Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN DISPLIN BILIK DARJAH

Rancangan disiplin bilik darjah yang dirancang adalah berdasarkan Model Disiplin Lee
Canter. Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan
penetapan dan kuat kuasa peraturan dengan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas
serta asertif (tegas dan berkeyakinan). Guru hendaklah tegas namun masih mengekalkan
suasana positif dan penyayang dalam bilik darjah. Suasana penyayang dan saling
menyokong akan membuahkan persekitaran pembelajaran yang baik. Guru haruslah
mempunyai ketegasan namun tidak didenda secara langsung. Malah guru boleh
menggunakan gurauan supaya kelas tidak berasa tertekan. Lee Canter turut menekankan
tentang hak guru dan murid di dalam bilik darjah. Hak guru dan murid ini adalah panduan
kepada guru dan murid tentang perkara apa yang harus mereka lakukan supaya suasana
dan iklim kelas berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Apabila mereka saling
mengetahui hak masing-masing, murid secara khususnya akan lebih mengetahui cara untuk
bertingkah laku di dalam kelas.

Tingkah Laku :
Beberapa pelajar telah mengganggu seorang pelajar.

Tindakan Guru :
Guru telah memberikan amaran yang tegas kepada kumpulan pelajar yang menggangu
pelajar lain serta guru juga memberikan denda kepada semua pelajar tersebut.

Tingkah Laku :
Sekumpulan pelajar telah membantu guru untuk mengangkut bahan-bahan bantu mengajar
ke kelas

Tindakan Guru :
Guru telah memberikan pujian kepada pelajar-pelajar tersebut kerana mampu menolong
guru tanpa disuruh

Anda mungkin juga menyukai