Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM BULAN KECERGASAN 2014

SK HUTAN PERCHA, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA.

KERTAS CADANGAN BULAN KECERGASAN SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya


hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan
melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf
kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menetapkan Bulan Julai sebagai bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. RASIONAL

Matlamat program ini membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui
pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan
sehari-hari ke arah “Rakyat yang sihat akan melahirkan negara maju”

3. OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini :

i. Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan kesihatan
dan kecergasan.
ii. Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh
badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.
iii. Memahami konsep kecergasan , prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu
dipatuhi.
iv. Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan daya
tahan otot serta meningkatkan kelenturan badan, ketangkasan dan kelajuan.
v. Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan
jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin.

4. MOTO BULAN KECERGASAN SKHP 2014


Tubuh Sihat, Minda Cerdas, Kerja Proaktif
5. KUMPULAN SASARAN

Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan :-

5.1 Semua murid- murid SK Hutan Percha

5.2 Semua guru,staf sokongan dan pekerja SK Hutan Percha

6. TARIKH PERLAKSANAAN

6.1 : Tarikh aktiviti : 04 hingga 30 Ogos 2014

Tempoh aktiviti adalah selama satu bulan

6.2 : Tarikh Pelancaran : 04 Ogos 2014 (Isnin).

7. STRATEGI PELAKSANAAN

Dijalankan di sebelah pagi, semasa perhimpunan pagi, waktu rehat dan waktu kokurikulum.
Pelancaran di jalankan pada waktu perhimpunan rasmi.

8. AHLI JAWATANKUASA BULAN KECERGASAN

8.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BULAN KECERGASAN TAHUN


2014

Pengerusi : En. Muhammad bin Lasim(Guru Besar SK Hutan Percha)


Timbalan Pengerusi : Pn. Sarimah binti Zainal (GPK Kokurikulum)
Naib-Naib Pengerusi : Pn. Siti Mutiah binti Hamzah (GPK 1)
Pn. Maimunah binti Baba(GPK HEM)
Setiausaha Sukan : En. Sahri bin Hasan
Bendahari : En. Ramanan a/l Arumugam
Ahli Jawatankuasa :
1. Semua guru SK Hutan Percha
2. Semua Staf sokongan
3. Semua pekerja
8.2 JAWATANKUASA KECIL DAN JADUAL PELAKSANAAN
Perkara Guru bertanggungjawab Tarikh Masa
Majlis Pelancaran Guru-guru bertugas 04 Ogos 2014 Waktu Perhimpunan
Rasmi
Gimik Pelancaran Guru Pelatih IPG
Info Kesihatan Encik Abdul Nasir b. Limin Sepanjang bulan Waktu Perhimpunan
(Kelab Doktor Muda) Puan Masliha bt. Mohd. Noor kecergasan Rasmi
Program 10,000 En Ramanan a/l Arumugan 05 Ogos 2014 7.30 pagi – 8.15 pagi
Langkah En. Md. Husni b. Yakub

Senamrobik Pn. Julianty bt. Idris 07 Ogos 2014 7.20 pagi – 7.45 pagi
(Setiap hari Khamis) Pn. Heliya bt Hamzah 14 Ogos 2014
En. Mohd.Hairy b. Ramli 21 Ogos 2014

