan hendaklah mengambil kira perkara berikut

a) bentuk dan saiz ruang terkurung;

b) jenis tugas yang akan dijalankan;

c) halangan yang ada di dalam ruang terkurung dan saiz serta kedudukan laluan masuk dan
keluar dari ruang terkurung; dan

d) bilangan orang yang menghuni ruang terkurung dan bilangan orang yang dikehendaki
berada di luar ruang terkurung untuk menyenggarakan kelengkapan yang perlu bagi
tugasan di dalam ruang terkurung, juga memastikan komunikasi secukupnya dengan
orang di dalam ruang terkurung dan juga mengawasi orang di dalam ruang terkurung
supaya kerja-kerja menyelamat dapat dijalankan apabila diperlukan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 18


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.4.5 Komunikasi

4.4.5.1 Komunikasi merupakan satu faktor penting semasa menghadapi kecemasan. Prosedur
komunikasi perlu melibatkan penyelarasan dan penyampaian maklumat di dalam syarikat
atau di tapak kerja dan pihak lain. Di tempat kerja, penyelia kemasukan merupakan orang
yang bertanggungjawab.

4.4.5.2 Komunikasi hendaklah diwujudkan antara orang berikut

a) pengurus tapak;

b) penyelia kemasukan;

c) individu yang membenarkan masuk;

d) pasukan penyelamat; dan

e) mana-mana agensi perkhidmatan menyelamat dan kecemasan yang lain,


contohnya, Jabatan Bomba & Penyelamat, Hospital.

19 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

BAHAGIAN III

KEPERLUAN TERPERINCI

5. SISTEM PERMIT BEKERJA

5.1 Sebelum sebarang kemasukan dibenarkan, majikan hendaklah memastikan segala langkah-
langkah yang dinyatakan dalam perenggan 4.2.3 dipatuhi.

5.2 Sebelum memasuki ruang terkurung, pengeluar permit bekerja yang membuat pengenalpastian
pada permit bekerja hendaklah mengeluarkan permit bekerja untuk kebenaran masuk. Pengeluar
permit bekerja tidak boleh bertindak sebagai penyelia kemasukan pada satu kemasukan yang
sama.

5.3 Penyelia kemasukan hendaklah mematuhi syarat permit bekerja dengan menandatangani permit
bekerja dan seterusnya menguruskan aktiviti kemasukan.

5.4 Permit bekerja yang lengkap hendaklah siap tersedia pada masa kemasukan untuk perhatian
semua orang yang dibenarkan masuk, dengan cara meletakkannya di laluan masuk, agar orang
yang dibenarkan masuk dapat memastikan segala langkah-langkah awal keselamatan telah
dilaksanakan.

5.5 Tempoh masa permit bekerja dibenarkan hendaklah dinyatakan dan hendaklah tidak melebihi
tempoh masa yang ditetapkan bagi menyiapkan tugas atau kerja yang dinyatakan dalam permit
bekerja, menurut tujuan kemasukan atau tempoh lapan jam yang mana tempoh lebih pendek.
Tempoh permit bekerja yang boleh dilanjutkan oleh penyelia kemasukan hanya maksimum empat
jam dan sekali lanjutan sahaja, dengan syarat keadaan di dalam ruang terkurung adalah sama.

5.6 Penyelia kemasukan hendaklah memberhentikan serta merta kemasukan dan membatalkan
permit bekerja apabila wujud keadaan atau situasi bahaya yang berlaku di dalam ruang terkurung
atau berhampiran ruang terkurung, sebagai contoh, jika terdapat perubahan hazard yang
meningkatkan risiko yang ketara. Apa-apa masalah yang dihadapi semasa operasi kemasukan
hendaklah dicatatkan pada permit bekerja supaya semakan semula ke atas program masuk ruang
terkurung dapat dibuat.

5.7 Permit bekerja hendaklah ditutup oleh penyelia kemasukan selepas semua kerja disiapkan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 20


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

6. PERMIT BEKERJA

6.1 Permit bekerja di dalam ruang terkurung hendaklah dijadikan permit utama.

6.2 Permit bekerja di dalam ruang terkurung yang mematuhi Tataamalan Industri ini bagi membenarkan
seseorang masuk hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut

a) lokasi ruang terkurung yang hendak dimasuki;

b) tujuan kemasukan;

c) tarikh dikeluarkan dan tempoh sah permit bekerja yang dibenarkan;

d) nama orang yang dibenarkan masuk dan lain-lain maklumat yang berkaitan dirinya
agar orang menjaga dapat mengenal pasti siapa yang berada di dalam ruang terkurung
tersebut;

e) nama pengeluar permit bekerja yang menandatangani permit bekerja itu;

f) nama penyelia kemasukan;

g) hazard-hazard yang terdapat di dalam ruang terkurung;

h) langkah-langkah yang telah diambil untuk mengasingkan ruang terkurung tersebut serta
langkah-langkah keselamatan untuk mengawal serta menghapuskan hazard-hazard
tersebut sebelum kemasukan bermula. Langkah ini termasuklah dengan cara kunci
keluar atau melabelkan kelengkapan serta prosedur untuk penyingkiran, pelengaian,
pengalihudaraan dan pengumbahan gas-gas berhazard/beracun di dalam ruang
terkurung;

i) keadaan kemasukan boleh terima. Rujuk Peraturan-peraturan Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya
kepada Kesihatan) 2000 untuk senarai had pendedahan yang dibenarkan;

j) keputusan ujian atmosfera awal dan ujian atmosfera berkala yang dijalankan dan
disertakan dengan nama penguji gas bertauliah dan seterusnya menyatakan apa jenis
ujian yang dijalankan;

21 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

k) prosedur komunikasi yang digunakan oleh orang yang dibenarkan masuk dan orang
menjaga supaya mereka dapat berhubung semasa kemasukan;

l) kelengkapan, seperti kelengkapan pelindung diri, kelengkapan ujian, kelengkapan


komunikasi, sistem penggera kecemasan dan kelengkapan menyelamat yang perlu
dibekalkan;

m) apa-apa maklumat lain yang perlu dimasukkan, mengikut keadaan yang ditetapkan bagi
ruang terkurung yang berkenaan, untuk memastikan keselamatan orang yang dibenarkan
masuk;

n) orang menjaga dan persediaan menyelamat; dan

o) apa-apa permit bekerja tambahan, seperti permit untuk kerja panas yang dikeluarkan
bagi kerja yang dibenarkan di dalam ruang terkurung. Sistem permit bersepadu juga
boleh diterima. Untuk maklumat tambahan bagi kerja panas, rujuk Lampiran C.

6.3 Lampiran D memberikan contoh bagi suatu permit bekerja.

7. KEPERLUAN PENGASINGAN

7.1 Pengasingan bagi penyaluran bahan ke dalam ruang terkurung amat diperlukan bergantung
kepada keadaan atau aktiviti yang sedang dijalankan di dalam ruang terkurung serta pergerakan
bahan dan peralatan, ini kerana kemasukan bahan dengan tidak sengaja boleh mewujudkan
hazard di dalam ruang terkurung.

7.2 Majikan hendaklah mengambil langkah positif bagi memastikan perkara berikut dijalankan tetapi
tidak terhad kepada

a) pengasingan positif bagi menghalang bahan dibawa masuk secara tidak sengaja ke
dalam ruang terkurung, antaranya melalui kelengkapan seperti paip, salur, parit, tali sawat
penyampai, paip khidmat, atau kelengkapan perlindungan kebakaran. Penutupan injap
tidak boleh dianggap sebagai pengasingan positif;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 22


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) penyahtenagaan dan kunci keluar; atau penyahtenagaan dan pelabelan; atau kedua-
duanya; pada mesin, pembancuh, pemutar atau kelengkapan lain yang mempunyai
bahagian bergerak di dalam ruang terkurung. Keadaan ini memerlukan pengasingan
tambahan, pengadang atau penyahtenagaan mesin itu sendiri bagi mengawal pembebasan
tenaga tersimpan (sebagai contoh, pegas); dan

c) pengasingan bagi semua punca tenaga lain dari sumber luar ruang terkurung tetapi masih
boleh menjejaskan keadaan ruang terkurung, sebagai contoh, bahan panas atau sejuk.

7.3 Kaedah pengasingan bagi bahan berhazard

Ruang terkurung hendaklah diasingkan sebelum dibenarkan masuk. Kaedah pengasingan


hendaklah ditetapkan berdasarkan risiko yang terlibat dan menurut satu daripada kaedah yang
dinyatakan di bawah atau dengan kaedah lain yang boleh memastikan keselamatan yang setara
dengannya

a) penanggalan injap, kepingan gelendong, atau sambungan pemanjangan pada paip yang
menghala ke ruang terkurung, dan sehampir yang mungkin dengan ruang terkurung,
dan menandakan atau menutup hujung paip terbuka yang menghala ke ruang terkurung.
Penanda atau penutup hendaklah dikenal pasti bagi menyatakan tujuannya. Bahan
yang digunakan sebagai penutup mestilah bersesuaian dengan cecair, wap atau gas
yang bersentuhan dengannya. Bahan itu juga hendaklah mempunyai kekuatan yang
cukup untuk menahan tekanan kerja maksimum, termasuklah hentaman tekanan yang
mendadak yang boleh terbentuk di dalam paip;

b) memasukkan bilah yang menahan sepenuhnya di antara bebibir paip yang berhampiran
dengan ruang terkurung;

c) jika kaedah yang diterangkan dalam (a) atau (b) tidak praktikal, pengasingan hendaklah
dibuat dengan cara menutup dan mengunci, atau menutup dan meletakkan label, atau
kedua-duanya, bagi sekurang-kurangnya dua injap pada paip yang menghala ke ruang
terkurung. Jika sesuai, injap penyalir di antara dua injap hendaklah juga dikunci pada
kedudukan terbuka atau dilabel pada kedudukan terbuka ke udara sebagai sebahagian
daripada kaedah ini; dan

23 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) jika pengasingan ruang terkurung tidak boleh dijalankan kerana ruang terlalu besar atau
ruang sebahagian daripada sistem berterusan (seperti pembetung), ujian pra-kemasukan
yang dijalankan menurut perenggan 8.6.1.1 sehingga pengasingan boleh dijalankan
hendaklah dianggap sebagai memenuhi keperluan pengasingan.

7.4 Kaedah pengasingan bagi bahagian bergerak

Sebelum dibenarkan masuk ke dalam mana-mana ruang terkurung yang mana ia boleh bergerak,
atau terdapat pemutar, kipas atau bahagian lain yang bergerak boleh berpotensi menimbulkan
hazard kepada seseorang, kemungkinan berlakunya pergerakan mestilah dicegah melalui kaedah
yang sesuai yang diterangkan di bawah atau melalui kaedah lain yang dapat memberikan tahap
keselamatan yang setara dengannya. Jika praktikal, kelengkapan atau peranti yang menyimpan
tenaga termasuklah hidraulik, pneumatik, elektrik, kimia, mekanik, haba atau jenis tenaga yang
lain, hendaklah dikurangkan kepada keadaan tenaga sifar

a) orang yang dibenarkan masuk hendaklah meletakkan kunci atau penanda, atau kedua-
duanya, pada pemutus litar terbuka atau suis pengasing yang membekalkan kuasa elektrik
kepada kelengkapan dengan bahagian bergerak yang berhazard, untuk menunjukkan
bahawa ada orang di dalam ruang terkurung dan pengasingan itu tidak boleh dialihkan
sehingga semua orang telah meninggalkan ruang terkurung itu. Jika kunci digunakan,
anak kunci hendaklah disimpan oleh orang yang dibenarkan masuk;

b) jika sumber kuasa tidak boleh dikawal dengan mudah atau dengan berkesan, tali sawat
atau penghubung mekanik yang lain hendaklah dibuka dan dibubuh penanda untuk
menunjukkan bahawa ada orang di dalam ruang terkurung dan tali sawat atau penghubung
itu tidak boleh disambung sehingga semua orang telah meninggalkan ruang terkurung itu;

c) Jika (a) dan (b) tidak praktikal, komponen boleh alih hendaklah diadang, dan suis, klac
atau kawalan lain hendaklah dibubuh penanda untuk menunjukkan bahawa ada orang di
dalam ruang terkurung dan pengadang dan penanda itu tidak boleh dialihkan sehingga
semua orang telah meninggalkan ruang itu.

