Anda di halaman 1dari 12

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA


Telefon Fax : 603-88832545 : 603-88895542

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan Kami : KKM87/P1/1/3 (12) Tarikh Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri ....................................... Pengarah, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan ............... Pengarah, Hospital Kuala Lumpur. : 16 Julai 2007

Dato/ Datin / Tuan / Puan,

SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN BIL : 6 / 2007 GARIS PANDUAN LATIHAN PEMANDUAN AMBULAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.

TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa semua pemandu ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikehendaki mengikuti latihan pemanduan ambulan. Tujuan latihan pemanduan ambulan ini adalah untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pemandu ambulan disamping menyeragamkan latihan pemanduan ambulan sedia ada.

2.

LATARBELAKANG Perkhidmatan ambulan adalah salah satu elemen penting dalam menangani kes-kes kecemasan bermula dari tempat kejadian seterusnya ke institusi / fasiliti perawatan kesihatan berdekatan. Perkhidmatan ambulan yang sedia
(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

ada dalam KKM dikendalikan oleh pasukan perubatan yang dianggotai oleh Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulan manakala Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Jururawat Masyarakat turut terlibat dari masa ke semasa untuk situasi atau kes tertentu. Perkhidmatan yang diberi adalah termasuk bantuan rawatan kecemasan ditempat kejadian dan semasa dalam perjalanan ke institusi / fasiliti perawatan kesihatan. 3. PELAKSANAAN Latihan pemanduan ambulan ini hendaklah dilaksanakan di peringkat negeri dan wilayah. Semua pemandu ambulan KKM diwajibkan mengikuti latihan khusus ini. Kaedah latihan akan dilaksanakan melalui dua bahagian seperti berikut: a. Bahagian Pertama - mengandungi dua modul untuk tempoh tiga hari. Modul I merangkumi topik-topik mengenai peranan, tanggungjawab, etika dan teknik pemanduan ambulan. Modul II merangkumi topik-topik sokongan asas kecemasan. b. Bahagian Kedua - latihan amali selama tiga bulan dibawah penyeliaan dan menggunakan buku praktis. Disertakan bersama-sama ini sesalinan garispanduan Latihan Pemanduan Ambulan KKM untuk rujukan dan panduan. Sijil latihan akan dikeluarkan selepas tamat latihan dan pengisian buku praktis yang lengkap. 4. TARIKH PELAKSANAAN Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. 5. TANGGUNGJAWAB

Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah adalah bertanggungjawab untuk melaksana, menyelaras dan mengawas Latihan Pemanduan Ambulan di peringkat masing-masing.

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

Pengarah Kesihatan Negeri / Wilayah adalah bertanggungjawab untuk melantik ketua penyelaras dan pegawai penilai / penyelia.

6.

PERTANYAAN Sekiranya terdapat pertanyaan, sila berhubung dengan Bahagian yang berkenaan di alamat seperti berikut :Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E1, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya. Tel : 03-88831157 Fax : 03-88831155

Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

. ( TAN SRI DATUK DR. HJ. MOHD ISMAIL MERICAN ) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia s.k Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) Timbalan Ketua Setiausaha ( Kewangan ) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Perubatan ) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Kesihatan Awam ) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( P & ST ) Pengarah Perkembangan Perubatan Pengarah Amalan Perubatan Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga
(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

GARIS PANDUAN LATIHAN PEMANDUAN AMBULAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.

TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan satu latihan pemanduan ambulan yang seragam supaya perkhidmatan ambulan yang diberikan menjadi lebih selamat, cekap dan efisien. Sehubungan itu semua pemandu ambulan perlu mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tujuan Latihan pemanduan ambulan adalah untuk : memberi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kepada pemandu ambulan tentang peranan, tanggungjawab dan etika sebagai pemandu ambulan. memastikan pemandu ambulan mahir, cekap dan selamat serta dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam menguruskan kes-kes kecemasan atau bencana. mewujudkan satu latihan pemanduan ambulan yang seragam di KKM.

2.

LATARBELAKANG Perkhidmatan ambulan yang berwibawa adalah penting dalam pengendalian kes-kes kecemasan bermula dari tempat kejadian seterusnya ke institusi/ fasiliti perawatan kesihatan berdekatan. Perkhidmatan ambulan yang sedia ada dalam KKM dikendalikan oleh pasukan perubatan yang dianggotai oleh Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulan sementara Pakar Perubatan , Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Jururawat Masyarakat turut terlibat dari masa ke semasa untuk situasi atau kes tertentu. Perkhidmatan yang diberi adalah termasuk bantuan rawatan kecemasan ditempat kejadian dan semasa dalam perjalanan ke institusi perawatan kesihatan. Ketika ini latihan pemanduan ambulan telah dilaksanakan di peringkat negeri / hospital / Pejabat Kesihatan Daerah; walaubagaimanapun tidak terdapat keseragaman dalam pelaksanaannya. Oleh itu dengan adanya latihan khusus ini diharapkan dapat menghasilkan pemandu ambulan yang berpengetahuan,

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

mahir, berdisiplin, beretika, mementingkan keselamatan dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan ambulan serta imej KKM. 3. PELAKSANAAN Semua pemandu ambulan KKM wajib menjalani latihan pemanduan ambulan ini. Latihan pemanduan ambulan hendaklah dilaksanakan diperingkat negeri. Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah adalah bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi perlaksanaan Latihan Pemanduan Ambulan di peringkat masing-masing. Pengarah Kesihatan Negeri adalah bertanggungjawab untuk melantik ketua penyelaras dan pegawai penilai / penyelia. Kursus ini mempunyai dua bahagian seperti berikut:
A. Bahagian Pertama -

Modul I (Pemanduan Ambulan) satu hari (rujuk lampiran 1) a) b) c) d) e) Peranan dan Tanggungjawab Pemandu Ambulan Teknik Pemeriksaan & Penjagaan Ambulan Peraturan lalulintas dan panduan jalan raya bagi ambulan Etika pemandu ambulan Komunikasi Berkesan ( Penggunaan Peralatan Komunikasi Dua Hala) f) Teknik Pemanduan Ambulan (Teori & Praktikal)

Modul II ( Sokongan Asas Kecemasan ) dua hari (rujuk lampiran 2) a) Mengangkat dan Posisi Pesakit -cara penggunaan stretcher -cara penggunaan kerusi roda b) Pertolongan Cemas Asas -CPR-( 1 orang, 2 orang, 3 orang ) -Pengendalian pesakit dengan fraktur -Immobilasasi Pesakit-Pemasangan kain anduh, bandage dan splint c) Standard Precaution -Basuh tangan dengan aseptic technique
(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

B. Bahagian Kedua

Latihan amali selama tiga bulan dengan menggunakan buku praktis akan diadakan di tempat mereka bertugas. Penilaian adalah berdasarkan kepada melengkapkan buku praktis dan senarai semak yang akan mengukur tahap pencapaian dalam pendidikan kepada latihan pemanduan ambulan. Setiap peserta adalah dikehendaki melengkapkan segala prosedur dalam jangkamasa yang ditetapkan dengan bantuan / penyeliaan pegawai penilai yang dilatih dari masa ke semasa atas pilihan negeri / hospital / kesihatan. Pegawai penilai adalah terdiri dari Penolong Pegawai Perubatan gred U29 keatas yang bertugas di unit berkenaan. Carta aliran pelaksanaan adalah seperti di lampiran 3 4. PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN Pemandu ambulan yang telah berjaya menamatkan latihan yang merangkumi Bahagian Pertama (modul I dan II) dan Bahagian Kedua (amali) akan dianugerahkan Sijil Tamat Latihan Pemanduan Ambulan yang akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). Pihak JKN berhak untuk melatih semula pemandu ambulan yang dikenalpasti bermasalah walaupun telah diberi pensijilan.

Contoh sijil seperti lampiran 4

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

5.

