Anda di halaman 1dari 22

3.

0 PENDEKATAN, KAEDAH, STRATEGI DAN AKTIVITI UNTUK MENGATASI


MASALAH PEMULIHAN DALAM KELAS BAHASA MELAYU.

3.1 Pengenalan

Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan
program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara
murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana
pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

Pendidikan pemulihan amat penting dalam sistem pendidikan kini kerana hampir
20% daripada kanak-kanak, iaitu golongan yang lemah, yang terpaksa bersaing dengan
kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang
perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama. Menurut Sharifah
Alwiah Alsagoff (1983), pendidikan pemulih amat perlu sama ada di kelas biasa atau
kelas khas bagi tujuan membantu murid-murid yang mengalami kesusahan
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di sekolah khusus yang dihadiri oleh
murid atau dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah
untuk pengajaran dan pembelajaran khusus oleh guru pemulihan.

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, konsep 5P iaiitu,


penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan perlu
dilaksanakan oleh para guru di dalam bilik darjah. Beberapa prosedur dan prinsip-
prinsip pemulihan yang perlu dikuti oleh para guru bagi membantu mengatasi masalah
pembelajaran pelajar pemulihan ialah:

 Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat


penilaian awal ke atas mereka.
 Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.
 Kurikulum yang diubahsuai.
 Dalam mengajar sesuatu item, kita hendaklah menegaskan luasnya dan bukan
perinciannya
 Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah
 Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat
kepuasan.
 Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi
perhatian.Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

3.1.1 Pemulihan Dalam Kelas Biasa

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah ialah satu usaha
untuk menolong murid-murid yang lemah menvapai obkektif pemblejaran yang belum
dicapainya. Biasanya murid-murid yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan
kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya
membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami konsep yang betul.

Dengan adanya pendidikan dalam kelas biasa, murid-murid yang lemah akan
merasa diri mereka mendapat perhatian dalam kelas daripada guru. Kesedaran ini
merupakan bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan
dalam pembelajaran.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pemulihan dalam kelas biasa adalah
aktiviti tambahan yang lebih kompleks , menarik, mencabar yang bertujuan untuk
mencapai kemahiran yang tealh dipelajari. Objektifnya adalah untuk mengatasi
kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran.
Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari
biasa.
3.1.2 Pemulihan dalam Kelas Pemulihan Khas

Dalam pendidikan pemulihan khas, kelas merupakan satu daripada keperluan asas
utama yang perlu disediakan kerana mengikit konsep pemulihan khas. Murid-murid
yang ketinggalan atau lemah dalam pembelajaran di kelas biasanya akan dibawa
keluar dari kelas dan dimasukkan kebilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan.

3.2 Kaedah @ Proses pengajaran pemulihan

Menurut Jamilah Ahmad (1999), Program Pemulihan boleh dikendalikan menggunakan


kaedah JARLIN. Kaedah ini mementingkan setiap peringkat dijalankan secara
berterusan dan berhubung kait. Proses pengendalian program pemulihan menurut
kaedah ini dapat digambarkan dalam rajah berikut:

JEJAK

KAEDAH
NILAI RANCANG
JARLIN

LAKSANA

JEJAK
Langkah ini merupakan peringkat pertama dalam prosedur pemulihan. Guru
dikehendaki mengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut.
RANCANG
Guru hendaklah merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid
sasaran dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses
menilai.

LAKSANA
Guru harus bijak memilih teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid dan
menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Rancanagn Pengajaran
Harian hendaklah disusun dengan rapi supaya langkah-langkah pengajarn dapat
dilaksanakan dengan berkesan supaya sesuai dengan peruntukan waktu yang ada.
Selepas sesuatu pengajaran dijalankan dan objektif tercapai, aktiviti pengukuhan perlu
dijalankan agar pembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa yang singkat.

NILAI
Guru harus menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dalam masa yang sama menilai
pencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Hasil
penilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan.