CATATAN: Jika lebih daripada seorang akan bekerja di dalam ruang terkurung, satu
sistem hendaklah disediakan supaya peranti pengasing dikunci, dibubuh penanda atau
kedua-duanya, oleh setiap orang yang memasuki ruang terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 24


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

7.5 Membuka alat pengasingan

7.5.1 Satu sistem hendaklah disediakan bagi memastikan pembukaan sebarang kunci, penanda, atau
faktor pelindung lain hanya boleh dijalankan oleh orang yang memasangnya sahaja.

7.5.2 Pengaktifan atau pentenagaan sistem hendaklah dijalankan oleh orang yang menyahaktifkan
atau menyahtenagakannya atau mana-mana orang lain yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi, dan dibenarkan oleh penyelia kemasukan atau pengeluar permit
bekerja untuk melakukan tugas itu dengan betul.

8. KEPERLUAN BAGI MEMASTIKAN RUANG ATMOSFERA YANG SELAMAT

8.1 Tiada sesiapa pun dibenarkan memasuki ruang terkurung tersebut sehinggalah had pendedahan
berada di bawah had pendedahan yang dibenarkan dan semua risiko bagi hazard fizikal, kimia,
ergonomik, psikologi, radioaktif dan/atau biologi dikurangkan pada tahap serendah yang boleh.

8.2 Langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk mewujudkan dan mengekalkan atmosfera yang
selamat di dalam ruang terkurung di sepanjang tempoh penghunian.

8.3 Langkah berjaga-jaga/tindakan hendaklah dilaksanakan untuk mengekalkan atmosfera yang


selamat untuk pernafasan di dalam ruang terkurung. Tindakan berikut hendaklah diambil

a) pembersihan awal;

b) penyingkiran;

c) ujian dan penilaian atmosfera di dalam ruang terkurung;

d) ujian semula dan/atau pemantauan; dan

e) pengalihudaraan.

Catatan: Jika keadaan dimana atmosfera selamat tidak dapat dicapai, kemasukan ke dalam ruang
terkurung hendaklah dijalankan mengikut keperluan yang dinyatakan dalam perenggan 9.

25 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

8.4 Pembersihan awal

8.4.1 Jika praktikal, semua pepejal dan cecair, yang boleh menimbulkan hazard kepada orang di dalam
ruang terkurung, hendaklah dialihkan dari ruang terkurung tersebut sebelum orang tersebut
dibenarkan masuk. Untuk maklumat tambahan tentang pembersihan, sila rujuk Lampiran E.

8.4.2 Proses dan kaedah pembersihan yang digunakan perlu disesuaikan bagi memenuhi setiap
keadaan yang berbeza-beza. Pertimbangan hendaklah diberikan kepada bahan yang berpotensi
menimbulkan bahaya yang mungkin terperangkap di dalam enap cemar, kerak atau mendapan
lain.

8.4.3 Bahan yang berpotensi menimbulkan bahaya mungkin terperangkap di dalam enap cemar, kerak
atau mendapan lain, binaan bata atau di belakang pelapik yang longgar, di dalam perangkap cecair,
atau di dalam pemasangan alatan, dan akan dibebaskan hanya apabila, contohnya, ia diganggu
atau haba dikenakan ke atasnya. Begitu juga, bahan tersebut mungkin tersekat pada sambungan
saluran atau liku pada paip penyambung atau pada tempat lain yang sukar dibersihkan.

8.5 Penyingkiran

8.5.1 Jika perlu, ruang terkurung hendaklah dibersihkan daripada bahan cemar dengan menggunakan
agen penyingkir yang sesuai. Langkah berhati-hati hendaklah diambil dalam penyingkiran ruang
terkurung bagi mengelakkan keruntuhan penutup disebabkan perbezaan tekanan.

8.5.2 Apabila bahan cemar mudah terbakar hendak disingkirkan, kelengkapan penyingkiran dan
pengalihudaraan yang direka bentuk untuk kegunaan di lokasi berhazard hendaklah digunakan
dan langkah berjaga-jaga hendaklah diambil bagi menghapuskan semua punca pencucuhan,
termasuk pembebasan tenaga elektrik statik.

8.5.3 Kaedah yang digunakan hendaklah memastikan apa-apa bahan cemar yang dialihkan dari ruang
terkurung dilupuskan di lokasi yang tidak menimbulkan hazard kepada orang atau kelengkapan.

8.5.4 Jika gas lengai digunakan untuk penyingkiran, pengalihudaraan udara paksa hendaklah dijalankan
untuk mengalihkan gas lengai ke paras boleh terima bagi memastikan keadaan kemasukan yang
selamat.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 26


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

8.6 Ujian dan penilaian di dalam ruang terkurung

8.6.1 Penilaian keadaan ruang terkurung hendaklah dijalankan seperti yang berikut apabila operasi
kemasukan dijalankan

8.6.1.1 Ujian pra-kemasukan

a) uji keadaan di dalam ruang terkurung bagi memastikan wujudnya keadaan


kemasukan boleh terima sebelum kemasukan dibenarkan, melainkan jika
pengasingan ruang tidak boleh dijalankan disebabkan ruang terlalu besar atau
ruang adalah sebahagian daripada sistem berterusan (seperti pembetung),
ujian pra-kemasukan hendaklah dijalankan setakat mana yang boleh sebelum
kemasukan dibenarkan;

b) atmosfera hendaklah diuji oleh penguji gas bertauliah;

c) apabila menguji hazard ruang atmosfera, ujian pertama hendaklah untuk


mengesan oksigen, diikuti dengan gas dan wap mudah terbakar, dan akhir sekali
gas dan wap toksik;

d) ujian dan penilaian ruang atmosfera serta pemerhatian ke atas hazard lain
hendaklah dijalankan di luar ruang terkurung, sebelum kemasukan berlaku.
Keputusan setiap ujian dan penilaian hendaklah direkodkan dalam permit bekerja;

e) ujian dan penilaian bagi kawasan yang berada lebih jauh di dalam ruang terkurung
boleh dijalankan sebaik sahaja kawasan bersebelahan dengan laluan masuk ke
dalam ruang terkurung telah dipastikan selamat; dan

f) jika keputusan ujian gagal, pengalihudaraan yang lebih berkesan hendaklah


digunakan bagi mencapai keadaan kemasukan yang selamat.

8.6.1.2 Semasa kemasukan

a) Apabila kemasukan dibenarkan, keadaan kawasan dimana pekerja dibenarkan


bekerja di dalam ruang terkurung hendaklah sentiasa dipantau berterusan. Uji
atau pantau ruang terkurung tersebut sewajarnya untuk memastikan keadaan
kemasukan boleh terima dikekalkan sepanjang tempoh kemasukan;

27 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) buat penaksiran sama ada terdapat apa-apa hazard yang timbul daripada
atmosfera berhazard dan keadaan suhu melampau; dan

c) jika atmosfera berhazard dikesan semasa kemasukan atau semasa bekerja di


dalam ruang terkurung

i. setiap pekerja hendaklah meninggalkan ruang itu dengan segera;

ii. penyelia kemasukan hendaklah membatalkan permit bekerja dengan


segera dan menilai semula keadaan;

iii. ruang terkurung tersebut hendaklah dinilai semula untuk menentukan


bagaimana atmosfera berhazard itu boleh terjadi; dan

iv. langkah-langkah hendaklah diambil untuk melindungi pekerja daripada


atmosfera berhazard tersebut sebelum kemasukan seterusnya
dibenarkan.

8.6.2 Ujian awal atmosfera hendaklah dijalankan oleh penguji gas bertauliah, manakala ujian berterusan
boleh dijalankan oleh penguji gas bertauliah atau orang yang dibenarkan masuk. Pengawasan
berterusan ke atas keadaan atmosfera hendaklah dijalankan selaras dengan hazard yang dikenal
pasti dan penaksiran risiko yang telah dijalankan.

8.6.3 Ujian semula dianggap perlu kerana pembebasan gas berhazard mungkin boleh berlaku secara
beransur-ansur disebabkan oleh gangguan enap cemar atau objek lain secara sengaja atau tidak
sengaja, yang diperangkap atau diserap oleh bahan cemar.

8.6.4 Lampiran F memberikan syor tambahan untuk ujian atmosfera.

8.6.5 Adalah penting untuk memastikan bahawa alatan yang digunakan adalah

a) alatan baca terus;

b) ditentukurkan menurut syor pengilang;

c) sesuai untuk mengukur kewujudan gas yang perlu diuji; dan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 28


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) sesetengah alatan, sebagai contoh, meter oksigen hanya digunakan untuk mengukur
kandungan oksigen. Alatan ini tidak boleh digunakan untuk mengesan kewujudan apa-
apa gas toksik atau mudah terbakar. Walau bagaimanapun, kini terdapat beberapa alatan
yang boleh mengukur kandungan oksigen, kandungan mudah terbakar dan kandungan
toksik secara serentak.

8.7 Pengalihudaraan

8.7.1 Pengalihudaraan hendaklah disediakan secara berterusan sepanjang tempoh penghunian di


dalam ruang terkurung.

8.7.2 Jika pengalihudaraan udara paksa yang berterusan digunakan, perkara berikut hendaklah diikuti

a) orang yang dibenarkan masuk tidak boleh memasuki ruang sehingga pengalihudaraan
udara paksa telah menghapuskan apa-apa atmosfera berhazard;

b) pengalihudaraan udara paksa hendaklah dihalakan sewajarnya supaya dapat


mengalihudarakan kawasan paling hampir dengan orang yang dibenarkan masuk berada
atau akan berada di dalam ruang itu dan hendaklah berterusan sehingga dia meninggalkan
ruang itu;

c) bekalan udara bagi pengalihudaraan udara paksa hendaklah daripada sumber yang
bersih, bebas daripada apa-apa bahan cemar dan tidak meningkatkan hazard di dalam
ruang terkurung;

d) atmosfera di dalam ruang terkurung hendaklah diuji secara berkala seperti yang diperlukan
bagi memastikan pengalihudaraan udara paksa yang berterusan dapat mencegah
pengumpulan atmosfera berhazard; dan

e) ekzos dari kelengkapan hendaklah dihalakan jauh daripada laluan masuk ruang terkurung
atau tempat masuk kipas pengalihudaraan.

8.7.3 Jika penyelenggaraan persekitaran bekerja selamat di dalam ruang terkurung bergantung pada
kelengkapan pengalihudaraan udara paksa, contohnya, kipas, kelengkapan itu hendaklah

29 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

a) sentiasa diawasi semasa ruang terkurung itu dihuni; dan

b) alat kawalan (termasuk apa-apa bekalan kuasa jauh) dapat dikenal pasti dan ditandakan
dengan jelas bagi melindunginya daripada gangguan yang tidak dibenarkan.

8.7.4 Kemudahan ekzos hendaklah diatur bagi memastikan apa-apa udara tercemar yang dialirkan dari
ruang terkurung tidak mendatangkan apa-apa hazard kepada orang lain atau kelengkapan.

8.7.5 Oksigen tidak boleh digunakan untuk mengalihudarakan ruang terkurung. Peningkatan oksigen
(berlebihan) dalam atmosfera boleh mengakibatkan meningkatnya paras mudah terbakar dan
kemungkinan berlaku letupan atau kebakaran.

