Anda di halaman 1dari 3

Laporan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu SK Seri

Kota Puteri 2018

Pada 18 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu
bertempat di Dewan SK Seri Kota Puteri. Seramai 104 orang murid telah berjaya mengikuti
program yang berlangsung selama tiga minggu ini dengan pelbagai aktiviti yang telah
dijalankan oleh ahli Jawatankuasa Program Transisi dan Guru Penyayang dengan
kerjasama Guru-guru SK Seri Kota Puteri

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangkakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan membantu murid-murid Tahun Satu
menyesuaikan diri menghadapi perubahan dari alam Pra Sekolah ke sistem persekolahan
formal yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Majlis bermula pada jam 10.30 dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Aidil Shah bin Abdul
Karim. Seterusnya, majlis ini telah dirasmikan penutupannya oleh Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid iaitu Encik Saifuldin Bin Hassan, mewakili Tuan Guru Besar yang tidak dapat
bersama kali ini atas urusan mustahak. Di dalam ucapan beliau, beliau telah menyatakan
rasa bangga dengan kejayaan murid Tahun Satu menyesuaikan diri dengan persekitaran
alam persekolahan baharu yang lebih formal berbanding semasa mereka di Pra Sekolah.
Beliau juga menasihati murid agar mengekalkan disiplin yang baik sepanjang alam
persekolahan. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para guru SK Seri
Kota Puteri yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program
selama tiga minggu ini.

Majlis turut diselit dengan tayangan multimedia bertemakan aktiviti murid Tahun 1.
Tayangan video ini bertujuan megimbas kembali aktiviti menarik yang telah dijalankan
sepanjang minggu transisi. Murid-murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang
program ini berlangsung.

Majlis turut diserikan dengan persembahan murid setiap kelas Tahun 1 dibawah bimbingan
guru kelas masing-masing . Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu tema ‘Anak Cemerlang’
.Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.

19 Januari 2018

Dilaporkan oleh:

____________________
(SUHAIZA BT SUKIMAN)
Setiausaha Minggu Transisi Tahun 1 2018
SK Seri Kota Puteri

Anda mungkin juga menyukai