Anda di halaman 1dari 24

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, October 12, 2009kemahiran mendengar PENGENALAN Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanakkanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana proses pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi banyak peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini mengambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-sungguh ketika kuliah diberikan. Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.

DEFINISI Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendegnar dan dengar. Ini bolehlah disamakan dengan penerangan Barker (1971) yang boleh dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu proses yang aktif dan dengar adalah satu proses yang pasif.

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati isitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran. Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ telinga bersamping dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri. Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

KEMAHIRAN MENDENGAR

Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah terlibat, walaupun berhubung rapat antara satu sama lain, merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu.

PROSES MENDENGAR Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat: a) Mendengar deretan bunyi bahasa Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b) Memahami bunyi tersebut Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

PENTINGNYA MENDENGAR DENGAN AKTIF

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan aktif dn antaranya adalah seperti yang berikut: i) Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar. ii) Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalaman lagi. iii) Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada anda.

iv) Dapat menberi tindak balas yang baik kepada orng yang sedang bercakap. v) Anda akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kesilapankesilapan kecuaian. vi) Tidak menyentuh perasaan anda misalnya dalam masa perbincangan jika rakan anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal dan masih bertanyakan masalah yang sama akan memalukan diri sendiri.

Mengikut Barker (19710 terdapat tiga asas keuntungan daripada proses mendengar dengan aktif, iaitu: i) mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran. ii) Dapat memajukan perkembangan perbendaharaan kata dan kemudahan berbahasa. Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iii) Mendengar membolahkan anda melihat mesej yang penting dan tidak penting.

JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a) Mendengar secara intensif Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan.

Latihan berpusatkan kepada kefahaman makna

Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagaibagai cara. Antaranya ialah: i) Mendengar arahan Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, muridmurid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya.

ii) Menjawab soalan kefahaman

Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.

iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat maklumat tentang aktivitiaktiviti yang dilakukan oleh orang tetentu dalam seminggu dan sebagainya.

iv) Membuat ringkasan Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

v) Menyelesaikan masalah Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanua diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami meksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif.

Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan

Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besaar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar berbagai-bagai bentuk bahasa. Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boelh membawa perhatian murid-murid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahankesalahan seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-murid.

b) Mendengar Secara Ekstensif Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi. Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis. Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuahtafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.

Bentuk Kemahiran Mendengar Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah: a) Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu.

Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

b) Mendengar Secara Bertelau-telau mendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.

c) Mendengar Tanpa Tindak Balas Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya.

d) Mendengar Secara Membuak-buak Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah. Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar bahasa ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.

e) Mendengar Dengan Beremosi

Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memaham dan bertindak terhadap ujaran tersebut.

f) Mendengar Secara Berhati-hati Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguhsungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan ituadalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul.

g) Mendengar Secara kritikal Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya.

h) Mendengar Dengan Pengamatan Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.

i) Mendengar Secara Kreatif Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu. Posted by mohd nor izwan sulaiman at 11:44 PM Labels: kemahiran mendengar 2 comments:

cikgadis konfiuss said... thanks for this! org copy k? tQ (n__n)

May 24, 2010 9:09 AM cahayacintarabbi said... saye copy...tq ye:)

January 18, 2011 3:09 PM Post a Comment

Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) Facebook Badge Aki Tom Berkilat

Create Your Badge please let me know u were here

ShoutMix chat widget

don't let the time chase us

Followers

Comments

Labels 3 Secrets of Couples Who Stay In Love Forever (1) a. - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan kaki kiri. (1) addie assure (1) ADDIE Model (1) addie models (1) AHLI PENGAKAP (1) ahmaddaudinismail ipgm kb.. aki tom .com (1) Aktiviti Pemulihan Tulisan (1) aku (1) aku mahu menjadi cinta terakhir mu (1) alat pemadam api (1) AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN (1) amalan sains dalam pendidikan kesihatan (1) ANATOMI DAN FASIOLOGI (1) anatomi fisiologi 2009 Fasa IV Kelenturan ( (1) andaq ini untuk mu jabatan pjk (1) apakah itu badminton (1) apakah itu pergerakkan asas (1) APPRECIATION (1) asas fotografi (2) asas teknologi dalam pendidikan (1) aspek fisiologi (1)

aspek sains dalam kesihatan (1) atribusi dalam sukan (1) azlan tq kerana mengedit blog aki (1) AZLAN ZAINUDIN TUKAR GAMBAR BLOG AKU WAT GANAS SIKIT (1) BAB 8: RESPIRASI (1) bagaimmana jadikan membaca itu amalan dalam diri kita. (1) bahasa isyarat media pendidikan (1) BAHASA KITA YANG BERLAINAN KENAPA? (1) baik kau ingat mati (1) belajar cara belajar Keinginan untuk pencapaian kreatif. (1) BELAJAR CARA BELAJAR (BCB) (1) Benda Cagar Budaya sebagai Media Pendidikan Budaya dan Pengajaran Bahasa (1) benih anak-anak pokok buah-buahan tempatan (1) bersi 2.0 (1) BESANGKA BAIK PADA ALLAH (1) biceps training (1) BINA INSAN GURU (1) BINA INSAN GURU FASA V 2010 (1) BINA INSAN GURU FASA VI 2009 (1) blog (1) bola baling dengan pelbagai kemahiran (2) Bola baling pada Sukan Olimpik Beijing 2008 (1) Bola jaring (1) bola jaring PERGERAKAN PERGERAKAN GERAK KAKI MENUKAR ARAH (1) bola sepak (1)

bola tampar (1) bola tampar mohd abbas mohd amin (1) bola tampar mohdabbasmohdamin ipgm kb (1) bro joe (1) budaya sekolah (1) bulan Ramdhan (1) CADANGAN KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA III 2009 INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU (1) camera (1) cardio mohd nor izwan sulaiman (1) carilah Akhiratmu (1) Carl Rogers (1) carl rogers 1902-1987 (1) cendera hati perkahwinan (1) cerita kentut dari khalit (1) cikgu shida terbaik. guru pertama yang berani (1) cikgu umi pengurusan bilik darjah pbd (1) CINTA MOHD NOR IZWAN SULAIMAN (1) definisi kasihatan (1) DENGKI PENGHANCUR KEBAIKAN (2) diri yang sebenar (1) eating fruit good for our health (1) emosi tak stabil (1) en noorlan zakaria (1) en suhaimi zamn institut perguruan kampus kota bharu (1) ETIKA DAN NILAI (1)

filem (1) FIRST language acquisition and language learning (1) Garis Panduan Tugas-tugas Jawatankuasa Pengelolaan PENDIDIKAN LUAR (1) gaya hidup sihat (1) hati bercelru (1) hoki (1) http://www.jz-media.com/ppm1.htm (1) http://www.slideshare.net/ (1) Hubungilah orang yang memutuskan hubungan dengan kamu (1) ideal self (1) Iklim dan Budaya Sekolah (1) interpretasi (1) INTERSHIP (1) JADUAL PJ ESOK (1) JADUAL UNTUK ACARA REJAM LEMBING (1) jaga keselamatan anda (2) jalan raya (1) johor Bahru Dari Aspek Personaliti (1) KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI (2) KAEDAH LATIHAN SUAIAN FIZIKAL WHAT IS FITNESS ? (1) KAJIAN SOSIAL (1) Kajian Terhadap Stres dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya (1) kamera (1) karena iman (1) kaunselor (1)

kawalan emosi (1) kedua tapak tangan dapat bertemu seperti di dalam gambarajah (1) Keinginan untuk bersaing (1) kek pisang untuk tempahan (1) KEMAHIRAN ICT DAN KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR. (1) KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH; KEMAHIRAN BERFIKIR (1) kemahiran mendengar (2) kemahiran menulis (1) kenapa (1) kenapa kau tidak memahami kesedihan yang aku tempuhi (1) kepada andak inilah objektif jabatan pjk kita (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH (2) kertas kerja pl 2009 (1) KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH (1) kesan langsung dalam motivasi sukan mohd nori izwan bin sulaiman (1) ketenangan sangat beharga (1) konfrntasi (1) KRITERIA-KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM (1) KURSUS PENDIDIKAN LUAR (2) LAMBANG PENGAKAP (1) LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH 2.1 ASPEK PENGURUSAN RUTIN BILIK DARJAH (2) laporan aktiviti kayak (1) Laporan Amali Pendidikan Luar 2009 Di Pulau Perhentian (1) LATIHAN LARI BERPAGAR (1) LATIHAN LOMPAT KIJANG (1)

LATIHAN UNTUK 100 METER DAN 200 METER (1) LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) (2) Learning English - Students (1) LOMPAT JAUH (1) lompat kangkang (1) lompat tinggi (1) LOMPAT TINGGI mohd nor izwan bin sulaiman (1) lontar peluru (1) LOPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (1) macam macam nota pon ada amik dari blog alan jer haha (1) Main idea Supporting idea ENGLISH FOR UNDERGRADUATES ( ELE 3101 ) (2) masalah cikgu zaman lo neh (1) MasyaAllah (1) media pengajaran (1) media pengajaran dalam pembangunan (1) media pengajaran dalam tdp ipgm kb (3) media pengajaran dan pembelajaran (1) media pengajaran dan pembelajaran dalam teknologi (1) media pengajaran sebagai perantara maklumat bagi pengajaran (2) media pengajaran with malaysia (1) mekanis (1) memilih media (1) memiliki beg jenama sendiri (murah murah)Non Woven Bag (2) Memohon Kebenaran untuk Tinggal di Luar. (1) MENGAPA PERLU BERMAIN? (1)