9. MEMASUKI RUANG ATMOSFERA BERHAZARD

9.1 Memasuki ruang terkurung yang mengandungi atmosfera berhazard hendaklah hanya boleh
dibenarkan di bawah keadaan berikut

a) atmosfera di dalam ruang terkurung tidak dapat menyediakan keadaan bekerja selamat
walaupun semua usaha yang munasabah untuk menyingkirkan, membersihkan dan
mengalihudarakan ruang telah dilakukan;

b) jenis prosedur kerja di dalam ruang terkurung mungkin merosotkan atau mencemarkan
atmosfera di dalam ruang terkurung (sebagai contoh, kerja panas, mengecat, menukar
mangkin atau mengalihkan enap cemar); dan

c) pengaliran udara ke dalam ruang terkurung akan menimbulkan risiko tambahan dari aspek
kesihatan dan keselamatan orang yang dibenarkan masuk dan aktiviti yang dijalankan di
dalamnya; atau menjejaskan produk, kelengkapan atau bahan lain yang terdapat di dalam
ruang terkurung. Di bawah keadaan ini, memasuki ruang terkurung biasanya dijalankan
di bawah atmosfera lengai.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 30


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

9.2 Orang yang dibenarkan masuk yang memasuki ruang atmosfera berhazard hendaklah memakai
alat pernafasan serba lengkap (SCBA) yang sesuai, alat pernafasan talian udara mampat atau
sistem sokongan nyawa khas bergantung pada jenis kerja dan hazard yang ada. Sebagai contoh,
alat pernafasan talian udara dan alat pernafasan serba lengkap (SCBA) yang sering digunakan
di kilang penapisan kimia tidak menyediakan perlindungan secukupnya bagi melindungi risiko
yang berkaitan dengan kerja dalam atmosfera gas lengai atau nitrogen. Kerja ini hanya boleh
dijalankan oleh orang yang dibenarkan masuk yang telah dilatih dan cekap menggunakan jenis
alat pernafasan yang betul yang dibenarkan menggunakan kelengkapan untuk masuk ke dalam
atmosfera berhazard.

9.3 Pengawasan gas yang berterusan bagi LEL hendaklah dijalankan semasa masuk ke dalam
atmosfera berhazard. Atmosfera kurang oksigen boleh mempengaruhi keandalan eksplosimeter.
Sebagai contoh, pengesan gas pemangkin yang standard boleh memberikan bacaan yang salah
dalam atmosfera kurang oksigen dan oleh itu memerlukan teknik dan tafsiran keputusan yang
khas. Oleh itu, jenis eksplosimeter yang betul yang boleh memberikan petunjuk yang tepat bagi
paras gas mudah terbakar hendaklah digunakan dalam atmosfera berhazard.

Kerja panas tidak boleh dijalankan jika bacaan eksplosimeter melebihi 1% LEL.

Ruang terkurung tidak boleh dimasuki jika bacaan eksplosimeter sama dengan atau melebihi
10% LEL. Jika masih perlu memasuki ruang terkurung, alat pernafasan bekalan udara tekanan
positif yang betul hendaklah digunakan dan kemasukan hendaklah dibuat di bawah atmosfera
lengai seperti yang ditetapkan dalam perenggan 9.8.

9.4 Keperluan berikut hendaklah dimasukkan sebagai sebahagian daripada pelan menyelamat
semasa memasuki persekitaran berhazard

a) orang yang dibenarkan masuk yang memasuki atmosfera berhazard hendaklah memakai
abah-abah keselamatan yang dipasang dengan tali keselamatan bagi memudahkan
operasi menyelamat dalam keadaan kecemasan. Hujung tali keselamatan yang tidak
dipasang hendaklah sentiasa dijaga oleh orang menjaga yang berada di luar ruang
terkurung. Penggunaan tali keselamatan tidak diperlukan jika penaksiran risiko mengenal
pasti halangan atau keadaan lain yang menyebabkan penggunaannya tidak praktikal
atau tidak selamat, tetapi abah-abah masih perlu dipakai supaya tali keselamatan boleh
dipasang dengan cepat oleh penyelamat;

31 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) bilangan alat pernafasan bekalan udara yang sesuai hendaklah diletakkan sebagai
persediaan di luar ruang terkurung untuk digunakan oleh penyelamat dalam keadaan
kecemasan. Bilangan minimum penyelamat hendaklah dua orang dalam satu pasukan;

c) orang yang dibenarkan masuk yang memasuki atmosfera berhazard hendaklah membawa
bersamanya satu set kecemasan atau bekalan tambahan silinder udara pernafasan untuk
digunakan jika berlaku kecemasan; dan

d) dalam keadaan tertentu, seperti bekerja di dalam sfera atau ruang yang tinggi, abah-
abah keselamatan bersama dengan win khas, atau kapi, atau tambahan tenaga manusia
mungkin perlu digunakan bagi memastikan respons yang segera dalam kecemasan yang
memerlukan orang yang dibenarkan masuk dipindahkan dari ruang terkurung. Dalam
keadaan ini, kelengkapan yang diperlukan hendaklah juga dipasang di lokasi kerja
sebelum mula memasuki ruang terkurung.

9.5 Jika alat pernafasan talian udara mampat digunakan untuk memasuki atmosfera berhazard,
gandingan talian udara hendaklah beroperasi hanya pada sistem udara pernafasan yang
menggunakan gandingan khusus dengan mekanisme pengunci kembar. Gandingan tersebut
tidak serasi dengan nitrogen, oksigen atau sistem gas yang lain. Injap pada talian bekalan udara
khidmat, iaitu loji bagi udara atau gas lain untuk alatan yang berada di kawasan sekitarnya
hendaklah dikunci dengan rantai.

9.6 Keadaan sistem talian udara mampat seperti hos dan pemasangan, bahagian penulenan udara
(penapis), injap pelega tekanan, pengatur tekanan, tolok tekanan dan silinder udara mampat
atau pemampat hendaklah diawasi pada setiap masa oleh kakitangan terlatih bagi memastikan
bekalan udara berterusan apabila sistem talian udara sedang digunakan semasa kemasukan.

9.7 Bilangan orang yang dibenarkan masuk yang boleh memasuki ruang terkurung hendaklah
dihadkan mengikut ruang yang ada, bilangan laluan kecemasan dan kemudahan menyelamat.

9.8 Memasuki ruang atmosfera lengai

9.8.1 Tujuan membawa masuk atmosfera lengai ke dalam ruang terkurung adalah seperti yang berikut

a) pencegahan keadaan mudah terbakar dan letupan melalui penghapusan bahan api (gas,
pelarut atau bahan mudah terbakar), udara atau oksigen dan tenaga dalam bentuk haba,
bunga api atau nyalaan;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 32


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) pencegahan tindak balas kimia atau pengoksidaan bahan yang terkandung di dalam ruang
terkurung, contohnya untuk tujuan kawalan mutu atau pemeliharaan produk, mangkin
atau bahan lain atau kelengkapan di dalam ruang terkurung; dan

c) pencegahan keadaan berhazard yang lain melalui penghapusan gas mengakis, toksik,
berjangkit atau memudaratkan.

9.8.2 Pemilihan dan penggunaan gas lengai memerlukan padanan proses dan produk yang dibuat
dengan berhati-hati supaya hazard lain tidak terbentuk akibat daripada tindak balas kimia.

9.8.3 Pertimbangan keselamatan khas apabila bekerja di bawah atmosfera lengai

a) hazard utama yang berkaitan dengan atmosfera lengai ialah penyesakan sama
ada akibat daripada sesaran oksigen secara langsung dalam udara atau gangguan
keupayaan tubuh untuk menyerap atau mengangkut oksigen ke tisu. Kesan penyesakan
ini boleh terbentuk pada jarak beberapa kaki sahaja di dalam lurang terbuka. Langkah
yang sangat berhati-hati perlu diambil ketika bekerja hampir dengan lurang terbuka jika
gas lengai seperti nitrogen, karbon monoksida atau gas penyesak lain digunakan atau
terkandung di dalam ruang terkurung. Kawasan itu hendaklah diadang dan papan tanda
amaran hendaklah dipasang di tempat yang strategik dan mudah dilihat. Kakitangan
mesti menggunakan perlindungan pernafasan yang sesuai bagi mengelakkan daripada
lemas disebabkan gas ini;

b) langkah yang sangat berhati-hati mestilah diambil ketika bekerja dalam atmosfera lengai
yang mengandungi bahan toksik seperti karbon monoksida bagi memastikan orang
yang dibenarkan masuk yang berada di dalam ruang terkurung atau kakitangan yang
berada di luar ruang terkurung tidak terdedah walaupun kepada kepekatan gas yang
sangat rendah. Jika tangki mengandungi bahan toksik, kepekatan bahan ini hendaklah
diukur di lokasi yang sangat hampir dengan lurang terbuka di luar ruang terkurung bagi
memastikan gas tidak berada pada paras yang toksik kepada pekerja;

c) jika gas lengai dibawa masuk dan dilepaskan secara tetap sebagai sebahagian
daripada prosedur untuk mengekalkan atmosfera lengai di dalam ruang terkurung, satu
sistem hendaklah dibentuk untuk mengekalkan tekanan atmosfera dengan berkesan
dan mengawasi serta mengurangkan pembentukan tekanan di dalam ruang terkurung;

33 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) atmosfera lengai di dalam mana-mana ruang yang berhazard serta-merta kepada


nyawa dan kesihatan (IDLH), seorang orang menjaga dan dua orang lagi kakitangan
kecemasan yang khas yang dilatih dalam teknik menyelamat hendaklah berada di situ
dan lengkap dengan kelengkapan pelindung yang setara atau yang terbaik jika kerja
menyelamat perlu dilakukan; dan

e) bekalan sokongan bebas bagi gas lengai (contohnya, N2) disediakan bagi membolehkan
ruang terkurung dikosongkan dan dalam keadaan selamat jika bekalan utama habis.

10. PERKHIDMATAN MENYELAMAT DAN KECEMASAN

10.1 Am

Keperluan untuk menyelamat orang yang dibenarkan masuk dari ruang terkurung dan peruntukan
pertolongan cemas, sama ada di dalam ruang terkurung atau selepas diselamatkan dari ruang
terkurung mungkin boleh timbul. Oleh itu, majikan hendaklah menyediakan prosedur bagi
menyelamat dan pertolongan cemas, dan peruntukan ini hendaklah dirancang, disediakan dan
latihan secara tetap berhubung penggunaannya hendaklah diadakan. Majikan boleh memilih
untuk mendapatkan bantuan daripada agensi perkhidmatan menyelamat seperti Jabatan Bomba
& Penyelamat, Hospital dan lain-lain.

10.2 Prosedur menyelamat

Prosedur menyelamat, termasuk peruntukan kelengkapan menyelamat seperti yang ditetapkan


dalam perenggan 4.4.4 hendaklah disediakan dan dilaksanakan.

10.3 Perkhidmatan menyelamat dan kecemasan.

Prosedur dan kaedah memanggil perkhidmatan menyelamat dan kecemasan hendaklah


disediakan dan dilaksanakan. Program ini hendaklah memasukkan prosedur menyelamat orang
yang dibenarkan masuk dari ruang terkurung, menyediakan perkhidmatan kecemasan yang perlu
untuk menyelamatkan orang yang dibenarkan masuk, dan menghalang kakitangan yang tidak
diberi kuasa daripada percubaan menyelamat. Perkhidmatan menyelamat dan kecemasan boleh
dipanggil dengan kadar segera.

10.4 Majikan hendaklah menyediakan latihan tetap tentang penggunaan kelengkapan pelindung diri
yang betul.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 34


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

10.5 Semua kakitangan yang akan terlibat dalam kerja menyelamat dari ruang terkurung hendaklah
mengetahui bahawa

a) prosedur menyelamat yang terancang dan sempurna adalah penting dan hendaklah
sentiasa dipatuhi setiap masa; dan

b) pada masa kecemasan, tindak balas serta merta untuk segera memasuki dan menjalankan
kerja menyelamat dari ruang terkurung boleh membawa kepada pelbagai hazard, bukan
sahaja orang yang hendak diselamatkan tetapi juga orang yang cuba menyelamatkan
mangsa.

