Anda di halaman 1dari 5

Rasuah dan etika saling berkaitan di antara satu sama lain .

Ini adalah kerana


kewujudannya adalah berdasarkan kepada kejatuhan nilai etika seseorang. Skandal
rasuah oleh kebanyakan pemimpin di dunia membawa kepada keadaan huru hara
dalam negara dan seterusnya membawa kepada pelbagai masalah sosial yang tidak
terkawal.

Keadaan ini hadir apabila kekurangan integriti terhadap nilai etika bagi seseorang
individu. Justeru dalam hal ini telah menyebabkan penyelewengan berlaku. Contoh-
contoh kejatuhan sesebuah negara di dunia banyak di paparkan dalam media masa di
antaranya ialah perdana menteri Thailand, Filipina, Indonesia dan sebagainya.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kedudukan mereka dalam hal melakukan
keputusan.

Senario-Senario Yang Mencetuskan Rasuah

1. Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat


keputusan, yang tidak

2. berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-


wilayah yang dianggap tidak
DEMOKRATIK.

a) Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

b) Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang
dibenarkan undang-undang

c) Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar.

d) Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".

e) Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk


melaksanakannya.

f) Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.

g) Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat.

h) Gaji penjawat awam yang kecil.

i) Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam
dengan politiking.
j) malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.

k) Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan
dibanteras
Menurut statistik Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2007 di dapati
sebanyak 590 tangkapan dibuat. Manakala pada bulan Januari tahun 2008 sahaja di
dapati sebanyak 80 kes tangkapan telah dibuat. Malah menurut Badan Pemerhati
Rasuah Antarabangsa menunjukkan indeks rasuah di negara ini juga meningkat dari
setahun kesetahun. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah jika keadaan
amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam
kestabilan politik, ekonomi dan negara. Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan
najis rasuah berlaku?.

Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah


bernafsu besar dalam politik tetapi sumber kewangan sedikit, sikap mahu hidup mewah,
memburu kekayaan cepat, sifat tamak haloba, dan penjenayah rasuah amat meyakini ia
mampu mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Antara kesan buruk amalan rasuah ialah pembahagian kekayaan negara tertumpu
kepada orang tertentu sahaja, akan menaikkan kadar inflasi, berleluasa kezaliman
dalam masyarakat seperti menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah,
membelakangkan orang yang sepatutnya didahulukan dan menghapuskan peluang
pihak yang sepatutnya layak.
Kesimpulan

Secara umum perbuatan rasuah terdapat dalam hampir semua negara di dunia.
Kesan perbuatan jenayah ini boleh merosakkan ekonomi sesebuah negara,
menghambat pembangunan, menjatuhkan sesebuah kerajaan, dan menghakis
kepercayaan terhadap kerajaan atau juga terhadap seseorang individu atau sesebuah
organisasi. Perbuatan ini juga boleh meningkatkan risiko tempat kerja, rumah, ubat-
ubatan dan alam sekitar yang tidak selamat. Pembuat dasar dan pentadbir juga
anggota masyarakat secara umum bingung cara bagaimana hendak menyelesaikan
masalah ini dengan jayanya. Kursus ini bertujuan menghuraikan enam tema umum
yang lazimnya terdapat dalam wacana berkaitan rasuah, iaitu definisi konsep rasuah;
sebab-sebab berlakunya rasuah; pola rasuah; jenis rasuah; kesan atau akibat
perbuatan rasuah dan kawalan rasuah.

Nilai dan etika menjadi isu utama masyarakat dan negara masa kini, Imej
penjawat awam turut terjejas dengan pelbagai fenomena mutakhir akibat kecelaruan
nilai, Nilai dan etika menjadi teras kepada kejayaan dan kelangsungan sesuatu bangsa
dan tamadun, Nilai dan etika murni perlu difahami, dihayati dan dibudayakan secara
serius dan terancang demi menjamin keberkesanan. Justeru kejatuhan kebanyakkan
negara di dunia ini didalangi dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah membawa
kemarahan dan kejatuhan negara mereka langkah yang wajar adalah dengan
menyediakan pengajaran etika di peringkat sekolah bagi memantapkan proses
pembangunan modal insan yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
RUJUKAN

Tonggak Dua Belas: Penerapan nilai norma dan etika perkhidmatan ; INTAN Malaysia

Peter M. Senge (1999), The Fifth Disipline, Random House Audio Publishing Group

Anda mungkin juga menyukai