Anda di halaman 1dari 16

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan secara menyeluruh tentang kajian yang akan
dilaksanakan. Beberapa subtopik telah dihuraikan dalam bab ini iaitu latar belakang
kajian, penyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian,
skop dan batasan kajian, kepentingan kajian serta definisi operasional.

1.1 Pengenalan

Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas
menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi
teknologi maklumat atau secara ringkasnya Information Communication Technology
(ICT), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun.
Kemajuan teknologi menjadikan telefon pintar semakin canggih serta bijak, malahan
kini ianya tidak terbatas untuk bercakap malah lebih dari itu. Menurut Jamalludin
Harun dan Zaidatun Tasir (2001) telefon pintar memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan seharian sebagai alat untuk berkomunikasi dan telah berjaya
menarik minat terutamanya kepada golongan muda. Jaringan internet menjadi
pemangkin kepada perubahan drastik ini. Dulu penggunaan Internet hanya tertakluk
pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses menggunakan telefon
pintar yang mempunyai perkhidmatan Internet tanpa wayar (wireless). Lebih-lebih
lagi, kepelbagaian jenis telefon pintar dipasaran juga menjadikannya bukan sekadar
keperluan, malah sesuatu yang wajib dimiliki. Teknologi telefon pintar yang
berkembang pesat masa kini mempunyai keberkesanan, mudah dicapai, dilayari
serta ruang yang lebih kecil berbanding komputer riba.

Menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen dalam Metro online
(2015) Malaysia tidak mahu ketinggalan apabila menjadi pengguna telefon bimbit
yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju lain seperti Amerika
Syarikat dan Eropah. Dalam hasrat menjadi negara maju menjelang 2020, Malaysia
juga tidak mampu menolak tamparan hebat medium yang membolehkan hampir
semua tugas manusia menjadi lebih mudah, cepat dan teratur. Kajian itu juga
mendapati bahawa, hampir separuh atau 47 peratus daripada rakyat Malaysia
memiliki lebih daripada satu telefon mudah alih.

1
1.2 Penyataan masalah

Suatu masa dahulu, telefon pintar hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu
sahaja tetapi kini ia telah mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia tanpa
mengira peringkat usia. Malah, penggunaannya juga meluas dan tidak terbatas
kepada jarak, masa dan golongan tertentu sahaja (Salmah Omar & Malisah Latip,
2016). Dengan terdapatnya aplikasi yang tersedia di dalamnya, ia memudahkan para
pelajar untuk berkomunikasi atau membincangkan perihal akademik secara
menyeluruh tanpa sempadan dengan rakan mereka yang lain.

Telefon pintar bukan sahaja digunakan untuk berhubung malah ia turut


dilengkapi dengan keperluan komunikasi, kerja serta hiburan. Ia juga membolehkan
sesiapa sahaja membina jaringan sosial tanpa sempadan dengan menggunakan
pelbagai aplikasi yang tersedia di dalam Apps Store bagi peranti iOS serta Google
Play Store bagi peranti Android. Telefon pintar kini dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan, bukan sahaja untuk hiburan malah untuk kemudahan bekerja serta
semuanya dihujung jari.

Penggunaan dengan cara yang betul, mendatangkan banyak manfaat kepada


individu terutama dalam memudahkan urusan harian (Fang, B. (2009). Telefon pintar
merupakan sebuah medium komunikasi yang telah melalui fasa pembangunan
teknologi dan bukan terhad untuk komunikasi sahaja, malah ia telah menjadi semakin
popular dan penggunaannya semakin tular dikalangan guru pelatih Institut
Pendidikan Guru. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk
mengenalpasti dan membandingkan tujuan penggunaan telefon pintar dalam
kalangan guru pelatih Pendidikan Khas yang boleh dilihat dari dua perspektif yang
berbeza iaitu tujuan umum dan tujuan pembelajaran. Tujuan umum melibatkan
penggunaan media sosial, mendengar lagu, muat turun perisian dan tujuan
pembelajaran melibatkan pelayaran portal akademik, memuat turun bahan
pembelajaran, mencatat nota dan sebagainya.