10.6 Keperluan berikut dikenakan kepada majikan yang pekerja di bawahnya perlu memasuki ruang
terkurung untuk menjalankan perkhidmatan menyelamat

a) majikan hendaklah memastikan setiap ahli perkhidmatan menyelamat disediakan dengan,


dan dilatih menggunakan kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan menyelamat
yang diperlukan untuk kerja menyelamat dari ruang terkurung dengan betul. Pasukan
perkhidmatan kecemasan dan menyelamat hendaklah menghadiri kursus perkhidmatan
menyelamat dan kecemasan dan memiliki sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (BOMBA);

b) setiap ahli perkhidmatan menyelamat hendaklah dilatih melaksanakan tugas menyelamat


yang diberikan. Setiap ahli perkhidmatan menyelamat juga hendaklah menerima latihan
yang dikehendaki tentang orang yang dibenarkan masuk;

c) setiap ahli perkhidmatan menyelamat hendaklah menjalankan latihan kerja menyelamat


ruang terkurung sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan, melalui operasi menyelamat
simulasi yang memerlukan mereka membawa keluar patung atau orang dari ruang
terkurung yang sebenar atau dari ruang terkurung contoh. Ruang terkurung contoh
hendaklah mempunyai saiz bukaan, tatarajah dan kemudahan untuk masuk yang serupa
dengan jenis ruang terkurung yang akan terlibat dalam pelaksanaan kerja menyelamat;

d) setiap ahli perkhidmatan menyelamat hendaklah dilatih dalam pertolongan cemas asas
dan dalam resusitasi kardiopulmonari (CPR). Sekurang-kurangnya satu orang ahli dalam
perkhidmatan menyelamat memiliki sijil pertolongan cemas dan CPR yang terkini; dan

e) setiap ahli perkhidmatan menyelamat disahkan sihat fizikal dan mental untuk memasuki
ruang terkurung seperti yang ditetapkan dalam perenggan 11.2.

35 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

10.7 Jika majikan memerlukan orang lain selain pekerjanya untuk menjalankan kerja menyelamat
ruang terkurung, majikan hendaklah

a) memaklumkan kepada pasukan perkhidmatan menyelamat tersebut tentang hazard-


hazard yang mungkin dihadapi semasa diminta menjalankan kerja menyelamat di
kemudahan majikan; dan

b) membekalkan maklumat kemasukan kesemua ruang terkurung yang ada di tempatnya


bagi membolehkan pasukan penyelamat tersebut merancang dan berlatih bagi persediaan
operasi menyelamat seperti yang diperlukan.

10.8 Untuk memudahkan kerja menyelamat dari luar, sistem atau kaedah menarik kembali hendaklah
digunakan setiap kali orang yang dibenarkan masuk memasuki ruang terkurung, kecuali alat
penarik kembali akan meningkatkan lagi risiko atau tidak berkesan untuk keseluruhan kemasukan
atau tidak akan membantu menyelamatkan orang yang masuk. Sistem menarik kembali hendaklah
memenuhi keperluan berikut

a) setiap orang yang dibenarkan masuk hendaklah memakai abah-abah dada atau abah-
abah penuh, dengan tali penarik kembali diikat padanya, dan

b) hujung tali penarik kembali yang satu lagi hendaklah dipasang pada peranti mekanik atau
titik tetap di luar ruang terkurung dengan cara seumpamanya yang membolehkan kerja
menyelamat dimulakan sebaik sahaja penyelamat menyedari bahawa kerja menyelamat
perlu dilakukan. Peranti mekanik hendaklah disediakan untuk mengeluarkan kakitangan
dari ruang terkurung jenis menegak yang dalamnya melebihi 1.5 meter.

11. KEPERLUAN KESIHATAN BAGI ORANG YANG BEKERJA DI DALAM RUANG TERKURUNG

11.1 Terdapat tekanan fizikal dan tekanan psikologi berkaitan dengan bekerja di dalam ruang terkurung.
Selain kualiti cahaya dan keadaan ruang terkurung yang sempit, mungkin boleh mengubah dan
mengehadkan pergerakan orang bekerja, cahaya dan keadaan terkurung boleh meningkatkan
masalah sedia ada seperti penglihatan menjadi kabur, kurang keseimbangan, pergerakan terhad
dan peredaran darah tidak lancar.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 36


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

11.2 Majikan hendaklah memastikan pekerja yang dibenarkan masuk dan akan bekerja di dalam ruang
terkurung disahkan sihat fizikal dan mental oleh doktor kesihatan pekerjaan (OHD). Pemeriksaan
boleh disesuaikan untuk mengesan perkara berikut

a) sejarah serangan sawan, pitam atau pengsan;

b) penyakit jantung atau kerosakan jantung;

c) penyakit saluran udara kronik seperti asma, bronkitis, atau sesak nafas apabila terlalu
banyak menggunakan tenaga;

d) pekak;

e) penyakit Meniere atau penyakit yang melibatkan rasa pening atau hilang keseimbangan;

f) klaustrofobia atau gangguan mental yang lain;

g) gangguan neurologi dan rangka otot seperti sakit belakang atau masalah sendi yang
boleh mengehadkan pergerakan di dalam ruang terkurung;

h) keadaan yang mengehadkan pergerakan di dalam ruang terkurung seperti terlampau


gemuk, hamil dan cacat fizikal;

i) penyakit metabolik;

j) cacat penglihatan yang serius; dan

k) apa-apa penyakit atau keadaan lain yang boleh menjejaskan atau membahayakan
keselamatan dan kesihatan orang semasa bekerja di dalam ruang terkurung.

11.3 Berikutan dengan pengawasan kesihatan dalam subperenggan 11.2, doktor kesihatan pekerjaan
(OHD) hendaklah mengeluarkan sijil kelayakan kesihatan yang sah bagi tempoh dua (2) tahun.
Contoh senarai semak pemeriksaan kesihatan diberikan dalam Lampiran G, manakala contoh
sijil kelayakan kesihatan diberikan dalam Lampiran H.

37 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

11.4 Orang yang dibenarkan masuk hendaklah membuat pengakuan secara bertulis bahawa dia sihat
untuk memasuki ruang terkurung sebelum setiap kemasukan. Contoh perakuan status kesihatan
diberikan dalam Lampiran I.

11.5 Jika penaksiran risiko menunjukkan pengawasan kesihatan tambahan diperlukan, majikan
hendaklah menjalankan pengawasan kesihatan tambahan ke atas orang yang dibenarkan masuk.

11.6 Majikan hendaklah memastikan rekod pengawasan kesihatan atau salinannya disimpan dengan
baik dan rekod itu hendaklah disimpan selama 30 tahun.

12. LATIHAN

12.1 Majikan hendaklah menyediakan latihan untuk semua pekerja yang terlibat secara langsung
dengan bekerja di dalam ruang terkurung, supaya pekerja dapat memperoleh kefahaman,
pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan di bawah
Tataamalan Industri ini dengan selamat.

12.2 Latihan hendaklah disediakan untuk setiap pekerja yang terlibat

a) sebelum pekerja diberikan tugas bagi kali pertama di bawah Tataamalan Industri ini;

b) sebelum terdapat perubahan dalam tugas yang ditetapkan;

c) apabila terdapat perubahan dalam operasi ruang terkurung yang mewujudkan hazard
yang pekerja belum pernah diberi latihan; dan

d) apabila majikan mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa terdapat perubahan pada
prosedur kemasukan ruang terkurung atau terdapat kekurangan dari segi pengetahuan
atau penggunaan prosedur oleh pekerja.

12.3 Keperluan latihan bagi setiap pekerja yang terlibat dalam kerja ruang terkurung seperti orang yang
dibenarkan masuk, orang menjaga, penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan hendaklah
termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut -

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 38


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

12.3.1 Orang yang Dibenarkan Masuk dan Orang Menjaga

a) orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga perlu menghadiri kursus latihan
tentang bekerja di dalam ruang terkurung untuk orang yang dibenarkan masuk dan
orang menjaga yang dikendalikan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kebangsaan (NIOSH) atau pusat pengajar yang berdaftar dengan Ketua Pengarah, dan
lulus peperiksaan; dan

b) modul latihan hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah.

12.3.2 Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan

a) penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan perlu menghadiri kursus latihan
untuk penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan yang dikendalikan oleh Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) atau pusat pengajar yang
berdaftar dengan Ketua Pengarah, dan lulus peperiksaan;

b) penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan hendaklah berdaftar dengan Ketua
Pengarah; dan

c) modul latihan hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah.

12.4 Latihan Semula

Kesemua empat kategori pekerja perlu menjalani kursus latihan semula setiap dua tahun
menggunakan modul yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

12.5 Majikan hendaklah menyimpan rekod latihan yang dikehendaki di bawah perenggan 12.2. Rekod
itu hendaklah mengandungi nama semua pekerja yang telah menghadiri latihan, keputusan
peperiksaan atau ujian, tandatangan atau parap pelatih, dan tarikh latihan. Rekod hendaklah
mudah diperoleh untuk semakan oleh pekerja, ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan atau
Ketua Pengarah.

39 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

13. LANGKAH BERJAGA-JAGA TAMBAHAN SEMASA MENGHUNI RUANG TERKURUNG

13.1 Kelengkapan elektrik mudah alih

13.1.1 Apa-apa lampu tangan, peralatan elektrik atau kelengkapan elektrik mudah alih yang lain yang
hendak digunakan di dalam ruang terkurung hendaklah disambung dengan bekalan voltan yang
sangat rendah dan bebas bumi selaras dengan standard yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga.

13.1.2 Selain itu, kelengkapan hendaklah dipasang dengan kabel bekalan yang fleksibel daripada jenis
tahan lasak. Kabel hendaklah diletakkan, digantung atau diadang bagi meminimumkan kerosakan
yang tidak disengajakan.

13.1.3 Jika atmosfera mudah terbakar mungkin wujud, semua kelengkapan elektrik mudah alih seperti
lampu, lampu suluh dan kelengkapan elektrik yang lain hendaklah jenis tahan letupan dan selamat.

13.2 Kesesuaian dan keselamatan kelengkapan bukan elektrik

13.2.1 Jika atmosfera mudah terbakar mungkin wujud, langkah berjaga-jaga hendaklah diambil bagi
menghapuskan semua punca pencucuhan.

13.2.2 Jika boleh, penggunaan peralatan pneumatik lebih diutamakan.

13.2.3 Setakat yang boleh dipraktikkan, silinder gas mampat selain yang digunakan untuk alat pernafasan
serba lengkap (SCBA) atau alat pernafasan kecemasan, tidak boleh dibawa masuk ke dalam
ruang terkurung. Gas mampat yang dibekalkan kepada kelengkapan di dalam ruang terkurung
hendaklah ditutup pada injap silinder dan hos hendaklah dialihkan dan dinyahtekanan di luar
ruang terkurung jika tidak digunakan. Hos yang membekalkan gas kepada kelengkapan operasi
gas yang digunakan di dalam ruang terkurung hendaklah diletakkan, digantung atau diadang bagi
mengelakkan kerosakan yang tidak disengajakan.

13.2.4 Jika tangga mudah alih digunakan, perhatian khusus hendaklah diambil bagi memastikan ia dibina
dengan baik dan dipasang dengan kukuh bagi mengelakkannya daripada bergerak.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 40


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

13.3 Penyelenggaraan kelengkapan yang digunakan untuk masuk

13.3.1 Semua kelengkapan hendaklah diperiksa sebelum digunakan.

13.3.2 Kelengkapan yang digunakan untuk tujuan masuk ke dalam ruang terkurung atau perkhidmatan
kecemasan hendaklah diselenggarakan dan diperiksa dengan teliti oleh orang yang layak yang
dilantik oleh majikan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

13.3.3 Semua kelengkapan lain yang digunakan untuk masuk ke dalam ruang terkurung hendaklah
disenggarakan dan diperiksa dengan teliti oleh orang yang layak yang dilantik oleh majikan
menurut syor pengilang.

