Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral


Tarikh : 19 Ogos 2014 (Selasa)
Tahun : 6 Bestari
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 30 orang
Bidang Pembelajaran : 4. Nilai Berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar

Nilai : 4.2 Menyayangi Alam Sekitar
- Mencintai dan menghargai alam sekitar demi
mengekalkan keharmonian hidup.
Tajuk Pengajaran : Sayangi Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama

Kandungan Akademik : Kemaparan alam sekitar untuk generasi masa depan.
- Pelindungan terhadap spesis haiwan dan
tumbuhan yang kian pupus.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid
dapat:
1. Menyenaraikan nama haiwan yang kian pupus.
2. Menyatakan usaha melindungi haiwan yang kian pupus.
3. Menghasilkan satu hasil kraftangan.
4. Menyayangi alam sekitar dengan melindungi haiwan
dan tumbuhan yang kian pupus.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar dan membaca maklumat tentang
kepupusan haiwan dan tumbuhan melalui media massa.
Pendekatan : Kecerdasan pelbagai, Pembelajaran secara koperatif,
pendekatan rasional
Teknik : Perbincangan kumpulan, sumbangsaran, projek
KBKK : Mereka cipta, menjana minda, menghubung kait, Membuat
kesimpulan
Sumber Bantu Mengajar : Buku teks, persembahan power point, contoh kad, kotak
wayang kulit, boneka batang
Alatan : Kertas Mahjong, Pen marker, Bahan Buangan














Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Lagu Bunyi-bunyi
Haiwan
1. Guru menayangkan
seni kata lagu dengan
slaid power point.

2. Murid diminta
menyanyi lagu Bunyi-
bunyi Haiwan
bersama-sama
dengan pergerakan.

3. Guru meminta murid-
murid untuk mengenal
pasti haiwan-haiwan
yang hampir pupus
dalam lagu yang
didengar oleh mereka.

4. Guru mengaitkan
jawapan murid dengan
tajuk.

Kaedah
Sumbangsaran

BBM:
Power point
Buku teks

Unsur KBKK:
Menghubung kait

Nilai:
Menghargai
keindahan alam


Set Peralihan
(20 minit)
Mahami petikan


- usaha melindungi
haiwan dan
tumbuhan


- kepentingan
menyayangi dan
melindungi
1. Guru membuat
lakonan kecil tentang
petikan buku teks
dengan menggunakan
kotak wayang kulit dan
boneka batang untuk
menyampaikan mesej.

2. Murid dikehendaki
memahami petikan
tersebut.
Kaedah
Perbincangan

BBM:
Buku teks
Power point
Kotak Wayang
Kulit
Boneka batang


kehidupan



3. Guru memberi
beberapa gambar
tentang haiwan yang
hampir pupus dalam
slaid power point.

4. Murid dikehendaki
menjawab nama
haiwan dengan betul.

5. Guru berbincang
dengan murid kegiatan
yang menyebabkan
kepupusan haiwan
dengan tayangan
power point.

6. Guru menanyakan
soalan yang berada
dalam buku teks.

KBKK:
Menjana minda

Nilai:
Menyayangi
ciptaan Tuhan
Set
Perkembangan
(15 minit)
Aktiviti kumpulan 1. Murid dibahagikan
kepada lima kumpulan
yang sudah diberitahu
sebelum ini.

2. Murid berbincang
secara kumpulan
tentang kepentingan
dan usaha melindungi
haiwan yang kian
pupus.

Teknik:
Perbincangan
kumpulan

Nilai:
Melindungi alam
sekitar


3. Setiap kumpulan
diminta membuat
pembentangan untuk
menerangkan hasil
mereka.

Sesi Apresiasi
dan Refleksi
(15 minit)
Menghasilkan Kad
Anti Kepupusan
dengan
menggunakan bahan
buangan.
1. Setiap murid diminta
menghasilkan satu
Kad Anti Kepupusan
yang menunjukkan
perasaan sayang
mereka terhadap
haiwan. Kad yang
dihasilkan harus
merangsang
kesedaran masyarakat
tentang kepupusan
haiwan.

2. Guru memaparkan
contoh kad yang telah
disediakan.

3. Guru menerangkan
cara membuat kad
tersebut secara
ringkas kepada murid.

4. Guru memilih lima hasil
yang baik dan
meminta murid
menerangnya secara
ringkas kepada rakan
mereka.
Teknik
Projek

KBKK:
Mereka cipta

BBM:
Contoh kad

Nilai:
Menghargai
kepentingan alam





Penutup
(5 minit)
Rumusan 1. Guru membimbing
murid membuat
rumusan tantang apa
yang telah dipelajari.

2. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang
nilai murni yang boleh
diamalkan.


KBKK:
Membuat
kesimpulan

Nilai Sampingan:
Bertanggungjawab

Anda mungkin juga menyukai