Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PANITIA

PENDIDIKAN MUZIK
SMK ELOPURA SANDAKAN
PERTAMA 2020

Tarikh : 9 Januari 2020


Hari : Khamis
Masa : 9.30-11 pagi
Tempat : Bilik Elab
Kehadiran : 4 orang
Nama yang hadir 1. Pn. Viviannie Longinus
2. En. Audrey Daumeh
3. Pn. Juraidah Jamiri
4. En. Eussoffe Ashraf

1 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Kata-kata aluan Ketua Bidang Kemanusiaan En. Erwan.
1.2 Tujuan utama mesyuarat kali pertama diadakan untuk merancang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap matapelajaran
di bawah Bidang Kemanusiaan.
1.3 Seterusnya setiap panitia bergerak ke tempat perjumpaan masing-
masing.
2 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.1 Makluman bahawa kesemua guru yang mengajar adalah guru opsyen
muzik yang akan mengajar Pendidikan Muzik Tingkatan 1, Tingkatan
2 dan Tingkatan 3.
2.2 Pengemaskinian dan penambahbaikan fail panitia oleh Ketua Panitia.
2.3 Maklumat dan jadual guru pendidikan muzik harus dimasukan didalam
fail panitia.
2.4 Jadual penyediaan kertas peperiksaan bagi matapelajaran Pendidikan
Muzik.
2.5 Pelantikan setiausaha carta organisasi panitia terbaru iaitu En. Audrey.
2.6 Keperluan mengajar yang guru perlu untuk disediakan oleh Ketua
Panitia
3 KSSM
3.1 Membincangkan tentang Kurikulum Pendidikan Muzik menengah
rendah.
3.2 Merupakan tahun ketiga bermulanya pembelajaran Pendidikan Muzik
yang dilaksanakan dalam KSSM.
3.3 Pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada
KBAT.
4 HAL-HAL LAIN
4.1 Sebarang aktiviti ataupun pembelajaran Pendidikan Muzik hanya
dilakukan didalam kelas memandangkan tiada bilik muzik yang disediakan.
4.2 Membincangkan alat muzik dan alat pembelajaran yang harus ada
untuk sesi pembelajaran.
4.3 Guru-guru akan sedaya upaya untuk menyediakan sedikit peralatan
alat muzik untuk kegunaan para pelajar.
4.4 Menitikberatkan penggunaan buku PBD dalam kelas.
4.5 Penyediaan PBD setiap peperiksaan penting untuk di masukkan
kedalam fail panitia.
5 UCAPAN PENUTUP
5.1 Ketua Panitia memohon kerjasama dari semua guru agar dapat
melancarkan pembelajaran dengan lancarnya.
6 Mesyuarat tamat pada pukul 11 pagi.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

(VIVIANNIE LONGINUS) (VIVIANNIE LONGINUS)

Anda mungkin juga menyukai