Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Perkembangan dan kemahiran motor halus amat penting untuk kanak-kanak sebagai
persediaan untuk memasuki sekolah rendah seperti memegang pensil warna dalam pembelajaran
agar mereka dapat belajar seperti yang lain. Peranan yang paling penting kemahiran motor halus
ialah untuk merangsang perkembangan serta pergerakan jari-jemari kanak-kanak. Perkembangan
fizikal kanak-kanak pada usia tiga hingga enam tahun berada dalam keadaan yang sederhana di
mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk genetic, pemakanan, dan etnik.

Seperti maklum, kemahiran motor halus adalah koordinasi pergerakan otot kecil yang
terjadi pada kanak-kanak, contohnya jari mereka yang biasanya berkoordinasi dengan mata.
Kebolehan atau kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan atau jari berkembang mengikut
usia. Untuk kanak – kanak biasa atau normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka
berkembang berkadaran terus dengan usia mereka.   Normalnya, perkembangan motor halus –
koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti memegang sesuatu dengan
kemas. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus – otot
kecil yang mengawal tangan, dan jari.

Pembangunan kemampuan dan kemahiran motor halus seorang kanak – kanak normal


membolehkan  seseorang kanak-kanak itu untuk dapat menyelesaikan tugas atau arahan dalam
pembelajaran seperti yang diberikan iaitu menulis, menggambar, dan mewarna. .Ketika kanak-
kanak memasuki usia  pertengahan, biasanya, kanak-kanak membuat kemajuan besar dalam
kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar,
mengukir, dan mereka bentuk daripada tanah liat.

Kanak-kanak akan menjalani peningkatan dalam pergerakan motor kasar dan motor halus
yang amat hebat semasa berada di prasekolah. Peningkatan dan penambahbaikan dalam
kemahiran motor kasar dan motor halus ini adalah dipengruhi oleh factor sepeerti perkembangan
otak, perimbangan ( sense of balance ) yang lebih baik dan keupayaan dalam koordinasi mata
dan tangan.
Rekod Anekdot

Tingkah Laku dan perbuatan adalah apa yang dijalankan atau diperkatakan oleh
seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan individu yg boleh dilihat, diukur dan
dinilai. Oleh yang demikian sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar boleh diperhatikan . Tingkah laku adalah manifestasi fizikal
sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan ialah jumlah sesuatu tingkah laku
diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan serta direkod. Contohnya jumlah berapa
kali seorang murid keluar ke tandas atau ke bilik guru semasa waktu pembelajran atau sepanjang
masa persekolahan . Kita boleh merekod tingkah laku murid berasaskan kekerapan sebenar,
kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus peluang sedia ada.

Rekod anekdot boleh dimaksudkan sebagai penulisan yang ringkas, tepat dan padat hasil
daripada pemerhatian kejadian yang melibatkan perubahan yang signifikan yang berlaku pada
seseorang murid. Guru boleh merekod dan menerangkan kejadian, perubahan tingkah laku atau
sebarang jenis insiden samada sengaja atau tidak sengaja dengan perkataan atau gambar.

Oleh itu yang demikian, seorang yang ingin menggunakan rekod anekdot perlu
menyediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan pada tempat yang mudah untuk
diakses. Maklumat-maklumat yang umumnya perlu ada dalam sesuatu rekod anekdot adalah
seperti nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan
tindakan guru. Hasil daripada rekod, guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi
membantu murid itu. Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan
perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi. Pemerhati tidak memerlukan sebarang
latihan bagi membuat rekod ini kerana segala pemerhatian yang dilakukan adalah bersikap
terbuka.

Pemerhati mencatatkan serta merekodkan apa sahaja yang boleh dan dapat saksikan serta
tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun tindakan. Pemerhati atau guru boleh mencatat
apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana pemerhati atau guru
hanya perlu mencatatkannya terlebih dahulu.
Borang Rekod Anekdot

Pemerhati:

Tarikh pemerhatian :

Masa pemerhatian :

Nama pelajar :

Penerangan tentang kejadian:

Seorang kanak-kanak ingin membuat sesuatu dengan kertas lukisan berwarna.


Cikgu menolong murid tersebut dengan membekalkan pelbagai jenis alatan mewarna
seperi warna pensel, krayon dan warna air. Apabila dibekalkan warna berasaskan air,
kanak-kanak tersebut mengikut pergerakan serta meniru perbuatan gurunya sehingga
terjadi lakaran warna pada kertas yang disediakan dengan menggunakan jari telunjuk.
Semasa melakukan aktiviti, guru sentiasa berinteraksi dengan murid untuk mendapat
respon mengenai minat atau kemahiran kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut
meminta helaian kertas yang kosong dimana pada helaian kedua kanak-kanak tersebut
mebuat lakaran tanpa meniru perbuatan gurunya.

Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :

Lokasi berlaku di dalam bilik darjah semasa pembelajaran. Peralatan yang


diperlukan lengkap dan mencukupi. Suasana di dalam kelas agak terkawal di mana guru
berjaya memenuhi permintaan / pertanyaan murid lain.

