Anda di halaman 1dari 9

SKOP PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SENIOR 1 BM

Peribahasa Maksud
Bagai aur dengan tebing Tolong-menolong antara satu sama lain
互相合作
Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu 宁可死也不要
被人羞辱
Usaha tangga kejayaan Orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya 只要努力就
能成功
Ibarat belayar sambil memapan Melakukan dua pekerjaan sekali gus
同一时间完成两样工作
Hendak belajar berenang, dapatkan itik, Jika hendak mengetahui sesuatu perkara, bertanyalah
hendak belajar memanjat, dapatkan tupai kepada orang yang arif dan berpengalaman dalam perkara
itu 若要学某样东西,最好寻找专才及有经验者学习
Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua 还没成熟
长大就会跟老人家对抗
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pasti akan
mampu melaksanakannya 有志者事竟成(只要用心学
习,一定能成功)
Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan Tidak akan tercapai maksudnya jika tidak mahu berusaha
tidak akan sampai ke seberang dan bersusah payah 如果我们不努力不吃苦,就不会成

Bertangguh itu pencuri masa Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri
sendiri 做事拖延会令自己吃亏
Untung sabut timbul, untung batu Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang
tenggelam binasalah. 如果好运气的话就会平安,如果不好运的话
就会毁灭
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya
juga.努力追求某事,最后一定成功/ 积少成多
Bara yang digenggam biar sampai menjadi Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan
arang sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti. 如果做困难的
事时一定要坚忍到底直到成功
Ada jalan Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu
有解决方法
Hendak seribu daya tak hendak seribu Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh
dalih dijalankan dan demikian juga sebaliknya.如果有心要完成
某件事,一定能坚持到底
Alah bisa tegal biasa Segala kesukaran tidak akan terasa lagi sesudah biasa.熟能
生巧

Peribahasa历届考题的出题方式:
Baca maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa
tersebut. 给你意思,你要写出正确的谚语

1.Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pasti akan mampu melaksanakannya


di mana ada kemahuan di situ ada jalan

2.Tolong-menolong antara satu sama lain.


Bagai aur dengan tebing

3. Lebih baik mati daripada menanggung malu.


Biar putih tulang jangan putih mata
(a)Berikan maksud peribahasa di bawah. 给你谚语,你要写出马来文意思。
1.Cekur jerangau berbau lagi
Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua

2.Ibarat belayar sambil memapan


Melakukan dua pekerjaan sekali gus.

3.Bertangguh itu pencuri masa


Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri

Kata Terbitan
Kata terbitan 就是有加上 imbuhan 的字:
Awalan 加在前面 Me(me,mem,men,meng,meny), pe(pe,pem,pen,peng,peny), ber, ter, ke, se, di,

Akhiran 加在后面 ..an, ...kan, ...an

Apitan 加在前面和后面 men...kan, men...i, di...kan, di...i, pe...an, ke...an,

例子:
Awalan 加在前面 Akhiran 加在后面 Apitan 加在前面和后面
mencuci cucian mencucikan
penyapu sapukan dicucikan
bermain mainan permainan
dilukis lukisan dilukiskan
terjatuh lukiskan kemalangan
secantik hormati beralaskan
menaik naikkan dilengkapi
kekasih naiki menaiki

练习例子:

1) Senaraikan lima kata terbitan bagi setiap kategori bentuk yang terdapat dalam petikan ms 24-25

Awalan Akhiran Apitan


1. bertemu 1. ucapkan 1.pengajaran
2. bermaksud 2. ringkasan 2.meneruskan
3. berkesan 3. pilihan 3.mewujudkan
4. bergerak 4. lalui 4.dilengkapi
5. mengikut 5. kemaskan 5.keperluan
Kata Tunggal dan Kata Majmuk

Kata Tunggal单字
Kata Tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau mengalami proses pembentukan kata seperti
pemajmukan atau penggandaan。没有imbuhan, 没有dash的单字。
⚫ guru
⚫ jalan
⚫ alat

Kata Majmuk
⚫ guru besar
⚫ jalan raya
⚫ alat tulis

Kata Majmuk的例子(两个字分开来写)
gambar rajah kuning langsat
jalan raya merah muda
tengah hari jam tangan
kapal terbang guru besar
bandar raya nasi lemak
alat tulis meja tulis
terima kasih kipas angin

Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa) 成语


kaki ayam makan angin
pilih kasih buah tangan
kaki bangku anak emas

特殊的Kata Majmuk (两个字都不分开的)


antarabangsa kerjasama suruhanjaya
beritahu olahraga tandatangan
bumiputera matahari tanggungjawab
jawatankuasa setiausaha warganegara
kakitangan sukarela pesuruhjaya