2
1.3 Tujuan kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk membandingkan tujuan penggunaan telefon pintar dari
dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Khas.

1.3.1 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:-

i) Mengenalpasti tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru


pelatih Pendidikan Khas.
ii) Membandingkan tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru
pelatih Pendidikan Khas.

1.3.2 Soalan kajian


i) Apakah tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru pelatih
Pendidikan Khas?
ii) Adakah terdapat perbezaan tujuan penggunaan telefon pintar dalam
kalangan guru pelatih Pendidikan Khas?

1.3.3 Hipotesis kajian

Kajian ini bertujuan menguji hipotesis seperti berikut:

HO 1: Tiada perbezaan signifikan dalam tujuan penggunaan telefon pintar dalam


kalangan guru pelatih Pendidikan Khas

1.4 Skop dan batasan kajian

Kajian ini dibataskan hanya kepada IPG di zon selatan yang menawarkan opsyen
Pendidikan Khas. Sampel kajian ini hanya melibatkan 60 orang guru pelatih dalam
opsyen Pendidikan Khas. Kajian ini tidak melibatkan guru pelatih dari opsyen lain.
Selain itu, kajian ini juga hanya bersandarkan pada alat komunikasi baharu iaitu
telefon pintar yang dikenali juga sebagai peranti elektronik mudah alih.

3
1.5 Kepentingan kajian

Menurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian bermaksud kegunaan kajian
berkenaan kepada mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan selalunya
mempunyai motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu. Hasil dapatan
kajian ini diharapkan dapat memberikan banyak manfaat kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung. Dapatan kajian ini membantu para
pensyarah untuk mempelbagaikan penggunaan telefon pintar dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) supaya dapat memanfaatkan para guru pelatih. Mereka
boleh menggunakan telefon pintar untuk menjalankan kuiz, memuat naik nota kuliah
dalam aplikasi atas talian dan sebagainya. Seterusnya, melalui kajian ini para guru
pelatih Pendidikan Khas pula dapat mengetahui jenis-jenis aplikasi atau perisian
yang sering digunakan dan untuk tujuan apakah mereka sering menggunakan telefon
pintar supaya dapat memberi manfaat yang baik. Akhir sekali, melalui kajian yang
telah dijalankan ini diharap dapat membantu penyelidik untuk memperkembangkan
hasil kajian ini kepada beberapa kajian yang lebih terperinci di masa akan datang
serta menjadi rujukan bagi kajian-kajian akan datang berkaitan tajuk kajian ini.

1.6 Definisi operasional


Penyelidik telah menggunakan beberapa istilah semasa kajian ini dijalankan. Istilah-
istilah yang digunakan ini diharap dapat menjelaskan makna-makna perkataan yang
digunakan bagi memudahkan pemahaman terhadap kajian ini. Di antara istilah-istilah
yang digunakan ialah penggunaan dan telefon pintar.

1.6.1 Penggunaan

Menurut Donald W. M. (1994) penggunaan ialah penggunaan barang dan


perkhidmatan bagi memuaskan kehendak-kehendak pengguna. Hasil daripada
penggunaan melahirkan nilai faedah atau utiliti. Dalam kajian ini, penggunaan
merujuk kepada penggunaan telefon pintar oleh guru pelatih pendidikan khas untuk
tujuan umum dan tujuan pembelajaran.

