Anda di halaman 1dari 20

1

ISI KANDUNGAN

BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 4.1 5.0 5.1 6.0 7.0 8.0 9.0 10. 0

PERKARA Pendahuluan Keris Bahasa Ukiran Kayu Pengertian Makna Disebalik Kepala Gerbang Pintu Sirih Alat-Alat Tepak Sirih Makanan-Pulut Kuning Permainan Tradisional Seni Silat Penutup Rujukan

HALAMAN 2 3 5 6 6 9 13 15 17 19 20 21

SIMBOL DALAM BUDAYA MELAYU 1. PENGENALAN Berdasarkan kamus pelajar edisi ke dua, simbol bermaksud sesuatu yang dijadikan tanda untuk mengenal sesuatu. Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui

etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi + daya ; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan

masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk

membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. A.L Kroebor & Clyde Kluckdan mendefinisikan budaya sebagai segala amalan, penerimaan dan kepercayaan oleh sesuatu masyarakat yang dipraktikkan secara berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya. Oleh itu, simbol budaya melayu dapat di takrifkan sebagai sesuatu tanda atau benda yang menjadi lambang masyarakat melayu yang sering diamalkan oleh masyarakat melayu di dalam kehidupan. Contohnya, sirih menjadi lambang kepada adat meminang, ukiran ukiran kayu yang menunjukkan pelbagai maksud dan sebagainya. Simbol budaya melayu juga meliputi pelbagai aspek seperti benda, warna dan makanan.

2.

KERIS Simbol keris amat sinonim dengan budaya melayu. Keris mempunyai

keistimewaan tersendiri dikalangan masyarakat melayu berbanding dengan senjata tajam yang lain. Keris sebenarnya bukan sekadar senjata, tetapi ia juga sebagai untuk menyempurnakan kehidupan sebagai seorang melayu dalam kehidupan harian. Contohnya jika seseorang lelaki keluar berjalan tanpa diselitkan keris dengan pakaiannya, ia diibaratkan berbogel di kalayak ramai. Manakala seorang pengantin

lelaki bersanding tanpa keris diselitkan pakaiannya, pengantin lelaki itu hilang pengitirafan kelakiannya dan dianggap masih belum layak memegang tanggungjawab atau belum matang. Keris pengantin tidak boleh digantikan dengan sebarang alat senjata yang lain. Pengkaji barat Edward Frey sendiri mengaku bahawa keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu (BeritaHarian, 4 Mei 1988). Setiap reka bentuk keris juga melambangkan asal usul dari mana, kegunaan, darjat dan keturunan. Oleh itu keris banyak menyimpan sejarah yang tersirat hingga sekarang. Keris tidak boleh dipisahkan dari seorang yang berbangsa Melayu. Melayu lebih lama wujud dari wujudnya Kerajaan Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapor dan beberapa negara lain. Dalam kehidupan harian, untuk menjadi melayu yang sempurna setiap orang yang berbangsa melayu harus memakai keris . Oleh itu, walaupun dizaman menggunakan senapang, meriam dan pedang, keris masih tetap diselitkan walaupun ia tidak digunakan. Bukan itu sahaja, keris sebagai hasil estetika Melayu telah bermula seawalawal pembukaan Melaka sekitar 500 tahun yang lalu dan 800 hingga 1000 tahun dalam kebudayaan Jawa dan seterusnya keris mempunyai fungsi dan peranannya yang khas lagi khusus. Dalam soal ini, keris dianggap senjata paling keramat dalam kebudayaan Melayu.

Gambar 1: Keris simbol budaya melayu Di Malaysia samada yang mempunyai Sultan dan Raja atau tidak, keris adalah sebagai regalia serta ornamen kebesaran diraja dan kerajaan. Malah Duli Yang Maha Mulia Yang Di- Pertuan Agong juga mempunyai regalia dan ornament iaitu keris sebagai daulat kebesaran dan kekuasaan serta ketuanan Melayu. Bagi Negeri Perak pula, Keris Tamingsari adalah senjata kebesaran kerajaan. Dalam konteks ini keris bukan lagi sebagai senjata pembunuh tetapi menjadi alat kebesaran sesuatu negeri atau kerajaan.

