Anda di halaman 1dari 5

SENI DALAM PENDIDIKAN

Oleh: Asyikin & Asna

Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik supaya pelajar dapat melaksanakan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Susun atur meja dan kerusi perlu bersesuian dengan corak pembelajaran.

Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan dalam kurikulum. Guru hendaklah:
Menggunakan pelbagai teknik dan strategi untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri. Melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Mempunyai pengetahuan untuk mengeksploitasi warna, muzik dan ruang. Menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka. Menyediaka aktiviti yang merangsang minat kanakkanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.

Kenneth M.Lansing (1973) menyatakan bahawa aktiviti pendidikan seni yang wujud berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. SDP memberi peluang kanak-kanak meneroka alam sekeliling mereka menerusi deria. Oleh yang demikian, murid diajar untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi dengan lebih efektif.

Leonardo da Vinci menyatakan bahawa penghayatan seni yang betul memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti seimbang, berketrampilan dan professional. Justeru, guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan yang sedia ada untuk menarik minat murid-murid terhadap subjek yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai