Anda di halaman 1dari 27

1.

0 PENGENALAN

Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji tentang kurangnya minat Generasi Y terhadap budaya
marhaban di Panchor, Muar, Johor. Tajuk kajian pengkaji ialah Budaya Marhaban dalam
kalangan generasi Y di Panchor 84600 Muar, Johor. Pengkaji memilih tajuk ini kerana generasi
Y seakan-akan meminggirkan dan melupakan budaya marhaban ini.

Budaya menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (m/s 212) merupakan
tamadun atau peradaban.

Seterusnya, marhaban, ialah kunjungan berkelompok dari rumah ke rumah dengan


mengiramakan puji-pujian kebesaran Allah dan Baginda Rasulullah, jarang sekali kita
mengertikan di sebalik maksud tersiratnya. Selain mempererat silaturahim dan menyucikan diri
melalui pengampunan dosa sesama insan, marhaban adalah simbol kepada kekuatan ummah
dan tanda kesatuan masyarakat.Ia adalah elemen asas adat yang menunjukkan tanda kesyukuran
kita dapat menyambut lebaran. Namun, pembangunan dan `pemulauan' ekonomi masyarakat
menyaksikan marhaban semakin dipinggirkan. Marhaban ketika ini dilakukan secara ala kadar
atau di sesetengah penempatan Melayu moden, ia langsung disingkirkan. Alasan yang
diberikan adalah masing-masing terlalu sibuk dengan kerja atau tiada orang yang hendak
mengikutinya kerana semua telah balik ke kampung masing-masing. Selepas pulang daripada
kampung, masing-masing sibuk pula kembali memikirkan urusan keduniaan.

(Sebahagian daripada artikel 'Hidupkan Tradisi Marhaban di Hari Raya' ditulis oleh Mizam
Rahim pada 14 Disember 2001 di Utusan Malaysia. Baca artikel penuh di sini.)

Marhaban juga merupakan ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak


penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah. Ungkapan syair-syair ini telah
diperkenalkan oleh pendakwah dan mubaligh-mubaligh Islam sebagai salah satu cara menarik
perhatian masyarakat pada zaman dahulu. Ungkapan-ungkapan syair ini telah berevolusi
sehingga kini dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah S.A.W
dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Ta’ala.

1
Minat adalah suatu keadaan dimana seseorang mempunyai perhatian terhadap sesuatu
dan disertai keinginan untuk mengetahui dan mempelajari maupun membuktikan lebih lanjut
Bimo Walgito (1981: 38). Dalam belajar diperlukan suatu pemusatan perhatian agar apa yang
dipelajari dapat dipahami. Sehingga siswa dapat melakukan sesuatu yang sebelumnya tidak
dapat dilakukan. Terjadilah suatu perubahan kelakuan. Perubahan kelakuan ini meliputi seluruh
pribadi siswa; baik kognitip, psikomotor maupun afektif. W. S Winkel mengatakan bahwa
minat adalah kecenderungan yang agak menetap untuk merasa tertarik pada bidang-bidang
tertentu dan merasa senang berkecimpung dalam bidang itu (1983 : 38), sedangkan menurut
Witherington (1985 : 38) minat adalah kesadaran seseorang terhadap suatu objek, seseorang,
suatu soal atau situasi tertentu yang mengadung sangkut paut dengan dirinya atau dipandang
sebagai sesuatu yang sadar.(https://zaifbio.wordpress.com/tag/definisi-minat/

Siapa itu Generasi Y?

Generasi Y, yang biasanya juga disebut sebagai generasi millenium, merupakan generasi yang
muncul selepas generasi X. Ungkapan generasi Y itu mula dipakai pada editorial akhbar besar
di Amerika Syarikat bulan Ogos tahun 1993.Pada saat itu editor akhbar tersebut sedang
membincangkan para remaja yang pada masa itu baru berumur 12-13 tahun, namun mempunyai
tingkah laku yang berbeza dengan Generasi X. Kemudian syarikat-syarikat pada masa itu mulai
mengelompokan anak-anak yang lahir selepas tahun 1980-an sebagai anak-anak Generasi
Y.Hingga saat ini, apabila kita membaca pelbagai literatur yang membincangkan tentang
Generasi Y, tidak pernah ada suatu perjanjian kapan generasi ini bermula. Sebahagian
kesusasteraan menetapkan bahawa mereka adalah generasi yang lahir di awal tahun 1980-an,
namun banyak juga kesusasteraan yang menetapkan bahawa generasi ini lahir di awal, di tengah
bahkan di akhir 1990-an.Semua kesusasteraan juga bersetuju bahawa sebahagian besar orang
tua Generasi Y adalah generasi baby boomers, yang mempunyai kecenderungan untuk
mempunyai keluarga kecil, sehingga biasanya mereka hanya mempunyai kakak atau adik, tidak
lebih daripada 3 orang. Walaupun mereka tidak suka, Generasi Y dianggap sebagai Suksesor
dari Generasi X.