13.3.4 Laporan bagi setiap pemeriksaan tersebut hendaklah mudah diperoleh untuk semakan.

14. PENYIMPANAN REKOD

14.1 Majikan hendaklah menyimpan setiap permit bekerja yang telah dibatalkan dan ditutup sekurang-
kurangnya satu (1) tahun atau sehingga kemasukan berikutnya mengikut mana-mana yang lebih
kemudian bagi memudahkan kajian semula program masuk ruang terkurung dibuat.

14.2 Majikan hendaklah juga menyimpan semua dokumen lain yang berkaitan tetapi tidak terhad kepada
laporan pemeriksaan, penaksiran risiko, rekod latihan, rekod perubatan, pelan menyelamat,
program masuk ruang terkurung dan senarai semak untuk tujuan penyemakan oleh Ketua
Pengarah.

41 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

BAHAGIAN IV

KEWAJIPAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

15. KEWAJIPAN MAJIKAN SEBAGAI PEMILIK INDUSTRI

Jika majikan adalah pemilik industri, majikan hendaklah

a) memaklumkan kepada pekerjanya dan kontraktor bahawa kemasukan ruang terkurung


hanya dibenarkan jika program masuk ruang terkurung yang ditetapkan di bawah
Tataamalan Industri ini dipenuhi;

b) memaklumkan kepada pekerjanya dan kontraktor tentang hazard yang telah dikenal pasti
sebelum ini dan pengalaman majikan dengan ruang terkurung;

c) memaklumkan kepada pekerjanya dan kontraktor tentang apa-apa langkah berjaga-jaga


atau prosedur yang telah dilaksanakan oleh majikan untuk perlindungan pekerja di dalam
atau berhampiran ruang terkurung di mana pekerjanya atau pekerja kontraktor akan
bekerja;

d) menyelaras operasi kemasukan dengan kontraktor, semasa kedua-dua pekerja majikan


dan pekerja kontraktor akan bekerja di dalam atau berdekatan ruang terkurung; dan

e) memastikan kontraktor, pengeluar permit bekerja, penyelia kemasukan, penguji gas


bertauliah, orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga menjalankan kewajipan
mereka seperti yang ditetapkan di bawah perenggan 16, 17, 18, 19, 20, dan 21 masing-
masing.

16. KEWAJIPAN MAJIKAN SEBAGAI KONTRAKTOR

Jika majikan adalah kontraktor, majikan hendaklah

a) mendapatkan semua maklumat berkaitan dengan hazard ruang terkurung dan maklumat
kemasukan daripada pemilik industri;

b) bekerjasama dengan pemilik industri jika kakitangan pemilik industri dan kakitangan
kontraktor akan bekerja di dalam atau berhampiran dengan ruang terkurung;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 42


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

c) memberikan taklimat kepada pemilik industri tentang pelaksanaan program masuk ruang
terkurung mereka;

d) memaklumkan kepada pemilik industri apa-apa hazard yang dihadapi atau yang terbentuk
semasa operasi kemasukan di dalam ruang terkurung, melalui sesi soal jawab;

e) jika kontraktor merupakan pemilik tapak, maka dia hendaklah memenuhi kewajipan
pemilik industri; dan

f) memastikan pengeluar permit bekerja, penyelia kemasukan, penguji gas bertauliah, orang
yang dibenarkan masuk dan orang menjaga menjalankan kewajipan mereka seperti yang
ditetapkan di bawah perenggan 17, 18, 19, 20 dan 21 masing-masing.

17. KEWAJIPAN PENGELUAR PERMIT BEKERJA

Setiap pengeluar permit bekerja hendaklah

a) mempunyai pengetahuan terkini tentang hazard yang mungkin dihadapi semasa


kemasukan, termasuk maklumat tentang cara, tanda dan simptom, serta akibat
pendedahan;

b) mengenal pasti semua hazard dan mengesyorkan langkah kawalan bagi memastikan
kemasukan yang selamat;

c) memastikan tidak ada aktiviti lain yang tidak serasi di kawasan sekitar ruang terkurung;

d) memberi kebenaran permit bekerja; dan

e) mengendors pembatalan dan penutupan permit bekerja.

18. KEWAJIPAN PENYELIA KEMASUKAN

Setiap penyelia kemasukan hendaklah

a) mempunyai pengetahuan terkini tentang hazard yang mungkin dihadapi semasa


kemasukan, termasuk maklumat tentang cara, tanda dan simptom serta akibat
pendedahan;

43 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) menyelia semua aktiviti sebelum, semasa dan selepas operasi kemasukan;

c) mengesahkan dengan cara memeriksa bahawa prosedur masuk yang betul telah dibuat
pada permit bekerja, semua ujian yang ditetapkan dalam permit bekerja telah dijalankan
serta semua prosedur dan kelengkapan yang ditetapkan dalam permit bekerja adalah
teratur sebelum pengeluar permit bekerja mengesahkan permit bekerja tersebut dan mula
membenarkan pekerja masuk;

d) menghentikan kemasukan dan membatalkan permit bekerja tersebut jika keadaan


kemasukan boleh terima tidak dapat dikekalkan;

e) menutup permit bekerja selepas kemasukan selesai;

f) mengesahkan perkhidmatan menyelamat disediakan sebelum apa-apa kemasukan dan


cara memanggil mereka boleh beroperasi;

g) membawa keluar individu yang tidak dibenarkan yang memasuki atau yang cuba
memasuki ruang terkurung semasa operasi kemasukan;

h) menentukan operasi kemasukan selaras dengan syarat permit bekerja dan keadaan
kemasukan boleh terima dapat dikekalkan, apabila tanggungjawab operasi kemasukan
ruang terkurung dipindahkan dan pada sela masa yang ditentukan mengikut hazard dan
operasi yang dijalankan di dalam ruang terkurung itu;

i) memberikan taklimat kepada pasukan kemasukan tentang hazard, keperluan permit


bekerja dan prosedur kecemasan;

j) mengendalikan taklimat dengan kontraktor atau pekerjanya selepas operasi kemasukan


ditamatkan berhubung dengan program masuk ruang terkurung dan apa-apa hazard yang
dihadapi atau wujud di dalam ruang terkurung semasa operasi kemasukan;

k) memastikan cara untuk menyekat kemasukan yang tidak dibenarkan disediakan;

l) bertanggungjawab terhadap komunikasi semasa kecemasan; dan

m) apabila penyelia kemasukan dikehendaki menjadi pengeluar permit bekerja bagi permit
bekerja, maka dia tidak boleh menjadi penyelia kemasukan bagi kerja yang diterangkan
dalam permit bekerja itu.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 44


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

19. KEWAJIPAN PENGUJI GAS BERTAULIAH

Setiap penguji gas bertauliah hendaklah

a) mempunyai pengetahuan terkini tentang hazard yang mungkin dihadapi semasa


kemasukan, termasuk maklumat tentang cara, tanda dan simptom serta akibat
pendedahan;

b) mengenal pasti semua hazard kimia dan mengesyorkan langkah kawalan bagi memastikan
kemasukan yang selamat;

c) mahir tentang semua kelengkapan kemasukan ruang terkurung, contohnya, alat


pernafasan kecemasan, win pengangkat orang, tripod dan lain-lain; dan

d) menguji dan mentafsirkan paras bacaan gas di dalam ruang terkurung.

20. KEWAJIPAN ORANG MENJAGA

Setiap orang menjaga hendaklah

a) mempunyai pengetahuan tentang hazard yang mungkin dihadapi semasa kemasukan,


termasuk maklumat tentang cara, tanda dan simptom serta akibat pendedahan;

b) peka akan kemungkinan kesan pendedahan ruang tekurung terhadap tingkah laku orang
yang dibenarkan masuk ke ruang terkurung;

c) sentiasa menjaga dengan tepat jumlah orang yang dibenarkan masuk yang berada di
dalam ruang terkurung, dan juga memastikan kaedah yang digunakan untuk mengenal
pasti orang yang dibenarkan masuk adalah dapat menentukan secara tepat orang yang
berada di dalam ruang terkurung;

d) memastikan bilangan orang yang dibenarkan masuk adalah sama dengan bilangan yang
tertulis dalam permit bekerja;

45 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

e) sentiasa berada di kawasan kerja yang ditetapkan untuknya di luar ruang terkurung
semasa operasi kemasukan sehingga digantikan oleh orang menjaga yang lain;

f) berkomunikasi dengan orang yang dibenarkan masuk dan/atau pengawas kebakaran, jika
ada, secara tetap bagi mengawasi status orang yang dibenarkan masuk, dan memberi
syarat kepada mereka untuk keluar dari ruang terkurung apabila perlu;

g) memantau aktiviti yang dijalankan di luar dan di dalam setiap ruang terkurung bagi
menentukan sama ada ia selamat atau tidak bagi orang yang dibenarkan masuk untuk
berada di dalam ruang terkurung dan mengarahkan orang yang dibenarkan masuk untuk
mengosongkan ruang terkurung dengan segera dalam mana-mana keadaan berikut -

i. jika orang menjaga mengesan keadaan yang dilarang;

ii. jika orang menjaga mengesan perubahan tingkah laku pada mana-mana orang
yang dibenarkan masuk akibat terdedah kepada bahaya;

iii. jika orang menjaga mengesan situasi di luar ruang yang boleh membahayakan
orang yang dibenarkan masuk;

iv. jika orang menjaga tidak dapat menjalankan semua tugasnya dengan berkesan
dan selamat; atau

v. jika penggera amaran teraktif.

h) memanggil perkhidmatan menyelamat dan perkhidmatan kecemasan yang lain sebaik


sahaja dia mendapat tahu orang yang dibenarkan masuk memerlukan pertolongan untuk
keluar menyelamatkan diri dari ruang terkurung;

i) mengambil tindakan berikut apabila mendapati orang yang tidak dibenarkan masuk
mendekati atau memasuki ruang terkurung ketika kemasukan sedang berlangsung -

i. memberikan amaran kepada orang yang tidak dibenarkan masuk untuk


menjauhkan diri/keluar dari ruang terkurung; dan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 46


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

ii. memberitahu orang yang dibenarkan masuk dan penyelia kemasukan jika orang
yang tidak dibenarkan masuk didapati memasuki ruang terkurung;

j) menjalankan kerja menyelamat dari luar seperti yang ditetapkan dalam prosedur
menyelamat oleh majikan;

k) tidak menjalankan apa-apa perkara yang boleh mengganggu tugas utama orang menjaga
untuk mengawasi dan melindungi orang yang dibenarkan masuk; dan

l) mengawasi keadaan kelengkapan yang diperlukan untuk kerja kemasukan yang selamat
seperti pencahayaan dan pengalihudaraan.

21. KEWAJIPAN ORANG YANG DIBENARKAN MASUK

Setiap orang yang dibenarkan masuk hendaklah

a) mempunyai pengetahuan tentang hazard yang mungkin dihadapi semasa kemasukan,


termasuk maklumat tentang cara, tanda dan simptom serta akibat pendedahan;

b) mengaku bahawa dia sihat secara bertulis sebelum memasuki ruang terkurung seperti
yang ditetapkan dalam Lampiran I;

c) menggunakan kelengkapan yang diperlukan untuk bertugas termasuk kelengkapan


pelindung diri dengan betul;

d) sentiasa berkomunikasi dengan orang menjaga dan memberitahu orang menjaga


apabila

i. dia mengecam sebarang tanda amaran atau simptom pendedahan kepada


keadaan merbahaya; atau

ii. dia mengesan keadaan yang dilarang.

