Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS


PAHANG

PENTAKSIRAN ALTERNATIF
PEPERIKSAAN DIS 2020

PROGRAM
PISMP
(Programme)
AMBILAN
JUN 2019
(Intake)
SEM/TAHUN
SEM 1 TAHUN 2
(Sem)
ANGKA GILIRAN
2019112340127
(Index Number )
NO.K/PENGENALA
N 001031-5-5-8
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
PAKK3433
(Course Code)
NAMA KURSUS
PERGERAKAN KREATIF MUZIKAL AWAL KANAK-KANAK
(Course Title)
TARIKH
PEPERIKSAAN 8 DISEMBER 2020
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
KOD KURSUS : PAKK3233 NO. AG:

1.
A. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk pernyataan kendiri yang unik. Dalam kata
lain , setiap individu menggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran,
idea atau perasaannya. Tujuannya ialah untuk berhubung. Komponen pergerakan kreatif
terdiri daripada badan, ruang, masa dan daya . Pergerakan kreatif adalah untuk
interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui
pergerakan (Salmah Ayob, 1992). Pergerakan kreatif bukanlah satu siri “langkah” atau
“rutin” yang diajar dan dikenakan kepada pelajar oleh guru. Ia mempertajamkan daya
persepsi dan membuat manusia lebih peka terhadap apa yang mereka dengar, rasa dan
lihat. Pergerakan kreatif adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai
bentuk pergerakan yang berunsur seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-
kanak menggunakan gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan
dalaman, mengintegrasikan motor dan kognitif. Kanak - kanaka juga dapat meninjau
hubungan antara personaliti dengan pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang
menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan muzik. Pergerakan kreatif dapat memenuhi dan
membantu mencapai matlamat-matlamat perkembangan individu, membantu membina
tubuh badan, meransang daya imaginasi dan mencabar keupayaan intelek, membantu
menyemai apresiasi terhadap keindahan dan memantap serta memperhaluskan sifat-
sifat emosi

B. Antara nilai yang wujud dalam pelaksanaan pengajaran pergerakan kreatif muzikal
adalah berdikari . Ini menjadi satu peluang untuk kanak-kanak menyelesaikan masalah
sendiri. Dalam aktiviti pergerakan, dapat memberi cabaran kepada kanak-kanak dengan
cara yang berbeza dan kanak kanak dapat membantu pendidik serta ibu bapa dalam
penyelesaian masalah dan kebolehan  kreatif kanak-kanak yang kurang mampu
berkomunikasi.

Nilai kedua ialah bekerjasama . pengajaran pergerakan kreatif muzikal menjadikan


kanak-kanak itu lebih mengamati, menjelajah, dan berinteraksi dengan persekitaran
muzik. Pengajaran pergerakan kreatif muzikal membenarkan kanak-kanak memerhati,
meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran muzik sebagai proses budaya dan
perkembangan kanak-kanak. Hal ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti menyanyi ini
KOD KURSUS : PAKK3233 NO. AG:
menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu
perkembangan sosial semasa mereka bermain dan meneroka serta membolehkan
kanak-kanak belajar untuk mengekalkan hubungan yang sedia terjalin.
Nilai ketiga ialah Keyakinan diri.Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat
memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi
secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri.
Nilai keempat ialah keberanian . Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak
membuat pergerakan secara berani dan bebas mengikut rentak muzik yang didengar.
Meningkatkan kemahiran motor. Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan
tangan. Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai
seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.
Nilai kelima ialah kasih sayang .Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam
aktiviti muzik lebih banyak berkomunikasi dengan ibu bapa dan guru justeru ibu bapa
mereka lebih cenderung berkomunikasi dengan ibu bapa kanak-kanak lain. Muzik juga
dapat mencetus daya kreativiti kanak-kanak melalui lagu. Sebagai contoh, kanak-kanak
terdorong untuk melakukan pelbagai pergerakan kreatif apabila muzik dimainkan.
Perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian,
serta muzik dan gerakan. Sebagai contoh, kanak-kanak berasa teruja apabila guru
memainkan lagu Didi & Friends semasa di dalam bilik darjah.
A
R
K
D
P
L
T
/
O
G
S
WN
A
U
M
O
IY
2.
E
N
H
B
U
KOD KURSUS : PAKK3233 NO. AG:

A. PENGURUSAN GRAFIK YANG MENGADUNGI UNSUR-UNSUR PEGREKANA

KREATIF DAN ASAS PEGERAKAN KREATIF SECARA MUZIKA.


