Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN JAWAPAN

BM M/S8

1. Di manakah tempat percutian yang menepati manfaat yang dinyatakan?Jelaskan.

Cadangan Jawapan : Pada pendapat saya, tempat percutian yang menepati manfaat yang
dinyatakan ialah negeri Terengganu. Banyak destinasi percutian yang menarik di Terengganu.
Antaranya terdapat pulau-pulau tropika yang indah, hutan yang masih terpelihara flora dan fauna,
tempat-tempat bersejarah serta pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat.

2. Huraikan sebab percutian dengan keluarga memberikan banyak kebaikan.

Cadangan Jawapan : Percutian dengan keluarga memberikan banyak kebaikan.Antaranya dapat


mengeratkan lagi perhubungan keluarga serta dapat meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan
dan berkongsi pengalaman baru. Pengalaman bersama keluarga akan menjadi kenangan yang
terindah.

3. Pada pendapat kamu, apakah manfaat percutian yang paling menarik? Mengapa?

Cadangan Jawapan : Pada pendapat saya, manfaat percutian yang paling menarik ialah dapat
meluangkan masa bersama keluarga tanpa memikirkan apa-apa masalah. Percutian boleh membantu
mengurangkan tekanan dan kebimbangan dengan menyediakan masa untuk berehat, meninggalkan
rutin harian anda dan mengalami perkara baharu.Cuti boleh menjadi masa yang baik untuk
dihabiskan bersama keluarga atau rakan-rakan. Ini boleh mengeratkan hubungan dan membina
kenangan yang berharga.

BM M/S 9

Cadangan Jawapan :
Syarikat pelancongan Suria Kencana menawarkan pakej yang menarik untuk pelancong memilih
pakej yang diingini.Kami sekeluarga memilih pakej B kerana pakej ini sesuai dengan kegiatan
keluarga kami. Kami ingin menikmati keindahan pantai dan keunikan kawasan persekitaran. Saya
dan keluarga akan melakukan aktiviti menyelam permukaan di Pulau Mabul untuk memerhatikan
kehidupan marin dengan berlatarkan alam semula jadi. Saya teringin untuk melihat ikan pari, kuda
laut dan juga ikan spesis nudibanch, moray dan lain-lain. Kami mahu merakam video yang menarik
sebagai kenagan berada di sana.

BM M/S 10

Pengajaran yang terkandung dalam seloka.


1. Ibu bapa boleh memantau kegiatan anak-anak di rumah dengan menggunakan kemudahan teknologi
melalui telefon pintar semasa bekerja atau berjauhan dengan mereka.
2. Ibu bapa juga haruslah tidak mementingkan kerjaya. Mereka hendaklah meluangkan masa bersama-sama
dengan keluarga untuk mengeratkan kasih sayang.
3. Janganlah kita lalai dengan peranti atau gajet sehingga kita alpa dengan kehidupan dan tidak menghiraukan
orang lain yang bersama-sama kita.
4. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan semoga rezeki kita bertambah dan dapat
bercuti bersama-sama dengan keluarga lagi.
BM m/s 18

Cadangan Jawapan:

Pak Usu dan isterinya datang ke rumah Pak Akub. Mereka bersalam dengan Pak Akub dan isterinya
Nenek Ngah. Pak Akub menyambut kedatangan Pak Usu dengan ramah mesra.

Nenek Ngah mengajak Mak Usu berbual-bual di beranda rumah. Mereka duduk di lantai
yang beralaskan tikar mengkuang. Mak Usu dan Nenek Ngah begitu rancak berbual sambil ketawa.

Makanan telah siap berhidang di dapur. Pak Akub mengajak Pak Usu dan isterinya makan
tengah hari. Mereka berterima kasihkepada Nek Ngah kerana bersusah payah menyiapkan
hidangan.Hidangan tersebut amat lazat dan menyelerakan kerana masakan kampung tiada tandingan
dengan masakan ala barat.

Pak Akub membawa Mak Usu dan Pak Usu bertandang di halaman rumah. Terdapat banyak
pokok bunga ditanam di sekitar rumah Pak Akub. Mak Usu tertarik akan bunga-bungaan yang
kembang mekar di halaman rumah itu. Baunya harum dan wangi sekali dengan warna yang menarik.

Di tepi rumah Pak Akub juga ada sebatang sungai yang jernih airnya. Mereka mencuba
memancing ikan menggunakan pancing. Mak Usu tertawa kecil melihat gelagat Pak Usu apabila
pancingnya terkena ranting kayu.
KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.

Kata kerja terditi daripada :


 Kata kerja transitif
 Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF


 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri
daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat :
Kakak suka membaca buku.
(Kata kerja “membaca mesti disertai dengan objek, iaitu “buku” supaya maksud ayat ini
lengkap)
Emak sedang mencuci baju.
(Kata kerja “mencuci” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini
lengkap)
 Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:

Bentuk Kata Kerja Contoh Contoh ayat


Transitif
Kata kerja berawalan ter- Terlanggar, tertelan, Ibu tertelan tulang ikan.
terpijak
Kata kerja berawalan meN- Mencuci, menendang, Adik menendang bola di
memandu padang.
Kata kerja berapitan Menaiki,mendekati, Amir menaiki bas ke
meN…-i sekolah.
Kata kerja berapitan Mengemaskan, memasukkan Profesor Ali mengemukakan
meN…._kan idea yang bernas.
Kata kerja berawalan Memperbuat, memperlebar Buruh-buruh itu sedang
memper- memperlebarkan jalan
raya.
Kata kerja berapitan Memperbaiki, mempelajari Dia mempelajari bahasa
memper-….-i asing.
Kata kerja berapitan Memperkanalkan, Dia cuba mempertemukan
memper-….-kan mempertemukan ibu dan anak yang sudah
lama terpisah itu.

KATA KERJA TAK TRANSITIF


 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak
memerlukan objek.

Ayat contoh :
Ayah sedang tidur.
(kata kerja “tidur” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebagai
pelengkapnya)
 Terdapat beberapa bentuk kata kerja :
Bentuk kata kerja Tak Contoh Contoh ayat
transitif
Kata kerja tanpa imbuhan Duduk, mandi ,tidur Dia asyik tidur dari tadi.
Kata kerja berawalan beR- Berjalan, bersenam Adik berjalan menuju ke
kantin.
Kata kerja berawalan meN- Menyanyi, menangis Lili menyanyi sambil
menari.
Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenung Wei Mun termenung
memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan ber- Bersalaman, berpelukan Mereka berpelukan sebaik
….-an saja bertemu.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.


 Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri
tanpa objek atau penyambut.

Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual.


Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi
maklumat tambahan.
Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.

Kata kerja tak transitif berpelengkap.

 Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
 Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir
selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek
atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
 Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama dan kata
nama.

Contoh ayat:
Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )
Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )
Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )

Anda mungkin juga menyukai