Anda di halaman 1dari 20

DIFINISI LARI BERPAGAR

Lari berpagar ialah larian pecut melepasi halanganhalangan yang disusun rapi di trek. Acara yang dipertandingkan dalam lari berpagar ialah - 100 meter (wanita) , 110 meter (lelaki), 400 meter (lelaki dan wanita) Acara 55m , 75m , 80m, boleh dipertandingkan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR


Acara ini memerlukan kepantasan belari .

Kelincinan (RITMA) berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama. Perlu mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki. Perlu mempunyai daya kelenturan badan yang baik.

LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR LATIHAN 1


Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang

tertentu.

Melangkah batang rotan

LATIHAN 2
Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan.

Tujuan latikan 1 dan 2 ialah untuk membantu setiap peserta membina ritma dan bilangan yang seragam ketika berlari di antara halangan. semasa latihan digalakan membilang setiap langkah dengan menyebut. LOMPATSATUDUATIGALOMPAT..

Merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Pelajar perlu berjalan dan melangkah di hujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokb sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung.

Latihan menggerakkan kaki belakang

Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun

Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakkan kaki belakang semasa melepasi pagar

Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya sehingga ke garis tamat. Tujuan latihan ini dilakukan untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.

FASA LARI BERPAGAR 1. FASA PENUJUAN KE PAGAR PERTAMA


Pada am 8 langkah digunakan untuk penujuan ke pagar pertama Kedudukan kaki (depan belakang) diubah untuk memastikan penujuan ke pagar pertam adalah tepat. Panjang langkah mestilah konsisiten dan perlu dilatih supaya pelari sampai ke titik lonjakan dengan tepat

Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa. Kaki hadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi Bila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan. Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan. Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan. Bongkokkan badan ke hadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

Gaya melepasi pagar

Dan lagi
(a)

Pergerakan kaki hadapan


(i) Kaki hadapan diangkat dengan cepat dan lutut dibengkokkan. (ii) Apabila kaki yang dibengkokkan sampai ke ketinggian halangan, tumit kaki itu ditendang ke hadapan. (iii) Apabila kaki hadapan itu melepasi pagar iaitu ketika tumit kaki melangkah melepasi halangan, ia terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yang mungkin

(b) Pergerakan kaki belakang


(i) Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan dan kaki belakang masih di tanah, dicondong ke hadapan. (ii) Bila kaki belakang diangkat dari tanah, ia dihayun ke sisi dengan lutut dibengkokkan.Tapak kaki belakang diarah ke luar. Lutut dikekalkan tinggi

(c) Pergerakan tangan


(i) Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah hadapan dihulur dan menolak ke hadapan dan selari dengan kaki hidapan itu. Sementara itu tangan pada kaki melangkah dihayun ke belakang. (ii) Apabila kaki belakang dibawa melepasi pagar, tangan hadapan dikilas ke belakang.

a. Pergerakan kaki hadapan b. Pergerakan kaki belakang

c. Pergerakan tangan

Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu. Condong badan dikekalkan Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar.

Bilangan langkah hendaklah sama. Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada dihadapan.

Langkah 1

Bilangan langkah larian antara pagar hendaklah sama

Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sarna dengan gaya yang diarnalkan untuk lari pecut jarak dekat.

A. HALANGAN DI ATAS TANAH


(a) Melangkah tali yang direntang di tanah.

(b) Berlari dan melangkah batang rotan rendah. (c) Berlari dan melangkah halangan di tanah seperti berikut:

(a) Berlari dan melangkah tali anjal yang direntang. (b) Berlari dan melangkah kaki dan lutut. " (c) Berlari dan melangkah gulungan tilam (yang diikat). (d) Berlari dan melangkah bangku panjang. (e) Berlari dan melangkah bangku panjang secara berulang (Taman Pagar). (f) Berlari dan melangkah ketinggian yang berbeza (guna tilam yang digulung untuk memberi ketinggian berbeza; rendah ke tinggi).

Taman pagar

i.
ii.

Melangkah tengah halangan Melangkah tengah halangan secara berulang

i. ii. iii.

Tendangan 'karate' Tendang'tembuk' Tendang bola yang digantung

Tendangan karate

Tendangan tembok

Tendang bola

Anda mungkin juga menyukai