Anda di halaman 1dari 4

Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat

tetapi ia tetap mempunyai perbezaan yang tertentu.


a. Menurut Kamus Dewan lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada

barang-barang yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan perulihan pula bermaksud pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala.
b.

Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa imbuhan membawa maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan tambahan,manakala pemulihan pula bermaksud suatu keadaan yang tidak memuaskan yang memerlukan pembaikan.

c. Pendidikan imbuhan menekankan kewangan ,peralatan dan makanan

kepada masalah

ekonomi, pelajaran,

d. Murid dari golongan kurang bernasib baik / kawasan luar Bandar akan keciciran jika tidak diberi perhatian e. Pendidikan imbuhan juga dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendidikan golongan berada dan miskin
f. Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau

tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia merupakan langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid.
g. Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran. Biasanya

pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran. Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Perkara Berikut.
a. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat

awal pembelajaran.
b. Guru

hendaklah

menentukan

aspek-aspek

pembelajaran

yang

diperlukan.Pangajaran disusun dengan rapi dan teliti.

c.

Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan khusus.

d. Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah

pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.


e. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan

badan-badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid. Rumusan dan Kesimpulan Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh yang melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini juga harus meliputi program untuk kesihatan yang sempurna,makanan dan pemakanan.

Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan. Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu.Dalam pendidikan pemulihan,murid ini biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah.

Aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan ditumpukan kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahirankemahiran asas.

Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Imbuhan. Pendidikan Pemulihan Dalam KBSR Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan kebolehan.Oleh sebab kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza. Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah diperlukan bagi pelajar KBSR . Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pemulihan Kelas Biasa.

Guru biasa hanya menerima latihan yang terhad dalam teori dan amali pendidikan pemulihan.
Guru biasa hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja manakala

kes-kes yang lebih serius dalam masalah pembalajaran dikendalikan oleh guru pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas.

Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa Sesi pemulihan kelas biasa.
Pengenalpastian pelajar .

Penganalisisan masalah. Perancangan. Pengajaran. Penilaian.


Tindakan susulan.

1. Pengenalpastian Pelajar Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas dan pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa. Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar oleh guru.

2. Penganalisisan Masalah

Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar.

3. Perancangan Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti. Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan o Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar. Elakkan daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak Pengayaan 1. Satu rancangan pembelajaran untuk semua murid 2. Menekankan kemahiran pembelajaran sementara murid 3. Aktiviti dilaksanakan menarik minat dan menyeronokan dan dibentuk mengikut kebolehan murid 4. Murid dapat memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, sikap berdikari dan bertanggungjawab

Anda mungkin juga menyukai