Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2020/21

Program: PISMP PENDIDIKAN ISLAM Nama Pelajar:

Kod: PIMK3052 Semester/Tahun: 2 / 1


Ambilan: JUN 2020
Nama Kursus: SENI DALAM PENDIDIKAN
Kumpulan: A, B, C DAN D

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Ulasan Kritis (Individu) 10 Februari 2021 25 Februari 2021

2. Laporan Reflektif (Individu) 17 Mac 2021 23 Mac 2021


3. Penghasilan Kit Persembahan
5 April 2021 13 April 2021
(Individu)
4. Persembahan (Berkumpulan) 10 April 2021 23 April 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan teori pembelajaran, konsep asas dan elemen seni dalam pendidikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui rujukan sumber terkini (C5, P2,
A3, PLO1, PLO3, PLO6, LL1).
2. Mengaplikasikan elemen seni dalam pendidikan dalam aktiviti meneroka, memperoleh
pengalaman, dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanakkanak di sekolah
rendah (C3, P4, A4, PLO3, CTPS1).
3. Menilai aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam pengkhususan bidang
bahasa Melayu secara bertulis(C5, A3, PLO3, CTPS2).
4. Mempersembahkan aktiviti seni dalam pendidikan dengan menggunakan kit
persembahan bagi bidang bahasa Melayu di sekolah rendah (C6, P7, A5, PLO2,
PLO3, PLO5, CTPS4, TS4).
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat:
1. Menghasilkan ulasan kritis tentang karya seni dengan mengaitkannya dari segi teori
pembelajaran, konsep dan elemen seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak.
2. Membuat penilaian dalam bentuk laporan bertulis tentang aktiviti seni sama ada seni
visual, muzik atau pergerakan yang dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam.
3. Menghasilkan kit seni dalam pendidikan dan mendemonstrasikan penggunaannya
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah.

Seni dalam Pendidikan sangat penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru
akan membenarkan murid menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan
mengekspresi pancaindera mereka. Dengan melaksanakan aktiviti Seni dalam
pendidikan, guru-guru diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan dalam mempertingkat kepekaan, kreativiti dan daya
imaginasi untuk mencapai pengajaran dan pembelajaran yang optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan kepada kanak-kanak.

Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki melaksanakan empat tugasan yang


berikut:

TUGASAN 1: ULASAN KRITIS (25%)


1. Dapatkan satu karya seni yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak. Anda boleh
menggunakan karya seni anda sendiri asalkan ia sesuai untuk kanak-kanak.
2. Karya seni tersebut boleh dalam bentuk seni visual atau seni muzik.
3. Berdasarkan hasil seni tersebut, anda diminta membuat satu ulasan kritis tentangnya
dari aspek:
i) Teori pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan hasil seni tersebut.
ii) Konsep dan eleman seni yang berkaitan dengan hasil seni tersebut.
4. Hasil seni tersebut hendaklah disertakan dalam tugasan anda sama ada dalam
kandungan ulasan atau sebagai lampiran.
5. Ulasan anda wajib disokong dengan sumber rujukan terkini.
6. Ulasan kritis ini ditulis secara individu sepanjang 1,000 patah perkataan.

TUGASAN 2: LAPORAN REFLEKTIF (20%)


1. Dapatkan satu video tentang aktiviti seni sama ada seni visual, seni muzik atau seni
pergerakan yang dapat digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam.
2. Berdasarkan video tersebut, anda diminta menghasilkan satu laporan reflektif bagi
menilai aktiviti seni yang dilaksanakan itu.
3. Format dan isi kandungan laporan reflektif bergantung kepada kreativiti anda sendiri.
4. Laporan reflektif ini ditulis secara individu sepanjang 750 patah perkataan.

TUGASAN 3: PENGHASILAN KIT PERSEMBAHAN (15%)


1. Tugasan individu ini menghendaki anda menghasilkan satu kit yang dapat
digunakan oleh guru untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
2. Kit tersebut hanya untuk satu aktiviti seni sahaja, iaitu sama ada seni visual, seni
muzik atau seni pergerakan.
3. Isi kandungan kit tersebut bergantung kepada kreativiti anda sendiri selagi mana kit
tersebut dapat digunakan secara efektif oleh seseorang guru untuk mengajarkan
Pendidikan Islam kepada kanak-kanak.
TUGASAN 4: PERSEMBAHAN BERKUMPULAN (10%)
1. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang
anggota dan penilaian adalah berdasarkan prestasi kumpulan secara keseluruhan.
2. Tugasan ini menghendaki kumpulan anda mendemonstrasikan penggunaan kit seni
dalam pendidikan untuk pengajaran Pendidikan Islam sekolah rendah.
3. Kumpulan anda boleh memilih mana-mana kit yang telah dihasilkan dalam tugasan
3 atau menginovasi kit daripada anggota kumpulan anda.
4. Masa persembahan setiap kumpulan selama 20-30 minit, iaitu secara rakaman
video dan dimuat naik di classwork di Google Classroom.

Arahan Umum Pentadbiran Tugasan:


1. Tugasan ini ditulis dalam Pendidikan Islam dengan sumber rujukan hendaklah
ditulis mengikut format American Psychological Association (APA).
2. Gunakan format muka hadapan kerja kursus yang standard yang mengandungi:
 Nama Pelajar
• Nombor Angka Giliran
• No Kad Pengenalan
• Kumpulan/Ambilan
• Nama Pensyarah
• Tarikh Hantar 3. Format penulisan:
• Jenis huruf - Arial
• Saiz huruf - 12
• Jarak baris - 1.5 baris
4. Hasil kerja hendaklah menunjukkan kefahaman terhadap tugasan, huraian yang
terperinci, penggunaan bahasa yang baik dan tiada kesalahan ejaan.
5. Persembahan lisan hendaklah menunjukkan kefasihan dan penggunaan bahasa
yang baik, gaya yang bersesuaian, keyakinan yang tinggi serta kerjasama kumpulan
yang mantap.
6. Setiap tugasan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________________ _________________________________________
(PN. ROSMANI BINTI ABDUL HALIM) (Nama: UST YUSRI BIN YUSOFF)
Penyelaras Kursus PIMK3052 Pakar Bidang (SME) / Pensyarah Jabatan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Pendidikan Islam dan Moral

Disahkan oleh:

_________________________________________
(Nama: DR.AMIYAMIN HJ MOHAMAD YUSOP)
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Tarikh:2.2.2021

Anda mungkin juga menyukai