Kata Majmuk加上Imbuhan
如果Kata Majmuk加上前面的imbuhan (ber, me, se,di, pe....)依然是分开写。如:

campur aduk → bercampur aduk


litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual

ii) 但是,如果Kata Majmuk加上Imbuhan Apitan前后的Imbuhan( men...kan, pen...an, di...kan, ke...an)就一定要将两个字黏在


一起。如·:
campur aduk → mencampuradukkan
daya serap → kedayaserapan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan
tunjuk ajar → menunjukajarkan
Kata Tunggal dan Kata Majmuk历届考题的出题方式:
Contoh (1)
Senaraikan tiga kata tunggal dan tiga kata majmuk dalam petikan di bawah.
Langkah-langkah mencegah penyalahgunaan dadah masih kurang berkesan. Individu yang terlibat perlu kuat semangat
untuk pulih. Jika tidak kuat semangat mereka pasti terjebak semula. Namun begitu, sokongan ibu bapa atau orang yang rapat
dengan mereka amat penting untuk membantu mereka pulih. Tanggungjawab mencegah penyalahgunaan dadah bukan sahaja
terletak pada bahu ibu bapa, masyarakat juga harus memberikan kerjasama terhadap kemelut penyalahgunaan dadah yang
membawa impak negatif kepada negara kita.

Kata Tunggal Kata Majmuk


dadah ibu bapa
individu tanggungjawab
masyarakat penyalahgunaan
negara kerjasama

Contoh (2)
Berdasarkan petikan yang diberikan kenal pasti tiga bentuk kata tunggal dan tiga bentuk kata majmuk.
Satu kajian telah dijalankan bahawa masyarakat Malaysia dikatakan masyarakat yang malas membaca berbanding dengan
penduduk di Singapura. Dalam kajian itu juga didapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun
berbanding rakyat Jepun. ‘Budaya membaca dalam kalangan masyarakat masih berada pada takuk lama. Ironinya, Bangsa
Membaca, Bangsa Berjaya’ harus dijadikan pegangan oleh golongan remaja di Malaysia dalam melahirkan modal insan kelas
pertama. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Sebenarnya terdapat pelbagai cabaran atau rintangan yang terpaksa
dihadapi oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca ini.

Kata Tunggal Kata Majmuk


masyarakat modal insan人类
budaya ibu bapa
buku dipertanggungjawabkan

KATA KERJA
Kata Kerja Transitif (KKT) ~imbuhan“ me” ( 后面有 objek 名词的 imbuhan me)

Kata Kerja Tak Transitif (KK TT) ~没有 imbuhan 得单字 ( tidur, balik, pergi, bangun, tiba, pulang…..)
~Imbuhan “ber”, (bermain, berlari, berdiri….)
~imbuhan ”ter” (terjatuh, termakan….)
~imbuhan“ me” ( 后面没有 objek 名词的 imbuhan me)
如:Ali sedang menangis di dalam bilik(KKTT)
Kata Kerja Transitif Pasif (KKTP) ~Imbuhan “di” 被(dibaca, dicuci, dibersihkan...)

Contoh Soalan
Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam ayat kemudian tentukan jenis kata kerja tersebut sama ada kata kerja transitif
(KKT), kata kerja transitif pasif (KKTP) atau kata kerja tak transitif (KKTT).
Sekolah ialah institusi yang menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Penerapan nilai murni termasuklah
penerapan nilai merentasi kurikulum dan menerusi kokurikulum. Dalam pada itu, terdapat segelintir murid yang bermasalah dari
segi disiplin serta tidak menghayati budaya positif yang diajarkan. Pelbagai kes salah laku murid telah menjejaskan imej sekolah.
Hal ini perlu diambil perhatian yang serius oleh pelbagai pihak. Negara kita memerlukan barisan belia yang mempunyai integriti
yang tinggi. Matlamat ini banyak bergantung pada komitmen dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya modal insan yang
berkualiti. Pembudayaan integriti perlu dilaksanakan dan diperluas secara berterusan dalam kalangan generasi muda.