Rasional kajian ini dijalankan adalah disebabkan budaya marhaban ini semakin
terpinggir dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya kepada Generasi Y. Hal ini tidak
boleh dipandang enteng memandangkan mereka akan menjadi pewaris generasi yang akan
datang. Kita juga tidak mahu budaya marhaban ini terus luput ditelan zaman. Semua pihak
haruslah bekerjasama menggalakkan budaya marhaban ini supaya dapat diwarisi anak cucu kita
kelak.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dasawarsa ini, budaya marhaban di kalangan generasi Y yang semakin dipinggirkan amat
membimbangkan kerana mereka lah yang bakal mewarisi negara ini, sekali gus bakal mewarisi
budaya dan adat yang dipelihara sejak turun-temurun. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mencapai objektifnya iaitu;

1. Mengkaji faktor yang menyebabkangenerasi Y di Panchor, Muar, Johor kurang


berminat terhadap budaya marhaban.
2. Mengenal pasti Cara mengekalkan budaya ini agar tidak hilang di telan zaman

3
3.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian telah dijalankan di Panchor. Lokasi kajian ini berhampiran dengan kawasan
Pekan Pagoh. Kawasan Pekan Pagoh terletak kira-kira 22 kilometer dari Bandar Muar. Daerah
Muar terletak di daerah Barat Laut negeri Johor dengan keluasan 2346.12km persegi dengan
penduduk seramai 328695 orang. Bandar Muar terletak pada 2’3N 102’34E di muara sungai
Muar. Ia adalah 50km ke utara Batu Pahat dan 179km ke barat laut singapura.

Peta 1 . Peta Kawasan Panchor

Sumber : Google Map

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4
Dalam kajian ini, kami menggunakan borang soal selidik dan kaedah temu bual
terhadap penduduk Panchor. Kaedah pemerhatian juga digunakan terhadap
pemerhatian orang kampung terhadap pemakanan nasi ambang ini.

4.1 Populasi dan pensempelan kajian.

Menurut Chua Yan Piaw(2006), persempelan adalah berkaitan dengan proses


memilih sebilangan subjek sesuatu populasi untuk dijadikan sebahagian responden
kajian. Persempelan merupakan satu subjek yang penting dalam penyelidiakn kerana
penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahihan dan
kebolehpercayaan kajian. Populasi kajian terdiri daripada penduduk Pekan Panchor
yang kebanyakkannya sudah mula meminggirkan dan melupakan tentang Budaya
Marhaban Di Johor. Persempelan rawak dilakukan terhadap penduduk Panchor.
Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik.

4.2 Kaedah Pengumpulan Data Kajian

a) SoalSelidik

Kaedah soal selidik digunakan untuk mengkaji persepsi penduduk Pekan


Panchor terhadap Budaya Marhaban ini.. Responden terdiri daripada 30 orang
penduduk. Borang soal selidik ini menggunakan 4 halaman bercetak. Halaman pertama
Bahagian A. Halaman kedua Bahagian B dan Halaman ketiga Bahagian C.

Bahagian A: Data demografi responden

1. Bahagian B: Faktor-faktor yang menyebabkan generasi Y di Panchor, Muar,


Johor kurang berminat terhadap budaya marhaban.
2. Bahagian C: Langkah-Langkah supaya budaya Marhaban terpinggir
dalam kalangan masyarakat Melayu sekarang

b)Temu bual

Menurut Chua Yan Piaw(2006), temu bual merupakan salah satu kaedah
mengumpul maklumat utama dalam kajian tinjaun. Ia sama dengan kaedah soal selidik
dalam banyak aspek. Perbezaanya ialah cara melaksanakan kajian iaitu temu bual
dilakukan secara lisan (perbualan) dan jawapan direkod oleh pengkaji secara bertulis
melalui rakaman kaset, video dan media elektronik yang lain. Pengkaji menyediakan

5
satu set borang temu bual yang digunakan untuk mencatat maklumat nama penyelidik
dan responden , tarikh dan tempat temu bual serta soalan dan jawapan yang diberikan
oleh responden. Kaedah temu bual tidak formal digunakan untuk mendapatkan
maklumat berkaitan dengan amalan Budaya Marhaban semakin dipinggirkan oleh
masyarakat melayu sekarang. Dalam setiap temu bual 8 soalan akan diberikan kepada
pihak responden. Setiap temu bual yang dilakukan ianya akan dicatat seperti mana yang
tertera dibahagian temu bual di halaman seterusnya.

c)Pemerhatian

Terdapat dua jenis kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian
lapangan iaitu kaedah pemerhatian sisitematik dan pemerhatian peserta. Pemerhatian
sistematik ialah kaedah dimana peristiwa semulajadi dipilih, dicatat, direkod ke dalam
unit-unit yang bermakna dan dihuraikan oleh pemerhati yang bukan peserta kajian.
Pemerhati peserta pula ialah kaedah kajian yang dimana pemerhati merupakan salah
seorang peserta di bawah pemerhatian, iaitu pemerhatian terlibat terus dengan peristiwa
di bawah kajian (Chua Yan Piaw 2006). Dalam kajian ini, kaedah pemerhati peserta
digunakan. Kaedah pemerhatian digunakan untuk melihat sendiri penglibatan generasi
Y di majlis-majlis marhaban di Panchor.

d)Sumber lain

Merupakan bahan yang dapat diperolehi daripada buku rujukan, majalah, jurnal,
keratan akhbar dan kajian-kajian lepas. On-line database dan internet database juga
digunakan dalam pengumpilan data bagi kajian lepas. Ia merupakan data tambahan dan
asas yang penting bagi menjayakan sesuatu kajian.

4.3 Kaedah Analisis Data

Semua data yang diperoleh daripada soal selidik terhadap responden


dikemaskini dan ditunjukkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan penganalisian.
Oleh itu, bagi maklumat latar belakang responden boleh diketegerikan sebagai
pemboleh ubah nominal dianalisis menggunakan nilai peratus mudah untuk
menerangkan hubungan antara satu sama lain. Bagi menganalisis tahap persepsi

6
penduduk menurut responden dalam soalan berbentuk skala likert, pengiraan peratus
digunakan.

Bagi soalan-soalan bahagian A, ia dianalisis dengan kaedah peratus mudah. Kaedah ini
digunakan untuk mengetahui peratus kekerapan responden yang dikaji. Data ini
kemudianya akan dipaparkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Bahagian B dan C
dianalisi secara keseluruhan dan kemudianya dianalisis mengikut sapek-aspek tahap
pesepsi penduduk serta mengikut item-item yang dikaji. Analisis yang digunakan juga
menggunakan peratus yang mudah. Data yang telah dianalisis dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan carta pai.

Menurut N.Gevaratnam(2001) jadual ialah salah satu cara atau kaedah untuk
menyampaikan maklumat sistematik. Jadual membolehkan data dalam bentuk angka
disampaikan dengan lebih teratur denagn cara penyusunan yang sistematik. Secara
umumnya terdapat dua jenis jadual iaitu jadual biasa dan jadual kompleks. Jadual
berbentuk biasa hanya mengandungi tiga aspek iaitu perkara, tahun dan jumlahnya.
Jadual berbentuk kompeks pula mempunyai pelbagai aspek dalam satu jadual
contohnya perkara, tahun, jumlah, peratus dan peratus perubahannya. Untuk kajian ini
pengkaji memilih untuk membuat jadual berbentuk kompleks.

Carta pai atau carta bulatan ialah satu kaedah penyampaian data yang dapat
mengambarkan pecahan beberapa pembolehubah seperti peratus daripada aspek yang
dikaji serta peratus responden yang masih gemar memakan makanan nasi ambang.
Setiap pembolehubah dilukis berdasarkan nilai darjah yang membentuk jumlah
keseluruhan sebanyak 360 darjah(N.Gevaratnam,2001). Dalam kajian ini carta pai
digunakan untuk mengambarkan peratusan yang diperolehi daripada ketiga-tiga kaedah
yang digunakan dalam mencari maklumat makanan nasi ambang tersebut. Setiap
peratus akan digambarkan melalui keseluruhan bulatan yang bernilai 360 darjah.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada boring soal selidik dan pemerhatian.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

7
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa dan segelintir pelajar yang
telah disoal selidik. Huraian analisis demografi maklumat responden melibatkan aspek
umur, jantina dan pekerjaan. Maklumat ini disembahkan dalam bentuk jadual dan carta
pai.

Jadual 1 dibawah menunjukkan pecahan maklumat responden daripada kalangan ibu


bapa dan segelintir pelajar di Panchor, Muar, Johor berdasarkan umur, jantina dan
pekerjaan.

JADUAL 1:ANALISIS DEMOGRAFI RESPONDEN

Bil Faktor Kategori Kekerapan Peratus

Perempuan 12 40%
1 Jantina
Lelaki 18 60%

15-25 7 23.3%
2 Umur 26-35 14 46.7%

36-45 9 30%

Swasta 10 33.33%
Kerajaan 4 13.33%
3 Pekerjaan Sendiri 4 13.33%

Tidakbekerja 8 26.67%
Pelajar 4 13.33%

8
DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT
JANTINA

lelaki
40%
perempuan
60%

Carta 1: Demografi Responden Mengikut Jantina.

Sumber: kajian lapangan(2015)

Berdasarkan rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden mengikut


jantina penduduk Panchor, Muar, Johor. Terdapat 18 orang responden lelaki daripada
30 orang responden yang telah disoal selidik bersamaan 60%.Sementara itu, 12 orang
responden perempuan, iaitu kira-kira 40%. Berdasarkan dapatan kajian, didapati ada
perbezaan yang sangat ketara berkaitan pendapat antara responden lelaki dengan
responden perempuan.

9
DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT UMUR.

50% 23.30%
15-25
26-35
36-45
46.70%

Carta 2 : Demografi Responden Mengikut Umur.

Sumber :kajian lapangan(2015)

Carta 2 menunjukkan demografi responden mengikut umur. Berdasarkan kajian


ini, terdapat 7 responden yang berusia 15 hingga 25 tahun. Manakala terdapat 9 orang
responden yang berusia 26 hingga 35 tahun. Responden yang berusia 36 hingga 45
tahun merupakan bilangan yang tertinggi dalam soal selidik ini iaitu 14 orang
responden. Terdapat perbezaan pendapat antara golongan muda dan golongan yang
berusia.Generasi Y dalam lingkungan 15-40 tahun didapati kurang pendedahan dan
kurang meminati budaya marhaban berbanding golongan yang berusia.

10
DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT PEKERJAAN

13.30%
swasta
33.30%
kerajaan

26.70% sendiri
tidak bekerja

13.30% pelajar
13.30%

Carta 3: Demografi Reponden Mengikut Pekerjaan.

Sumber: kajian lapangan(2015)

Carta 3 menunjukkan demografi responden mengikut pekerjaan. Terdapat


seramai 10 orang yang bekerja di sektor swasta dan terdapat 8 orang responden yang
tidak bekerja. Bagi sektor kerajaan, bekerja sendiri dan pelajar hanya 4 orang responden
sahaja. Peratus bagi sektor swasta ialah 33.3% manakala bagi tidak bekerja pula ialah
26.7%. seterusnya peratus bagi sektor kerajaan, bekerja sendiri dan pelajar ialah 13.3%
sahaja. Kebanyakan responden-responden terdiri daripada pihak swasta.