3.

BAHASA

Bahasa melambangkan bangsa. Ungkapan ini sering kita dengar dipaparkan dimedia media tempatan saban hari. Bahasa semestinya menjadi lambang sesuatu bangsa. Contohnya bahasa melayu melambangkan bangsa melayu, bahasa cina melambangkan masyarakat cina dan bahasa tamil melambangkan bangsa india. Oleh itu, bahasa juga menunjukkan atau menjadi simbol budaya melayu. Bahasa mewujudkan pemahaman akan alam nyata. Bahasa merupakan pengungkap kebudayaan. Pemahaman, pemikiran dan kebudayaan sesuatu masyarakat terungkap dalam bahasa masyarakat itu sendiri. Bahasa merupakan alat komunikasi utama bagi manusia untuk berinteraksi antara satu

anggota masyarakat dengan anggota yang lain. Bahasa juga digunakan untuk menyatakan perasaan, apresiasi, media dan buah fikiran bagi menyampaikan pelbagai hal dan yang berkaitan dengan norma kehidupan sesuatu masyarakat itu. Asnah Hj.Omar (1988.5; 1992.122) menyatakan bahawa, Bahasa adalah hasil proses pemikiran dan juga perkaitan antara peribadi sebagai proses pemikiran bahasa merupakan saksi pengekodan atau perjalanan sesuatu buah fikiran. Selain itu, bahasa juga menonjolkan sesuatu bangsa ataupun sesuatu kelompok masyarakat kepada orang lain. Oleh yang demikian, bahasa juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia yang berperanan sebagai alat komunikasi yang penting di samping sebagai wahana perpaduan sesuatu masyarakat dan penyerlah identiti sesuatu bangsa. Bahasa dan budaya adalah dua unsur yang perlu seiringan dalam menjana pembangunan negara bangsa. Saya ingin memberi contoh yang lebih jelas tentang betapa eratnya hubungan bahasa dan budaya ini. Contohnya sudah menjadi budaya kita akan membawa buah tangan apabila menziarahi seseorang yang sakit, sudah pasti orang yang kita ziarahi itu akan mengucapkan bahasa terima kasih atas buah tangan yang dibawa. Berdasarkan contoh tersebut, bahasa dan budaya adalah saling berkait. Para pengkaji bahasa dan budaya bersependapat dalam menyatakan bahasa dan budaya itu tidak boleh dipisahkan. Bahasa itu merupakan lambang-lambang dalam budaya, dan pembinaan bahasa itu sangat dipengaruhi oleh budaya. Dengan perkataan lain bahasa itu menyatakan budaya bagi sesuatu masyarakat. Dan seterusnya bahasa itu juga yang menjadi lambang jati diri bagi sesuatu masyarakat atau bangsa itu. Memang tepatlah ungkapan Budi Bahasa Budaya Kita dalam konteks pembangunan negara. Oleh sebab itu perlunya kita sentiasa menyemai, menyubur, menyebar dan

mempertahankan bahasa dan budaya Melayu demi kelangsungan pembangunan negara bangsa yang sentiasa dipelihara dan dihormati.

4.

UKIRAN KAYU Pintu-pintu istana dan rumah-rumah tradisional, kalau kita perasan biasanya ada

kepingan kayu berukir di sebelah atasnya. Ukiran-ukiran selalunya bermotifkan bungaan (flora), geometri ataupun kaligrafi. Kepingan kayu berukir ini dinamakan kepala atau gerbang pintu. 4.1 Pengertian Makna Di Sebalik Kepala Gerbang Pintu:

i. Simbol darjat atau status:


1.