4
1.6.2 Telefon pintar

Telefon pintar adalah peranti mudah alih yang menawarkan keupayaan


pengkomputeran yang lebih maju (H. Sutirna, 2018). Telefon pintar menggabungkan
fungsi PDA dan telefon disamping dilengkapi fungsi-fungsi dan ciri-ciri tambahan
seperti GPS, WiFi, Skrin sentuh beresolusi tinggi, kamera dan lain-lain (Razali Nor,
2010). Perkara ini sejajar dengan pendapat Yusup Hashim (2013) yang menyatakan
bahawa telefon bimbit pada zaman kini bukan sahaja untuk komunikasi. Kita boleh
mengakses Internet, menghantar atau menerima teks mesej, memeriksa e-mel, dan
juga bersembang melalui video dengan orang lain. Bukan itu sahaja, kita juga boleh
mengakses pelbagai laman rangkaian sosial. Dalam konteks kajian ini, telefon pintar
merujuk kepada peranti mudah alih yang digunakan oleh responden kajian sama ada
untuk tujuan penggunaan umum seperti membuat panggilan, menggunakan media
sosial dan bermain game atau untuk tujuan pembelajaran seperti melayari portal
akademik, memuat turun bahan pembelajaran, mencatat nota dan sebagainya.

1.7 RUMUSAN

Konklusinya, latar belakang kajian dan persoalan kajian telah dijelaskan secara
terperinci dalam bab ini. Penyelidik juga turut menerangkan objektif kajian, persoalan
kajian, hipotesis kajian, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian serta definisi
operasional bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Maka, diharapkan
kajian ini akan berguna kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung.

5
BAB 2

TINJAUNAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang kajian yang akan
dijalankan. Huraian bab ini dimulakan dengan menjelaskan teori yang berkait dengan
tajuk kajian. Seterusnya, penyelidik juga turut membincangkan dapatan kajian lepas
yang berkait dengan tajuk kajian yang telah dilaksanakan di dalam atau diluar
negara. Akhirnya, kerangka konsep kajian juga turut dipersembahkan.

2.2 Teori/model kajian

Penggunaan teori adalah penting dalam sesuatu penyelidikan berbentuk kuantitatif


kerana teori menurut Babbie, E., (2001) mampu memberikan arah kepada sesuatu
penyelidikan. Pengkaji juga menjadikan teori sebagai satu panduan dalam
perlaksanaan penyelidikan dan dalam kajian ini yang mana pengkaji menggunakan
teori Kegunaan dan Kepuasan (Uses and Gratification) yang diperkenalkan oleh Jay
Blumler dan Elihu Katz pada tahun 1974. Selain itu, pengkaji turut menggunakan
teori kekayaan media (Media Richness Theory) yang diutarakan oleh Daft dan Lengel
pada 1984.

2.2.1 Teori Kegunaan dan Kepusan

Kajian ini mengaplikasikan teori Kegunaan dan Kepuasan (Uses and Gratification)
sebagai panduan penyelidikan. Teori ini pertama kali dinyatakan oleh Elihu Katz.
Teori ini bertujuan untuk memahami tentang motif individu menggunakan suatu
media massa dan bagaimana keperluan dan kepuasannya dapat dipenuhi melalui
penggunaan tersebut. Teori ini menerangkan bahawa manusia mencapai tahap
kepuasan tertentu dalam menggunakan media seperti kepuasan hiburan individu,
melepaskan tekanan emosi dan sebagainya bergantung kepada tujuan seseorang
itu. Media yang dimaksudkan dalam konteks kajian ini ialah telefon pintar. Terdapat
tiga dimensi yang boleh dijelaskan dalam teori ini iaitu keperluan untuk hiburan dan
penyimpangan (diversion), keperluan untuk hubungan dan keperluan untuk
pembinaan identiti (Blumler, J.G., 1979). Teori ini mengandaikan bahawa audien

6
bukanlah pengguna media yang pasif. Sebaliknya, mereka mempunyai kuasa untuk
mentafsir dan mengintegrasikan media ke dalam kehidupan. Antara andaian lain
dalam teori ini ialah audien diandaikan sebagai pengguna media yang aktif dan
berorientasi dalam menggunakan media, dan media bersaing dengan media lain
dalam memberi kepuasan kepada audien. Oleh yang demikian, dalam kajian ini
pengkaji dapat melihat motif individu menggunakan telefon pintar sama ada untuk
kegunaan harian atau tujuan pembelajaran. Rajah 2.1 di bawah adalah model “Uses
and Graticications”.