11
5.2 ANALISIS FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN GENERASI Y DI
PANCHOR, MUAR, JOHOR KURANG BERMINAT TERHADAP BUDAYA
MARHABAN

I) Pengetahuan mengenai marhaban

N ITEM-ITEM S TS TP
O
1 Saya mengetahui apa itu barzanji dan marhaban 14 10 6
(47%) (33%) (20%)
2 Marhaban kebiasaannya diadakan dalam majlis 10 8 12
maulidirrasul, perkahwinan, tahlil dan sebagainya (33%) (27%) (40%)
3 Saya mempunyai kemahiran membaca dan menghafal 8 9 13
dalam marhaban dengan baik (27%) (30%) (43%)
4 Budaya barzanji dan marhaban sesuai untuk semua 9 12 9
peringkat usia (30%) (40%) (30%)

5 Terdapat pelbagai irama/lagu dalam seni barzanji dan 7 11 12


marhaban (23%) (37%) (40%)
Jadual 2: Pengetahuan mengenai marhaban

50% 47%
45% 43%
40% 40% 40%
40% 37%
35% 33% 33%
30% 30% 30%
30% 27% 27%
S
25% 23%
20% TS
20% TP
15%

10%

5%

0%
ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5

Graf 1 : Pengetahuan Mengenai Marhaban

12
5.2.1 Faktor mengenai pengetahuan Marhaban Yang rendah dalam kalangan
generasi Y

Berdasarkan maklumat daripada borang soal selidik yang diedarkan


berdasarkan jawapan responden di dapati pengetahuan respoden terhadap aktiviti
marhaban ini adalah di tahap yang rendah. Hal ini menunjukkan hal ini menjadi salah
satu sebab kurangnya penyertaan golongan generasi Y di Panchor dalam aktiviti
bermarhaban.

Berikut pengkaji hanya memilih beberapa item bagi faktor ini untuk
dibincangkan hasil dapatannya.

5.2.1.1 Item 1: Saya Mengetahui apa itu Barzanji dan Marhaban

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 47% responden yang


mengetahui apa itu barzanji dan marhaban, manakala 33% tidak setuju dan 20% tidak
pasti. Golongan muda kurang menyertai aktiviti seperti ini sehingga ada yang tidak tahu
apa yang dikatakan sebagai berzanji dan marhaban. Mereka mewakili responden yang
menyatakan tidak pasti sebanyak 20%. Golongan ini adalah dari kalangan yang
berumur antara 15 hingga 20 tahun. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan
pendedahan terhadap budaya marhaban ini masih di tahap sederhana. Walau
bagaimanapun, sebanyak 47% responden yang mewakili 14 orang mengetahui apa itu
barzanji dan marhaban. Mereka adalah golongan yang berusia 25 tahun ke atas.
Terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara mereka.

5.2.1.2 Item 4 : Budaya barzanji dan marhaban sesuai untuk semua peringkat
usia

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 30% responden yang bersetuju
dengan pernyataan di atas, manakala 40% tidak setuju dan baki 30% tidak pasti.
Sebanyak 40% responden mewakili 12 orang yang tidak bersetuju dengan pernyataan
"Budaya barzanji dan marhaban sesuai untuk semua peringkat usia" . Hal ini secara
tidak langsung jelas menunjukkan majoriti responden berfikiran tipikal di mana hanya
golongan tertentu sahaja yang sesuai untuk mengikuti budaya marhaban dan barzanji
ini. 30% peratus responden yang mewakili 9 orang responden bersetuju dengan
pernyataan di atas manakala bakinya memberi maklum balas tidak pasti. Hal ini

13
demikian kerana rata-rata golongan muda merasakan budaya marhaban hanya sesuai
untuk golongan tua sahaja.

II. Faktor Pengaruh Ibu Bapa dan Kaum Keluarga

NO ITEM-ITEM S TS TP
1 Ibuataubapasertakeluargasayaseringmenyertairo 10 16 4
mbonganmarhaban yang diadakan di kampung (33%) (54%) (13%)
2 Datukataunenekseringmenyertairombonganmarh 13 11 6
aban di sekitarkampung (43%) (37%) (20%)
3 Setiap kali mengadakankendurikesyukuran, 16 10 4
perkahwinan, ataubacaanyassin, (54%) (33%) (13%)
ibuataubapasayaseringmenjemput orang
untukbermarhaban
4 Rombonganmarhabanseringbermaharban di 12 10 8
rumahsaya (40%) (33%) (27%)
5 Ibubapasayaseringmengajaksayamengikutiromb 8 10 12
onganbermarhaban. (27%) (33%) (40%)
Jadual 3 : Pengaruh Ibu Bapa Dan Kaum Keluarga

60%
54% 54%

50%
43%
40% 40%
40% 37%
33% 33% 33% 33%
S
30% 27% 27%
TS
20% TP
20%
13% 13%

10%

0%
ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5

Graf 2 :Pengaruh Ibu Bapa Dan Kaum Keluarga

14
5.2.2 Faktor Pengaruh Ibu Bapa dan kaum Keluarga

Pengaruh ibu bapa dan kaum keluarga sebenarnya amat mempengaruhi minat
golongan generasi Y untuk menyertai aktiviti bermahaban. Berdasarkan jawapan dari
hasil soal selidik responden, didapati kaum keluarga responden masih mengamalkan
dan menitik beratkan budaya bermahaban ini. Namun kurang menggalakkan atau tidak
mengajak atau menarik minat golongan ini untuk turut sama menyertai aktivi ini.