3.3 Pelaksanaan Program Pemulihan

3.3.1 Ujian Saringan Binaan Guru

Kenal pasti dan menganalisis:


 murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;
 masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan
dan Diagnostik;
 punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu
pembelajaran.

 Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.


 Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
 Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.
 Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.
 Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke
dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan
yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah


yang berikut:

kenal pasti murid

analisis masalah

membuat perancangan

melaksanakan pengajaran

membuat penilaian

tindakan susulan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Murid
Ujian Kenal pasti Masalah
Objektif
Pendekatan dan teknik
Perancangan Ambil kira
Bahan / Alat P&P

Kelas
Pengajaran secara Kumpulan
Individu
Mengesan Kemajuan
Penilaian untuk Merekod Hasil
Analisis

kuasai Balik kelas biasa


Kerja Susulan
belum Kelas pemulihan khas

Melalui ujian saringan binaan guru, guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah
dalam pembelajaran. Guru bolehlah merancang aktiviti pemulihan berdasarkan objektif
yang hendak dicapai. Pendekatan dan teknik yang diguna pakai hendaklah sesuai dan
alat bantuan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga diharap dapat
membantu proses tersebut.

Guru boleh menggunakan kaedah kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu,
bergantung kepada jumlah pelajar yang dipilih untuk kumpulan pemulihan. Setelah P&P
di jalankan, maka guru perlu membuat penilaian bagi mengesan kemajuan yang
dicapai, merekodkan hasil dan menganalis dapatan tersebut.

Bagi pelajar yang berjaya menguasai kemahiran atau objektif yang hendak
dicapai, mereka boleh balik ke kelas biasa manakala yang belum mengusai kemahiran
atau objektif hendaklah dikekalkan dalam kelas pemulihan khas sekiranya disediakan
guru pemulihan khas.

Sekiranya guru pemulihan khas tidak ada maka guru kelas biasa hendaklah
melaksanakan pemulihan di dalam kelas biasa. Pelajar ini tidak boleh ditinggalkan
atau diabaikan. Guru harus faham bahawa mendidik pelajar ini adalah amanah dan
tanggungjawab guru membimbing dan mengatasi kelemahannya.

3.3.2 Ujian Diagnostik

Definisi:
Mengenal pasti ketidakupayaan seseorang murid dari segi pengamatan, psikomotor,
kognitif atau psikolinguistik yang dijangka akan menyebabkan gangguan penguasaan
sesuatu kemahiran”.
Salvia & Ysseldyke (1978)

“…mengenal pasti sebab-sebab kenapa seseorang murid gagal menguasai


kemahiran sasaran. Proses ini melibatkan faktor-faktor gaya belajar,
penggunaan peneguhan dan punca di mana bermulanya gangguan
pembelajaran”.
Langone (1991)

Ujian Disgnostik mengandungi, satu sampel pembinaan ujian, senarai kemahiran


yang hendak diuji dan JSU/JPU. Ketiga-tiga kompenan ini dirangkum bagi mengesan
daerah kelemahan bahasa pelajar.
Ujian Diagnostik
Senarai kemahiran:
3. Mengenal perkataan
3.1 v+kv : ubi, ibu,
3.2 kv+kv : baju, gigi
3.3 kv+kv+kv : kereta, petola
3.4 kvk : bas, zip
3.5 v+kvk : ikan, epal
3.6 kv+kvk : kasut, perut
3.7 kvk+kv : pintu, garpu
3.8 kvk+kvk : cincin, cermin
3.9 kvkk : gong, tong
3.10 v+kvkk : abang, udang
3.11 kv+kvkk : parang, terung
3.12 kvkk+kv : nangka, tangga
3.13 kvk+kvkk : bintang, kambing
3.14 kvkk+kvk : songkok, songket
3.15 kvkk+kvkk : longkang, kangkung
Ujian Diagnostik
Senarai kemahiran:
4. Mengenal rangkai kata
4.1 rangkai kata mudah : batu bata, titi kayu
4.2 rangkai kata : bakul rotan, kasut kulit