Jawapan:
kata kerja transitif (KKT) kata kerja transitif pasif (KKTP) kata kerja tak transitif (KKTT)
menerapkan diambil bermasalah
merentasi dilaksanakan bergantung
menerusi diajar berterusan
menghayati diperluas berkualiti
menjejaskan
memerlukan
mempunyai
Kata Nama 名词
⚫ Kata Nama Am
⚫ Kata Nama Khas
⚫ Kata Ganti Nama

~Kata Nama Am murid, kereta, sekolah, bunga, latihan, eksperimen, pendidikan, persekolahan
~Kata Nama Khas Cikgu Lim, Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Lew, Proton Saga
~Kata Ganti Nama saya, awak, mereka, beliau, ini, itu, sana, sini, bila, apa, bila-bila, mana-mana

Contoh(1)
Kebanyakan orang kagum dengan perkembangan pesat Kota Kinabalu yang dahulunya terkenal dengan nama Jesselton iaitu
sebuah bandar yang turut musnah. Kini, bandar ini telah menjadi ibu negeri Sabah itu adalah salah sebuah bandar yang terbesar
dan termakmur di Malaysia. Sama ada anda pergi ke Kota Kinabalu kerana bertugas atau melancong, anda pasti dapat melihat
semua kawasan tersebut. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.

JAWAPAN:
Kata Nama Am Kata Nama Khas
orang Kota Kinabalu
nama Jesselton
bandar Sabah
Malaysia
kawasan Gunung Kinabalu
历届考题例子:
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 24 Markah]

Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata terbitan. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Dalam mengamalkan pemakanan yang sihat, kita hendaklah makan dalam keadaan selesa dan tenang agar kita tidak tercekik
semasa menelan makanan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik. Selain
itu, elakkan makan makanan ringan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya, setiap orang perlu memastikan jadual makan mereka
teratur agar kekal sihat. Selain itu, makanlah pelbagai jenis makanan mengikut keperluan seperti yang dicadangkan dalam piramid
makanan.
[8 markah]

JAWAPAN:
Kata tunggal- dalam, yang, sihat, kita, makan, selesa, dan, tenang, agar, tidak, dengan, cepat, akan, air, liur, dapat, baik, itu,
ringan, orang, perlu jadual, mereka, kekal, jenis, seperti, piramid

Kata terbitan- mengamalkan, pemakanan, keadaan, tercekik, semasa, menelan, makanan, menyebabkan, menguraikan, selain,
elakkan, berkhasiat, setiap, memastikan, teratur, pelbagai, mengikut, keperluan, dicadangkan

Soalan 2: Penyuntingan
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat sepuluh kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin ayat-
ayat tersebut.

i) Jangan kamu bersikap bina tak bina terhadap nasihat ibubapa sendiri.
ii) Ahmad telah menutup suis television setelah tamat menuntun rancangan bola sepak.
iii)Berbagai kajian membuktikan bahawa kafen sangat bermanfaat untuk fungsi mental.
iv) Setiap atlet e-sukan perlu memperteguh pola fikiran dalam merangka strategik untuk memenangi pertandingan.
v) Atlet e-sukan perlu berdaya-maju untuk mencipta nama hingga peringkat antarabangsa
seterusnya mewangikan nama negara.
[ 10 markah]
JAWAPAN:
i) Jangan kamu bersikap bina tak bina terhadap nasihat ibubapa sendiri.
bina tak bina- bena tak bena, ibubapa-ibu bapa
ii) Berbagai kajian membuktikan bahawa kafen sangat bermanfaat untuk fungsi mental.
Berbagai- Pelbagai/berbagai-bagai, perbagai, perbagai-bagai, kafen-kafein
ii) Ahmad telah menutup suis television setelah tamat menuntun rancangan bola sepak.
television- televisyen, menuntun- menonton
iii) Setiap atlet e-sukan perlu memperteguh pola fikiran dalam merangka strategik.
fikiran- pemikiran, strategik-strategi
v) Atlet e-sukan perlu berdaya-maju untuk mencipta nama hingga peringkat antarabangsa
seterusnya mewangikan nama negara.
berdaya-maju- berdaya maju, mewangikan-mengharumkan
Soalan 3 : Peribahasa
Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa.

i) Melakukan dua pekerjaan sekali gus.


ii) Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
iii) Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pasti akan mampu melaksanakannya.

