Anda di halaman 1dari 11

OBJEKTIF

Dapat mematuhi peraturan yang ada di dalam bengkel kimpalan gas. Menggunakan alatan tangan dan mesin dengan betul dan selamat. Melakukan proses kimplan gas dengan cara yang betul.

Dapat menghasilkan kumai yang berkualiti.

DEFINISI BAGI KIMPALAN GAS

Didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logom dengan kaedah memanaskan logam sehingga cair dan menyambungkannya menjadi satu.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BERADA DI DALAM BENGKEL


Memakai pakaian yang sesuai semasa berada di dalam bengkel. Memakai kasut keselamatan. Mematuhi peraturan penggunaan mesin. Memastikan mesin kimplan gas tidak mengalami sebarang masalah da selamat digunakan:-pastikan hos gas asetelina dan okxygen tidak mengalami kebocoran. -pastikan setiap penyambungan ketat da tidak mengalami kebocoran. -sebelum anda memulakan proses mengimpal,pastikan anda membuat ujian kebocoran pada setiap sambungan menggunakan nuih. Memakai gogel dan sarung tangan kulit semasa mengimpal.

PAKAIAN KESELAMATAN
1) Contoh pemakaian semasa melakukan kerja di dalam bengkel.

2) Kasut keselamatan -untuk melindungi kaki semasa berada di dalam bengkel.

3) Apron kulit -untuk melindungi badan kita daripada terkena percikan api.

4) Sarung tangan kulit -untuk melindungi tangan kita daripada terkena benda yang panas.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MELAKUKAN KERJA


1.Gogle -untuk melindungi mata daripada trerkena percikan api

2.Mancis -untuk menyalakan api di muncung sumpitan.

3.Ragum tangan -untuk memegang benda kerja yang panas atau yang bru selesai di kimpal.

4.Berus dawai -untuk membersihkan benda kerja.

5.Rod penambah -untuk menghasilkan kumai dan membuat pnyambungan

BAHAGIAN-BAHAGIAN KIMPALAN GAS


Kimpalan gas(silinder oksigen dan asetilina)

Alator -untuk mengawal tekanan gas kepada hos dan terus kepada muncung sumpitan.

Badan sumpitan -untuk mencampur kan gas okxygen dan gas asetilina .

Hos -untuk menyalurkan gas okxygen dan asetelina kepada badan sumpitan.

Pencegah nyalaan balas balik -untuk mencegah api daripada masuk ke dalam silinder.

LANGKAH KERJA MENGIMPAL TANPA MENGGUNAKAN ROD PENAMBAH

Langkah kerja 1) Bersihkan benda kerja dengan menggunakan burus dawai. 2) buka injap silinder gas oksigen dan asetilina dan laraskan tekanan gas mengikut kesesuaian. 3) Nyalakan api pada muncung sumpitan mengikut nyalaan yang sesuai. 4) Mulakan teknik mengimpal dengan teknik memanaskan benda kerja. 5) Panaskan benda kerja sehingga terbentuk kolam cair 6) Setelah terbentuk kolam cair,gerakkan muncung sumpitan kehadapan secara perlahan-lahan hingga menjadi kumai. 7) Setelah selasai berdikan benda kerja menggunakan berus dawai.

LANGKAH KERJA MENGIMPAL DENGAN MENGGUNAKAN ROD PENAMBAH

1) Bersihkan benda kerja menggunakan berus dawai 2) buka injap silinder gas oksigen dan asetilina dan laraskan tekanan gas mengikut kesesuaian. 3) Nyalakan api pada muncung sumpitan mengikut nyalaan yang sesuai. 4) Panaskan benda kerja sehingga terbentuk kolam cair 5) Dengan menggunakan rod penambah,celupkan rod penambah ke dalam kolam cair dan sambil menggerakkan muncung sumpitan. 6) Ulang langkah 6 hingga terbentuk satu kumai panjang. 7) Setelah selesai mengumai panjang,bersihkan benda kerja dengan menggunakan berus dawai.

LANGKAH KERJA MENGIMPAL SAMBUNGAN TEMU

1) Bersihkan benda kerja menggunakan berus dawai 2) Buka injap silinder gas oksigen dan asetilina dan laraskan tekanan gas mengikut kesesuaian. 3) Setkan sambungan pada kedudukan sambambungan temu. 4) Nyalakan api pada muncung sumpitan mengikut nyalaan yang sesuai. 5) Panaskan bahagian yang hendak di sambung. 6) Panaskan sehingga terbentuk kolam cair. 7) Setelah terbentuk kolam cair, celupkan rod penambah ke dalam kolam cair sambil menggerakkan muncung sumpitan kehadapan untuk membentukkan kumai. 8) Ulang langkah 7 hingga selesai membuat sambungan temu. 9) Setelah selesai, bersihkan benda kerja dengan menggunakan berus dawai.

LANGKAH KERJA MENGIMPAL SAMBUNGAN V TUNGGAL

1) Bersihkan benda kerja menggunakan berus dawai 2) Buka injap silinder gas oksigen dan asetilina dan laraskan tekanan gas mengikut kesesuaian.. 3) Setkan benda kerja pada kedudukan sambungan temu. 4) Nyalakan api pada muncung sumpitan mengikut nyalaan yang sesuai. 5) Panaskan sambungan yang hendak disambung hinggga terbentuk kolam cair. 6) Setelah terbentuk kolam cair, celupkan rod penambah ke dalam kolam cair dan gerakkan muncung sumpitan kehadapan hingga terbentuk kumai. 7) Ulang langkah 6 hingga selesai membuat sambungan v tunggal. 8) Setalah selesai bersihkan benda kerja dengan menggunakan berus dawai.

KESIMPULAN

Pada akhir projek ini, saya telah dapat menyelesaikan projek yang diberi dengan betul dan selamat. Selain itu, saya juga telah dapat mempelajari cara penyelenggaraan mesin kimpalan gas dengan betul dan dapat menggunakan alatan tangan dengan betul dan selamat. Saya juga dapat mematuhi peraturan semasa di dalam bengkel. Disamping itu,saya juga dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.

KANDUNGAN

1.OBJEKTIF & DEFINISI... 1 2.LANGKH KESELAMATAN SEMASA BERADA DIDALAM BENGKEL2 3.PAKAIAN KESELAMATAN.... 3 4.PERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MELAKUKAN KERJA. 4 5.BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN KIMPALAN GAS.... 5 6. LANGKAH KERJA MENGIMPAL TANPA MENGGUNAKAN ROD PENAMBAH.. 6 7. LANGKAH KERJA MENGIMPAL DENGAN MENGGUNAKAN ROD PENAMBAH7 8. LANGKAH KERJA MENGIMPAL SAMBUNGAN TEMU 8 9. LANGKAH KERJA MENGIMPAL SAMBUNGAN V TUNGGAL... 9 10. KESIMPULAN 10

Anda mungkin juga menyukai