Anda di halaman 1dari 4

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)URUSAN TEMU DUGA TAHFIZ

MODEL ULUL ALBAB SMK AGAMA PUTRAJAYA


DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) TAHUN 2021

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BAGI URUSAN UJIAN BACAAN DAN


HAFAZAN AL-QURAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) SMK AGAMA
PUTRAJAYA TINGKATAN SATU 2021 DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

1.0 PENDAHULUAN

Garis Panduan ini disediakan sebagai dokumen rujukan kepada panel temu
duga, calon serta urus setia yang bertugas semasa sesi Temuduga Tahfiz Model
Ulul Albab SMK Agama Putrajaya berlangsung.

2.0 TATACARA PELAKSANAAN

2.1 Semua pihak yang terlibat iaitu panel temu duga, calon serta urus setia
pusat temu duga hendaklah patuh kepada Prosedur Operasi Standard
(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu memakai
pelitup separuh muka (face mask), menggunakan sanitasi tangan
(hand sanitizer), pengambilan suhu badan di pintu masuk pusat temu
duga/pusat ujian serta penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1
meter semasa menunggu giliran dan sepanjang semua aktiviti termasuk
jarak antara calon dengan panel temu duga.

2.2 Pemeriksaan suhu badan dan gejala juga akan dijalankan kepada
semua pihak terlibat sebelum memasuki premis pusat temu duga.

2.3 Sebagai langkah kawalan, calon tidak dibenarkan berhimpun sepanjang


masa berada di pusat temu duga. Calon dikehendaki hadir 30 minit
sebelum waktu yang ditetapkan dan mengelakkan tiba lebih awal
supaya tidak berlaku kesesakan di pusat temu duga. Pengiring atau ahli
keluarga calon juga tidak dibenarkan masuk. Hanya dibenarkan “Drop
Off” calon di hadapan pintu masuk pusat temuduga.

2.4 Panel temu duga/ panel penguji, calon dan urus setia bukan dari
kumpulan Person Under Investigation (PUI) atau Person Under
Surveillance (PUS) atau mempunyai gejala COVID-19 seperti batuk,
sakit tekak, selesema atau suhu badan melebihi 37.5 oC. Mana-mana
individu terlibat yang merupakan PUI atau PUS adalah dilarang sama
sekali hadir ke pusat temu duga/pusat ujian dan hendaklah meneruskan
kuarantin di rumah.
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)URUSAN TEMU DUGA TAHFIZ
MODEL ULUL ALBAB SMK AGAMA PUTRAJAYA
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) TAHUN 2021

2.5 Bagi calon yang merupakan PUI atau PUS, salinan Perintah
Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan Penyakit
COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] hendaklah
dikemukakan kepada urus setia di alamat e-mel jpn-wp-putrajaya-
cm95@moe-dl.edu.my

3.0 TANGGUNGJAWAB PANEL TEMU DUGA

3.1 Sebelum Temu Duga

 Hadir taklimat mengenai tatacara pengendalian temu duga oleh


urus setia.
 Muat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-
masing.

3.2 Semasa Temu Duga

 Saringan suhu badan dan gejala dilakukan di pintu masuk premis.


 Panel yang mempunyai gejala seperti batuk, sakit tekak, selesema
atau sesak nafas atau suhu badan melebihi 37.5ºC tidak dibenarkan
masuk dan dinasihatkan merujuk ke klinik kesihatan berhampiran
dengan segera. Pengganti akan diuruskan oleh urus setia.
 Daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera.
 Pastikan penjarakan sosial 1 meter antara panel dan juga daripada
calon.
 Dibenarkan meminta calon untuk membuka pelitup separuh muka
semasa sesi temu duga/ ujian dijalankan (mengikut keperluan).
 Temu duga dan setiap aktiviti ujian dilaksanakan tidak melebihi 30
minit bagi setiap calon.
 Amalkan membersih tangan dengan kerap.
 Beredar dari premis dengan kadar segera setelah urusan selesai.

3.3 Selepas Temu Duga

 Beredar dari premis dengan kadar segera setelah urusan selesai.


PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)URUSAN TEMU DUGA TAHFIZ
MODEL ULUL ALBAB SMK AGAMA PUTRAJAYA
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) TAHUN 2021

4.0 TANGGUNGJAWAB CALON TEMU DUGA

4.1 Sebelum Temu Duga

 Muat turun aplikasi My Sejahtera ke dalam telefon bimbit masing-


masing.
 Bawa alat tulis sendiri.

4.2 Semasa Temu Duga

 Saringan suhu badan dan gejala dilakukan di pintu masuk pusat


temu duga/pusat ujian.
 Calon yang mempunyai gejala seperti batuk, sakit tekak, selesema
atau suhu badan melebihi 37.5oC tidak dibenarkan masuk dan
dinasihatkan ke klinik kesihatan berhampiran dengan segera. Sesi
temu duga akan dijadualkan semula dan dimaklumkan kepada
calon.
 Daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau di kaunter
pendaftaran di pusat temu duga. Bagi calon yang tidak mempunyai
telefon pintar, daftar kehadiran di buku log pendaftaran yang
disediakan.
 Amalkan penjarakan sosial dan kebersihan tangan semasa berada
di pusat temu duga.

4.3 Selepas Temu Duga

 Beredar dari pusat temu duga dengan kadar segera setelah


urusan selesai.
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)URUSAN TEMU DUGA TAHFIZ
MODEL ULUL ALBAB SMK AGAMA PUTRAJAYA
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) TAHUN 2021

5.0 TANGGUNGJAWAB URUS SETIA TEMU DUGA

5.1 Sebelum Temu Duga

 Laksanakan disinfeksi pusat temu duga mengikut SOPoleh KKM


selepas sesi temu duga
 Laksanakan pembersihan dan disinfeksi peralatan selepas setiap
calon diuji.

5.2 Semasa Temu Duga

 Hadir taklimat mengenai tatacara pengendalian temu duga.


 Pastikan susun atur urusan temu duga di pusat temu duga memenuhi
SOP yang ditetapkan.
 Laksanakan pembersihan dan disinfeksi pusat temu duga mengikut
SOP oleh KKM setiap hari.
 Pastikan peralatan seperti pengukur suhu badan, sarung tangan,
pelitup separuh muka dan cecair sanitasi tangan disediakan.
 Sediakan tanda tunjuk arah yang jelas dan difahami di sekitar pusat
temu duga oleh panel dan calon.
 Sediakan buku log pendaftaran dan borang pengisytiharan status
kesihatan.
 Pastikan jadual penggiliran rehat/ minum pagi panel temu duga/ ujian
disediakan.
 Pastikan bilik rehat disediakan untuk urusan makan minum panel
mengikut SOP.
 Jalankan pemeriksaan suhu badan kepada panel, calon dan urus
setia.

5.3 Selepas Temu Duga

 Laksanakan disinfeksi pusat temu duga mengikut SOP oleh KKM


selepas sesi temu duga

6.0 PENUTUP
 Semua panel temu duga/ panel penguji, calon dan urus setia pusat
temuduga adalah terikat dengan pematuhanterhadap SOP ini. Walau
bagaimanapun, SOP ini adalah tertakluk kepada pindaan selaras
dengan perubahan dasar-dasar baharu semasa yang berkuatkuasa.

Anda mungkin juga menyukai