Berikut pengkaji hanya memilih beberapa item dari jadual faktor pengaruh ibu bapa
dan kaum keluarga untuk dibincangkan hasil dapatannya.

5.2.2.1 Item 1 : Ibu atau bapa serta keluarga saya sering menyertai rombongan
marhaban yang diadakan di kampung

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati hanya 33% responden yang


bersetuju dengan pernyataan di atas, manakala 54% tidak setuju dan 13% tidak
pasti.Kajian yang dijalankan juga menunjukkan pengaruh ibu bapa dan kaum keluarga
memberi impak kepada minat Generasi Y di Panchor terhadap budaya marhaban.
Sebanyak 54% responden mewakili 16 orang menyatakan tidak setuju dengan
pernyataan 'Ibu atau bapa serta keluarga saya sering menyertai rombongan marhaban
yang diadakan di kampung' .Hal ini bermaksud ibu bapa juga kurang terlibat dalam
aktiviti ini, menyebabkan kurang pendedahan kepada anak-anak dan menyebabkan
generasi Y kurang berpengetahuan serta tidak minat untuk menyertai aktiviti marhaban
. Hanya 33% mewakili 10 orang sahaja yang bersetuju dengan pendapat ini dan baki
13% iaitu 4 orang responden menyatakan tidak pasti.

5..2.2.2 Item 2: Ibu bapa saya sering mengajak saya mengikuti rombongan
bermarhaban.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 27% responden yang bersetuju,
manakala 33% tidak setuju dan 40% tidak pasti.Tidak ramai ibu bapa yang mengajak
anak-anak mereka menyertai rombongan marhaban yang diadakan oleh persatuan
penduduk . Sebanyak 27% sahaja responden mewakili 8 orang yang bersetuju bahawa
ibu bapa mereka sering mengajak mereka mengikuti rombongan marhaban . Terdapat
ibu bapa yang tidak mengajak anak-anak mengikutiaktiviti marhaban seperti ini

15
sehingga ada yang tidak tahu apa yang dikatakan sebagai berzanji dan marhaban.
Mereka mewakili responden yang menyatakan tidak pasti sebanyak 40%. Golongan ini
adalah dari kalangan muda di Panchor. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan
pendedahan terhadap budaya marhaban ini masih di tahap sederhana. Malahan, hanya
33% responden yang mewakili 10 orang menyatakan tidak setuju.

III. Sikap Remaja Masa Kini

NO ITEM-ITEM S TS TP
1 Saya malu untuk melibatkan diri dalam budaya 13 6 11
marhaban (43%) (20%) (37%)
2 Saya beranggapan budaya marhaban adalah 7 11 12
aktiviti yang membosankan (23%) (37%) (40%)
3 Saya menganggap budaya marhaban adalah 8 9 13
ketinggalan zaman (27%) (30%) (43%)
4 Saya lebih suka kepusat hiburan atau pusat 13 8 9
membeli-belah (43%) (27%) (30%)
5 Marhaban hanya sesuai untuk golongan tua 18 10 2
(60%) (33%) (7%)
Jadual 4: Sikap Remaja Masa Kini

70%
60%
60%

50%
43% 43% 43%
40%
40% 37% 37% S
33%
30% 30% TS
30% 27% 27%
23% TP
20%
20%

10% 7%

0%
ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5

Graf 3 : Sikap Remaja Masa Kini

16
5.2.3 Sikap Remaja Masa Kini

Berdasarkan hasil analisis daripadaa faktor sikap remaja masa kini didapati rata-
rata generasi Y menganggap aktiviti bermarhaban sudah agak ketinggalan, dan tidak
sesuai dengan jiwa mereka. Mereka tidak suka untuk terlibat didalam aktiviti yang
berbentuk sosial, dan manganggap aktiviti seperti ini membosankan dan tidak sesuai
dengan jiwa mereka. Hal ini menyebabkan golongan ini kurang terlibat dan berasa
ketinggalan zaman dan malu untuk ikut serta dengan aktiviti yang berbentuk sosial
seperti ini.

Berikut pengkaji hanya memilih beberapa item dari jadual faktor sikap remaja masa
kini untuk dibincangkan hasil dapatannya.

5.2.3.1 Item 1 : Saya malu untuk melibatkan diri dalam budaya marhaban

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 43% responden yang bersetuju,
manakala 20% tidak setuju dan 37% tidak pasti . Faktor utama yang menjadi punca
kurangnya minat generasi Y di Panchor ialah sikap remaja itu sendiri. Seramai 13 orang
daripada 30 responden yang mewakili 43% menyatakan bahawa mereka malu untuk
melibatkan diri dalam budaya marhaban. Fakta ini dikukuhkan lagi hanya 20% yang
mewakili 6 responden yangmengatakan sebaliknya.Seramai 11 orang yang mewakili
37% responden pula menyatakan tidak pasti.

5.2.3.2 Item 2 : Marhaban hanya sesuai untuk golongan tua

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 60% responden yang bersetuju,
manakala 33% tidak setuju dan 7% tidak pasti. Pemikiran sebegitu wujud kerana
mereka tidak didedahkan secara langsung dengan aktiviti marhaban. Seramai 18 orang
atau 60% responden yang bersetuju dengan pendapat di atas. Tidak diragukan lagi
apabila hanya 33% responden atau 10 orang yang tidak bersetuju manakala selebihnya
2 orang atau 7% mengatakan tidak pasti.