Kepala pintu pada pintu gerbang hanya boleh didapati di istana-istana dan rumah orang-orang berada sahaja.

ii. Simbol budi bahasa dan adab sopan:

Penyeri suasana menyambut tetamu. Motif ukiran bunga tanjung, melati, melur merupakan bunga-bungaan yang sering digunakan untuk meraikan tetamu di dalam budaya Melayu.

Kedudukan kepala pintu selalunya lebih rendah dan menyebabkan sesiapapun yang masuk melalui pintu tersebut akan tunduk, maka secara tak langsung mewujudkan suasana hormat-menghormati di antara tetamu dan tuan rumah.

Ukiran motif kaligrafi pula sering menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang bersifat doa dan meraikan tetamu contohnya Surah Al-Hijr ayat 46 yang

bermaksud: (Dikatakan pada mereka) Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera dan aman. iii. Simbol hirarki dalam ruang:

Ukiran dan hiasan kepala pintu pada ruang-ruang yang melibatkan tetamu (pintu masuk, ruang tamu) biasanya lebih cantik berbanding ruang lain (dapur dsb).

iv. Simbol spiritual:

Menurut Raja Baharin (1988), pintu utama dalam seni bina rumah Melayu tidak akan menghadap matahari jatuh kerana ia akan berhadapan dengan kegelapan. Dalam kepercayaan Melayu warna hitam melambangkan kejahatan dan keburukan.

Pintu-pintu masjid pula dikaitkan dengan pembahagian zon spiritual. Ianya lambang pembahagian di antara zon profan dengan zon sakral (kudus).

Melangkah masuk dengan melalui pintu bermaksud seolah-olah kita melalui zon atau dimensi berlainan dari kejahatan kepada kebaikan, dari kekotoran kepada kebersihan, dari kelemahan kepada kekuatan dan lain-lain.

Penggunaan motif kaligrafi dari petikan ayat-ayat Al-Quran menguatkan lagi makna dan simbol yang disebutkan di atas. Ayat 10 dari surah Al-Kahfi1 serta nama pemuda-pemuda Ashhabul Kahfi daripada Al-Quran adalah antara ayat yang sering dipilih dan digunakan sebagai motif ukiran pada kepala pintu.

Gambar 2: Ukiran Kayu 5. SIRIH Sirih begitu sinonim dengan adat istiadat dan kehidupan masyarakat Melayu dan India. Selain menjadi kudapan golongan tua, peranan sirih begitu ketara, terutama dalam majlis perkahwinan. Dekatnya sirih dalam masyarakat Melayu digambarkan oleh penggunaannya dalam pantun, bidalan, peribahasa, simpulan bahasa, gurindam, syair, pepatah, dan ungkapan tradisi yang digunakan dalam perbualan harian orang dahulu kala. Sirih merupakan sejenis tumbuhan renek yang memanjat dan melata. Daunnya berwarna hijau pekat, cukup enak jika dimakan dengan pinang sepiak, kapur secalit, dan gambir sepotong. Sebagai penambah perisa, ada yang mencampurkan secubit gula dan sebutir bunga cengkih.