Latar belakang Motif Penggunaan media Kesan


- Pembolehubah individu - Peribadi - Hubungan - Kepuasan
- Pembolehubah Lingkungan - Pelencongan - Kandungan - Pengetahuan
- Identiti peribadi - Hubungan dengan
kandungan

Rajah 1: Model Teori Kegunaan dan Kepuasan

2.3 Dapatan kajian lalu

Telefon pintar merupakan alat yang sofistikated, dinamik serta bersifat Mudahalih
yang memberi ruang kepada pengguna untuk mendapat akses maklumat tidak kira
bila dan di mana (Alfawareh, H. M., dan Jusoh, S., 2014). Kapasiti telefon pintar yang
mampu beroperasi seperti komputer memberi banyak kemudahan kepada pengguna
dan sekaligus meningkatkan tahap pemilikan telefon pintar serta cara dan tujuan
penggunaannya. Penggunaan telefon pintar juga pernah dilaporkan sebagai
mempunyai hubungannya dengan faktor jantina seseorang. Misalnya, Jenaro, C. N.,
Flores, M, Gómez-Vela, F., González, G., & Caballo, C. (2007) menyifatkan
penggunaan telefon pintar yang tinggi lebih banyak dikaitkan dengan pengguna
wanita berbanding lelaki. Hal yang sama turut dilaporkan oleh Howell, M., Love, S.,
Turner, M. (2008) dengan menegaskan bahawa selain tinggi tahap penggunaan
telefon pintarnya, pengguna wanita turut menunjukkan sikap yang lebih positif
terhadap khidmat aplikasi mudahalih dalam telefon mereka.

Kajian-kajian yang telah dijalankan di beberapa negara menunjukkan


perkembangan dan penerimaan yang positif dalam kalangan pengguna khususnya
para pelajar universiti. Di United Kingdom misalnya Howell, M., Love, S., Turner, M.

7
(2008) melaporkan bahawa para pelajar menyokong penuh usaha penggunaan
telefon pintar serta aplikasi mudah alih digunakan dalam pembelajaran. Hal ini
banyak disokong oleh kebolehan telefon pintar untuk mengakses capaian Internet
secara efektif menyebabkan ramai pengguna lebih gemar mencari dan mendapatkan
maklumat menggunakan telefon pintar. Patricia, M.O., Kathleen, O.K., Phyllis, S., and
Michael D. (2000) melaporkan para pelajar dalam kajian mereka menghabiskan
masa sebanyak 16 jam sehari secara purata untuk penggunaan telefon pintar. Walau
bagaimanapun, kebanyakan masa ini digunakan untuk tujuan berinteraksi secara
sosial bersama para rakan serta tiada data tentang penggunaan untuk pembelajaran
dilaporkan.

Kajian terhadap pelajar-pelajar universiti di Korea memberi satu tanda aras


yang positif tentang bagaimana telefon pintar boleh digunakan secara berkesan
dalam membantu meningkatkan pembelajaran pelajar (Kimberly, S.Y. and Robert
C.R. (1998). Kajian tersebut melaporkan bahawa secara purata, responden kajian
mereka mempunyai sekitar 80 aplikasi mudahalih dalam telefon bimbit, manakala
16% daripada aplikasi tersebut digunakan secara langsung untuk tujuan
pembelajaran. Seterusnya, Mohtar, N.M. M. , Hassan, M. A., Hassan, M. S., &
Osman, M. N. (2013) membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti dalam kajian
mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan telefon pintar untuk
tujuan pembelajaran dan menganggap ia sebagai satu kemestian seiring dengan era
perkembangan teknologi telefon masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti secara lebih mendalam ciri-ciri pengguna telefon pintar dalam
kalangan pelajar universiti, serta pola penggunaan aplikasi mudah alih sama ada
untuk tujuan umum atau pembelajaran. Kajian ini turut meninjau sikap pelajar
terhadap penggunaan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran.