IV. Teknologi masa kini

17
NO ITEM-ITEM S TS TP
1 Saya gemar melayari internet, menonton, televisyen, 13 5 12
dan melayani telefon pintar daripada menyertai (43%) (17%) (40%)
marhaban
2 Menghabiskan masa dengan permainan atas talian 12 9 9
lebih memberikan keseronokan kepada saya (40%) (30%) (30%)
berbanding menyertai marhaban
3 Saya kerap menonton filem dan video di rumah 12 8 10
daripada menyertai marhaban (40%) (27%) (33%)
4 Media sosial adalah medium untuksaya bermasyarakat 13 10 7
dengan penduduk di kampong saya (43%) (33%) (24%)
5 Saya suka mengemaskini blog peribadi saya 9 8 13
(30%) (27%) (43%)
Jadual 5 : Teknologi Masa Kini

50%

45% 43% 43%


40% 40% 40%
40%

35% 33% 33%


30%30% 30%
30% 27% 27%
S
24%
25%
TS
20% 17% TP
15%

10%

5%

0%
ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5

Graf 4: Teknologi Masa Kini

5.2.4 Teknologi Masa Kini

Dunia genarasi X berbeza dengan dunia generasi Y. Itu yang dapat disimpulkan
daripada faktor ini. Berdasarkan temubual yang dijalankan, rata-rata generasi Y
menganggap aktiviti bermarhaban sudah agak ketinggalan, dan tidak sesuai dengan

18
jiwa mereka. Hal ini demikian kerana generasi Y sejak dari kecil telah terdedah dengan
dunia visualisasi. Maka minat mereka lebih kepada aktiviti yang berbentuk maya dan
visual yang lebih berbentuk dalaman atau 'indoor'. hal ini menyebabkan golongan ini
kurang terlibat dan berasa ketinggalan zaman dan malu untuk ikut serta dengan aktiviti
yang berbentuk sosial seperti ini.

Berikut pengkaji hanya memilih beberapa item dari jadual faktor teknologi masa kini
untuk dibincangkan hasil dapatannya.

5.3.5 Item 1 : Saya gemar melayari internet, menonton, televisyen, dan melayani
telefon pintar daripada menyertai marhaban.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 43% responden yang bersetuju,
manakala 17% tidak setuju dan 40% tidak pasti.Teknologi masa kini juga merupakan
salah satu faktor yang mendominasi kurangnya minat Generasi Y di Panchor. Umum
mengetahui bahawa Generasi Y ini mendapat pendedahan terhadap gajet-gajet canggih.
Mereka mudah mengakses maklumat dengan hanya di hujung jari. 43% mewakili 13
responden bersetuju bahawa mereka gemar melayari internet, menonton televisyen dan
melayani telefon pintar. 20% yang tidak bersetuju dengan pernyataan itu diwakili 5
orang responden dan selebihnya iaitu 12 orang atau 40% memberikan pernyataan tidak
pasti.

3.3.6 Item 2 : Menghabiskan masa dengan permainan atas talian lebih


memberikan keseronokan kepada saya berbanding menyertai marhaban

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 40% responden yang bersetuju,
manakala 30% tidak setuju dan 30% tidak pasti. Tidak dinafikan, Generasi Y ini lebih
cenderung untuk menghabiskan masa dengan permainan atas talian lebih memberikan
keseronokan kepada mereka berbanding menyertai aktiviti marhaban. Seramai 12 orang
mewakili 40% responden bersetuju dengan pernyataan di atas, manakala masing-
masing 9 orang atau 30% menyatakan tidak setuju dan tidak pasti.

V. PENGARUH RAKAN SEBAYA

NO ITEM-ITEM S TS TP
1 Rakan-rakan saya menyertai kumpulan marhaban. 12 9 9
(40%) (30%) (30%)

19
2 Rakan-rakan mengajak saya menyertai aktiviti 11 12 7
marhaban di kampung. (37%) (40%) (23%)

3 Rakan-rakan tidak berminat dengan aktiviti 13 6 11


marhaban (43%) (20%) (37%)
4 Saya lebih gemar melakukan aktiviti sosial yang 10 8 12
lain bersama rakan sebaya (33%) (27%) (40%)
5 Rakan-rakan akan mentertawakan saya jika saya 11 9 10
menyertai marhaban (37%) (30%) (33%)
Jadual 6: Pengaruh Rakan Sebaya

50%

45% 43%
40% 40% 40%
40% 37% 37% 37%
35% 33% 33%
30%30% 30%
30% 27%
S
25% 23%
20% TS
20% TP
15%

10%

5%

0%
ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5

Graf 5: Pengaruh Rakan Sebaya

5.2.5 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sangat mempengaruhi minat dan aktiviti generasi Y. Memang tidak


dapat dinafikan faktor persekitaran amat memainkan peranan dalam membentuk minat
golongan remaja. dariapada hasil analisis dan dapatan, mendapati, generasi Y kurang
terlibat dalam aktiviti bermarhaban kerana kurangnya penglibatan rakan-rakan mereka
dalam aktiviti seperti ini. jika ada pun hanya pada musim perayaan sahaja. Tambahan
pula mereka berasa malu untukn turut sama kerana rata-rata yang terlibat dalam aktiviti
ini hanyalah golongan tua.

20
Berikut pengkaji hanya memilih beberapa item dari jadual faktor pengaruh rakan
sebaya untuk dibincangkan hasil dapatannya.