TANGGUNGJAWAB Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah adalah bertanggungjawab untuk melaksana, menyelaras dan mengawas Latihan Pemanduan Ambulan di peringkat masing-masing. Maklumbalas latihan pemanduan ambulan hendaklah dihantar kepada Bahagian Perkembangan Perubatan setiap enam bulan sekali sebelum 10 Januari dan 10 Julai setiap tahun. (rujuk lampiran 5)

6.

TARIKH PERLAKSANAAN Garispanduan ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

7.

PERTANYAAN Segala pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada: Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 7, Blok E1, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya. Tel : 03-88831157 Fax : 03-88831155

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

Lampiran 1

Skop Pembelajaran Latihan Pemandu Ambulan Modul I (Pemanduan Ambulan) satu hari g) h) i) j) k) Peranan dan Tanggungjawab Pemandu Ambulan Teknik Pemeriksaan & Penjagaan Ambulan Peraturan lalulintas dan panduan jalan raya bagi ambulan Etika pemandu ambulan Komunikasi Berkesan ( Penggunaan Peralatan Komunikasi Dua Hala) l) Teknik Pemanduan Ambulan (Teori & Praktikal) TOPIK PENGAJARAN UNTUK MODUL I Bil. Perkara Jumlah Jam

1.

Peranan dan tanggungjawab Pemandu Ambulan

1 jam

2.

Teknik Pemeriksaan & Penjagaan Kenderaan Ambulan

1 jam

3.

Peraturan Lalulintas & Panduan Jalan Raya bagi Ambulan Etika Pemandu Ambulan

1 jam

4.

1 jam

5.

Komunikasi (Penggunaan Peralatan Komunikasi Dua Hala) Teknik Pemanduan Ambulan (syarahan demonstrasi)

1 jam

6.

3 jam

JUMLAH

8 jam

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

Lampiran 2

Modul II ( Sokongan Asas Kecemasan ) dua hari a) Mengangkat dan Posisi Pesakit -cara penggunaan stretcher -cara penggunaan kerusi roda b) Pertolongan Cemas Asas -CPR-( 1 orang, 2 orang, 3 orang ) -Pengendalian pesakit dengan fraktur -Immobilasasi Pesakit-Pemasangan kain anduh, bandage dan splint c) Standard Precaution -Basuh tangan dengan aseptic technique TOPIK PENGAJARAN UNTUK MODUL II

Bil.

Perkara

Jumlah Jam

1.

Mengangkat dan posisi Pesakit a. Penggunaan Stretcher b. Penggunaan Kerusi Roda Secara Berdua Secara Bertiga

3 jam

2.

Asas Pertolongan Cemas a. Resusitasi kardio pulmonari (1 dan 2 orang ) b. Fraktur c. Pemasangan kain anduh, bandage dan splint

11 jam

3.

Standard Precaution

2 jam

JUMLAH

16 jam

JUMLAH BESAR (Modul I dan II)

24 jam

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

Lampiran 3

CARTA ALIRAN PROSES LATIHAN PEMANDUAN AMBULAN


Di peringkat Negeri / Hospital / Klinik Kesihatan

Pemilihan Peserta

Surat Arahan Menghadiri Latihan

Bahagian Pertama (Modul I dan II)

Bahagian Kedua (Amali)

Penilaian Pencapaian Buku Praktis / senarai semak

Pensijilan

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

10

Lampiran 4

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Dengan Ini Mengesahkan Bahawa

Telah Mengikuti

Latihan Pemanduan Ambulan


Bertempat di

Jabatan Kesihatan Negeri ..


Pada 2007

No. Siri ./ 2007 Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

11

Lampiran 5

Maklumbalas Latihan Pemanduan Ambulan Negeri : .................................. Bil Hospital / Klinik Kesihatan / Institusi Tarikh Laporan : ...........Januari / Julai Bilangan Jumlah pemandu pemandu ambulan yang menjalani latihan ini Jumlah sijil Catitan / Isu pemanduan ambulan yang telah dikeluarkan

Jumlah

(Sila catitkan rujukan surat ini apabila menjawab)

12

Anda mungkin juga menyukai