Kajian Norarziana Sasudian (2018) menunjukkan bahawa pelajar kolej


komuniti dalam kajiannnya jarang menggunakan telefon pintar untuk mencatat nota
dan merekod kuliah pembelajaran. Kebanyakan pelajar kebanyakannya berjauhan
dari keluarga dan masa mereka banyak dihabiskan bersama rakan sekelas dan
telefon pintar mereja sahaja. Ini menjadikan penggunaannya lebih ketara menjurus
kepada laman sosial, permainan atas talian, serta menonton filem atua drama di
laman sesawang yang telah tersedia uituk mengisi masa lapang. Kebergantungan
mereka dengan telefon pintar bagi kegunaan pembelajaran dilihat hanya untuk
memuat turun nota atan bahan pembelajaran yang berkaitan. Mereka juga dilihat
kurang menggunakan telefon pintar untuk mencatat nota dengan menggunakan
aplikasi yang bersesuaian. Tambahan pula, kajian Fariza Khalid, Md Yusoff Daud

8
dan Mohd Khalid Mohamad Nasir (2016) terhadap para pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia menunjukkan pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan
pembelajaran lebih cenderung kepada proses komunikasi dan interaksi antara
pelajar. Seiring dengan perkembangan dalam Abad ke-21, pembelajaran banyak
dibangunkan menerusi perbincangan serta perkongsian idea dan dapat ini memberi
isyarat kepada tahap kesediaan para pelajar terhadap penggunaan bahan mudah
alih untuk perkongsian ilmu dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kuliah dan
syarahan daripada pensyarah.

Kajian Aliff Nawi (2013) tentang tahap penerimaan penggunaan telefon bimbit
sebagai M-Pelajaran dalam Pendidikan Islam menunjukkan bahawa guru Pendidikan
Islam bersifat positif terhadap penggunaan telefon bimbit sebagai alat pembelajaran.
Dapatan kajian keperluan terhadapan peggunaan aplikasi pembelajaran dalam
kalangan responden juga menunjukkan bahawa wujudnya potensi untuk
membangunkan aplikasi berbentuk mobile. Di samping itu, Mohtar, N.M. M., Hassan,
M. A., Hassan, M. S., & Osman, M. N. (2013) dalam kajiannya menyatakan bahawa
Projek M-Learning oleh Learning and Skills Development Agency (LSDA), yang
disokong oleh European Union Information Society Technologies Programme
membabitkan konsortiurn Cambridge Training and Development (UK), Ultralab at
Anglia Polytechnic University (UK), Center for Research in Pure and Applied
Mathematics di University of Salerno, Itali dan syarikat eLearning Lecando AB,
Sweden, telah menjalankan kajian pada Disember 2001 sehingga Januari 2002 di
tujuh tempat termasuk pusat membeli belah, pusat rekreasi dan tempat kerja. Kajian
tersebut melaporkan 57% yang menggunakan telefon bimbit berpendapat kehidupan
mereka telah berubah; 50% menggunakan telefon untuk bermain games dan berjaya
mempertingkatkan tahap membaca atau ejaan; suka menggunakan telefon bimbit
untuk mempelajari matematik; 89% mengatakan dengan menggunakan telefon bimbit
mereka tidak bimbang tentang kesihatan dan keselamatan mereka.