Nota, cadangan dan langkah:

Memperbanyakan variasi pilihan warna. Ini disebabkan pada awal aktiviti kanak-
kanak tersebut menyebut warna hitam. Ini memungkinkan kanak-kanak tersebut
meminati warna hitam sekaligus dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak
tersebut.

Tandatangan: .........................................
Rekod Anekdot Fokus

Dalam pemerhatian pemerhati, mewarna dan melukis adalah salah satu contoh aktiviti
kegemaran kanak-kanak. Dengan berbekalkan pensil warna, crayon dan pelbagai lagi alat
mewarna seperti warna air, ia menjadikan kanak-kanak tersebut lebih semangat dan berminat
untuk melakukan aktiviti ini. Mewarna juga membolehkan kanak-kanak tersebut memberikan
tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan. Pada awal aktiviti, kanak-kanak tersebut telah
memberikan tumpuan serta perhatian kepada pergerakan tangan yang dibuat oleh gurunya yang
mana tugasannya dalam menyiapkan karyanya mengikut imaginasi serta pergerakan tangan yang
menbentuk corak. Walaupun pilihan warna yang diberikan adalah terhad iaitu warna hijau
sahaja. Lorekan warna serta corak menarik minat kanak-kanak tersebut. Aktiviti ini ialah sesi
pengenalan untuknya kepada warna serta pegunaan motor halus iaitu otot jari kanak-kanak
tersebut. Guru tersebut sentiasa berinteraksi dengan muridnya mengajarnya mengunakan jari
untuk mewarna. Dalam aktiviti ini, mereka akan berfikir tentang kombinasi corak yang boleh
digunakan untuk memberi rupa bagi gambar yang sedang diwarnainya. Kanak-kanak
berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif di dalam dirinya. Dalam pada itu
kanak-kanak tersebut akan belajar untuk bersabar dan fokus kepada penelitian dalam
menyudahkan projek mewarnanya. Mewarna terbukti menjadikan aktiviti untuk sesetengah
kanak-kanak terutamanya jika mereka kerap melakukannya. Ia boleh menjadikan medium luahan
emosi melepaskan perasaan seperti kekecewaan, kesedihan dan sebagainya. Koordinasi mata dan
tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sempurna adalah satu kemahiran motor halus
yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak di usia prasekolah. Kanak- kanak biasanya
sudah boleh mengutip dengan menggunakan dua jari; iaitu jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher
Grasp ), namun mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menggunakan Pincher
Grasp dengan lebih baik.Pada usia prasekolah juga kanak-kanak akan lebih matang dalam
perkembangan motor halus mereka. Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah mampu untuk
membuat contengan bebas, menyarung pakaian, mengalihkan mukasurat buku dan membina
menara dari enam hingga lapan buah blok. Pada usia tiga tahun, perkembangan motor halus
kanak-kanak akan menjadi lebih matang apabila mereka boleh makan menggunakan sudu,
menconteng berbentuk bulatan. Pada usia empat tahun pula, kanak-kanak sudah mampu
menyarung pakaian mereka sendiri, melukis lakaran manusia dan menggunakan gunting dan
menggunting garisan yang disediakan.
Interpretasi data dan refleksi

Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan
pergerakan garisan jari bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih
gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan/cporak yang boleh
dihasilkan melalui pelbagai media.
Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu
contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal
dan contengan rupa.
Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya
kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan
garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang
dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal
memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya
mengikut kehendak mereka.

Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya
mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan
yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi
peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak mengunakan
jari untuk menghasilkan corak. Pada usia ini alatan tulis yang diguna adalah mengikut keupayaan
cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung
kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus
imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan corak yang pelbagai

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak
terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan
koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai
pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan
kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.
Perbincangan dapatan

Penilaian dan pentaksiran mengunakan kaedah anekdot mempunyai objektif mengesan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Ia juga menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen
penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid.

Menurut  Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk


menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama,membuat keputusan
penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam
membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan
kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.

Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak
mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak
terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan
pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat
realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. terdapat
empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal,
contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

Mewarna untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)


Aktiviti mewarna dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan
apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik
mengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan/warna mampu
membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak
mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya
mereka. Selain itu, aktiviti ini juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita
mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri
untuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya
sensitiviti pancaindera.
Cadangan

Merujuk kepada dapatan yang telah diperolehi ada beberapa cadangan yang dikemukan
agar segala kekurangan yang ada dapat diperbaiki dari masa ke semasa bagi menigkatkan lagi
kemahiran motor kanak-kanak. Antaranya ialah pihak-pihak yang berwajib hendaklah
mengadakan lawatan ke institusi-institusi pendidikan awal kanak-kanak  supaya guru dan ibu
bapa mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai kemahiran serta perkembangan motor
halus kanak-kanak. Melalui sesi ini ibu bapa dan guru dapat berkolaborasi bersama tenaga
pengajar. Mereka dapat berbincang dan mengemukakan permasalahan yang tentunya boleh
diselesaikan secara terus berkaitan dengan kemahiran motor halus kanak-kanak. Pengetahuan
dan kemahiran inilah akan memberi impak kepada pihak sekolah apabila ibu bapa menyumbang
tenaga dan kewangan atas sebarang usaha yang boleh mendidik dan menngajar anak mereka.
Meskipun kesukaran mendapat bilik yang lebih sesuai dan kondusif . Dengan dana yang ada
kesemua pihak mampu merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan
kreatif.

Komitmen seoran guru memerlukan sokongan serta bantuan dari ibu bapa dalam
kesepakatan dan bekerjasama membina satu komuniti yang boleh memberi kesedaran kepada
masyarakat menyediakan ruang-ruang yang membolehkan aktiviti ini dijalankan di rumah. 
Sekurang-kurangnya dapat menyakinkan ibu bapa dan percaya bahawa aktiviti ini merupakan
satu aktiviti penting dalam perkembangan motor halus anak mereka. Secara tidak langsung ibu
bapa tidak akan mengambil mudah dalam perkembangan motor halus anak mereka. Mereka 
sentiasa positif menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan yakin dan melalui aktiviti yang
dikelola oleh guru dan pihak sekolah anak mereka akan ada perkembagan khususnya dalam
perkembangan motor halus. Guru pula perlu menceburi bidang ini dengan lebih mendalam
kerana pengetahuan dalam perkembangan motor halus sangat penting. Seminar atau kursus boleh
dijalankan bagi meningkatkan lagi profesionalisma  guru .

Ibu dan guru perlu memikirkan satu kaedah bagi mengekalkan minat murid untuk datang
ke sekolah dan berminat menjalankan sesi pembelajaran di sekolah.  Aktiviti yang dirancang
perlu lebih menarik dan meransang mereka untuk menjalani aktiviti terapi secara sukarela.

Semua pihak perlu berkerjasama dengan baik dan menyusun jadual-jadual yang sesuai dengan
keperluan semua orang dan memastikan jadual tersebut dapat dipatuhi dengan sebaiknya.
Perkembangan motor halus pada kanak-kanak sangat memerlukan disiplin yang tinggi kerana
akiviti ini bukan sahaja perlu dijalankan sekali dua sahaja bahkan secara berterusan.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, laporan menunjukkan bahawa intervensi ini membantu pengkaji


mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak melalui pemerhatian yang mana ainya
mempengaruhi tahap prestasi kemahiran motor halus kanak-kanak. Selain itu, dalam laporan
ini,ianya menunjukkan kesan yang positif kerana tahap respon kanak-kanak menigkat.

Gerakan motor halus merupakan salah satu perkembangan yang penting dalam
pergerakan anggota badan kanak-kanak. Semasa di peringkat perkembangan ini, gerakan motor
halus seperti meminta kanak-kanak melekatkan pad kasut atau memasang butang baju atau seluar
merupakan cabaran yang besar bagi kanak-kanak berbanding gerakan motor kasar. Pada tahap
ini sistem saraf pusat kanak-kanak masih belum mencapai tahap kemampuan yang sepenuhnya.
Oleh yang demikian, proses penghantaran maklumat didalam sistem saraf ke jari kanak-kanak
masih mengalami kesusahan. Selain itu, otot-otot kecil yang juga lebih cepat penat berbanding
otot yang lebih besar. Jari yang masih kecil juga menyukarkan kanak-kanak biasa untuk
mengawalnya. Semua cabaran penggunan motor halus ini memerlukan lebih kesabaran bagi
kanak-kanak yang secara umumnya belum lagi memiliki sikap sabar ini.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil
pembelajaran motor halus bagi kanak-kanak dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.
Matlamat umum perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran
motor halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan kemahiran motor halus ini adalah dapat
menggunakan jari untuk melakukan beberapa aktiviti. Laporan dan rekod menunjukkan
kandungan dan hasil pembelajaran motor halus. Hasil pembelajaran ini memberikan fokus
perkembangan penggunaan jari tangan kanak-kanak bagi membuat aktiviti motor halus.

Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus memerlukan
perancangan, masa, dan pelbagai bahan bantu. Perkembangan motor halus dapat digalakkan
dengan aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan kraf, jigsaw, dan membina blok lego.
Meminta kanak-kanak membantu ibubapa membuat kerja rumah seperti memotong buah, atau
mengacau tepung juga merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor halus mereka.
Selain itu ia juga dapat meningkatkan kebolehan koordinasi tangan-mata. Oleh kerana
perkembangan motor halus memainkan peranan yang penting dalam persediaan kanak-kanak
memasuki sekolah dan perkembangan kognitif maka kemahiran ini seharusnya diberi perhatian
dalam kurikulum prasekolah.
Bibliografi

Buku

Saayah binti Abu, Menjadi Guru Tadika

Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon dan Mohd Sharani bin Ahmad, Panduan   

                Kurikulum Prasekolah.

Open University Malaysia, Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Berkeperluan Khas,  

               Fakulti Pendidikan dan Bahasa.                                           

Wan Norazman Wan Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia,

               Pengurusan Tingkah Laku.

Anda mungkin juga menyukai