Anda di halaman 1dari 10

DOMAIN

KOGNITIF
3.0 Domain kognitif

3.1 Definisi kognitif

Dalam bidang pendidikan, terdapat tiga domain yang difokuskan untuk membantu
perkembangan murid di sekolah iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif melibatkan
perkembangan pemikiran murid. Aktiviti-aktiviti mental yang dikaitkan dengan domain kognitif
adalah berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan
sebagainya.

Terdapat banyak teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan kognitif. Antaranya


adalah Teori Pembelajaran oleh Kohler, Piaget, Gagne, Bruner dan Ausubel. Selain daripada
teori pembelajaran, seorang lagi tokoh yang sangat berkaitan dengan domain kognitif adalah
Bloom. Beliau mengetengahkan perkembangan pembelajaran murid secara berperingkat.
Taksonomi Bloom (1959) memperlihatkan perkembangan dalam pemikiran murid kepada enam
peringkat iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dalam konteks
instrumen saringan domain LINUS Pendidikan Khas, domain kognitif adalah lebih berfokus
kepada aras yang paling rendah iaitu pengetahuan dan kefahaman.

3.2 Masalah-masalah murid


Murid yang mempunyai ketidakupayaan dalam domain kognitif sering dikenal pasti lemah dalam
pengamatan. Ciri-ciri murid yang mengalami masalah pengamatan adalah;

i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-


satu himpunan mengikut jenisnya.
ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada
situasi baru.
iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.
iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi keputusan tanpa
berfikir.
v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.
vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.
vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta kerana
mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini.
viii. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.
ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.
x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi kepada
situasi yang lain.
xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakukannya.
xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.
xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.
xiv. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama.
xv. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.
xvi. Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.
3.3 Rancangan Intervensi Domain Kognitif

Bil. Kemahiran Objektif

1. Pengamatan
1.1 Kemahiran mendiskriminasi 1.1. Murid boleh memadan
objek objek/bentuk yang sama
1.2 Kemhairan mendiskriminasi 1.2 Murid boleh menyambung
bentuk titik-titik
1.3 Kemahiran mendiskriminasi
saiz
1.4 Kemahiran menyambung titik

2. Pra Nombor
2.1 Kemahiran membeza bentuk 2.1 Murid boleh menanda
2.2 Kemahiran membeza saiz haiwan yang lebih besar
2.3 Kemahiran menyambung titik 2.2 Murid boleh menanda
objek yang paling panjang
2.3 Murid boleh menanda
pada bilangan yang lebih
banyak
2.4 Murid boleh menanda
pada bilangan yang sedikit

3. Nombor
3.1 Kemahiran membilang objek 3.1 Murid boleh menanda
3.2 Kemahiran mengenal nombor angka yang sama
3.3 Kemahiran memadankan 3.2 Murid boleh membilang
objek dengan nombor objek dan menanda pada
3.4 Kemahiran menyusun nombor yang betul
nombor dengan urutan 3.3 Murid boleh membilang
menaik dan menurun objek dan memadankan
pada nombor yang betul
3.4 Murid boleh mengisi
nombor yang tertinggal
mengikut turutan menaik
dan menurun

3.4 Analisis tugasan

Objektif : 1.1. Murid dapat mengenal dan mengecam nombor 1 hingga 3


1.2. Murid boleh memadan nombor 1 hingga 3
Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /tidak
menguasai/ tarikh
1. Kenali Nombor

2. Memilih & Menyebut


Nombor

3. Mengisi Stensilan
Nombor

4. Memadan Nombor

5. Mewarna Nombor

Contoh Perincian Analisis Tugasan Intervensi Mengenal Nombor

Aktiviti Isi Pelajaran Aktiviti Murid Catatan


Aktiviti 1 Kenali Nombor 1. Murid ikut menyebut Nombor-nombor
(5 minit) 1. Guru meletakkan nombor nombor yang disebut disediakan dalam
diatas dulang. (Satu, Dua, oleh guru. dulang.
Unsur terapi: Tiga) Langkah ini dibuat
pengamatan 2. Guru menyebut nombor berulang kali untuk
penglihatan, dan menunjukkan kepada peneguhan.
pendengaran, murid.
pertuturan

Aktiviti 2 Memilih & Menyebut 1. Murid menyebut


(10 minit) Nombor nombor dan
1. Guru meletakan nombor mengambil nombor
Unsur terapi: dalam dulang. dalam dulang dan
pengamatan 2. Guru sebut nombor dan meletakannya dalam
penglihatan & meminta murid mengecam raga.
pendengaran, nombor. 2. Murid mengambil
pertuturan, 3. Guru menyuruh murid nombor dari raga
motor halus mengambil nombor dan dan meletakkannya
meletakkan dalam dulang dalam dulang.
dan menyusun mengikut 3. Murid menyusun
urutan. nombor mengikut
urutan di dalam
dulang.

Aktiviti 3 Mengisi Stensilan Nombor 1. Murid mengambil


(10 minit) 1. Guru menyediakan nombor 3D dan
stensilan nombor 1 hingga memadankan pada
unsur terapi: 3 dan meminta murid stensilan nombor.
motor halus memadan nombor ikut 2. Murid menyurih
stensilan. stensilan dengan jari
2. Guru meminta murid dan menyebut
mengikut stensilan dengan nombor pada
jari bagi mengecam stensilan.
nombor.

