Anda di halaman 1dari 1

Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama

Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama

merujuk kepada

hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum seperti contohnya orang Melayu
yang terdiri dari pelbagai suku kaum seperti orang Jawa, Banjar, Bugis,
Mandaling dan sebagainya yang pastinya mempamerkan kepelbagaian
budaya dan adat resam keturunannya. Begitu juga dengan orang Cina,
yang mempunyai pelbagai suku kaum seperti Hakka, Kantonis, Hainan,
Teochew dan sebagainya. Manakala bagi orang India seperti Malayalam,
Punjabi dan sebagainya.
Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India memberi
contoh tepat interaksi ini. Walaupun mereka mempunyai pegangan agama
yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya, seperti golongan masyarakat
Hindu di India Utara menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya
berpakaian, pemakanan dan seni bina. Manakala masyarakat Muslim di India
pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan
dan gaya hidup masyarakat Hindu. Secara umumnya setiap satu kelompok
masyarakat mengamalkan kebudayaan yang hampir sama, tetapi terdapat
dalam suasana atau upacara majlis tertentu akan memperlihatkan kelainan
budaya yang diamalkan menurut suku kaum masyarakat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai