Anda di halaman 1dari 2

SURAT UNTUK INA

Sinopsis
Badar dan Jais mengusik-gusik Zali agar Zali dapat berkenalan lebih rapat dengan Zalina, seorang
pengawas sekolah. Zali berasa kurang pasti sama ada Zalina sudi berkawan dengannya atau tidak.
Akhirnya Badar dan Jais mencadangkan agar Zali menulis surat kepada Zalina. Namun, Zali khuatir
sekiranya Zalina akan melaporkannya kepada guru disiplin.
Badar dan Jais mencadangkan agar Zali tidak menulis nama pengirim dan hanya menyatakan hasrat untuk
berkenalan sahaja. Zali bersetuju dengan cadangan berkenaan. Surat tanpa nama itu ditulis dan
diletakkan di dalam meja Zalina.
Zalina melaporkan surat yang diterimanya tanpa nama pengirim itu kepada Cikgu Halil. Badar dan Jais
cuba menyakinkan Zali bahawa Cikgu Halil tidak akan dapat mengenal pasti penulis surat tersebut. Cikgu
Halil meminta penulis surat tersebut mengaku. Malangnya tiada siapa yang mengaku menjadi penulisnya.
Tindakan Cikgu Halil seterusnya adalah memeriksa tulisan pada buku latihan dan karangan. Cikgu Halil
telah meminta Zali menulis nama dan alamatnya pada papan hitam. Setelah diamati, tulisan pada surat itu
mirip tulisan Zali.Akhirnya, Zali mengakui bahawa dialah yang menulis surat tersebut.
Cikgu Halil menyerahkan soal menjatuhkan hukuman terhadap Zali mengikut budi bicara Zalina. Zalina
memaafkan perbuatan Zali. Zalina meminta Zali tidak mengulangi perbuatannya. Badar, Jais, dan
Fatimah tumpang gembira atas sikap pemaaf Zalina.

Tema
Kenakalan murid lelaki yang meningkat remaja.
Zali menulis surat tanpa nama pengirim kepada Zalina untuk menyatakan niatnya ingin berkenalan dan
bersahabat dengan Zalina. Perbuatan tersebut melanggar peraturan sekolah.
Persoalan
1) Perasaan tertarik dengan individu yang berlainan jantina. Contohnya, Zali tertarik kepada
Zalina kerana Zalina , seorang gadis yang cantik, berperwatakan sopan santun. Oleh itu, Zali
ingin berkenalan dan bersahabat dengan Zalina.
2) Kebijaksanaan guru dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Cikgu Halil menyelesaikan
masalah di kelasnya.
3) Pengaruh rakan sebaya yang kuat. Contohnya, Zali mudah terpengaruh dengan kata kata
rakan sekelasnya iaitu Jais dan Badar.
4) Memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya, Zalina memaafkan kesalahan Zali.

Binaan Plot
PLOT bermaksud rentetan peristiwa atau susunan peristiwa.
Binaan plot terdiri daripada permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks, dan
perleraian
I.
II.
III.
IV.
V.

Permulaan : Perbualan tiga orang sahabat iaitu Badar, Jais dan Zali . badar dan Jais
cuba mengorek rahsia Zali yang meminati Zalina
Perkembangan : Badar dan Jais mencadangkan supaya Zali menulis surat kepada
Zalina.
Perumitan : Zali bimbang jika Zalina melaporkan kepada Cikgu Halil mengenai surat
berkenaan.
Klimaks : Zali didapati bersalah kerana menulis surat kepada Zalina. Dia mengakui
kesalahan apabila Cikgu Halil membuat pemeriksaan tulisan secara individu di kelasnya.
Perleraian : Cikgu Halil menyuruh Zalina memutuskan hukuman terhadap Zali. Zalina
memaafkan kesalahan Zali. Bajar dan Jais berasa gembira dengan perkhabaran tersebut.

Nilai
(a) Kebijaksanaan. Contohnya, Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah yang timbul berkenaan
dengan kes surat Zali kepada Zalina.
(b) Keberanian. Contohnya, Zalina berani memarahi Badar dan Jais yang mengusiknya. Zalina juga
berani menunjukkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil.
(c) Ketegasan. Contohnya, Cikgu Halil tegas mendesak Zali mengakui perbuatannya.
(d) Baik Hati. Contohnya, Zalina sanggup memaafkan kesalahan Zali.

Pengajaran
(a) Kita mestilah mendahulukan pelajaran berbanding dengan cinta
(b) Kita mestilah sedia memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.
(c) Kita mestilah bijak membezakan antara kepentingan diri dengan kehendak hati
(d) Kita mestilah telus ketika menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan

Anda mungkin juga menyukai