47 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

e) keluar dari ruang terkurung secepat yang mungkin apabila

i. ada arahan mengosongkan ruang diberikan oleh orang menjaga atau penyelia
kemasukan;

ii. dia mengecam sebarang tanda amaran atau simptom pendedahan kepada
keadaan berbahaya;

iii. dia mengesan keadaan yang dilarang; atau

iv. penggera pengosongan teraktif.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 48


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

RUJUKAN

CAIRNS, J. Working in Confined Spaces. The Safety & Health Practitioner. June 1993. pp. 35-37.

GOVERNMENT OF MALAYSIA. Factories and Machinery (Safety, Health and Welfare) Regulations 1970
[Revised 1983]. Kuala Lumpur, JPN, 1983. P.U. (A) 114/1983.

__. Factories and Machinery (Steam Boiler and Unfired Pressure Vessel) Regulations 1970. Kuala
Lumpur, JCK, 1970. P.U. (A) 5/1970.

__. Occupational Safety and Health Act, 1994. Kuala Lumpur, PNMB, 1994. Act 514.

HEALTH AND SAFETY EXECUTIVE. Entry into Confined Spaces. London, HMSO, 1977. Guidance
Note GS 5.

INTERNATIONAL LABOUR OFFICE. Safety and Health in Construction : An ILO Industry Code of
Practice. Geneva, International Labour Office, 1992.

KLEINFELD, M. Confined Spaces. In: Parmeggiani, L. (Tech. Ed.). Encyclopaedia of Occupational


Health and Safety. 3rd. (Rev.) Ed., Vol. 1, Geneva, International Labour Office, 1983. pp. 528-530.

REKUS, J.F. Invisible Confined-Space Hazards Require Comprehensive Entry Program. Occupational
Health & Safety. Vol. 59, No. 8, 1990. pp. 38-42.

STANDARDS AUSTRALIAN / STANDARDS NEW ZEALAND Safe Working in a Confined Space. AS/
NZS 2865:2001

U.K. CROWN GOVERNMENT. The Construction (General Provisions) Regulations 1961. London,
HMSO, 1961.

__. The Shipbuilding and Shiprepairing Regulations 1960. London, HMSO, 1960.

U.S. DEPT. OF LABOR, OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH ADMINISTRATION. Permit-Required


Confined Spaces for General Industry. 29 CFR Parts 1910.146. 1993.

49 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN A

CONTOH PENAKSIRAN RISIKO


(maklumat)

1. AM

Contoh penaksiran risiko yang berikut memberikan penaksiran bagi pertimbangan yang boleh
digunakan untuk kerja di dalam ruang terkurung. Penaksiran risiko ini bersifat umum dan boleh
digunakan untuk kerja di dalam ruang terkurung, seperti dandang, bekas bertekanan, silo, lubang,
paip, pembetung, aci atau salur.

2. CONTOH PENAKSIRAN RISIKO

Bahagian 1 Kerja yang hendak dijalankan:

Memasukkan dan mengimpal simpang sisi ke dalam talian paip kira-kira 10 meter dari titik
kemasukan ke dalam ruang terkurung.

Bahagian 2 Jenis kaedah kerja yang ada yang boleh digunakan:

Kaedah (a): Menjalankan kerja di luar ruang terkurung. Kaedah ini bukan pilihan yang baik jika
tapak kerja terlalu jauh.

Kaedah (b): Memasuki ruang terkurung untuk menjalankan kerja dengan menggunakan
pengalihudaraan udara paksa dan perlu berhati-hati supaya gas ekzos tidak
tersebar semula. Gunakan pengawasan gas yang berterusan.

Kaedah (c): Memasuki ruang terkurung untuk menjalankan kerja dengan menggunakan alat
pernafasan bekalan udara. Gunakan pengawasan gas yang berterusan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 50


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Bahagian 3 Hazard yang wujud


Tahap risiko yang dianggarkan
RENDAH - - - - TINGGI
1 2 3 4 5
Agen kimia:

(a) Paras hidrogen sulfida yang memudaratkan


daripada endapan yang mengganggu __ __ __ 4 __

(b) Gas atau wap boleh terbakar daripada


penguraian bahan organik atau __ __ 3 __ __
penyusupan bahan mudah terbakar melalui
bahagian paip yang pecah

(c) Potensi letupan debu terjadi 1 __ __ __ __

(d) Kekurangan oksigen daripada proses pengaratan __ __ __ 4 __

Agen fizikal:

(a) Banjir akibat kegagalan


paip alur keluar atau struktur berkaitan __ __ 3 __ __

(b) Lampau haba 1 __ __ __ __

(c) Bunyi bising __ 2 __ __ __

Bahagian 4 Butiran kaedah sebenar yang hendak digunakan bagi kerja tertentu:

Kaedah (b) Bahagian 2 akan digunakan bersama dengan butiran khas berikut yang perlu diambil
perhatian dan dipatuhi:

a) Menyediakan pengalihudaraan udara paksa melalui terowong (ruang terkurung) pada


kadar aliran 1500 liter sesaat.

b) Mencegah pengaliran semula gas ekzos.

c) Membuka semua hac.

d) Melencongkan aliran ke satu sisi semasa kerja dijalankan di sisi yang satu lagi.

e) Menyekat aliran terputus-putus yang kecil yang bersebelahan dengan titik kemasukan.

51 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

f) Menyisipkan kepingan penanda pada injap antara talian terpam dengan talian graviti.

g) Memutuskan sambungan paip dari injap pada talian aliran graviti dan menyisipkan
kepingan penanda.

h) Menjirus bersih sebelum mengendalikan kerja keluli.

i) Mengawasi keadaan gas secara berterusan seperti yang berikut

i. Jika ada apa-apa bahan mudah terbakar, tutup saluran pengedaran dengan papan
lapis dan silastik sebelum apa-apa kerja panas dimulakan.

ii. Gunakan penguji gas pakar bagi pembersihan kerja panas yang berkaitan dengan
pembuangan kerja keluli sedia ada.

iii. Jika mana-mana penggera gas diaktifkan, hentikan kerja dan kosongkan tempat kerja.

j) Jika oksipemotongan yang penting diperlukan atau wasap kimpalan masih terbau
disebabkan oleh pengalihudaraan udara paksa yang tidak berkesan, alat pernafasan
bekalan udara hendaklah dibekalkan dan dipakai semasa proses kerja.

Bahagian 5 Prosedur perkhidmatan menyelamat dan kecemasan:

a) Tripod dan abah-abah keselamatan hendaklah digunakan untuk masuk. Pakai abah-abah
keselamatan dan kelengkapan pelindung diri lain yang sesuai, semasa bekerja.

b) Bawa bekalan oksigen untuk kecemasan.

c) Komunikasi dengan orang menjaga dan perkhidmatan kecemasan sama ada melalui
radio atau telefon hendaklah disediakan.

d) Orang menjaga dan orang yang kompeten hendaklah dilatih sepenuhnya dalam prosedur
menyelamat dan pertolongan cemas.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 52


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN B

CONTOH BORANG PENAKSIRAN RISIKO

Bahagian 1 Kerja yang hendak dijalankan:


........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................

Bahagian 2 Jenis kaedah kerja yang ada yang boleh digunakan:

Kaedah (a).....................................................................................................................................

Kaedah (b) ....................................................................................................................................

Kaedah (c) ....................................................................................................................................

Kaedah (d) ....................................................................................................................................

Bahagian 3 Hazard yang wujud:

Tahap risiko yang dianggarkan


RENDAH - - - - - - - > TINGGI
1 2 3 4 5
Agen kimia:

(a) Gas atau wap boleh terbakar ---------------



(b) Debu letupan yang berpotensi - - - - - - - - - - - - - - -

(c) Kekurangan atau berlebihan oksigen - - - - - - - - - - - - - - -

Agen fizikal:

(a) Lampau haba - - - - - - - - - - - - - - -



(b) Bunyi bising - - - - - - - - - - - - - - -

Bahagian 4 Butiran kaedah sebenar yang hendak digunakan bagi kerja tertentu:

........................................................................................................................................................

Bahagian 5 Prosedur kecemasan dan menyelamat:

........................................................................................................................................................

53 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN C

SYOR TAMBAHAN BAGI PENGENDALIAN KERJA PANAS


DI DALAM RUANG TERKURUNG

1. AM

Langkah berhati-hati yang khusus perlu diambil apabila kerja panas dijalankan di dalam ruang
terkurung.

2. PERMIT BEKERJA

2.1 Kerja panas di dalam atau pada permukaan luar ruang terkurung yang dihuni tidak boleh dimulakan
sehingga permit bekerja untuk kerja panas dikeluarkan.

2.2 Permit bekerja untuk kerja panas hendaklah mengesahkan langkah berjaga-jaga yang betul
telah diambil dan hendaklah menyatakan kekerapan apa-apa ujian yang perlu bagi memastikan
keadaan yang selamat dikekalkan.

2.3 Aspek yang perlu diambil kira apabila mempertimbangkan pengeluaran permit bekerja untuk kerja
panas hendaklah termasuk yang berikut

a) apabila ruang terkurung atau ruang bersebelahannya mengandungi cecair, wap atau
gas mudah terbakar atau boleh terbakar, permit bekerja untuk kerja panas hendaklah
dikeluarkan hanya selepas pemeriksaan dan ujian dilakukan bagi memastikan keperluan
berikut dicapai -

i. kepekatan wap atau gas mudah terbakar dalam atmosfera di bawah 10% LEL;

ii. sisa cecair dan pepejal telah dialihkan seperti yang diperlukan untuk mencegah
pembebasan wap atau gas mudah terbakar yang akan meningkatkan kepekatan
melebihi 10% LEL;

iii. melalui ujian didapati semua paip di dalam ruang terkurung tidak mengandungi
wap atau gas mudah terbakar dengan kepekatan melebihi 10% LEL.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 54


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) bagi ruang terkurung mengandungi bahan kering yang boleh mewujudkan atmosfera
letupan apabila terserak dalam udara, permit bekerja untuk kerja panas hendaklah
dikeluarkan hanya selepas pemeriksaan dijalankan bagi memastikan debu bebas
telah dikeluarkan dari ruang terkurung dan semua permukaan yang berkenaan telah
dibersihkan; dan

c) jika kelengkapan pemadam api tetap, sama ada dengan kawalan pengaktifan manual
atau automatik digunakan untuk melindungi ruang terkurung, kelengkapan itu hendaklah
diasingkan betul-betul jika ruang terkurung itu dihuni. Perlu diperhatikan buangan daripada
sistem pemadam api tertentu boleh menyebabkan atmosfera di dalam ruang terkurung
tercemar dan menjadi berbahaya dengan cepat. Perlindungan kebakaran lain hendaklah
disediakan di dalam ruang terkurung seperti menyediakan pemadam api mudah alih
dengan saiz dan jenis yang sesuai dan dalam bilangan yang cukup. Pemadam api mudah
alih CO2 tidak boleh digunakan di dalam ruang terkurung.

3. PENCEGAHAN KEBAKARAN

Langkah pencegahan kebakaran yang berikut hendaklah diambil tetapi tidak terhad kepada

a) semua bahan boleh terbakar, termasuk apa-apa sisa kering, di sekitar kawasan kerja
panas hendaklah dialihkan ke tempat yang selamat. Jika tidak boleh dialihkan, bahan
tersebut hendaklah ditutup dengan kain penutup tidak boleh terbakar, kain terpal tahan
nyalaan, atau cara lain untuk mencegah pencucuhan daripada haba, percikan api dan
sanga;

b) pertimbangan hendaklah dibuat untuk menugaskan pengawas kebakaran di dalam ruang


terkurung semasa kerja panas sedang dilakukan di dalam ruang terkurung;

Catatan: Pengawas kebakaran bermaksud pekerja yang pernah menghadiri kursus latihan
memadam kebakaran asas dan kursus latihan bekerja di dalam ruang terkurung untuk
orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga, dan lulus ujian atau peperiksaan,
yang ditempatkan di dalam ruang terkurung yang mengawasi dan memperhatikan
aktiviti bahaya yang dilakukan oleh orang yang dibenarkan masuk seperti kerja panas.
Latihan tambahan pertolongan cemas dan CPR adalah satu kelebihan.