9
2.4 Kerangka konseptual

Teori Kegunaan dan kepuasan

Penggunaan telefon pintar

Tujuan umum Tujuan pembelajaran

Guru pelatih Pendidikan Khas

Rajah 2: Kerangka konseptual kajian

Rajah 2.2 menjelaskan kerangka konseptual kajian. Kerangka konsep ini dibina
berpanduka teori kegunaan dan kepuasan. Teori ini bertujuan untuk memahami motif
individu menggunakan suatu media massa dan bagaimana keperluan dan
kepuasannya dapat dipenuhi melalui penggunaan tersebut. Kerangka konseptual ini
menerangkan bahawa pengkaji menggunakan guru pelatih Pendidikan Khas sebagai
sampel kajian terhadap penggunaa telefon pintar. Bagi pembolehubah penggunaan
telefon pintar, terdapat dua dimensi yang diukur iaitu untuk tujuan umum dan tujuan
pembelajaran.

2.5 Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan secara terperinci tentang teori yang
berkait dengan tajuk kajian. Selain itu, penyelidik juga turut mengemukakan dapatan
kajian-kajian lepas dalam negara dan luar berkaitan perbandingan penggunaan
telefon pintar. Berdasarkan teori dan model kajian yang sesuai pengkaji juga turut
mempersembahkan kerangka konseptual yang sesuai dengan tajuk kajian.

10
BAB 3

METOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bahagian ini mengandungi beberapa perkara yang menjelaskan metodologi kajian


yang akan digunakan oleh penyelidik dalam melaksanakan kajian ini. Perkara-
perkara tersebut adalah rekabentuk kajian, persempelan, instrument kajian, kesahan,
kebolehpercayaan, kajian tintis, prosedur pengumpulan data dan prosedur
penganalisisan data.

3.2 Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.


Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku atau menerokai sesuatu
bidang yang belum atau kurang dikaji (Mohd Majid Konting, 1994). Penyelidikan
deskriptif juga terdiri daripada beberapa jenis seperti penyelidikan tinjauan,
penyelidikan korelasi dan penyelidikan perkembangan. Untuk kajian ini, penyelidik
menggunakan penyelidikan deskriptif jenis tinjauan. Black, J.A., dan Champion, D.J.
(1976), pula berpendapat bahawa, kaedah tinjauan merupakan satu cara yang
spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi.

Dalam kajian ini maklumat pelajar yang terlibat akan dikumpul melalui
penggunaan instrumen berbentuk soal selidik. Soal selidik merupakan instrumen
yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif (Skager, R.E., and Weinberd, D.
(1979). Kaedah ini dapat menghuraikan permasalahan kajian dalam merangsang
responden untuk memberi maklumat yang tepat. Kaedah ini juga bersesuaian kerana
kajian dilakukan ke atas suatu populasi terkumpul dalam lokasi yang sama. Perkara
ini sejajar dengan pendapat Johari Hassan dan Raja Shahrina (2012), yang
menyatakan bahawa kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi
mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi.

11
3.3 Persampelan

Persampelan ialah satu proses memilih sebilangan subjek daripada suatu populasi
untuk dijadikan sebagai responden kajian (Creswell, J. W., 2002). Terdapat beberapa
kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan kebarangkalian dan
persampelan tidak kebarangkalian. Persampelan kebarangkalian pula dibahagikan
kepada sampel rawak mudah, sampel bersistematik, sampel berserta dan sampel
berkelompok. Persampelan tidak kebarangkalian terdiri dari sampel kuota, sampel
‘bola salji’, dan sampel pertimbangan. Kaedah persampelan yang digunakan dalam
kajian ini ialah persampelan kebarangkalian secara rawak mudah. Prosedur
persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif.
Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara
rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat
dalam populasi kajian. Dalam kajian ini, pemilihan sampel secara rawak mudah bagi
guru pelatih Pendidikan Khas akan melibatkan beberapa buah IPG yang
menawarkan kursus Pendidikan Khas di zon selatan. Saiz sampel bagi kajian ini
ialah seramai 60 orang.