Pengenalan Program Semua guru PJ 12 Ogos 2014(Selasa) Waktu Pendidikan


Segak Jasmani
Untuk Tahap 1
Pelaksanaan Program En. Mohd Yurman b. M. Noor 12 Ogos 2014(Selasa) Waktu kokurikulum
Segak Mohd Hairy b. Ramli
Untuk Tahap 2
Pertandingan Pn. Haniza bt. Mohd. Hanif 19 Ogos 2014(Selasa) 2.30 ptg – 3.30 ptg
Lakonan Spontan Pn. Kamaliah bt. Ahmad
(Semua
Kelab/Persatuan)
Pertandingan En. Sahri b. Hasan 26 Ogos 2014(Selasa) Waktu Kokurikulum
Permainan Ramley b. Jamaluddin
Tradisional Pn. Maisurah bt. Mohd. Rahim
Pn. Rolhizal bt. Ramli
Pertandingan Puan Norain bt. Arbain Waktu Pendidikan Seni Rujuk Jadual Waktu
Mewarna Cik Rosmah bt. Mohd Yusof Visual kelas
(Pend. Khas, Pra-
sekolah dan Tahap 1)
Program Ceramah Pn. Suhaila bt. Md. Zain 27 Ogos 2014(Rabu) 11.00 pagi
Pn. Zuraily bt. Md. Zain

Program Mencari Pn. Maisurah bt. Mohd Rahim 15 Ogos 2014 Waktu Rehat
Maklumat PSS En. Md. Husni b. Yakub (Jumaat -Tahap 1)
(Kecergasan & Cik Zariyah bt. Ramli 22 Ogos 2014
Kesihatan) (Jumaat - Tahap 2)
Majlis Penyampaian Guru-guru Bertugas 27 Ogos 2014 (Rabu) Selepas program
Hadiah & Penutup ceramah
Bulan Kecergasan
Buku Program Puan Julianty bt Idris Sebelum Program
En. Mohd. Nasir b. Karim

Fotografi Cik Norzariyah bt. Ramli Sepanjang Program


Cik NorAida bt. Musbah

Dokumentasi Encik Ramanan a/l Arumugam Selepas Program Hantar laporan ke


PPD Alor Gajah
sebelum 30 Ogos
2014.
Hadiah Pn. Suzana bt. Sulaiman Selepas Program
Pn. Norain bt. Arbain
Pn. Suzie bt. Ishak
Pn. Norzita bt. Ibrahim

9. TENTATIF PROGRAM PELANCARAN BULAN KECERGASAN


9.1 : Pelaksanaan :

Tarikh : 04 Ogos 2014


Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi – 8.15 pagi
Tempat : Dataran SKHP
9.2 : Atur cara :
7.30 pagi : Semua guru dan murid berhimpun di dataran SKHP
7.35 pagi : Bacaan Doa
7.40 pagi : Nyanyian lagu Patriotik
- Negaraku
- Melaka Maju Jaya
- Melaka negeri Bandar Teknologi Hijau
- Lagu Sekolah
7.50 pagi : Taklimat Bulan Kecergasan oleh En. Sahri Hasan
8.00 pagi : Ucapan Perasmian Pelancaran Bulan Kecergasan oleh
En. Muhammad bin Lasim (Guru Besar SK Hutan Percha)
8.15 pagi : Gimik Pelancaran Bulan Kecergasan oleh Guru Besar
8.20 pagi : Bersurai

10. ANGGARAN BELANJAWAN

BI PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


L
1. Pertandingan Lakonan Spontan
Tempat Pertama : RM 10.00
Tempat Kedua : RM 8.00
Tempat Ketiga : RM 6.00 RM 24.00

2. Pertandingan Permainan
Tradisional RM 30.00
Johan Keseluruhan : RM 25.00
Naib Johan : RM 20.00 RM 75.00
Ketiga :
3. Pertandingan Mewarna Tahap 1,
Pra Sekolah & P. Khas.
Tempat Pertama : RM 3.00 x 5=RM 15.00
Tempat Kedua : RM 2.00 x 5=RM 10.00
Tempat Ketiga : RM 1.00 x 5=RM 5.00 RM 30.00
4. Pertandingan Mencari Maklumat
(PSS)
Tahap 1 dan Tahap 2
Tempat Pertama : RM 3.00 x 2 = RM 6.00
Tempat Kedua : RM 2.00 x 2 = RM 4.00
Tempat Ketiga : RM 1.00 x 2 = RM 2.00 RM 12.00
4. Cenderahati kepada Penceramah RM 30.00
6. Peralatan untuk aktiviti RM 100.00
JUMLAH BESAR RM 271.00

11. SUMBER KEWANGAN


11.1 : Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

12. PENUTUP
Diharapkan aktiviti Program Bulan Kecergasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan dapat diteruskan dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
menjadikan rakyat Malaysia sihat minda dan cergas tubuh badan. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada warga Sekolah
Kebangsaan Hutan Percha.