[6 markah]
JAWAPAN
i) Melakukan dua pekerjaan sekali gus.
Ibarat belayar sambil memapan
ii) Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
Bertangguh itu pencuri masa
iii) Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pasti akan mampu melaksanakannya.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 Markah]

Soalan 5: Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan
Tidak dinafikan bahawa semakin banyak rakyat Malaysia yang mulai sedar akan kepentingan menjalani
hidup sihat. Namun begitu, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak mengambil kira
kepentingan menjalani hidup sihat. Lantaran itu, untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup
sihat merupakan satu daripada syaratnya. Antara kepentingan amalan gaya hidup sihat termasuklah dapat
mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak. Hal ini amat signifikan kerana hidup yang berkualiti berpunca
daripada tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas. Bersukan dan beriadah dapat menjamin kesihatan
tubuh badan serta dapat mengekalkan kekuatan tubuh badan.
Selain itu, anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baiknya jika kita mengamalkan gaya
hidup sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana anggota tubuh dalaman tidak dapat lihat melalui mata kasar
manusia. Pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital atau di klinik kesihatan sekurang-kurangnya
enam bulan sekali dapat memastikan tahap kesihatan organ dalaman kita seperti jantung, paru-paru, dan
buah pinggang. Tegasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat memastikan anggota tubuh dalaman
berfungsi dengan baiknya.
Di samping itu, kepentingan amalan gaya hidup sihat ialah kita dapat memastikan tubuh badan kita
mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi. Hal ini dikatakan demikian kerana badan kita memerlukan
khasiat yang mencukupi untuk menjalankan kehidupan seharian tanpa menghadapi masalah kesihatan.
Natijahnya, badan kita akan sentiasa kekal sihat seiring dengan kecerdasan minda. Sesungguhnya, otak yang
cerdas dapat melancarkan perkembangan diri dan sosial manusia. Jelaslah bahawa, pemakanan yang
seimbang dapat memastikan tubuh badan memperoleh nutrien yang mencukupi.
Dengan menjalani gaya hidup sihat seperti rehat dan tidur yang cukup, kita dapat mengurangkan
tekanan, selain dapat menenangkan tubuh badan serta minda. Selain itu, proses metabolisme juga dapat
berjalan dengan lancarnya apabila kita mendapat rehat yang mencukupi. Hal ini dikatakan demikian kerana
manusia memerlukan rehat dan tidur yang berkualiti selama enam hingga lapan jam. Oleh itu, rehat yang
secukupnya diperlukan untuk memulihkan tenaga yang telah digunakan. Semua orang mengalami stres atau
tekanan. Terdapat pelbagai punca stres, antaranya termasuklah masalah keluarga dan kewangan. Tekanan
atau stres yang berpanjangan boleh menimbulkan perasaan marah. Oleh itu, kita perlu mengatasi masalah
stres dengan mengawal tekanan dan kemarahan. Sesungguhnya, minda yang positif merupakan satu daripada
amalan gaya hidup sihat dan ceria
Bahan 2 – Grafik

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Pengambilan buah-buahan dan Tidak merokok


sayur-sayuran

Meluangkan masa berkualiti Pengambilan vitamin


bersama-sama keluarga

Pendahuluan
Rumusan membincangkan kepentingan –kepentingan gaya hidup sihat dan cara/usaha/langkah mengamalkan gaya
hidup sihat/ amalan gaya hidup sihat.

Fokus 1 kepentingan gaya hidup sihat/ kepentingan menjalani hidup sihat (bahan 1)
- Mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak
- Anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baiknya
- Memastikan tubuh badan mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi
- Mengurangkan tekanan
- Menenangkan tubuh badan serta minda
- Proses metabolisme dapat berjalan dengan lancarnya.

Fokus 2 Amalan gaya hidup sihat (bahan 1)


- Bersukan atau beriadah
- Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Rehat dan tidur yang cukup

Fokus 2 Amalan gaya hidup sihat (bahan 2)


- Tidak merokok
- Mengambil buah-buah dan sayur-sayuran
- Meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga
- Pengambilan vitamin

Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap individu/ rakyat/ kita/ masyarakat/ semua orang haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat
supaya mendapat kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
JAWAPAN LENGKAP:
Rumusan membincangkan kepentingan gaya hidup sihat dan langkah mengamalkan amalan gaya
hidup sihat.

Antara kepentingan gaya hidup sihat ialah kita dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak.
Selain itu, anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baiknya. Seterusnya, kita dapat mengurangkan
tekanan.

Antara langkah mengamalkan amalan gaya hidup sihat ialah kita perlu bersukan atau beriadah. Selain
itu, kita mesti membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Setersunya, kita patut mempunyai rehat dan
tidur yang cukup. Di samping itu, kita tidak boleh merokok. Bukan itu sahaja, kita mesti mengambil buah-
buah dan sayur-sayuran.

Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya mendapat kehidupan yang
lebih baik dan berkualiti.

(............. patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai