Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2019

1.0 Rancangan dan Aktiviti Tahun 2019 :


a) Panitia Muzik telah mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Januari,
April dan November.
b) Sepanjang tahun ini, sebanyak 2 kali Gempur Minda telah dijalankan iaitu pada bulan
Mac dan Ogos untuk murid Tingkatan 1 hingga 5.
c) Peperiksaan Pertengahan Tahun telah diadakan pada bulan Mei untuk murid Tingkatan 1
hingga 5.
d) Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 hingga 5 telah diadakan pada bulan Oktober dan
berjalan dengan lancar.
e) Penilaian KSSM Pendidikan Muzik Tingkatan 1 dan 2 telah berjaya dilaksanakan
bermula Januari hingga November.
f) Penilaian PBS Pendidikan Muzik telah berjaya dilaksanakan bermula Januari hingga
November.
2.0 Program Peningkatan Proses P&P :
a) Pencerapan P&P guru dan penyemakan buku nota dan latihan murid telah dijalankan
oleh pihak pentadbir, Ketua Bidang dan Ketua Panitia pada fasa 1(Feb-April) dan fasa 2
(Oktober). Aktiviti ini adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3.0 Pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) :
a) Tahun ini merupakan tahun Kelima pelaksanaan PT3 namun matapelajaran Pendidikan
Muzik ialah subjek bukan teras dan tidak termasuk dalam peperiksaan PT3.
4.0 Kekangan/Masalah :
a) Jika dilihat dari segi keputusan pelajar mengikut kelas, jumlah pelajar mendapat markah
tinggi dalam matapelajaran Pendidikan Muzik adalah dari kelas 2.2. Manakala kelas 2.8
sangat lemah dalam matapelajaran ini mungkin disebabkan oleh tahap pembelajaran
pelajar. Selain daripada itu,disiplin pelajar sangat teruk sehinggakan menjadi kekangan
kepada guru untuk mengajar di kelas.
5.0 Cadangan Penambahbaikan :
a) Mengenal pasti dari awal murid yang bermasalah disiplin.
b) Mengenal pasti dari awal pelajar yang berpotensi menyumbang gred A dan B dalam
peperiksaan.
c) Mengenal pasti pelajar yang lemah untuk mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam
matapelajaran muzik.
d) Pada tahun depan peruntukan akan fokus kepada Bahan Bantu Mengajar untuk KSSM
tingkatan 1 hingga 3.
6.0 Penutup :
Secara umumnya, terdapat beberapa program ang dirancang tahun ini tidak terlaksana
dengan jayanya disebabkan kekangan masa dan kekangan tidak ada alat muzik yang
mencukupi. Diharapkan ditahun hadapan, progam yang telah dirancang dapat dijalankan
dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru dalam Panitia Pendidikan Muzik atas
kerjasama yang sangat baik. Semoga Panitia Pendidikan Muzik akan mencatat peningkatan
dalam peperiksaan pertengahan dan akhir tahun ini dan di tahun hadapan dan sekaligus
membantu peningkatan GPS sekolah.

Disediakan oleh,

(Pn. Viviannie Longinus),


Ketua Panitia Pendidikan Muzik,
SMK Elopura.

Anda mungkin juga menyukai