3.4 Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan instrumen soal-selidik sebagai instrumen kajian terhadap


responden untuk mendapatkan maklum balas dan pengumpulan data. Instrumen
berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan
maklumat daripada responden (Tuckman, B.W., 1978). McMillan, J.H., dan
Schumacher, S. (1984), juga sependapat dan mengatakan kajian berbentuk tinjauan
dalam penyelidikan pendidikan sangat popular menggunakan soal selidik selain
daripada temubual. Instrumen dalam kajian ini diadaptasi daripada Norarziana
Sasudian (2018). Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu Bahagian
A, Bahagian B dan Bahagian C. Soal selidik Bahagian A merupakan maklumat latar
belakang responden. Bahagian B mengandungi 14 soalan tertutup yang mengukur
penggunaan telefon pintar secara umum yang melibatkan penggunaan media sosial,
mendengar lagu, muat turun perisian dan sebagainya. Malah, Bahagian C
mengandungi 5 soalan tertutup. Dalam bahagian ini responden ditanya tentang
bagaimana mereka menggunakan telefon pintar untuk tujuan umum dan
pembelajaran. Soal selidik ini menggunakan skala jenis 4 mata Likert supaya
memudahkan responden dapat membuat satu pilihan yang tepat terhadap setiap
persoalan yang dikemukakan.

12
Jadual 1: Pecahan item mengikut bahagian

Bahagian Perkara Bilangan item


A Maklumat latar belakang 3
responden
B Penggunaan harian telefon pintar 14

C Tahap penggunaan telefon pintar 5


untuk pembelajaran

3.4.1 Kesahan

Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen


mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell, J. W., 2002). Sesuatu instrumen
tersebut dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya
mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid Konting, 1990).
Soal selidik yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan
kesahan kandungannya. Dalam konteks kajian ini, penyelia telah dirujuk untuk
mendapatkan pengesahan tentang kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal
selidik.

3.4.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan


dalaman (Pallant, 2001). Nilai kebolehpercayaan diuji dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Menurut Mohammad
Najib Abdul Ghafar (1999) jika pekali Alpha Cronbach di antara 0.8 hingga 1.0
bermakna item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar dengan item lain. Ini
bermaksud nilai 0.8 didapati memadai untuk diterima sebagai tahap
kebolehpercayaan yang sesuai untuk sesuatu alat .Sekiranya nilai adalah lebih
rendah daripada 0.8, pengkaji perlu mengubah item dan seterusnyabmelaksanakan
kajian rintis sekali lagi sehingga mencapai tahap nilai 0.8 ke atas. Oleh itu, penyelidik
akan menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal
selidik selepas membuat kajian rintis.

13
3.5 Kajian rintis

Kajian rintis akan dijalankan terhadap 10 orang guru peltih Pendidikan Khas IPG
Kampus Raja Melewar untuk menguji statistik kebolehpercayaan instrumen kajian
sebelum kajian sebenar dapat dilakukan. Kajian rintis diedarkan untuk tujuan
kefahaman guru pelatih dari segi isi kandungan dan menentukan sama ada bahasa
yang digunakan adalah betul dan mudah difahami. Data kajian rintis yang
dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach. Menurut Mohammad
Najib Abdul Ghafar (1999), sekiranya nilai alpha lebih daripada 0.8, maka instrumen
kajian yang digunakan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

3.6 Prosedur pengumpulan data

Menurut Ott, R. L. dan Longnecker, M. (2001), ‘method of collection data is technique


for physically obtaining data to be analyzed in a research study.’ Kaedah
pengumpulan data diertikan sebagai teknik untuk mendapatkan data secara fizikal
untuk dianalisis dalam suatu kajian atau penyelidikan. Dalam penyelidikan kuantitatif
data akan diperolehi dalam bentuk angka atau bilangan dan dikumpulkan dengan
menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Penganalisisan data kuantitatif
selalunya dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik. Data-data yang
diperolehi di kemukakan dalam bentuk carta dan jadual (Idris Awang, 2001). Sumber
data yang diperolehi dalam penyelidikan kuantitatif adalah terdiri daripada borang
soal selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden yang telah dipilih.
Dalam kajian ini borang soal selidik akan diedarkan kepada guru-guru pendidikan
Pendidikan Khas di sekolah IPG zon selatan yang telah dipilih secara rawak sebagai
responden. Para responden diberikan penerangan yang teliti dan masa secukupnya
bagi menjawab borang soal selidik ini. Segala maklumat yang diberikan responden
dirahsiakan dan bertujuan untuk kajian sahaja. Pengkaji memberikan tempoh 1
minggu kepada responden bagi menjawab borang soal selidik tersebut. Data yang
diperolehi dianalisis secara kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dengan
menggunakan perisian SPSS.