55 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Pengawas kebakaran hendaklah

i. mengetahui hazard yang dihadapi semasa kemasukan, termasuk cara, tanda,


simptom dan akibat pendedahan;

ii. memastikan kawasan kerja dan kawasan bersebelahan dijaga supaya berada
dalam keadaan selamat;

iii. memberikan amaran kepada orang yang dibenarkan masuk di tapak tentang apa-
apa hazard kebakaran yang wujud di kawasan tersebut;

iv. berkomunikasi dengan orang menjaga dari semasa ke semasa berhubung


dengan status orang yang dibenarkan masuk;

v. bersedia memadamkan apa-apa nyalaan yang tidak dikehendaki yang mungkin


berlaku;

vi. memberitahu orang menjaga tentang situasi berbahaya;

vii. memberikan arahan supaya keluar kepada semua orang yang dibenarkan masuk
apabila situasi mewajarkan berbuat demikian, atau apabila diarahkan oleh orang
menjaga atau penyelia kemasukan; dan

viii. berada di luar ruang terkurung bagi tempoh yang munasabah selepas kerja
disiapkan berdasarkan penaksiran risiko, bagi memastikan tiada aktiviti yang
boleh mengakibatkan pembebasan gas mudah terbakar.

c) jika kimpalan atau pemotongan hendak dilakukan di atas kelompang tangki atau sempadan
beraliran pada ruang terkurung, langkah berjaga-jaga yang sama hendaklah diambil di
dalam dan di luar ruang di mana kerja panas dijalankan;

Catatan: Percikan api daripada penusukan langsung atau pemindahan haba juga akan
mewujudkan letupan atau hazard kebakaran di dalam ruang bersebelahan di luar ruang
terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 56


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) sebelum kerja panas dijalankan di atas permukaan yang ditutup dengan pengawet atau
salutan pelindung yang lain, kemudahbakaran dan produk penguraian haba bagi salutan
hendaklah diambil kira;

e) jika salutan itu mudah terbakar, ia hendaklah ditanggalkan dari kawasan kerja panas
bagi mencegah pencucuhan. Hos bomba bertekanan dan muncung yang sesuai atau
kelengkapan memadam api yang lain, atau kedua-duanya hendaklah disediakan;

f) jika kimpalan arka ditangguhkan dalam tempoh yang panjang, seperti waktu makan tengah
hari atau semalaman, punca kuasa bagi kelengkapan hendaklah dinyahtenagakan, semua
elektrod hendaklah ditanggalkan daripada pemegangnya, dan pemegang hendaklah
diletakkan sebegitu rupa supaya terkena dengan tidak sengaja atau pengarkaan tidak
berlaku;

g) jika kimpalan atau pemotongan arka ditangguhkan dalam tempoh yang panjang seperti
waktu makan tengah hari atau semalaman, lampu suluh dan injap silinder hendaklah
dipadamkan. Lampu suluh dan hos hendaklah ditanggalkan dan dinyahtekanan di luar
ruang terkurung; dan

h) jika boleh, silinder gas mampat atau pancarongga yang berkaitan, selain yang digunakan
untuk alat pernafasan serba lengkap atau alat pernafasan kecemasan, hendaklah
diletakkan di luar ruang terkurung.

4. KAWALAN WASAP

Wasap hendaklah dikawal seperti yang berikut tetapi tidak terhad kepada

a) sebelum kerja panas dimulakan di atas permukaan logam yang bersalut, atmosfera di
dalam ruang terkurung hendaklah diuji bagi memastikan wap atau gas mudah terbakar
daripada salutan dengan takat kilat yang lebih rendah daripada suhu ambien tidak melebihi
10% LEL;

b) semasa kerja panas tersebut dijalankan, pengawasan berterusan hendaklah dilakukan


bagi memastikan had tersebut tidak melebihi had yang sepatutnya;

57 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

c) di dalam ruang terkurung, semua permukaan yang ditutup dengan salutan yang boleh
mengurai menjadi komponen toksik, mengakis atau merengsa di bawah kerja panas
hendaklah ditanggalkan dan dialihkan dari kawasan penggunaan haba. Salutan juga
hendaklah dialihkan pada jarak yang mencukupi (ditentukan melalui penaksiran risiko)
dari kawasan yang hendak dipanaskan, untuk meminimumkan kenaikan suhu logam yang
tidak ditanggalkan. Selain itu, penyejukan buatan bagi logam di sekeliling kawasan kerja
panas mungkin diperlukan bagi mengehadkan saiz permukaan yang perlu dibersihkan;

Catatan: Salutan biasa yang boleh menimbulkan hazard termasuk zink, kadmium, cat plumbum,
cat dan plastik lain yang tertentu.

d) jika penanggalan tidak wajar dilakukan, semua orang di dalam ruang terkurung hendaklah
memakai alat pelindung pernafasan yang sesuai dan kelengkapan pelindung diri yang
lain, mengikut sewajarnya; dan

e) cara untuk mengalirkan udara tercemar keluar dari ruang terkurung hendaklah disediakan.
Ekzos hendaklah dihalakan ke arah yang tidak menimbulkan hazard kepada mana-mana
orang atau kelengkapan dan tidak tersebar semula dengan tidak sengaja ke dalam ruang
terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 58


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN D

CONTOH BORANG PERMIT BEKERJA BAGI


MEMASUKI RUANG TERKURUNG
1. AM
(a) Lokasi Kerja...................................................
(b) Pekerja yang Ditugaskan...............................
(c) Kontraktor Luar..............................................

2. BUTIRAN KERJA
Butiran kerja yang hendak dijalankan
.............................................................................
.............................................................................
(a) Masa Kemasukan yang Dipohon (jam) hingga..(jam)
(b) Tarikh Kemasukan yang Dipohon.................................................
(c) Pemohon ..........................................Tandatangan: Tarikh : .......................

SEMUA BUTIRAN BERIKUT BAGI PERMIT INI HENDAKLAH DISAHKAN SEBELUM KERJA BOLEH
DIJALANKAN DAN HANYA KERJA YANG DISENARAIKAN SAHAJA YANG BOLEH DIJALANKAN

3. PENGASINGAN RUANG TERKURUNG


Perkara yang ditandakan di bawah telah diasingkan atau dipastikan selamat:

(a) Talian paip (Air, Stim, Gas, dan lain-lain)


(b) Pemacu Mekanik/Elektrik
(c) Enap cemar/Endapan/Sisa
(d) Bahan memudaratkan
(e) Perkhidmatan elektrik
(f) Notis amaran, kunci atau penanda telah dipasang sebagai cara
pengasingan
(g) Kawasan bersebelahan
(h) Lain-lain

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan .........................Tandatangan:Tarikh: .......................

59 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4. KEPERLUAN UJIAN ATMOSFERA


Jenis kelengkapan pengesan gas:
Nombor siri:
Atmosfera telah diuji untuk memastikan tiada kekurangan atau berlebihan oksigen dan bagi bahan cemar
berikut:
(Isikan butiran dan keputusan ujian)
(a) (19.5%<O2<23.5% ) ........................................................
(b) (Kepekatan Gas Mudah Terbakar <10% LEL) ....................
(c) (CO < 25 ppm) ..............................................................
(d) ( H2S <10 ppm ) ............................................................
(e) Gas lain...................................

Pengawasan berterusan atmosfera diperlukan/tidak diperlukan* (*Potong yang tidak berkenaan)

Keadaan berikut adalah selamat untuk dimasuki dengan syarat seperti ditandakan di bawah:
(i) Dengan alat pelindung pernafasan bekalan udara.
(ii) Dengan alat pelindung pernafasan penulenan udara (bukan bekalan udara).
(iii) Tanpa alat pelindung pernafasan.

Masa ujian .............................Tarikh ...........................Penguji Gas Bertauliah ..................................

5. KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI (PPE)


PPE berikut yang ditandakan di bawah hendaklah dipakai:
(a) Alat pelindung pernafasan bekalan udara:
Diawasi oleh:..
(b) Alat pelindung pernafasan penulenan udara.
(c) Tali pinggang keselamatan, abah-abah dan/atau tali keselamatan.
(d) Pelindung mata.
(e) Perlindungan tangan.
(f) Perlindungan kaki.
(g) Pakaian pelindung.
(h) Pelindung pendengaran.
(i) Topi keselamatan.
(j) Lain-lain.........................

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:............................. Tandatangan:Tarikh: ..............

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 60


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

6. PENGGUNAAN AGEN BAHAN KIMIA (Butiran hendaklah dilengkapkan)


Agen bahan kimia selain yang disenaraikan di bawah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam ruang
terkurung:
(a) ............................................................
(b) ............................................................
(c) ............................................................
(d) ............................................................

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:..................................Tandatangan:Tarikh: ...............

7. KERJA PANAS
Langkah berjaga-jaga yang ditandakan di bawah hendaklah dipatuhi:
(a) Kawasan bersih dan bebas daripada semua bahan yang boleh terbakar dengan mudah dalam
lingkungan 15 meter.
(b) Semua parit dalam lingkungan 15 meter ditutup dengan penutup basah tahan api.
(c) Alat pemadam api yang sesuai di tapak berhampiran dengan punca pencucuhan.
(d) Hos air mengalirkan air ke tapak kerja dan diuji/dibiarkan mengalirkan air.
(e) Semua percikan api untuk kerja melebihi 2 meter di atas tanah dibendung sepenuhnya
dengan menggunakan penutup yang sesuai yang hendaklah diperiksa sebelum kerja dimulakan.
(f) Mesin kimpalan/silinder gas terletak .. (tidak berada dalam lingkungan
8 meter dari mana-mana parit).
(g) Semua mesin kimpalan/silinder gas hendaklah diletakkan di luar ruang terkurung.
(h) Mesin kimpalan dibumikan betul-betul pada kelengkapan yang dikimpal serapat yang boleh
dengan tempat kimpalan, jika boleh.
(i) Punca tenaga tidak merintangi laluan paip atau jalan masuk.
(j) Pengasingan kesan elektrikal di atas paip.
(k) Salutan dialihkan pada jarak yang mencukupi dari kawasan yang hendak dipanaskan.
(l) Lain-lain
(m) Pengawas kebakaran
Nama :.

Kerja panas adalah dibenarkan/tidak dibenarkan* di dalam ruang terkurung. (* Potong yang tidak
berkenaan)
Jika tidak dibenarkan (Mengapa)

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:................................Tandatangan:Tarikh: .................

61 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

8. ORANG MENJAGA DAN PERKIRAAN MENYELAMAT


(a) Orang menjaga

Nama :.
(b) Prosedur menyelamat dan kecemasan difahami dan telah ditampal.
(c) Kemudahan menyelamat dan komunikasi dalam keadaan teratur.
(d) Kakitangan penyelamat

Nama:
Nama:

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:.................................Tandatangan:Tarikh: ................

9. LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG LAIN


Langkah berjaga-jaga yang ditandakan di bawah telah dilaksanakan:

(a) Notis amaran/penyekat telah diletakkan di tempatnya.


(b) Dilarang merokok/minum/makan di dalam ruang terkurung.
(c) Langkah berjaga-jaga khas (nyatakan) .............................................................

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:..................................Tandatangan:Tarikh: ...............

