Anda di halaman 1dari 1

SAFETY OPERATING PROCEDURES

Kerja Kimpalan

DILARANG menggunakan mesin kecuali diarahkan oleh pekerja yang


terlatih.
Kaca mata keselamatan hendaklah sentiasa Rambut yang panjang haruslah diikat kemas.
digunakan di tempat kerja.
Sentiasa memakai kasut keselamatan Pakaian yang menutupi seluruh badan
sebelum memulakan kerja. mestilah dipakai bagi melindungi tanagan dan
kaki.
Alat perlindungan pernafasan mungkin Sarung tangan kulit mesti dipakai semasa
diperlukan bagi sesetengah operasi. membuat kerja kimpalan.
Topi keselamatan muka perlu digunakan oleh
Dilarang memakai barangan kemas. pekerja kimpalan.

PEMERIKSAAN KESELAMATAN SEBELUM MEMULAKAN KERJA


1. Pastikan tempat kerja dan kawasan sekitar kerja kimpalan tidak berada dalam
keadaan yang merbahaya.
2. Pastikan tempat kerja selamat dan tiada gris, minyak atau bahan-bahan mudah
terbakar.
3. Pastikan peralatan kimpalan dan kawasan kerja adalah kering untuk mengelakkan
kejutan elektrik.
4. Pastikan sarung tangan adalah kering dan tidak berlubang untuk mengelakkan
kejutan elektrik.
5. Pastikan pemegang elektrod adalah dalam keadaan yang baik.
6. Pastikan terdapat pengudaraan yang secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja
kimpalan.
7. Kawasan kerja kimpalan haruslah diasingkan dan berada dalam keadaan tertutup bagi
mengelakkan kecederaan kepada pekerja lain.
8. Peralatan yang rosak tidak boleh digunakan. Segera melaporkan jika mesin
bermasalah.
PEMERIKSAAN KESELAMATAN SEMASA BEKERJA
1. Pastikan panjang kabel adalah sependek yang mungkin dan gulungkannya bagi
mengurangkan rintangan.
2. Pastikan pemegang elektrod tidak mempunyai elektrod di dalamnya sebelum
memulakan kerja kimpalan.
3. Pastikan bekalan elektrik adalah mengikut pilihan elektrod yang digunakan.
4. Dilarang membuat kerja tanpa sarung tangan semasa membuat kerja kimpalan.
5. Apabila kerja kimpalan telah selesai, keluarkan elektrod daripada pemegang dan
matikan punca kuasa.
PEMBERSIHAN
1. Matikan mesin dan pastikan injap tong gas ditutup.
2. Pastikan pemegang kimpalan dan kabel kimpalan disusun dan disimpan serta
pastikan tempat kerja berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan kemas.

Disediakan oleh: LOSHINI WASU Disahkan oleh: ______________________

Tarikh Disediakan: 16.2.2016

Anda mungkin juga menyukai