Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PENUTUPAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Pada 24 Oktober 2014 bersamaan dengan hari Jumaat, majlis penutupan Bulan
Bahasa Kebangsaan diadakan. Majlis penutupan ini berlangsung setelah tamatnya
pertandingan dikirlakon yang telah dijalankan di Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi pada
pukul 10.00 malam. Majlis penutupan ini telah dihadiri oleh Dr. Jeyagobi A/L Dharmodarem
selaku Ketua Jabatan Bahasa Melayu dan Puan Zawiah binti Mohamed selaku pengarah
Program Bulan Bahasa Kebangsaan bagi tahun 2014. Selain itu, para hadirin yang terdiri
daripada pelajar PPISMP Semester 1, PISMP Semester 1, 4, 6 dan 8, para pensyarah
daripada Jabatan Pengajian Melayu serta para pensyarah yang memenangi pertandingan
sajak turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis penutupan pada malam itu.
Sebelum mengakhiri majlis penutupan, pengerusi majlis telah menjemput Dr.
Jeyagobi A/L Dharmodarem untuk memberikan ucapan kepada para peserta yang telah
menyertai pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan. Beliau juga turut menekankan
tentang kepentingan Bahasa Kebangsaan kepada masyarakat di negara kita. Setelah itu,
Puan Zawiah binti Mohamed juga turut menyampaikan ucapan tahniah kepada para peserta
yang telah memenangi hadiah dalam pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang sudi menghadirkan diri pada
majlis penutupan tersebut.
Majlis pada malam tersebut berakhir dengan penyampaian sijil kepada para
pensyarah ang terlibat. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada
para pemenang yang memenangi pertandingan seperti pertandingan forum, dikirlakon dan
sebagainya. Majlis bersurai tepat pada pukul 11.00 malam. Para pensyarah serta ahli
jawatankuasa program dihidangkan dengan sedikit jamuan di belakang dewan.
Dalam setiap program yang dijalankan, sudah semestinya akan berlaku sedikit
kecatatan. Oleh yang demikian, kita seharusnya menjadikan kesilapan tersebut sebagai
pedoman pada masa akan datang. Semoga kesilapan tersebut tidak akan berulang pada
anjuran program yang akan datang. Pengalaman menjalankan program ini sedikit sebanyak
memberi kami pengalaman untuk meneruskan legasi dunia pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai