Anda di halaman 1dari 3

APA ITU PENDIDIKAN PEMULIHAN?

Konsep
Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah
kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka
yang tidak bermasalah.
Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan
membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu
mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan
kanak-kanak lain). 

Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan 


- Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat
penilaian awal atas mereka. 
- Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil. 
- Kurikulum yang diubahsuaikan. 
- Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken
perinciannya. 
- Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah. 
- Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat
kepuasan. 
- Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi
perhatian. 
- Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara. 

Pelaksanaan Program Pemulihan 


- Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara
memerhati atau membuat ujian saringan. 
- Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan
dengan cara memerhati atau membuat ujian diagnostik. 
- Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi
pemulihan untuk murid 
- Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan
kebolehan dan daya penyerapan murid. 
- Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai
kemahiran yang dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang
sesuai. 
- Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan
tujuan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan
murid. 

Pendidikan Pemulihan Dalan KBSR Dan KBSM 


- Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan
kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM.Oleh sebab kebolehan
pelajar-pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza. 
- Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum
menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah
diperlukan bagi pelajar KBSR dan KBSM, 

Langkah-langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa


1. Pengenalpastian Pelajar 
Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat
ialah seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas
dan pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu
bapa. 
Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi
gambaran tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran
yang telah diajar oleh guru.

2. Penganalisisan Masalah 
Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan
memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya
dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah
atau tolak,guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi
oleh seseorang pelajar.

3. Perancangan 
Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan
pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi
masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti. 

Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan


1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar. 
2. Elakkan daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak 

http://mathewlaurencius.blogspot.com/2009/08/apa-itu-pendidikan-
pemulihan.html

Anda mungkin juga menyukai