Bagi masyarakat dahulu, tidak lengkap hidupnya jika tidak menyemai sirih kerana fungsi sirih amat luas. Selain menjadi kudapan harian, sirih adalah pembuka bicara yang disua sejurus tetamu melabuh punggung di serambi. Sirihlah lambang hormat yang mengalu-alukan tetamu. Kegunaan sirih dalam adat perkahwinan mengandungi maksud tersirat. Dalam seni perubatan tradisional, sirih penting sebagai herba ubatan untuk mengubati penyakit. Air sirih diminum untuk kesegaran tubuh dan mencegah beberapa jenis penyakit. Ada yang menggunakannya untuk mengubati penyakit mata. Lipatan sirih disumbatkan ke lubang hidung untuk menghentikan aliran darah dan air rebusan daun sirih yang semerbak sesuai digunakan untuk mencuci bahagian sulit. Sirih temu urat pula popular bagi individu yang ingin mendapatkan rawatan penyeri wajah secara tradisional. Apa-apa pun kegunaan harian daun sirih, maksud dan lambang yang dibawanya dalam adat istiadat perkahwinan Melayu masih kekal hingga hari ini. Daripada merisik, meminang, menghantar tanda, atau bertunang hinggalah majlis akad dan bersanding, semuanya dimulakan dengan sirih bersama-sama dengan tepaknya. Sirih dianggap sebagai penyeri majlis dan pemula bicara serta pelengkap majlis. Contoh yang paling rapat tentang peranan sirih bagi masyarakat beradat dapat dilihat dalam beberapa ungkapan dahulu kala. Apabila rombongan lelaki tiba di halaman rumah perempuan, pihak perempuan pasti menyapa: "Cempedak di tengah halaman, Uratnya tindih-bertindih; Jangan lama tegak di halaman,

10

Naiklah ke rumah makan sirih." Setelah naik dan duduk berhadap-hadapan, pihak perempuan menyodorkan tepak sirih penyambut yang dibalas oleh pihak lelaki dengan menyorongkan tepak sirih pengantar. Kata pihak perempuan, "Makan sirih malah kita, orang kaya." Kata pihak lelaki pula, "Sama-sama kita mengunyah sirih, orang kaya." Kedua-dua belah pihak saling mencicipi sirih yang disorongkan. Setelah selesai makan sirih sekapur seorang, pihak perempuan menyorongkan kembali tepak sirih lelaki dan pihak lelaki pun menyorongkan kembali tepak sirih perempuan. Begitulah adanya, setiap rumah tidak lengkap dengan sirih untuk tetamu dan sebarang tetamu yang berkunjung dengan hajat pasti akan membawa tepak sirih bersama-sama dengan mereka dengan tujuan untuk bertukar sirih sebelum memulakan bicara. Seterusnya, sirih masih menjadi pembayang ketika hendak mengajukan hajat. "Hilirkan rantau mentulik Bermalam di muara janggi Hilirnya menepi-nepi Dalam sirih yang secarik Dalam pinang yang setomi Ada juga buah kehendak hati."

Apabila hajat sudah dimaklumkan dan dipersetujui, pihak lelaki akan membuat perjanjian yang melibatkan sirih juga. "Sirih kecil sirih bertanya,

11

Sirih besar sirih berjanji; Pertama kita berjanji hari, Kedua kita berjanji bulan." Tepak sirih tidak pernah lekang dalam proses perkahwinan. Setiap kali pihak lelaki bertandang, mereka membawa tepak sirih bersama-sama sebagai pengiring hantaran. Pada hari pertunangan dan pernikahan yang membabitkan hantaran, sirih sekali lagi memainkan peranannya sebagai pelengkap adat. Sirih berhias atau sirih junjung merupakan ibu atau kepala hantaran oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. Untuk menghasilkan sirih junjung, daun sirih yang segar dan tidak rosak rupa fizikalnya dipilih. Saiz yang dipilih juga pelbagai. Daun sirih digunakan untuk membuat junjung mungkin kerana fizikalnya yang membentuk hati sebagai lambang kasih. Oleh itu, sirih junjung, selain pelengkap adat, menjadi objek yang melambangkan kasih dan sayang kedua-dua mempelai. Daun sirih disusun dan dibentuk mengikut cita rasa perekanya. Lazimnya, polisterin digunakan untuk dijadikan tapak sirih junjung. Permukaan polisterin kemudiannya ditutup oleh susunan daun sirih menggunakan sematan peniti. Tiang sirih junjung biasanya menggunakan batang pisang kerana lembut dan memudahkan kerja mencucuk sirih di sekelilingnya. Daun sirih dicucuk pada keseluruhan tiang secara bertingkat-tingkat untuk membentuk kelopak bunga yang menarik. Bagi menyerikan sirih junjung, kuntum kekwa putih dan kuning diletakkan di celahan lipatan sirih.