5.2.5.1 Item 1 : Rakan-rakan saya menyertai kumpulan marhaban.

Bagi tujuan penulisan ini, pengkaji hanya memilih beberapa item untuk dibincangkan
hasil dapatannya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 40% responden yang bersetuju,
manakala 30% tidak setuju dan 30% tidak pasti . Faktor terakhir kurangnya minat
Generasi Y terhadap budaya marhaban ialah pengaruh rakan sebaya. 12 orang yang
mewakili 40 responden adalah majoriti yang bersetuju dengan pernyataan di atas. 30%
responden atau 9 orang tidak bersetuju dan baki selebihnya iaitu 30% responden yang
yang juga diwakili 9 orang menyatakan tidak pasti.

5.2.5.2 Item 2 : Rakan-rakan mengajak saya menyertai aktiviti marhaban


di kampung.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 37% responden yang bersetuju,
manakala 40% tidak setuju dan 23% tidak pasti . Seramai 11 orang mewakili 37%
responden mengatakan rakan-rakan mereka ada mengajak untuk mengikut aktiviti
marhaban di kampung. Manakala, 40% responden atau 12 orang mengatakan rakan-
rakan mereka tidak mengajak untuk menyertai aktiviti marhaban dan bakinya iaitu 17
orang atau 23% responden yang memberikan pernyataan tidak pasti. Hal ini demikian
kerana, rakan-rakan memberikan pengaruh terbesar kepada Generasi Y untuk
memupuk minat mereka menyertai aktiviti marhaban ini.

5.3 ANALISIS LANGKAH-LANGKAH SUPAYA BUDAYA MARHABAN


TIDAK TERPINGGIR DALAM KALANGAN GENERASI Y

21
NO ITEM-ITEM S TS TP
ITEM
Peranan Ibu bapa mengajak anak-anak menyertai 13 7 10
1 kunjungan marhaban (43%) (23%) (34%)
Pihak sekolah perlu mengada kan aktiviti marhaban 13 10 7
2 saban tahun (43%) (34%) (23%)

Menubuhkan persatuan marhaban yang disertai oleh 12 7 11


3 kalangan Generasi Y di setiap kawasan perumahan (40%) (23%) (37%)
Kerajaaan mewajibkan penerapan tentang budaya 11 8 11
4 marhaban dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (37%) (26%) (37%)

Pihak berkenaan menganjurkan aktiviti marhaban 10 7 13


5 pada peringkat daerah supaya lebih meriah (34%) (23%) (43%)

Jadual 7 : Langkah LANGKAH-LANGKAH SUPAYA BUDAYA MARHABAN TIDAK


TERPINGGIR DALAM KALANGAN GENERASI Y

50%

45% 43% 43% 43%


40%
40% 37% 37% 37%
34% 34% 34%
35%

30%
26% S
25% 23% 23% 23% 23%
TS
20% TP
15%

10%

5%

0%
ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 5

22
Graf 6: LANGKAH-LANGKAH SUPAYA BUDAYA MARHABAN TIDAK
TERPINGGIR DALAM KALANGAN GENERASI Y

Bagi tujuan penulisan ini, pengkaji hanya memilih beberapa item untuk dibincangkan
hasil dapatannya.

5.3.1 Item 1: Kerajaaan mewajibkan penerapan tentang budaya marhaban


dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 37% responden mewakili


11orang yang bersetuju, manakala 8 orang atau 26% responden tidak setuju dan baki
37% responden iaitu 11 orang tidak pasti .Pihak Kementerian Pelajaran juga boleh
memainkan peranannya dalam perkembangan seni barzanji dan marhaban. Pengkaji
mendapati aktiviti seni barzanji dan marhaban di peringkat sekolah adalah inisiatif
sekolah itu sendiri seperti ada yang mengadakannya sempena majlis maulidirrasul.
Antara usaha yang boleh diambil oleh pihak kementerian ialah mengadakan
pertandingan/perujian barzanji dan marhaban antara sekolah-sekolah hingga peringkat
kebangsaan sepertimana diadakan Majlis Tadarrus al-Quran (MTQ). Berdasarkan
kepada kajian yang dibuat, majoriti pelajar juga memberikan respon yang positif
sekiranya seni barzanji dan marhaban ini dijadikan salah satu dari kegiatan ko-
kurikulum sekolah, ini akan menjadi satu platform yang baik kepada mana-mana
pelajar yang berminat untuk mendalaminya.Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga boleh
memberi sumbangan kepada menyemarakkan program seni barzanji dan marhaban.
Pihak IPT selalu mengadakan seminar, persembahan, pertandingan pelbagai acara
kesenian terutamanya yang berkait rapat dengan kebudayaan dan warisan negara. Ini
akan memberi impak yang positif kepada seni barzanji dan marhaban sekiranya diberi
tempat dalam program-program sedemikian. Satu usaha yang baik dan efisyen
sekiranya seni warisan Islam ini dijadikan salah satu dari kursus pilihan bagi pelajar-
pelajar di IPT.