14
3.7 Prosedur penganalisisan data

Sesuatu usaha penyelidikan tidak berakhir setakat pengumpulan data. Langkah


seterusnya ialah mempersembahkan data dalam bentuk pengetahuan. Tanpa proses
analisis, data yang dikumpul akan hanya bersifat data mentah (raw data). Kegunaan
data dalam penyelidikan ialah untuk meringkaskan maklumat tentang sampel dan
populasi supaya dapat menggambarkan respons yang diperoleh daripada
pentadbiran instrumen soal selidik yang telah dijalankan. Dari situ penyelidik dapat
menentukan sama ada data yang diperoleh akan berbentuk normal atau pencong
(skewed). Kadang-kadang data yang dikumpul mungkin akan berbentuk campuran
(bimodal).

Setelah semua set soal selidik dikembalikan, jawapan kepada item diberikan
nombor siri kod yang tertentu. Contohnya, data mentah ditukar kepada bentuk yang
lebih mudah difahami dan dijelaskan, iaitu peratusan. Data peratusan kemudiannya
dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta, taburan kekerapan, atau histogram.
Dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan. Analisis deskriptif ialah statistik yang
digunakan untuk menganalisa data dengan cara mendeskripsikan atau
menggambarkan data yang telah terkumpul sebagaimana adanya tanpa bermaksud
membuat kesimpulan umum. Data statistik deskriptif melibatkan skala nominal
seperti peratus dan kekerapan. Data ini digunakan di dalam demografi responden di
Bahagian A. Statistik deskriptif ini menggunakan petunjuk seperti min, median dan
mod untuk mengukur sukatan memusat dan sela, varians dan sisihan piawai untuk
mengukur serakan data. Min akan digunakan sebagai titik tengah untuk menetukkan
tahap-tahap yang memisahkan tahap tinggi dan rendah. Bahagian B dan C
menggunakan analisis deskriptif bagi memenuhi objektif kajian iaitu untuk
mengenalpasti dan membandingkan tujuan penggunaan telefon pintar dalam
kalangan guru pelatih Pendidikan Khas. Analisis deskriptif juga berfungsi
mewujudkan informasi yang asli, sehingga data yang dihasilkan dari kajian dapat
dimanfaatkan oleh orang lain yang memerlukannya.

Dalam kajian ini, korelasi Pearson digunakan bagi mengukur perkaitan linear
antara dua pemboleh ubah tidak bersandar. Kekuatan perkaitan di antara pemboleh
ubah yang dibangunkan Davis (1971) seperti dalam Johari Hassan dan Raja
Shahrina (2012). berdasarkan jadual 2.

15
Jadual 2: Perkaitan di antara pemboleh ubah mengikut korelasi Pearson

Nilai korelasi Kekuatan hubungan


±0.70 or higher Sangat kuat
±0.50 to ±0.69 Kuat
±0.30 to ±49 Sederhana kuat
±0.1 to ±0.29 Lemah
±0.01 to ±0.09 Sangat lemah

3.8 RUMUSAN

Dalam bab ini, penyelidik telah menjelaskan metodologi kajian secara terperinci dan
jelas. Maka, penyelidik akan menggunakan keadah dan cara yang dinyatakan dalam
bab ini untuk membuat kajian saya. Ini dapat membantu untuk mendapatkan hasil
dapatan kajian yang betul dan dapat menjayakan kajian.

16

Anda mungkin juga menyukai