12

Di bahagian puncak tiang, tangkai bunga pelbagai jenis disusun untuk memberi seri kepada sirih junjung tadi. Junjungan sirih ini disertakan dengan pinang, gambir, dan kapur yang lazimnya diletakkan di celahan susunan daun sirih. Ketika majlis berlangsung, keindahan gubahan sirih junjung pasti menambat tetamu yang hadir selain menyerikan hantaran. Di pihak keluarga penerima, helaian daun sirih daripada sirih junjung akan diagihkan kepada saudara-mara apabila selesai majlis. Lazimnya, sirih diberi kepada anak gadis untuk diambil berkatnya agar segera bertemu jodoh. Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa serta penuh dengan adat budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Begitulah keadaanya dalam adat bersirih, setiap bahan yang terkandung mempunyai pengertian dan membawakan maksud tertentu. 5.1 ALAT-ALAT TEPAK SIRIH PINANG 1. Sirih Dimengertikan sifatnya yang merendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain, sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi. Ini disebabkan dengan sifat memanjat pohon sirih di atas junjung atau pokok sakat atau juga pokok api-api yang digemairnya dan dalam masa yang sama tidak merosakkan junjung itu. 2. Kapur Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi jika keadaan tertentu yang memaksanya ia akan berubah lebih agresif dan

13

marah. Walaupun kapur ini diperolehi hasil prosesan cengkerang kerang atau batu kapur, ianya berwarna putih bersih, tetapi tindakbalasnya boleh melecurkan. 3. Gambir Dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati. Warna daun gambir yang kekuning-kuninangan serta melalui pemprosesan untuk mendapatkan sarinya sebelum boleh dimakan bersama sirih. 4. Pinang Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur. Bersedia melakukan sesuatu perkara dengan hati terbuka dan bersungguh-sungguh. Ia memadankan sifar pokok pinang itu yang tinggi lurus ke atas serta mempunyai buah yang lebat dalam setandan. 5. Tembakau Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal. Ini kerana daun tembakau itu sendiri berasa pahit dan memabukkan apabila ianya telah dihiris halus sebagai tembakau serta tahan lama untuk disimpan.

14

6.

MAKANAN - PULUT KUNING Gambar 3: Tepak Sirih Selain aspek kesenian yang menjadi salah satu simbol dalam kebudayaan Melayu, aspek pemakanan juga berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Selain hidangan biasa, pulut kuning atau pulut kunyit mempunyai hubungan ritual keagamaan dan pengubatan dalam budaya masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Pelbagai pendapat diberi tentang pulut yang diwarnai kuning. Dalam teks Gambar 4: Sirih Junjung Sejarah Melayu, warna kuning adalah warna diraja. Masyarakat lain tidak boleh menggunakan warna kuning pada pakaian, komponen, dan peralatan rumah. Warna kuning adalah warna yang dimuliakan dan dihargai. Penggunaannya pada pulut menunjukkan bahawa pulut kuning mendapat tempat dalam masyarakat Melayu. Penggunaan warna kuning banyak digunakan dalam majlis keramaian, ritual, dan persembahan kebudayaan masyarakat Melayu. Contohnya, dalam majlis perkahwinan, bunga telur yang diletakkan di atas pelamin, dinamakan