Aktiviti 4: Aktiviti Memadan


Aktiviti 1. Guru mengedarkan 1. Murid memadankan Guru boleh mengubah
Pengukuhan lembaran kerja. nombor yang sama langkah-langkah
(5 minit) 2. Guru meminta murid dalam lembaran pengajaran mengikut
memadan nombor yang kerja. kesesuaian dan
serupa. 2. Murid mewarna menambah lembaran
unsur terapi: 3. Guru memberi arahan nombor 1,2 dan 3 kerja atau aktiviti
pengamatan kepada murid untuk dengan warna yang mengikut aras murid
penglihatan, mewarna nombor 1, 2 dan dinyatakan.
motor halus

3.5 Strategi Intervensi Domain Kognitif

Kaedah VAKT
Kaedah ini melibatkan penggunaan pelbagai deria iaitu penglihatan, pendengaran dan sentuhan.
Penggunaan pelbagai deria secara tidak langsung menerapkan elemen terapi dalam pendidikan
seperti pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, motor kasar, motor halus,
pertuturan, terapi cara kerja.

i) Penglihatan (visual)
Penglihatan murid dirangsang melalui gambar-gambar yang bergerak atau suku kata yang
berwarna-warni yang disokong oleh bunyi sebutan menggunakan bahan teknologi komunikasi
maklumat (TMK). Contoh-contoh aktiviti penglihatan ialah:
 Melihat
 Memerhati - berfokus
 menggambarkan
 melukis
 menulis
 membuat kolaj

ii) Pendengaran (auditori)


Murid mendengar sebutan serta melihat pergerakan mulut guru. Murid menyebut perkataan
tersebut. Contoh-contoh aktiviti pendengaran ialah:
 mendengar rakaman
 mendengar sebutan
 menyebut semula
 mengecam bunyi
 mengambil imlak

iii) Pergerakan (kinestetik)


Kinestetik bertujuan untuk membolehkan murid belajar sambil bermain, belajar sambil menyanyi
serta bertukar-tukar kemahiran. Contoh-contoh aktiviti pergerakan ialah:
 main peranan (lakonan)
 permainan
 aktiviti luar bilik darjah
 mereka cipta
 simulasi
 nyanyian dan gerakan

iv) Sentuhan (Taktil)


Sentuhan melibatkan penggunaan organ deria sentuh seperti jari dan tapak tangan. Kaedah
sentuhan dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan motor halus kerana
unsur terapi diaplikasikan. Contoh aktiviti sentuhan adalah;
 memegang dan merasa objek, kad rajah timbul
 membina objek, huruf atau nombor menggunakan tali, doh
 memadan objek mengikut acuan
 menggunakan stensilan

3.6 Panduan untuk fasilitator

Slot Domain Kognitif

Masa : 2 jam
Kaedah : ceramah, perbincangan, bengkel dan pembentangan
Bahan Ceramah : Slaid power point, kertas mahjong

Objektif Sesi Latihan;


Pada akhir sesi peserta kursus dapat;
i. Mengenal pasti masalah murid Pendidikan Khas dalam domain kognitif berdasarkan kes.
ii. Mengenal pasti strategi/kaedah intervensi yang boleh diguna untuk membantu murid
meningkatkan kemahiran dalam domain kognitif
iii. Merancang aktiviti intervensi
Warmer: Pengamatan
Masa : 10 minit
Arahan:

1. Fasilitator memanggil nama peserta secara rawak untuk menguji pengamatan


(penglihatan/pendengaran) mereka menggunakan slaid power point (rujuk CD-
D1).
Contoh:
2. Fasilitator membuat rumusan bahawa pengamatan merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada masalah murid dalam domain kognitif.

Aktiviti 1: Kenali Kes Bermasalah


Masa : 30 minit
Arahan:

1. Peserta kursus diminta duduk dalam kumpulan 5 orang ahli dan dibekalkan kertas
mahjong.
2. Peserta kumpulan dikehendaki menganalisis contoh saringan Linus Domain seorang
murid (rujuk Sampel dari Instrumen Saringan Domain Pendidikan Khas yang dibawa
oleh peserta kursus) dan senaraikan masalah domain kognitif yang dialami.
3. Peserta kursus diminta menyenarai strategi/kaedah intervensi yang boleh diguna
untuk membantu murid tersebut meningkatkan kemahiran domain kognitif yang tidak
dikuasai.
4. Fasilitator memilih kumpulan secara rawak untuk sesi pembentangan di hadapan.
5. Fasilitator membuat rumusan kepelbagai strategi/kaedah intervensi domain kognitif.

Aktiviti 2 : Aktiviti Intervensi


Masa : 20 minit
Arahan:
1. Fasilitator mengedarkan/menayangkan contoh aktiviti intervensi mengikut
kemahiran (rujuk CD – D3)
2. Fasilitator menerangkan analisis tugasan dalam aktiviti intervensi murid.
Aktiviti 3: Strategi Intervensi
Masa : 60 minit
Arahan:

1. Fasilitator menayangkan slaid power point satu kaedah intervensi yang boleh
diguna untuk membantu meningkatkan murid dalam domain kognitif.

2. Fasilitator menerangkan kaedah intervensi VAKT menggunakan slaid power point


(rujuk CD – D4)

VAKT
Kaedah Penggunaan
Pelbagai Deria
2. Fasilitator meminta peserta masih kekal di dalam kumpulan 5 orang ahli

3. Peserta seterusnya diminta merancang satu aktiviti menggunakan kaedah VAKT


bagi membantu murid yang mempunyai masalah mengenal bentuk asas. Peserta
boleh menggunakan kaedah intervensi secara satu deria sahaja atau gabungan
lebih daripada satu deria.

4. Setiap peserta seterusnya secara bergilir dikehendaki membentang hasil intervensi


yang dirancang di hadapan.

5. Fasilitator menutup slot intervensi domain kognitif dengan membuat rumusan


kaedah intervensi lain yang bersesuaian yang boleh didapati melalui internet.

Anda mungkin juga menyukai