5.3.2 Item 2: Pihak berkenaan menganjurkan aktiviti marhaban pada peringkat


daerah supaya lebih meriah

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 34% responden mewakili 10


orang yang bersetuju, manakala 7 orang atau 23% responden tidak setuju dan baki 43%
responden iaitu 13 orang tidak pasti .Pihak kerajaan khususnya melalui Kementerian
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan atau ringkasnya KeKKWa boleh memainkan
peranan yang amat berkesan. Seni barzanji dan marhaban juga sebagai satu seni warisan
yang telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak dari zaman berzaman. Keprihatinan
pihak kementerian terbabit terhadap perkembangan seni warisan ini amatlah dialu-
alukan. Adalah amat bertepatan sekiranya pihak KEKWA turut meletakkannya di
bawah pengelolaan kementerian tersebut kerana aspek seni, budaya dan warisan amat
relevan dengan seni barzanji dan marhaban itu sendiri. Program-program berkaitan
boleh digerakkan oleh pihak kementerian seperti dalam bentuk seminar, persembahan,

23
festival samada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sepertimana yang selalu
diadakan pada jenis atau aspek kesenian yang lainnya. Ini tentu sekali memberi impak
yang amat baik kepada perkembangan seni warisan ini.

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Berdasarkan kajian yang dijalankan iaitu bertajuk


Budaya Marhaban Dalam Kalangan Generasi Y di Panchor. Pengkaji telah
menjalankan kajian ini dengan menggunakan kaedah soal selidik, kaedah temu bual
dan kaedah pemerhatian. Berdasarkan kajian tersebut, terdapat dua objektif bagi
menjadikan panduan untuk pengkaji menjalankan kajian iaitu mengkaji faktor yang
menyebabkan generasi Y di Panchor, Muar, Johor kurang berminat terhadap budaya
marhaban. Dan mengkaji cara mengekalkan budaya ini agar tidak hilang di telan zaman
.

Berdasarkan objektif mengkaji faktor yang menyebabkan generasi Y di Panchor, Muar,


Johor kurang berminat terhadap budaya marhaban. Didapati lima faktor utama yang
menyebabkan kurangnya penyertaan golongan ini dalam aktiviti bermarhaban iaitu

24
pengetahuan yang rendah berkaitan marhaban, pengaruh ibu bapa dan kaum keluarga,
Sikap golongan generasi Y itu sendiri, Pengaruh Teknologi masa kini, dan pengaruh
rakan sebaya.

Bagi mengkaji cara mengekalkan budaya ini agar tidak hilang di telan zaman
pengakaji telah mengenalpasti beberapa langkah, antaranya ialah Peranan Ibu bapa
mengajak anak-anak menyertai kunjungan marhaban, selain itu peranan yang perlu
dimainkan oleh pihak sekolah, dan usaha mempopularkan aktiviti marhaban ini oleh
pihak kerajaan.

Secara Keseluruhannya didapati bahawa minat generasi y terhadap aktiviti


bermahaban kian menipis. Aktiviti ini hanya kerap diamalkan oleh generasi X yang
masih aktif mempertahankan aktiviti bermahaban di Panchor. Manakala generasi Y
lebih berminat dengan aktiviti moden. Mereka hanya bermahaban ketika musim-musim
perayaan sahaja. Diharapkan kajian ini dapat membuka mata generasi Y supaya tidak
menganaktirikan budaya yang telah dianjurkan sejak zaman berzaman ini.

RUJUKAN

Abdul Ghaffar Abdul Quddus. 1993. Barzanji dan Konsep Amalannya di


Nusantara. Kuala Terengganu: Penerbit Yayasan Islam Terengganu.

Abu Bakar Selamat dan Nur Haffni Salleh. Kertas kerja. Usaha Yayasan
Warisan Johor untuk Memugar, Melestari dan Mengembangkan Seni Bacaan
Barzanji. Persidangan Meja Bulat: Seni Warisan Kitab Barzanji. Anjuran
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM. Puri Pujangga Universiti
Kebangsaan Malaysia. 21 Disember 2012.

Best, J.W and Kahn, J.V. 1989. Research in Education. 6th. Ed. New Jersey:
Prentice Hall.

25
Joyce P. Gall dan Walter R. Borg. 1996. Educational Research: An
Introduction. New York: Longman.

Majid Konting. 2002. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Martin Denscombe. 1988. The Good Research Guide. Buckingham: Open


University Press.

Miller dan Salkind. 2002. Handbook of Research Design and Social


Measurement. London: Sage Publication.

Mohd. Najib Abdul Ghaffar. 2003. Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik. Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. 2009. Amalan Barzanji Menurut


Perspektif Islam. Johor Bahru: Penerbit Pusat Islam Iskandar Johor.

Mujani Tarimin dan Fairuz el-Basri. Pembentukan Generasi Melalui Seni.


International Seminar on Islamic Thoughts. Islam: Past, Present and Future.
Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia. 7-9 Disember 2004

Selamat Hashim. 2008. Jati Diri Johor dalam Pelbagai Perspektif: Barzanji
dan Marhaban. Johor Bahru: Penerbit Yayasan Warisan Johor.

Sidek Mohd. Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan
Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

http://beliag2pemanis.blogspot.com/2013/08/79-marhaban-1434h-legasi-
sunnah-tradisi.html

26
http://www.mohdzulkifli.com/2008/10/aktiviti-marhaban-di-bulan-
syawal.html
http://cetusan-student.blogspot.com/2010/09/marhaban-aidilfitri.html
http://membinalegasi.com/v1/?p=2978
http://bicaraneem.blogspot.com/2012/08/marhaban-aka-baraan.html
http://azlanlin.blogspot.com/2012/08/batu-pahat-budaya-marhaban-di-kg-
baru.html#!/tcmbck
http://scarlettj1.blogspot.com/2012/08/marhaban-adat-budaya-atau-
agama.html

27

Anda mungkin juga menyukai