15

bunga pahar dicucuk pada pulut kuning. Ini dilakukan sebagai menghormati pengantin yang menjadi raja sehari. Dalam upacara ritual keagamaan seperti majlis berkhatam al-Quran, berkhatan, cukur rambut, dan sebagainya, pemberian pulut kuning kepada tetamu dan jiran sudah menjadi suatu kelaziman. Perkara ini menjadi adat dalam upacara keagamaan. Tanpa pemberian pulut kuning, majlis tersebut akan hilang serinya. Tujuan pemberian pulut kuning kepada tetamu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudi menghadiri majlis kenduri yang diadakan. Tetamu akan berasa dirinya dihargai oleh tuan rumah. Pemberian pulut kuning kepada jiran tetangga boleh dilihat sebagai tanda hormat-menghormati antara sekelompok penduduk. Bantuan dan kerjasama yang diberi kepada tuan rumah menyebabkan tuan rumah menghargai sumbangan yang diberi. Pemberian pulut kuning kepada jiran tetangga juga tidak semestinya disebabkan oleh upacara atau majlis yang diadakan. Pemberian ini juga adalah atas dasar kesyukuran seseorang. Contohnya, seseorang yang baru mendapat kejayaan, kesyukurannya ditunaikan melalui pemberian pulut kuning kepada jiran tetangganya. Cara ini berkesan dalam mengeratkan hubungannya dengan masyarakat sekitarnya. Dalam upacara pengubatan tradisional yang dilakukan oleh bomoh, pawang, atau dukun, pulut kuning turut disenaraikan sebagai bahan yang diminta selain keperluan lain, seperti telur, limau nipis, dan sebagainya. Pulut kuning menjadi pengeras yang diminta untuk pelbagai tujuan, antaranya sebagai hidangan makhluk dari alam lain. Perkara ini turut diakui oleh beberapa orang bomoh yang ditemui. Walaupun untuk tujuan pengubatan, pada

16

masa dahulu pulut kuning juga digunakan dalam upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat individu yang menjadikan pulut kuning sebagai bahan untuk berhubung dengan makhluk alam lain. Kebanyakan individu menggunakan makhluk tersebut untuk menundukkan orang lain. Oleh itu, penggunaan pulut kuning boleh membawa kebaikan dan keburukan.

Bagi masyarakat desa, upacara keagamaan dan

kebudayaan

masih dijalankan dengan meriah berbanding dengan masyarakat bandar. Di sini, penggunaan pulut kuning masih meluas. Pemberian pulut kuning sudah menjadi adat bagi masyarakat desa.

Gambar 5: Pulut Kuning

7.

PERMAINAN TRADISIONAL Permainan Melayu tradisional biasanya memerlukan kemahiran kraf dan kecekapan tangan, dan asal-usulnya dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepak raga dan layang-layang adalah antara permainan

17

tradisional yang ada dinyatakan dalam teks Sejarah Melayu, dimainkan oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka. Sepak Raga yang kini dikenali sebagai sepak takraw adalah salah satu permainan melayu yang termasyhur dan telah dimainkan sejak ratusan tahun dahulu. Secara tradisi, sepak raga dimainkan dalam bulatan dengan menendang dan menimbang bola rotan menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali lengan dan tangan. Ia kini diakui sebagai sukan kebangsaan Malaysia dan dimasukkan dalam temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Asia dan Sukan Asia Tenggara. Permainan masyhur yang lain adalah permainan Gasing yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Kemahiran hebat dalam pertukangan adalah diperlukan untuk menghasilkan gasing yang paling kompetitif, ada di antaranya yang dapat berputar sehingga dua jam lamanya. Kemungkinan permainan melayu yang paling masyhur adalah layanglayang atau lebih dikenali sebagai wau di semenanjung Tanah Melayu. Pertandingan menerbangkan

wau mengambil tempat dengan hakim-hakim menganugerahkan markah untuk kemahiran

pertukangan (Wau adalah objek cantik yang berwarna-warni

yang dibina dengan bingkai buluh), bunyi (semua layanglayang Melayu direka bentuk

Gambar 6: Permainan wau dan gasing

18

agar dapat menghasilkan bunyi khas apabila berada di udara) dan ketinggian. Orang Melayu juga mempunyai satu varian mainan berpapan Mancala yang dikenali sebagai Congkak. Permainan ini dimainkan dengan mengalih buah congkak yang diperbuat dari batu, guli, manik atau kerang, pada papan kayu yang berlubang dua belas atau lebih. Mancala diakui sebagai permainan tertua di dunia dan telah dimainkan sejak zaman Mesir Kuno. Apabila permainan ini tersebar luas di seluruh dunia, setiap budaya telah mencipta variannya yang tersendiri termasuklah orang Melayu.