5. Membina ayat
5.1 ayat mudah
5.2 ayat kompleks

6. Bacaan & Pemahaman


6.1 Petikan mudah – perkataan kv+kv-
kv+kv- terkawal
6.2 Petikan kompleks

Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv


Suaikan perkataan dengan gambar

g u li

b u ku

m a ta

m e ja

ja ri

to p i
Analisis kesalahan:
Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv
Bulatkan perkataan yang sesuai dengan gambar

b u ku b u ka b a ka

m u ka m a ta m u la

g a ji g u la g u li

ko p i to p i te p i

g a ri ja ri g ig i

m e ja m a ju m a lu

Analisis kesalahan:

Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv


Tulis perkataan yang sesuai dengan gambar

m a ta

Analisis kesalahan:
Strategi Pengajaran Pemulihan

3.3.1. Strategi Kumpulan:


 Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi
masalah pembelajaran yang sama;
 Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk
murid-murid yang bermasalah;
 Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan
oleh guru.

3.3.2 Strategi Individu:


 Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah
pembelajaran yang berlainan;
 Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu;
 Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan;
 Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid
bermasalah secara individu.
Contoh Borang Skor Individu

Nama Murid: _______________________________________________________


Tahun: ____________________________
Kod Elemen: Membaca

Bil. Item O B A T Catatan


1. Kebolehan mengecam huruf
2. Kebolehan menamakan huruf
3. Kebolehan membunyikan vocal
4. Kebolehan menguasai suku kata KV,
KVK, KVKK
5. Kebolehan membaca dan memahami
perkataan VKV, KVKV, VKVK, dan
perkataan yang mengandungi diftong,
vokal berganding dan konsonan
bergabung
6. Kebolehan membaca dan memahami
perkataan
7. Kebolehan membaca dan memahami
pelbagai jenis dan bentuk ayat
8. Kebolehan membaca dan memahami
perenggan

Petunjuk:

O = Omit
 Apabila murid tidak memberi sebarang respon atau jawapan
 Respon atau jawapan murid tidak berkaitan

B = Belum
(Belum menguasai perkara yang ditaksirkan)

A = Asas
(Menepati kriteria: Penguasaan terhadap sesuatu konstruk pada
peringkat asas berpandukan kriteria yang telah ditetapkan)

T = Tinggi
(Penguasaan terhadap sesuatu konstruk yang melebihi daripada
kriteria yang perlu ditetapkan)
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan di Dalam Kelas

3.4.1 Peringkat Prabacaan

Murid-murid pemulihan perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat


prabacaan mereka dapat dilalui dengan sempurna. Berikut ialah kemahiran yang perlu
diberi perhatian;

1. kemahiran menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama


2. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza
3. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf
4. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan
5. menyusun benda atau gambar mengikut urutan
6. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar
7. memadankan huruf mengikut urutan.

Pada peringkat ini, anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang menarik
supaya murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan
berkesan. Anda boleh mengisi aktiviti prabacaan murid-murid anda dengan permainan
huruf, suku kata dan perkataan.

Selain itu, aktiviti-aktiviti melukis dan menulis hendaklah berkait rapat dengan
huruf atau simbol yang diperkenalkan kepada murid-murid. Kita mesti ingat bahawa
membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid-murid tidak dapat mengenal pasti
simbol atau perkataan serta memahami maknanya. Oleh itu, apabila kita melaksanakan
pengajaran peringkat prabacaan, anda perlu memberi penekanan terhadap simbol dan
maknanya.

Untuk melaksanakan tujuan di atas, kita harus bijaksana memilih kaedah serta
pendekatan yang sesuai dan berkesan supaya apa-apa yang anda lakukan benar-
benar dapat menolong murid-murid pemulihan anda. Antara kaedah dan pendekatan
yang boleh anda pilih adalah seperti yang berikut:

 Kaedah Abjad
 Kaedah Fonik
 Kaedah Suku Kata
 Kaedah Perkataan
 Kaedah Ayat dan Cerita
 Pendekatan Cerakinan
 Pendekatan PEBAS
 Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
 Pendekatan Abjad-Suku Kata

Bagaimanakah anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan?


