Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PROGRAM

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)


ZON TRONG 2014
1.0 Tajuk Program:
1.1

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Zon Trong


2014

2.0 Tarikh:
2.1

15.10.2014 ( Rabu )

3.0 Tempat:
3.1

SK Sultan Abdullah

4.0 Anjuran
4.1

Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Dan Selama

5.0 Matlamat
5.1

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu


pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah
dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.

6.0 Objektif
6.1

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta


warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.

6.2

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana


muhibbah secara sedar dan terancang.

6.3

Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di


sekolah.

6.4

Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan


kegiatan khas secara bersama-sama.

7.0 Data Penglibatan Murid


7.1

120 orang murid Tahun 6 dari 5 buah sekolah SK, SJK(C) dan SJK(T)
Kelompok Trong 1

8.0 Pelaksanaan Program


7.30 pagi

- Pendaftaran

8.00 pagi

- Ucapan aluan pengacara majlis


- Nyanyian Lagu Negaraku
- Taklimat/ Ice-Breaking

8.30 pagi

- Senamrobik
-Nyanyian Lagu Patriotik

9.00 pagi

- REHAT

9.30 pagi

- Aktiviti Stesen
1. Stesen Akademik
- Silangkata
- Jejak maklumat
2. Stesen Jati Diri Patriotik
- Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
- Menulis Lirik Lagu
3. Stesen Sukan dan Permainan
- Telefon Buruk/ Kotak Beracun
- Kabaddi

12.00 tgh

- Majlis Penutupan
- Penyampaian Hadiah & Cenderamata.
- Makan tengah hari

1.00 ptg

- Majlis bersurai

9.0 Impak
Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat dikesan
terutamanya objektif program ini yang dapat membantu menyatu padukan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta
mampu berkomunikasi sesama mereka dengan baik. Pengurusan kendiri yang teratur dan
sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini.
Misalnya sikap saling bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan.

a) Output
Sejumlah 120 orang terlibat kesemuanya dalam program RIMUP kali ini. Program
RIMUP 2014 ini menggabungkan 5 sekolah dalam Zon Trong yang rata-rata pelajarnya
berbilang kaum dan melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas
Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya. Terdiri daripada 150 orang
pelajar serta dibantu oleh 50 orang fasilitator dalam kalangan guru, Program ini telah berjaya
dilaksanakan sehingga ke penghujungnya dengan baik.

b) Outcome
Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. Rata-rata mereka amat
berpuashati dengan program disusun yang dianggap menarik dan penuh keseronokan.
Kesediaan guru-guru membimbing dalam mengelola sebahagian aktiviti ini juga turut
membantu menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan. Antara aktiviti yang telah
dijalankan ialah aktiviti silangkata, jejak maklumat, menulis lirik lagu, permainan telefon
buruk dan kabaddi. Semua aktiviti ini dikelola atau diketuai oleh guru-guru yang
berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Perancangan
menyeluruh dan teliti dilaksanakan dengan mengambil kira faktor cuaca atau musim hujan.
Objektif keseluruhannya telah tercapai dan diharap aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan
pada masa-masa akan datang. Majlis Penutupan dirasmikan oleh En Basri bin Mat Lazim
( PKP SK Sultan Abdullah ) dan majlis bersurai pada jam 1.00 petang.

10.0 Isu Dan Cabaran


Setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri.
Isu-isu yang dapat dikesan adalah dari sudut persiapan program yang sepatutnya boleh
diselaraskan oleh pihak pengurusan terutama dari segi pengurusan pertukaran antara stesenstesen aktiviti. Kedudukan Stesen Jati Diri/Patriotik agak terasing dari stesen-stesen yang lain
menyebabkan pertukaran antara stesen agak tidak teratur dan kurang lancar.

Walau

bagaimanapun, program dapat diteruskan juga sehingga tamat.


11.0 Penambahbaikan
Perancangan dan persediaan yang teliti terutama pada pelaksanaan dan pemilihan
masa yang sesuai membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program RIMUP
ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti. Diharap program ini dapat diteruskan
lagi pada masa-masa akan datang. Setiap kelemahan yang ada cuba diperbaiki secara
berperingkat-peringkat.

12.0 Nama Yang Melapor


Pn. Badarieh bt Said
b/p Guru Besar SK Changkat Ibul
34850 Changkat Jering, Perak.

13.0 Institusi
SK Sultan Abdullah
Kampung Cheh,
34850 Changkat Jering, Perak

14.0 Pengesahan oleh


Pn Nor Hafizah bt Abdul Halim
Guru Besar SK Sultan Abdullah
Merangkap,
Pengerusi RIMUP Kelompok Trong ( 1 ) 2014.

LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM RIMUP

Majlis Perasmian Program RIMUP

Pendaftaran perserta RIMUP

Taklimat Progra

STESEN 1 : AKADEMIK

Aktiviti : Silangkata

Aktiviti : Jejak Maklumat

STESEN 2 : JATI DIRI/ PATRIOTIK

Aktiviti : Menulis lirik lagu

STESEN 3 : SUKAN DAN PERMAINAN

Aktiviti : Permainan Telefon Buruk/Kotak Beracun

Aktiviti : Permainan Kabaddi

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH / CENDERAHATI

Anda mungkin juga menyukai