Anda di halaman 1dari 1

8.

0 LANGKAH KESELAMATAN

Sektor perladangan merupakan salah satu sektor yang banyak menggunakan system
hidraulik dalam perkerjaan mereka. Misalnya, menaikkan dan menurunkan peralatan dan
sebagainya. Mesin moden yang sekarang boleh menampung dan menghasilkan tekanan dari
1000 sehingga 300 psi dalam system hidraulik.
Pada tekanan ini, kebocoran boleh berlaku bila-bila sahaja seperti pancit, rosak atau
secara tidak sengaja hos hidraulik terputus. Hal seperti ini boleh menyebabkan kemalangan.
Antara langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut :

a. Baca dan fahami arahan kerja serta arahan menggunakan mesin sebelum
menghidupkan mesin yang menggunakan system hidraulik.
b. Sentiasa menggunakan pakaian keselamatan seperti gogel, sarung tangan, kasut tapak
getah dan sebagainya semasa melakukan operasi.
c. Pastikan system yang sedang beroperasi sentiasa dijaga dari semasa ke semasa.
d. Sebelum menghidupkan system, pastikan persekitaran selamat daripada halangan dan
manusia.
e. Jangan lalu lalang di bawah komponen yang sedang beroperasi dan disokong oleh
system hidraulik.
f. Sentiasa menutup enjin system dan melegakan semua tekanan dalam system hidraulik
sebelum memutuskan sambungan komponen dalam system atau menjalankan
penyelenggaraan atau pembaikan dalam system.
g. Pastikan bahan mudah terbakar atau bahan yang boleh menimbulkan kebakaran
berhampiran dengan tangki penyimpanan bendalir hidraulik kerana bendalir hidraulik
boleh menyebabkan kebakaran dan kematian.
h. Jangan mengesan kebocoran menggunakan tangan kerana bendalir hidraulik yang

bertekanan tinggi boleh menyebabkan luka pada kulit. Bendalir yang memasuki tisu
badan sangat berbahaya dan memerlukan pembedahan untuk dibuang daripada badan.

Anda mungkin juga menyukai