Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN ALUAN PENGERUSI PROGRAM

Yang

Berusaha,

Pegawai

unit

Prasekolah PPD Pasir Gudang selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan


Daerah Pasir Gudang. Yang dihormati En. Mohd. Rozaimie Bin Ismail,
Penyelaras Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang, Yang dihormati, Pn.
Maslinda Binti Mat Daros, Pesuruhjaya Persatuan Pengakap Malaysia
Daerah Pasir Gudang , Ahli Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Agonoree
Pengakap Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang, guru-guru dan pelajarpelajar pendidikan khas yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana dapat sama-sama kita
berada di dewan ini bagi merealisasikan Majlis Penutupan perkhemahan
Agonoree Pengakap Pendidikan Khas bagi peringkat Pasir Gudang tahun
2015. Program ini merupakan satu program yang baik yang mana dapat
meningkatkan lagi kemahiran dari segi sosial, sahsiah, bakat dan
kepimpinan yang ada dalam diri murid-murid ini. Program perkhemahan
ini juga dapat membentuk semangat jati diri, disiplin dan keterampilan
disamping menyuntik perasaan seronok dan berguna kepada murid
berkeperluan khas.
Hadirin sekalian,
Bagi individu berkeperluan khas, mereka juga tidak terkecuali untuk
mendapat pendidikan yang sebaik mungkin melalui program pendidikan
khas yang disediakan untuk mereka termasuklah program yang

berasaskan aktiviti luar seperti perkhemahan ini. Justeru peranan dan


tanggungjawab sebagai pendidik adalah penting bagi membolehkan anakanak yang berkeperluan khas ini mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Bagaimanapun, sebagai pendidik, kita harus ingat bahawa setiap murid
adalah individu yang berbeza terutama dalam kebolehan mereka dalam
mencapai sesuatu kemahiran. Oleh demikian, apa yang anda harus selalu
perhatikan adalah kekuatan atau kebolehan mereka dan tidak hanya
menfokuskan kepada ketidakupayaan mereka menguasai sesuatu
kemahiran. Dengan bimbingan yang berterusan dan sesuai, anda sebagai
pendidik boleh membantu murid ini mencapai potensi mereka.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kehadiran anak-anak yang berkeperluan khas dalam masyarakat tidak
seharusnya dilihat sebagai satu tekanan kepada mana-mana pihak dalam
mengejar kemajuan. Sebaliknya ia harus dijadikan satu cabaran bersama
bagi

membawa

anak-anak

ini

bersama-sama

menikmati

arus

pembangunan. Malah memperlengkapkan kemudahan dan keperluan


mereka hendaklah dilihat sebagai satu tanggungjawab yang harus kita
tangani bersama.
Akhir kata, Diharapkan agar penyertaan murid berkeperluan khas dalam
perkhemahan ini menjadi lebih bermakna untuk membina kehidupan
mereka. Berilah mereka peluang seluas-luasnya untuk menyertai apa jua
kegiatan dan aktiviti yang dijalankan.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Unit
Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang, ahli jawatankuasa Program

Perkhemahan Agonoree Pengakap Pendidikan Khas Daerah Pasir


Gudang, guru-guru dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
program ini,
Sekian, terima kasih. Wabillah hitaufiq wal hidayah wassalamualaikum
w.b.t

Anda mungkin juga menyukai