Anda di halaman 1dari 3

Kursus Asas Kawad Kaki

LAPORAN ANALISIS SWOT KURSUS ASAS KAWAD KAKI

KEKUATAN (STRENGTH – S) KELEMAHAN ( WEAKNESS - W)


1. Semua peserta kursus kawad memberi 1. Ada di antara peserta yang tidak dapat
kerjasama sepanjang berlangsungnya Kursus menghadirkan diri dalam program.
Asas Kawad Kaki. 2. Pendokumentasian kursus tidak dapat di ambil
2. AJK pendaftaran menjalankan tugas dengan sepenuhnya.
baik dengan memastikan kehadiran semua 3. Setiap sesi kursus hanya sempat
peserta tepat pada masanya. didokumentasikan pada awal dan akhir setiap
3. AJK makanan juga melakukan kerja dengan sesi program.
baik dengan menyediakan makanan
mencukupi.
4. Majlis penutup juga berjalan dengan lancar
seperti yang dirancang tanpa sebarang
masalah.

PELUANG (OPPURTUNITIES - O) ANCAMAN (THREAT - T)


1. Peserta kursus asas kawad kaki akan dapat 1. Menghadapi kekangan masa yang tidak
aplikasikan ilmu yang dipelajari. mencukupi
2. Kawad kaki dapat membentuk sikap disiplin 2. Jurulatih tidak sempat mengajar jalan perlahan
yang tinggi dan peka terhadap keadaan kepada peserta disebabkan oleh faktor masa.
sekeliling para peserta.
3. AJK yang terlibat dapat belajar tentang
pengurusan untuk menganjurkan kursus
sebegini.
4. Para peserta dapat mempraktikkan ilmu yang
diperoleh untuk pertandingan kawad antara
unit.

1
Program yang dilaksanakan ialah kursus asas kawad kaki. Kursus ini jika dianalisis
berdasarkan analisis SWOT memberikan gambaran terhadap perjalanan program yang
dianjurkan sama ada berjalan dengan lancar atau pun tidak. Kekuatan yang dapat disenaraikan
dalam program ini ialah semua peserta kursus kawad memberi kerjasama sepanjang
berlangsungnya Kursus Asas Kawad Kaki. Kerjasama yang diberikan membantu kelancaran
program dalam melaksanakan proses latihan kawad asas kaki. Selain itu, yang memainkan
peranan dalam program ini ialah AJK Pendaftaran. AJK pendaftaran menjalankan tugas dengan
baik dengan memastikan kehadiran semua peserta tepat pada masanya. Kehadiran semua
peserta hendaklah dicatat untuk mengenalpasti jika terdapat peserta yang tidak dapat hadir
semasa Kursus berlangsung dan memastikan semua perserta terlibat dalam kursus ini. AJK
makanan juga melakukan kerja dengan baik dengan menyediakan makanan mencukupi kepada
semua peserta dan juga jurulatih. Setiap jadual makanan telah diperincikan dan disenaraikan
bahan-bahan makanan yang digunakan mencukupi dan memastikan semua peserta dapat
makan pada masa yang telah ditentatifkan. Seterusnya, Majlis penutup juga berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang tanpa sebarang masalah. Segala aktiviti dilaksanakan dengan
baik dan AJK pelaksana dapat merancang majlis penutup dengan baik dan teratur.

Kelemahan dalam program ini pula ialah ada di antara peserta yang tidak dapat
menghadirkan diri kerana urusan luar setelah dimaklumkan akan program kursus ini.
Ketidakhadiran peserta tidak dapat dielakkan kerana berkaitan urusan masing-masing. Hal ini
juga dapat menjejaskan pembahagian kumpulan yang telah dirancang awal sebelum program
bermula. Selain itu, pendokumentasian kursus tidak dapat di ambil sepenuhnya kerana faktor
kekangan masa untuk melibatkan diri dalam kursus asas kawad ini. Setiap sesi kursus hanya
sempat didokumentasikan pada awal dan akhir setiap sesi program.

Peluang pula yang dapat diberikan dan kursus kawad ini ialah Peserta kursus asas
kawad kaki akan dapat aplikasikan ilmu yang dipelajari untuk mengajar bakal murid pada masa
hadapan. Seterusnya, kawad kaki dapat membentuk sikap disiplin yang tinggi dan peka
terhadap keadaan sekeliling para peserta. Hal ini menjadikan mereka lebih menjaga tingkah
laku untuk membentuk kemenjadian maunsia. Selain itu, para peserta dapat mempraktikkan
ilmu yang diperoleh untuk pertandingan kawad antara unit sehinggalah ke peringkat yang lebih
tinggi. Justeru dapat membina semangat dan keyakinan mereka untuk terus kehadapan lagi.

Manakala ancaman pula, menghadapi kekangan masa yang tidak mencukupi apabila
latihan kawad terpaksa diberhentikan tepat pada pukul 4.00 petang untuk memberikan laluan

2
kepada majlis penutupan. Selain itu, Jurulatih tidak sempat mengajar jalan perlahan kepada
peserta disebabkan oleh faktor masa yang mana kawad jalan perlahan termasuk dalam kursus
asas kawad kaki.

Perancangan yang teliti perlulah dilakukan semasa program berlangsung bagi


memastikan setiap masalah yang dihadapi dapat diatasi. Seterusnya, kerjasama antara AJK
dan peserta perlu ditekankan dalam bagi menbantu proses kelancaran program.

Anda mungkin juga menyukai