Disediakan oleh, Tarikh : 16 Julai 2014


……………………………..........…
(PN SARIMAH BINTI ZAINAL)

Disahkan oleh, Tarikh : ........................


………………………………………...
(EN. MUHAMMAD BIN LASSIM)

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM BULAN KECERGASAN


PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAAN HUTAN PERCHA
2014

PROGRAM : PROGRAM BULAN KECERGASAN


TARIKH : BULAN 04 OGOS HINGGA 30 OGOS 2014
MASA : 7.15 PAGI HINGGA 7.45 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
ANJURAN : SK HUTAN PERCHA
KEHADIRAN : SEMUA WARGA SEKOLAH DAN MASYARAKAT
SETEMPAT
Selaras dengan hasrat Falsafah Pendikan Negara, seluruh sekolah di Malaysia telah diwajibkan
mengadakan Program Bulan Kecergasan sepanjang bulan Ogos bagi Tahun 2014. Berikutan
daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, SK Hutan Percha juga telah mengadakan
pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan fizikal dan mental. Oleh yang
demikian satu jawatankuasa kerja telah dirancang bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah seperti kemudahan tayangan, jururobik dan lain-lain lagi.
Program ini telah dilaksanakan pada setiap hari Selasa dan Khamis jam 7.15 pagi hingga
7.45 pagi. Pada pagi tersebut seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat terlibat dalam
aktiviti senamrobik pagi. Manakala pada waktu mata pelajaran Dunia Seni Visual pula pihak
sekolah telah menjalankan Pertandingan Mewarna Tahap1, guru-guru pendidikan seni telah
ditugaskan agar mengagihkan bahan-bahan bagi pertandingan tersebut. Info Kesihatan dan Kuiz
Kesihatan pula telah diselitkan dalam Pelancaran Program Kelab Doktor Muda tersebut. Semua
warga sekolah termasuk pekerja swasta memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Malah mereka
turut menunjukkan sikap positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam aktiviti
senamrobik pagi. Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan
silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat mahupun pangkat. Manakala
bagi murid-murid Tahap 2, perlaksanaan ‘Program Segak’ pula telah dilaksanakan pada waktu
Kokurikulum iaitu pada hari Selasa.
Di samping itu, pada tahun ini ‘Program 10 000 Langkah” dijalankan pada 5 Ogos 2014,
dimana semua warga sekolah turut terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini
dijalankan di kawasan sekolah, semua warga sekolah telah berjalan mengeliling padang
sebanyak 10 pusingan dan diikuti dengan aktiviti berjalan mengelilingi kawasan sekolah. Selain
itu, Unit Kokurikulum juga telah mengadakan Pertandingan Lakonan Spontan dan Permainan
Tradisional pada waktu aktiviti Kokurikulum. Dimana seluruh warga sekolah dan masyarakat
sekeliling turut bersama dalam perlaksanaan program ini.
Setelah melaksanakan program seupama ini, kita dapat melihat keberkesanan program ini
dapat mencapai objektif dan matlamat program. Program ini dapat melahirkan generasi yang
prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental. Di samping itu, meningkatkan
minat murid dalam bidang kesukanan. Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberikan
kebaikan dan manfaat kepada murid betapa pentingnya kecergasan fizikal dan mental dalam
hidup kita. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga yang
terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dijalankan akan
diteruskan pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

…………………………………….
(En. Ramanan a/l Arumugam)
SU KOKURIKULUM SK HUTAN PERCHA

Anda mungkin juga menyukai