Anda di halaman 1dari 6

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MUZIK

1. SASARAN MURID : TINGKATAN 3


2. Tema 1 : Indahnya Melodi
3. TAJUK : Orkestra Cina Moden
4. STANDARD KANDUNGAN: 5.1 Menghayati muzik daripada pelbagai genre.
STANDARD PEMBELAJARAN: 5.1.1 Menganalisis dan memberi pendapat tentang muzik
Malaysia yang didengar atau ditonton daripada aspek :

i. Genre Muzik ii. Latar Belakang Muzik iii. Alat Muzik iv. Fungsi Muzik v. Cara
Persembahan vi. Elemen Muzik (irama, melodi, ekspresi )

5. TEMPOH PELAKSANAAN : 22-26 Februari 2021


1. NOTA BERKAITAN :
1. AKTIVITI :
1. Sila dengar dan tonton persembahan orkestra cina moden dengan menekan pautan
"Dance of the Golden Snake". Lihat cara alat muzik orchestra moden dimainkan.
https://youtu.be/1x5TeFkR6qI

2. Sila dengar dan tonton irama elemen muzik persembahan orkestra cina moden dengan
menekan pautan “Moonlight Of Spring River golden hall Vienna”
https://youtu.be/L6YcEAxJnbc

3. TUGASAN : Murid dikehendaki mendapatkan dan mengumpul maklumat tambahan


berkaitan orkestra cina moden dari sumber media cetak atau internet dan beberapa
penggiat seni dan menampalnya dalam kertas kajang.

1. PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR TAHAP PENGUASAAN MURID : TP1 – TP3


BIDANG APRESIASI MUZIK (STANDARD PRESTASI)

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Menyatakan muzik yang didengar.

2 Menerangkan muzik yang didengar.

3 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran muzik dalam mengulas karya.

4 Menganalisis karya muzik menggunakan pengetahuan dan kemahiran


muzik.
5 Menilai karya muzik menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik.

6 Menganalisi dan membuat perbandingan dua karya muzik dengan


menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik.

2. MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH :


Standard Kandungan - 5.1 , Standard Pembelajaran – 5.1.1

3. PENYERAHAN TUGASAN OLEH MURID KEPADA GURU UNTUK DISEMAK

PANDUAN KERJA BUAT


1. Murid-murid perlu menonton keseluruhan video "Dance of the Golden Snake".
2. Murid-murid juga digalakkan untuk melihat cara alat muzik orkestra moden
dimainkan.
3. Sekiranya murid-murid menghadapi masalah dengan pautan link, boleh rujuk dengan
guru mata pelajaran.
4. Setelah mendengar lagu tersebut, murid hendaklah menonton keseluruhan video
“Moonlight Of Spring River golden hall Vienna”
5. Murid dikehendaki mendapatkan dan mengumpul maklumat tambahan berkaitan
orkestra cina moden dari sumber media cetak atau internet dan beberapa penggiat
seni dan menampalnya dalam kertas kajang.
6. Modul Latihan tersebut hendaklah disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan
oleh guru iaitu bermula pada 22 sehingga 26 Februari 2021.
7. Semua modul Latihan yang telah siap dijawab hendaklah diserahkan kepada guru
subjek pada 26 Februari 2021.
8. Ibu bapa digalakkan untuk membantu murid-murid untuk menyiapkan Latihan
modul tersebut.
9. Membantu anak/anak jagaan mengakses bahan digital dalam pautan yang
disediakan.
10. Ibu bapa memantau PdPR yang dijalankan dan memberikan sokongan yang
bersesuaian kepada murid.
DISEDIAKAN OLEH:

JAPAR BIN TARASA


GURU MUZIK
SMK MUHIBBAH
SANDAKAN

Anda mungkin juga menyukai