Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan.

Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang menggunakan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti menggunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa menggunakannya.

Bagi Latihan bagi mata aktiviti yang boleh diberi kepada murid adalah menutup keduadua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.selepas itu arahkan murid menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.selain itu juga aktiviti melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. Di samping itu murid juga boleh menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. Aktiviti seterusnya adalah menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. Murid juga boleh dilatih dengan aktiviti menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.

Bagi latihan kordinasi mata dan tangan aktiviti yang boleh diberi adalah murid dikehendaki menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.seterusnya murid harus menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. Selepas itu murid mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle. Selain itu aktiviti melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, Tambahan pula aktiviti mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru dapat melati kordinasi murid. Guru juga boleh membuat aktiviti mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. Latihan kordinasi mencantum arah jalan atau aliran sungai dan memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa dapat melatih murid menguasai kordinasi mereka. Murid juga menyukai aktiviti memilih gambar yang berlainan dalam satu set serta mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal.Antara lainnya murid boleh mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

Anda mungkin juga menyukai