8.0

SENI SILAT Seni silat juga merupakan simbol budaya melayu. Seni Silat Melayu telah

diamalkan orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu dan kini dapat ditemui di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di wilayah tradisi Melayu iaitu semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, Sumatra dan pesisir pantai Borneo. Seni Silat dikatakan berkembang hasil dari pemerhatian dan peniruan gerakan haiwan seperti monyet, helang dan harimau. Ia menggabungkan gerakan menendang, menumbuk dan menjatuhkan serta penggunaan senjata. Walaupun senjata utama orang Melayu adalah Keris, terdapat juga senjata Gambar 7: Seni Silat senjata lain yang digunakan dalam silat seperti; Lading, Badik, Tekpi, Tumbuk Lada, Kerambit, Parang, Sundang, Sabit, Lembing dan batang buluh.

19

9.0

PENUTUP Budaya Melayu telah menjadi simbol pembangunan negara bangsa dengan

penekanan bahawa pada alaf global ini kekuatan tidak semata-mata dibangunkan lagi oleh kesamaan politik dan ekonomi sahaja. Tetapi telah terbukti pula bahawa visi peradaban dan budaya yang sama telah melahirkan sebuah kekuatan baharu menandingi kekuatan Barat (Huntington, 2000). Dalam alaf global ini, budaya Melayu tidak seharusnya dipisah-pisahkan. Budaya Melayu dapat dimaknakan dalam konteks kemajuan dan kedinamikan yang menghala negara yang dibangunkan oleh budaya Melayu ini ke arah kemajuan sehingga dapat memainkan peranan penting di pentas dunia. Pada alaf global ini perlu kita persoalkan apakah budaya Melayu akan dapat dibangunkan menjadi satu perspektif baharu untuk kepentingan kemajuan negara ini? Mungkin hal ini dapat dijawab dengan pendekatan teori budaya. Teori budaya terdapat orientasi nilai yang menstrukturkan visi kemajuan. Hal ini dapat dilihat dalam teori budaya Kluchohn (Koentraningrat 2000) yang sangat optimis bahawa budaya itu dapat menstrukturkan kemajuan. Budaya Melayu tidak hanya sebagai simbol tetapi juga sebagai penghala kemajuan dalam konteks negara. Apatah lagi dengan adanya kebangkitan kemelayuan dengan sokongan Islam Hadhari. Dengan wujudnya kekuatan budaya sebagai penghala kemajuan ini, maka ada satu prediksi bahawa budaya Melayu ke hadapan dapat membangunkan dunia serantau. Dalam konteks ini, budaya Melayu dapat dianggap sebagai monitor sosial sehingga mampu memberi kekuatan dan

20

kemajuan yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan negara. Budaya melambangkan kekuatan dan identiti negara di mata dunia. Menyedari tentang hakikat tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menonjolkan budaya serta mengangkat budaya sebagai satu lambang identiti dan kekuatan negara.

10.0

RUJUKAN

Awang Sariyan. (1996). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Ensiklopedia, Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1988). Jld.3(M Q) Kuala Lumpur Mohd. Sabrizaa Abd Rashid and Sufian Che Amat. 2008. Analysis of the aesthetical elements of the traditional Malay architecture of Malaysia http//ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong di Malaysia Mahathir Mohamad. (1997)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu http://www.pnm.gov.my/sirihpinang/

Anda mungkin juga menyukai