B. HURAIKAN KEPENTINGAN UNSUR UNSUR TERSEBUT.

Tubuh Badan 
Elemen ini adalah untuk bergerak dan berhenti daripada bergerak secara bebas atau
terkawal. Pergerakan ini dapat mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan
lokomotor. Pergerakan ini boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut
rangsangan yang diberi contohnya apabila muzik dimainkan.Pergerakan ini
menunjukkan persediaan tubuh badan untuk menyokong dan menerima berat badan.
Contohnya, pergerakan merangkak menggambarkan kucing berjalan.

Ruang 
Elemen ini penting kerana memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara
menggunakan ruang untuk melakukan perlbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat
dilihat apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan
ruang tidak terus.

Daya
Elemen ini adalah berkaitan tentang aspek berat dan ringan dan elemen ini penting
dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang otot-otot anggota tubuh
badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan
berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Sebagai contoh, dalam aspek berat -
kuat, seseorang budak lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat
maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu
menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengangkatnya.

Perkaitan
Elemen ini berkait antara hubungan dengan objek dan juga manusia. Antara hubungan
dengn objek adalah seperti atas & bawah, dekat dan jauh, keliling, sisi, bertemu dan
berpisah. Hubungan dengan manusia pula seperti memimpin dan ikut, cermin dan
padan, solo, berpasangan dan berkumpulan. Elemen ini pentingan dalam aliran atau
arah. Sebagai contoh, Elemen aliran bebas adalah merujukan bahawa seseorang
budak yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya
seperti melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat
KOD KURSUS : PAKK3233 NO. AG:
yang lain. Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serta merta.  Aliran terikat adalah
pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan
badan adalah berada dalam keadaan seimbang.

Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yangmenyebabkan keseluruhan tubuh badan
berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebutbergerak dan beredar. Sebagai
contoh, meniru pergerakan keretapi. Pergerakan yang dilakukan olehseseorang yang
menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut.
Pergerakanlokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan
mengikut pergerakan.Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting,
lari sisi, skip, merangkak, gulinghadapan, guling balak, guling sisi dan galop

Bukan lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpukepada pergerakan bahagian tubuh badan


pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh,melambung, membaling,
menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar(menggunakan
kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk
menggerakkanbahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini
juga merupakan kebolehanbergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih
tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuhbadan pada sendi buka-tutup dan pusing
putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidakmengubah dasar menyokong
pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling,menggolek (menggunakan
bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang).Pergerakan ini
dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupundalam
aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas
badan,memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik,
menjatuh,mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi
KOD KURSUS : PAKK3233 NO. AG:
Manipulasi alatan
Pergerakan Manipulatif juga merupakan satu pergerakan yang memerlukan kemahiran
asasdalam menyediakan kanak – kanak untuk mempelajari kemahiran asas sukan.
Pembelajarankemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola
besar, gelung rotan, tali danjuga relung getah (squaid). Kemahiran manipulative
hendaklah di bina pada peringkat umur yanglebih awal. Ini adalah kerana kemahiran ini
memerlukan penggunaan anggota badan untukmengawal, menangani ataupun
mengawasi sesuatu objek. Pada umumnya, perkembangankemahiran manipulative
seseorang kanak – kanak bermula sejak lahir seiring dengan perkembanganmotor halus
dan motor kasar. Kemahiran manipulative merupakan perkembangan
daripadakemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya adalah penting untuk
pergerakan kanak – kanak.Namun begitu, pergerakan manipulative adalah penting
kepada setiap kanak – kanak. Ini adalahmelalui pergerakan manipulative juga kanak –
kanak dapat manipulasi kemahiran, koordinasi,keseimbangan dan juga kestabilan
mereka bagi melakukan sesuatu gerakan. Selain itu, pergerakankanak – kanak bukan
hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahirandalam
memanipulasikan otot serta anggota dalam melakukan sesuatu pergerakan.

Anda mungkin juga menyukai