Anda di halaman 1dari 4

A.

Pilih jawapan yang paling betul. (75m)

1. Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna. Nyatakan nilai tersebut.
A. Baik hati
B. Bertanggungjawab
C. Hemah tinggi
D. Kasih sayang

2.

Padankan nilai dengan maksud yang betul.


A. Keadilan Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
B. Beterima Kasih Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif
dalam setiap perlakuan.
C. Kerjasama Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah, dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
D. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhlas.

Rajah 1
3.

Berdasarkan rajah 1 di atas, kemukakan nilai yang diamalkan oleh budak lelaki tersebut.
A. Dia mengamalkan nilai kejujuran.
B. Dia mengamalkan nilai baik hati.
C. Dia mengamalkan nilai bertanggungjawab.
D. Dia mengamalkan nilai bertoleransi.

4.

Antara yang berikut, Cari padanan yang betul bagi amalan yang dibuat bagi setiap
perayaan.

I. Tahun Baru Cina melepaskan burung merpati sebagai lambang membuat kebaikan.
II. Hari Wesak membawa bunga ke wat untuk beribadat.
III. Thaipusam membawa paal kudam untuk dipersembahkan kepada Dewa Murugan.
IV. Hari Raya Aidilfitri berpuasa sebulan sebelum menyambut perayaan.
A. I dan III sahaja
B. I dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

5.

Andaikan anda seorang pengawas di sekolah, anda ternampak dua orang murid sedang
bertengkar di kantin sekolah. Ramalkan tindakan yang akan kamu lakukan?
A. Mengibarkan perkara ini kepada kawan-kawan.
B. Mendiamkan diri.
C. Melaporkan kepada guru yang bertugas.
D. Masuk campur dengan mereka yang bertengkar.

6.

Berikut merupakan cara menghormati warga di sekolah, KECUALI


A. Memberi perhatian semasa guru sedang mengajar.
B. Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
C. Melayan pelawat yang datang ke sekolah dengan baik.
D. Mengejek rakan yang menyertai pertandingan koir di peringkat daerah.

7.

Bagaimanakah kamu menunjukkan sikap bekerjasama di sekolah?


A. Berpegang kepada pendapat sendiri dalam perbincangan kumpulan.
B. Menyiapkan sesuatu kerja bersama ahli kumpulan dengan baik.
C. Membuat kerja yang dibagi oleh guru bersendirian.
D. Mengharapkan kawan menyiapkan kerja sekolah.

8.

Kesan mengapakah kita perlu bersikap rajin di perpustakaan?


A. supaya guru menyukai kita
B. mendapat banyak ilmu pengetahuan

C. takut dimarahi oleh ibu bapa


D. supaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
9.

Susun semula cerita di bawah dengan susunan yang betul dan padankan dengan nilai
yang betul.
I. Pada suatu hari, Navin berjalan balik ke kelas.
II. Navin menghantar Lee berjumpa dengan guru bertugas untuk dirawat lukanya.
III. Dia memujuk Lee dan menolong Navin mengemaskan begnya.
IV. Dia ternampak Lee duduk bernangisan di lantai.
V. Lee mengucapkan terima kasih kepada Navin.
A. I, IV, III, II dan V -- Baik hati
B. I, IV, II, III dan V -- Baik hati
C. II, III, I, IV dan V -- Hemah tinggi
D. II, III, V, VI dan I -- Hemah tinggi

10.

Alin bergaul dengan sopan sesama warga-warga


sekolah di sekolah tanpa mengira guru mahupun
pekerja kantin yang dijumpainya.
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2 di atas, program yang sesuai dirancang di sekolah ialah
A. Satu murid satu sukan
B. Salam dari hati
C. Program Nilam
D. Program I-Think

11. Terangkan mengapa kita perlu bersikap toleransi dengan kawan di dalam kelas?
A. Supaya suasana kelas kelam kabut.
B. Kerana dapat mengelakkan pergaduhan dengan kawan
C. Kerana guru akan menyayangi kita
D. Kerana kita akan berasa gembira.
12. Apabila kawan mengajak saya melakukan sesuatu yang tidak baik, saya ____________.
Ramalkan.
A. menerimanya kerana takut dipinggirkan oleh kawan.

B. mengikutnya demi keseronakkan sendiri.


C. menolaknya demi mempertahankan nama baik sekolah.
D. menerimanya kerana ingin dipuji oleh guru.

13. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya Rubi tidak bijak merancang
perbelanjaan wang sakunya?
A. Dia dapat meminjam wang kepada kawan yang bersusahan.
B. Dia tidak akan mempunyai wang yang cukup untuk membeli barangan mewah.
C. Dia tidak akan mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan.
D. Wang sakunya akan bertambah banyak.

14. Bincangkan cara anda menghargai sumbangan warga sekolah.


A. Memberikan senyuman apabila berjumpa dengan warga sekolah.
B. Memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan.
C. Mengotorkan tandas yang telah dibersihkan oleh pekerja sekolah.
D. Menyembunyikan buku-buku di perpustakaan demi kebaikan sendiri.

15. Nyatakan cara kamu menyayangi sekolah.


A. Menyanyikan lagu sekolah dengan tidak bersungguh-sungguh.
B. Membuang sampah ke dalam laci meja.
C. Menconteng dinding kelas.
D. Membantu guru membersihkan kawasan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai