Anda di halaman 1dari 10

MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN MUZIK

SASARAN
1. MURID: TINGKATAN 3
Tema
2. 1: Indahnya Melodi
TAJUK:
3. Teknik Asas Permainan Alat Muzik Kibod Digital (Aplikasi Walk Band).
KANDUNGAN
4. ASAS: 2.1.1 Memainkan alat muzik secara ensembel berdasarkan skor dengan:
(i) teknik yang betul.
(ii) pic yang betul.
(iii) ton yang baik.
(iv) irama yang betul.
KANDUNGAN TAMBAHAN: 2.1.2 Memainkan alat muzik dengan keseimbangan bunyi yang sesuai.
TEMPOH5. PELAKSANAAN: 22-26 Februari 2021
NOTA 1. BERKAITAN:
AKTIVITI
1. : (LANGKAH DEMI LANGKAH)

1. Sila baca nota yang berkaitan dengan permainan alat muzik kibod digital (aplikasi Walk Band)
di atas.
2. Sila muat turun aplikasi Walk Band secara percuma di Google Playstore dengan klik pada link
atau mengimbas QR code yang tertera di bawah.

Aplikasi Walk Band


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gamestar.pianoperfect

3. Sila buka aplikasi Walk Band dan klik pada pilihan alat muzik kibod. Rujuk gambar di bawah.
4. Pastikan paparan kibod tertera seperti gambar di bawah.

5. Murid-murid boleh mengubah kedudukan kibod (seperti dalam gambar) dengan menekan
butang pelaras seperti yang dibulatkan.

6. Seterusnya, murid-murid hendaklah mula berlatih penjarian bagi kord primer dalam F Major
iaitu F Major, Bb Major, dan C Major berpandukan gambar rajah penjarian kord.

Video rujukan kord F Major:


https://drive.google.com/file/d/1SMZbQPHR1NTajT3koeBeKMOAC6ZoE2ST/view?usp=sharing
Video rujukan kord Bb Major:
https://drive.google.com/file/d/15q6_gLhXYUZqjXco_upzuwE5yhzkROlN/view?usp=sharing

Video rujukan kord C Major:


https://drive.google.com/file/d/1dn-C7Rg0TmS4b_DBANPrwbf-kcSbGqmO/view?usp=sharing
7. Setelah selesai latihan penjarian, murid-murid diminta untuk membuat latihan bermain kord
pada kibod digital. Sila rujukan Latihan 1 dan Latihan 2 di bawah.

https://drive.google.com/file/d/1-aDkkRrIcIh0EeyKcFtggVBfD-A3qyT7/view?usp=sharing

https://drive.google.com/file/d/1QkkFllQ4aUWqHLl9nGDvkyaeGUW76H1T/view?usp=sharing

TUGASAN MURID:
Murid-murid diminta melakukan tugasan 1 dan tugasan 2 dengan bermain kibod berpandukan
gambar rajah di bawah. Sila klik pada pautan audio atau mengimbas QR code untuk audio 8 dan
audio 9.
https://soundcloud.com/pendidikan-muzik/audio-8-latihan-strumming-1

https://soundcloud.com/pendidikan-muzik/audio-9-latihan-strumming-2
PENTAKSIRAN
1. UNTUK MENGUKUR TAHAP PENGUASAAN MURID : TP1 – TP3

BIDANG APRESIASI MUZIK (STANDARD PRESTASI)

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran asas bermain alat muzik.
2 Mempamerkan kefahaman tentang pengetahuan dan kemahiran asas
bermain alat muzik.
3 Bermain alat muzik dengan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
muzik.
4 • Menganalisis karya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
ensembel alat muzik.
• Mempamerkan etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti
muzik.
5 • Menentukan penggunaan elemen muzik yang sesuai dalam aktiviti
ensembel alat muzik.
• Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti
muzik.
6 • Menjana idea kreatif dalam aktiviti ensembel alat muzik.
• Mengamalkan etika persembahan dan nilai murni dalam aktiviti
muzik serta menjadi contoh kepada rakan.

MODUL
2. DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH :
Kandungan Asas – 2.1.1 & Kandungan Tambahan – 2.1.2

PENYERAHAN
3. TUGASAN OLEH MURID KEPADA GURU UNTUK DISEMAK

PANDUAN KERJA MURID:


1. Murid-murid perlu membaca nota yang diberikan di atas tentang Langkah-langkah
Pembelajaran Alat Muzik Kibod Digital dan Kord Primer dalam F Major.
2. Murid-murid diminta untuk memuat turun aplikasi Walk Band di platform Google
Playstore.
3. Seterusnya, murid diminta untuk membuka aplikasi Walk Band dan memilih alat
muzik kibod.
4. Murid-murid kemudiannya diminta untuk berlatih penjarian kibod berdasarkan nota
dan video contoh yang diberikan di atas.
5. Kemudian, murid-murid diminta untuk memainkan kord berpandukan Latihan 1 dan
Latihan 2 di atas.
6. Modul Latihan tersebut hendaklah disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan
oleh guru iaitu bermula pada 22 sehingga 26 Februari 2021.
7. Semua modul latihan yang telah siap dilaksanakan dan dirakam audio hendaklah
dihantar kepada guru subjek pada 26 Februari 2021.
8. Ibu bapa digalakkan untuk membantu murid-murid untuk menyiapkan latihan modul
tersebut.
9. Ibu bapa juga hendaklah membantu anak/anak jagaan mengakses bahan digital
dalam pautan yang disediakan.
10. Ibu bapa memantau PdPR yang dijalankan dan memberikan sokongan yang
bersesuaian kepada murid.

DISEDIAKAN OLEH:

(AHMAD AMIRULAH BIN MOHD YUNAN)


Guru Muzik,
SMK Sandakan II, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai