Anda di halaman 1dari 2

SUARA MALAYSIA MERDEKA #PKPP

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK SEMPENA BULAN


KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2020
SK PUCHONG JAYA (2)

1.1 Jenis Pertandingan


1.1.1 Pertandingan Nyanyian Solo, Duet, Trio atau Kumpulan Keluarga

1.2 Kategori Pertandingan dan Hadiah


1.2.1 Kategori Murid Prasekolah
1.2.2 Kategori Murid Tahap 1
1.2.3 Kategori Murid Tahap 2
1.2.4 Kategori Ibu Bapa
1.2.5 Kategori Guru

1.3 Penyertaan
1.3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid, guru dan ibu bapa SK Puchong
Jaya (2) bermula pada 1hb Ogos 2020. Pendaftaran PERCUMA melalui Google
Form.
1.3.2 Setiap penyertaan perlu menghantar SATU video pendek berdurasi tidak lebih 5
minit nyanyian lagu patriotik.
1.3.3 Video pendek nyanyian perlu dihantar dengan meletakkan tajuk lagu menerusi
aplikasi telegram melalui guru kelas masing-masing.
1.3.4 Video pendek berkenaan tidak dibenarkan dimuatnaik ke dalam laman sosial
seperti Facebook, Youtube, Instagram, Twitter dan lain-lain sehingga tarikh tutup
penyertaan dan keputusan penghakiman.
1.3.5 Tarikh akhir penghantaran video pendek ialah pada 15hb Ogos (Jumaat)
1.3.6 Penganjur akan memuat naik video-video pendek penyertaan di Youtube bermula
pada 20hb Ogos (Khamis). Pemarkahan View dan Like di media sosial akan
dijalankan bermula 20hb Ogos hingga 26hb Ogos. Link video-video berkenaan
akan diberikan melalui guru kelas melalui aplikasi telegram untuk tujuan LIKE,
VIEW dan COMMENT.
1.3.7 Setiap penyertaan layak menerima sijil penyertaan.

1.4 Persembahan
1.4.1 Lagu Melayu Patriotik ciptaan anak Malaysia dan dalam bahasa Melayu.
1.4.2 Setiap peserta hanya mempersembahkan sebuah lagu sahaja.
1.3.3 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik
1.3.4 Pilihan lagu mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat/kaum.
1.3.5 Pakaian peserta mestilah kreatif dan bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak
menjolok mata.
1.5 Masa
1.5.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 5 minit.

1.6 Pemarkahan
1.6.1 Pic (ketepatan suara) – 30 markah
1.6.2 Gaya – 30 markah
1.6.3 Kreativiti – 10 markah
1.6.4 Kesesuaian – 10 markah
1.6.5 Kerjasama – 10 markah
1.6.6 View dan Like Media Sosial - 10 markah

1.7 Persembahan Video Pendek Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Dalam Talian
1.7.1 Persembahan secara LIVE GOOGLE MEET akan diadakan pada 28hb
Ogos (Jumaat) jam 9.00 pagi dan pengumuman keputusan.
1.7.2 Kod kelas dan kod meet akan diberikan pada 28hb Ogos jam 8.30 pagi.

1.8 Ahli Jawatankuasa

Anda mungkin juga menyukai