Berikut ialah sedikit penerangan untuk panduan anda:

1. Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membunyikannya dengan


betul
2. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf
vokal supaya menjadi suku kata
3. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata
4. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid-murid dengan latihan
melukis bentuk-bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan
menulis huruf.

Setelah meneliti keterangan di atas, anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu
kita ambil perhatian. Berikut ialah perkara-perkara tersebut:

Penguasaan bahasa lisan:


Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik supaya
mereka mampu menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada bunyi-bunyi tertentu.
Oleh itu, bahan bacaan yang dipilih haruslah mengandungi perkataan-perkataan yang
sudah ada dalam pengalaman murid-murid.

Penglihatan:
Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas. Cara ini akan membantu murid-
murid mengenal huruf, suku kata dan perkataan dengan cepat dalam latihan mengeja.
Seterusnya, murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya serta mampu mengenal
pasti persamaan dan perbezaan huruf-huruf tersebut.

Pendengaran:
Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan pendengaran murid-
murid pemulihan.Melalui latihan ini murid-murid dapat mengenali bunyi perkatan yang
berbeza-beza.

Hubungan huruf dengan bunyinya:


Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya murid-murid dapat
menghubungkan huruf dengan bunyinya. Kita patut mengenal pasti strategi yang
menarik untuk mengelakkan rasa jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini.

Peraturan membaca dari kiri ke kanan:


Dalam tulisan Rumi, susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke kanan.

Gabung jalin semua aspek bahasa:


Kita perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca dalam kalangan
murid, anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar, bertutur dan menulis
terlebih dahulu. Untuk merangsang minat murid-murid, anda boleh menjalankan aktiviti
bercerita atau menyanyi untuk mengenal perkataan-perkataan dalam pelajaran
membaca.
Merangsang dan menghidupkan minat murid:
Sebagai guru, anda patut mengetahui apa-apa yang diminati oleh murid-murid anda.
Biasanya murid-murid pemulihan amat gemar akan gambar atau kad-kad yang
berwarna-warni. Oleh itu, latihan membaca melalui aktiviti bercerita atau menyanyi
perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang menarik. Anda boleh memilih
mana-mana alat atau bahan yang berikut;

i. kad-kad huruf
ii. kad-kad suku kata
iii. kad-kad perkataan
iv. carta bergambar
v. pita rakaman
vi. carta huruf-huruf vokal dan konsonan

3.4.2 Peringkat Pratulisan

Murid-murid pemulihan sudah boleh diajar kemahiran pratulisan sekiranya ia sudah


mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta
sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan
mengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya
lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul
dan kemas. Selain itu, latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan
banyak supaya murid-murid dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pratulisan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih


pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata
melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh murid-murid.
Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah
boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.
i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke
belakang.

ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke
bawah, dan bawah ke atas.

v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang


dilakukan secara bebas.

vi. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum
jam.

vii. Melukis garis condong.

viii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

ix. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan


bentuk huruf-huruf tersebut.

Kaedah Abjad
Kaedah ini merupakan suatu kaedah mengajarkan kemahiran asas membaca yang
telah lama dipraktikkan oleh guru-guru. Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah
huruf atau mengeja.

Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan semua huruf dalam sistem
ejaan, iaitu daripada huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid
dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan
diperkenalkan dengan huruf vokal dan huruf konsonan. Huruf-huruf konsonan
digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata dan seterusnya
membentuk perkataan. Untuk lebih jelas, anda boleh meneliti langkah-langkah
pelaksanaan kaedah ini seperti yang berikut:

Langkah 1
Memperkenalkan keseluruhan huruf atau abjad dengan menyebut nama huruf mengikut
urutannya a, b, c, d hingga z. Teknik yang boleh digunakan ialah nyanyian dan hafalan.

Langkah 2
Memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi vokal serta huruf-huruf konsonan. Huruf-huruf
ini boleh diperkenalkan dengan cara menyebut nama huruf awal untuk sesuatu benda,
binatang atau tumbuhan.

Langkah 3
Membina suku kata, iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal – ba, bi,
bu, be, bo, be ca, ci, cu, ce, co, ce. Biasanya murid-murid membaca dengan mengeja
dan menyebut nama huruf lalu membunyikan suku kata.

Langkah 4
Menggabungkan suku kata untuk membina perkataan yang mudah-mudah - dua atau
tiga suku kata. Perkataan yang dihasilkan daripada gabungan suku kata ini dibaca
dengan cara mengeja setiap suku katanya. Contohnya untuk perkataan buku (bu + ku),
murid-murid menyebut setiap huruf dalam suku kata pertama dan mengejanya hingga
menghasilkan bunyi bu. Proses yang sama diteruskan untuk suku kata kedua ku dan
diulang-ulang hingga menghasilkan perkataan buku.
Langkah 5
Membaca ayat-ayat pendek atau buku teks. Cara membaca juga sering dilakukan
secara mengeja.

Kaedah abjad ada kekuatan dan kekurangannya. Kekuatannya ialah murid-murid


dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya
kerana dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan. Di samping
itu, kaedah ini sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan
mengikut bunyi. Cara mengeja suku katanya tetap. Kaedah ini juga memberi asas yang
kukuh dalam membaca kerana murid-murid mahir mengeja setelah dilatih tubi.

Walau bagaimanapun kaedah ini ada kekurangannya, iaitu murid-murid terpaksa


menghafal huruf-huruf yang agak abstrak sedangkan masih ada sebahagian besar
daripada mereka yang belum pernah didedahkan dengan huruf atau abjad.
Penghafalan huruf-huruf yang abstrak ini agak bercanggah dengan prinsip pendidikan,
iaitu sepatutnya murid-murid mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu. Selain
itu dengan menggunakan kaedah ini murid-murid terlalu bergantung kepada proses
mengeja. Murid-murid terbawa-bawa dengan tabiat mengeja. Hal ini menyebabkan
mereka tidak lancar atau tersangkut-sangkut semasa membaca. Kaedah ini juga tidak
mementingkan pemahaman murid kerana keutamaannya ialah ejaan dan sebutan.
Rumusan

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan


salah satu alternatif untuk mengurang dan seterusnya mengatasi masalah
penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid. Guru
seharusnya mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah berkenaan dan
berusaha untuk membantunya dengan mengaplikasikan prosedur serta aktiviti
pemulihan yang dicadangkan.

Selain itu, untuk melaksanakan aktiviti pemulihan dalam bilik darjah, guru
seharusnya terlebih dahulu menguasai aspek-aspek penting dalam pengajaran
pemulihan daripada sudut strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik agar
pelaksanaannya tersusun dan terancang. Kebolehan murid-murid menguasai
kemahiran membaca dan menulis bergantung penuh kepada peranan dan
kewibawaan guru tersebut.

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu


merupakan salah satu alternatif untuk mengurang dan seterusnya mengatasi
masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid.
Guru seharusnya mengenalpasti nurid-murid yang mempunyai masalah berkenaan
dan berusaha untuk membantunya dengan mengaplikasikan prosedur serta aktiviti
pemulihan yang dicadangkan, untuk melaksanakan aktiviti pemulihan dalam bilik
darjah, guru seharusnya terlebih dahulu menguasai aspek-aspek penting dalam
pengajaran pemulihan daripada sudut strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik agar
pelaksanaannya tersusun dan terancang. Kebolehan murid-murid menguasai
kemahiran membaca dan menulis bergantung penuh kepada peranan dan
kewibawaan guru tersebut

Anda mungkin juga menyukai