10. KEBENARAN
Berdasarkan penilaian saya, ruang terkurung yang dinyatakan di atas adalah selamat untuk dijalankan
kerja, dengan syarat langkah berjaga-jaga di atas dipatuhi sepenuhnya.
Tarikh Kemasukan ..
Masa Kemasukan (jam) hingga(jam)

Pengeluar Permit Bekerja:......................................Tandatangan:Tarikh: ......................

11. PENERIMAAN
Saya memahami prosedur yang diperlukan untuk kemasukan dan bekerja di dalam ruang terkurung serta
langkah dan kelengkapan pelindung yang perlu digunakan.

Penyelia Kemasukan:......................................Tandatangan:Tarikh: .......................

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 62


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

12. LOG MASUK DAN LOG KELUAR

Kami telah diberikan taklimat dan memahami prosedur yang diperlukan untuk kemasukan dan bekerja di
dalam ruang terkurung serta langkah dan perlindungan yang perlu digunakan.

Nama :Waktu masuk Waktu keluar: Tandatangan..


Nama :Waktu masuk: Waktu keluar Tandatangan..

13. TANDATANGAN KELUAR

Semua orang/kelengkapan* telah alihkan, kerja telah disiapkan/ditangguhkan* dan kemasukan


selanjutnya tidak dibenarkan melainkan permit bekerja yang baru ditandatangani. Loji/jentera* dianggap
sesuai/tidak sesuai* untuk digunakan. (*Potong yang tidak berkenaan)

Penyelia Kemasukan:......................................Tandatangan:Tarikh: ..............................

Pengeluar Permit Bekerja:......................................Tandatangan:Tarikh: .......................

14. TAKLIMAT DAN PENERIMAAN KERJA YANG TELAH DISIAPKAN

Saya telah diberikan taklimat oleh Penyelia Kemasukan dan menerima kerja seperti yang ditetapkan
dalam Bahagian 2 permit bekerja ini sebagai telah disiapkan.

Pemerhatian berikut terhadap aspek yang tidak memuaskan dalam operasi di dalam ruang terkurung
diambil perhatian sebelum menjalankan operasi yang serupa. (Lampirkan helaian berasingan jika perlu).
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................

Majikan/Orang yang Bertanggungjawab...................................

Catatan: Orang yang diberi kuasa hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi kerja yang
tertentu itu.

63 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN E

SYOR TAMBAHAN BAGI KERJA PEMBERSIHAN


DI DALAM RUANG TERKURUNG

1. AM

1.1 Lampiran ini menyenaraikan syor untuk menjalankan kerja pembersihan di dalam ruang terkurung.
Syor ini merupakan tambahan kepada keperluan yang ditetapkan dalam perenggan 8.4

1.2. Prosedur dan proses yang hendak digunakan untuk membersihkan ruang terkurung hendaklah
disemak dan disahkan sebelum masuk ke dalam ruang terkurung. Kaedah yang akan ditentukan
bergantung pada bahan di dalam ruang terkurung dan hazard yang mungkin timbul melalui proses
pembersihan itu.

1.3 Jika boleh, pembersihan awal hendaklah dijalankan dari luar ruang terkurung. Pembersihan awal
tersebut, termasuklah penyaliran dan pembuangan kerak, hendaklah diteruskan sehingga hazard
daripada bahan cemar atmosfera telah dikurangkan serendah yang boleh.

1.4 Bahan cemar hendaklah dilupuskan melalui cara yang tidak menimbulkan hazard kepada mana-
mana orang, kelengkapan atau persekitaran.

2. HIDRO-JET

2.1 Am

Langkah berjaga-jaga am berikut hendaklah dipatuhi semasa hidro-jet dijalankan di dalam ruang
terkurung tetapi tidak terhad kepada

a) hidro-jet hendaklah sentiasa dijalankan oleh kakitangan terlatih;

b) setiap orang hendaklah disediakan dengan pakaian pelindung, kasut keselamatan kalis
air, topi keselamatan dengan pelindung muka, sarung tangan pelindung, dan jika perlu,
alat pelindung pernafasan yang sesuai;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 64


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

c) tanda amaran yang menyatakan hidro-jet sedang dijalankan hendaklah dipaparkan di


lokasi yang mudah dilihat di luar ruang terkurung;

d) kawasan yang terjejas dengan hidro-jet hendaklah diadang semasa kerja sedang
dijalankan;

e) jika terdapat kemungkinan wujud persekitaran mudah terbakar, muncung kelengkapan


hidro-jet hendaklah dibumikan bagi mengelakkan penjanaan elektrik statik;

f) pengendali muncung hendaklah dapat melihat terus atau berkomunikasi secara lisan
dengan pengendali pam;

g) pengalihan bendalir dari ruang terkurung hendaklah dilakukan secara berterusan semasa
operasi, terutama jika bekerja di dalam tangki kapal, tangki bahan api, dan lain-lain; dan

h) penembak tekanan tinggi/isi padu rendah hendaklah digunakan sekejap-sekejap semasa


pembersihan, dan tidak berterusan, bagi membolehkan penggantian air yang secukupnya.

2.2 Kelengkapan

Semua kelengkapan pembersihan tekanan tinggi hendaklah dipasang dengan peranti penggerak
yang memerlukan pengendali dengan menggunakan tangan atau kaki memastikan injap bekalan
sentiasa terbuka (injap tali mati). Selain itu, keperluan berikut bagi hos, jika boleh, hendaklah
dipatuhi

a) hos yang digunakan untuk pembersihan tekanan tinggi hendaklah mempunyai tekanan
letusan sekurang-kurangnya dua kali tekanan pengendalian;

b) hos hendaklah dilabelkan bagi menunjukkan tekanan kerja dan tempoh hos telah
digunakan;

c) hos yang berpintal atau menunjukkan kecacatan luar yang jelas seperti wayar bertetulang
yang terdedah hendaklah dilupuskan dengan segera;

d) hendaklah berhati-hati semasa meletakkan hos pemancut air di atas tanah bagi
mengelakkan kerosakan denyutan, terutamanya pada bucu;

65 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

e) pengganding hendaklah mempunyai reka bentuk yang sebegitu rupa sehingga ia tidak
boleh menjadi longgar atau tertanggal secara tidak sengaja semasa pengendalian; dan

f) penyelenggaraan hos hendaklah menurut syor pengilang.

3. PEMBERSIHAN STIM

Jika ruang terkurung hendak dibersihkan dengan stim, langkah berjaga-jaga berikut hendaklah
dipatuhi

a) jika terdapat kemungkinan wujud persekitaran mudah terbakar, paip atau muncung hos
stim hendaklah diikat pada penutup ruang terkurung bagi menghapuskan elektrik statik;

b) suhu stim tidak boleh melebihi suhu pengautocucuhan di dalam ruang; dan

c) ruang terkurung hendaklah dibiarkan mencapai persekitaran terma boleh terima sebelum
sesiapa dibenarkan masuk.

4. PEMBAGASAN PELELAS

Pembersihan melalui pembagasan pelelas hendaklah dijalankan hanya apabila alat pernafasan
bekalan udara digunakan. Kelulusan Ketua Pengarah diperlukan jika pasir digunakan sebagai
bahan pelelas. Penyediaan perkara berikut hendaklah juga diberi pertimbangan

a) pencahayaan dan kebolehlihatan yang cukup bagi membolehkan kerja yang selamat
diteruskan;

b) perlindungan terhadap talian udara pernafasan daripada rosak;

c) pakaian dan kelengkapan pelindung yang sesuai;

d) kelengkapan kecemasan; dan

e) peranti penggerak yang pengendali perlu memastikan supaya injap bekalan sentiasa
terbuka.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 66


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

5. PEMBERSIHAN KIMIA

Selain mewujudkan hazard kepada kesihatan, bahan kimia yang digunakan dalam operasi
pembersihan juga boleh menyebabkan pembentukan atmosfera mudah terbakar. Penaksiran
Risiko Kesihatan Kimia hendaklah dijalankan sebelum proses pembersihan kimia boleh dimulakan.
Begitu juga, keselamatan atmosfera hendaklah dinilai semula selepas pembersihan dan sebelum
kerja selanjutnya dimulakan.

67 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN F

SYOR TAMBAHAN BAGI UJIAN ATMOSFERA


(Maklumat)

1.0 PENUNJUK GAS

1.1 Faktor yang perlu diambil kira termasuk

a) sifat gas/wap;

b) kelembapan dan suhu di dalam ruang terkurung;

c) kewujudan bahan cemar bawaan udara yang boleh mengurangkan ketepatan bacaan
atau (mencemarkan) penderia;

d) kewujudan gas atau kabut mengakis, yang boleh merosakkan penderia dan memberikan
bacaan salah yang menyebabkan bacaan sifar palsu;

e) keperluan penentukuran, pelarasan dan penyelenggaraan;

f) keperluan penentukuran semula semasa ujian;

g) pemeluwapan dan/atau penyerapan gas ke dalam dinding barisan pensampelan di mana


ia digunakan;

h) respons alatan terhadap gas atau wap mudah terbakar pada kepekatan tinggi dan rendah
(sebagai contoh, sifar palsu);

i) kekurangan oksigen menyebabkan bacaan salah bagi gas mudah terbakar;

j) peningkatan oksigen menyebabkan letupan apabila alatan bertindak sebagai punca


pencucuhan;

k) perbezaan tekanan atmosfera yang boleh menyebabkan bacaan salah pada sesetengah
penderia.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 68


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

1.2 Kelengkapan untuk mengawasi gas, habuk dan wap mudah terbakar hendaklah benar-benar
selamat. Semua kelengkapan elektronik untuk pengawasan hendaklah dilengkapi penggera boleh
dengar atau boleh lihat. Alatan yang digunakan untuk menguji atmosfera di dalam ruang terkurung
hendaklah dipilih berdasarkan keupayaan fungsiannya untuk mengukur kepekatan berhazard.

1.3 Selepas penyingkiran udara telah disempurnakan, peranti pengalihudaraan udara paksa, seperti
pengaruh atau kipas hendaklah ditutup bagi tempoh yang sewajarnya supaya keadaan berada
dalam paras atmosfera biasa untuk ujian gas dalam ruang terkurung. Jika keputusan boleh
terima tidak dapat diperoleh tanpa pengalihudaraan udara paksa, maka peranti pengalihudaraan
udara paksa hendaklah ditandakan dan/atau dikunci dengan sewajarnya bagi memastikan
sambungannya tidak diputuskan semasa pemeriksaan atau kerja lain sedang dijalankan. Orang
menjaga bertanggungjawab mengawasi operasi yang betul bagi peranti pengalihudaraan udara
paksa.

1.4 Ujian ruang terkurung hendaklah dijalankan sebelum permit bekerja dikeluarkan. Ujian hendaklah
menguji kewujudan gas atau wasap, endapan kimia dan jika sesuai, bekalan oksigen yang
mencukupi. Keputusan yang memuaskan hendaklah diperoleh sebelum langkah selanjutnya
diteruskan.

2.0 UJIAN SEMULA DAN PENGAWASAN BERTERUSAN

2.1 Majikan hendaklah menguruskan ujian ulangan ke atas oksigen dan gas berhazard pada sela
masa yang mengambil kira kemungkinan berlaku perubahan dalam keadaan. Tidak ada masa
tetap boleh digunakan untuk semua keadaan, tetapi tempoh antara ujian hendaklah ditetapkan
secara konservatif, tidak melebihi 8 jam. Kelewatan yang ketara tidak seharusnya berlaku antara
masa ujian dengan kemasukan pertama ke dalam ruang terkurung.

2.2 Kekerapan ujian semula hendaklah ditentukan oleh majikan yang tahu tentang kelengkapan dan
proses. Penggunaan pengawas berterusan dengan penggera merupakan cara paling konservatif.
Jika terdapat waktu rehat yang panjang dalam penghunian ruang terkurung, atmosfera hendaklah
diuji semula sebelum kemasukan.

69 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 70


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

71 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 72


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

73 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 74


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

75 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 76

Anda mungkin juga menyukai