menurut WHO yang mana menunjuk kan kesihatan dari segi kesihatan dan jeris (1) menyoal (1) meracau (1) METODE MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI (1) model addie assure bahasa melayu (1) model assure (2) model assure malaysia (1) model assure pembelajaran amat penting 20.07.2009 (1) model teknologi dalam pendidikan (1) mohd azli yusof ipgm kb (1) mohd nor izwan sulaiman dalam media pengajaran membantu penuntut ipgm k.b. untuk mengetahui apa itu sebenarnya media pengajaran ini yang mana membantu pelajar mendapatkan maklumat (1) nak pakai dslr (1) nama pengawas Pantai Sabak (1) ops penatnya balik skulll (1) organisasi strutur manusia (1) ORIENTEERING (1) PAKU DI DINDING HATIMU.. (1) pandangan teori terhadap sifat manusia (1) PARAPHRASE (1) PECAHAN TIGA KELOPAK (1) pemakanan sihat (1) pendahuluan gymnastik (1) Pendidikan Luar (1) pengajaran berasaskan masa depan (1) pengajaran mikro (1)

Pengakap Kanak-kanak (1) PENGAKAP KANAK-KANAK AKTIVITI DAN ISTIADAT PENGAKAP (1) PENGENALAN KEPADA SISTEM OTOT RANGKA (2) pengenalan l.b. (1) PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR (1) PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (1) peningnya kepala (1) penting dimana jari kecil dim (1) penulisan refleksi (1) PERANCANGAN PENGAJARAN (1) pergaduhan murid dan guru (1) perhimpunan tahunan pendidikan jasmani (1) PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA (1) permainan tradisional (1) PERSETIAANRSETIAAN PENGAKAP (1) persidangan kebangsaan pendidikan jasmani malaysia (1) piagam pelanggan pj ipg kkb (1) pijak cat (1) prabacaan (1) prafrasa (1) principles of english language learning (1) profile pj Suaian (1) PROSEDUR MENJALANKAN KAWAD KEBAKARAN DAN KECEMASAN (1) PROSIDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (1) psikologi sukan kajian interaksi (1)

puasa (1) Punca keracunan makanan oleh mohd nor izwan sulaiman raub pahang (1) r.p.h. (1) racangan pengajaran harian (1) ramadhan muslim pada bulan ramadhan (1) RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (1) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (3) ratu ular (1) real self (1) REFLEKSI (2) refleksi bina insan guru (2) REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (1) rogol (1) rokok membahayakan kesihatan kan? (1) rph (1) RUJUKAN (1) rujukan untuk renang (1) sains sukan 2011 (1) salah ke kalau kita cemburu? (1) school of thoughts (1) sebelum kau mati (1) sejarah gymnastik (1) sejarah pengakap (1) sekolah rendah cardinal (1) senam aerobik (2)

senaman aerobik (1) senarai nama pj1 (1) Serta merta sahabat tersebut kembali bergabung dengan pasukan perang sambil berkata (1) sila melawati blog ini untuk semua pelajar ipgm kb kerana di sini bermula segalanya (1) SISTEM RANGKA (2) Soalan spot af (1) SORAKAN PENGAKAP (1) sosiologi adalah kajian tentang kumpulan social manusia yang meliputi: a) Keluarga (1) spot kpk dari shahidan (1) STRUKTUR QUESTION.EXAM HUBUNGAN ETNIK 4 MEI 2009.. (1) Subhanallah.. (1) Summary (1) suratr jemputan (1) tahap-tahap dalam proses kaunseling (1) teka meneki (1) TEKNIK BALINGAN BOLA BALING (1) TENTATIF PROGRAM (1) teori personaliti psikoanalitik (1) Terengganu. (1) The ASSURE Model (1) THE LUCKY LAKI - SUPERMAN (1) tidak mampu mengawal arah tiupan angin (1) TIDAK MENINGGALKAN AKU (1) UJIAN (1) umati (1)

Ummati (1) UNDANG-UNDANG PENGAKAP (PENGAKAP MUDA) PENGAKAP SEKOLAH RENDAH (1) Ya Allah aku meminta kau ampunkan segala perbuatan kesalahan ku aminnn (1) nuffnang advert Visit the Project Alpha website for more videos

Blog Archive November (2) October (8) September (29) August (6) July (14) June (6) May (1) April (21) February (1) January (11) October (2) September (10) August (5) July (26) April (10) March (2) January (4) November (11)

October (28) August (30) July (34) June (27) May (38) February (15) January (4) November (13) October (97) September (9) About Me

mohd nor izwan sulaiman i like to try my best in making my own web site... View my complete profile Subscribe http://www.facebook.com/home.php?#!/group.php?gid=229095736827&ref=ts Posts

Atom Posts Comments

Atom Comments Video Bar

powered by

mohdnorizwansulaiman. Watermark template. Powered by Blogger.

i'm done watching this

Anda mungkin juga menyukai