Anda di halaman 1dari 5

Soalan : Berdasarkan jawapan yang diberi dalam open book test 1, anda diminta untuk

menghuraikan setiap cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan semasa pameran kelak.
Setiap aktiviti mesti dihuraikan berdasarkan teori, model dan pembacaan yang mendalam
supaya perancangan yang mantap dilakukan semasa menyediakan aktiviti semasa pameran
berlangsung.

Beberapa aktiviti yang saya telah dicadangkan untuk pameran saya. Antaranya adalah :

1. Kaedah prabacaan

Pada masa kini terdapat laporan-laporan yang menyatakan murid-murid berkeperluan


khas yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri
(bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara tidak boleh membaca ini berlaku.
Mungkin kesediaan murid-murid untuk membaca tidak dititik beratkan pada awal alam
persekolahan.

Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima


pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan
peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya,
peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi
seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan
semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka
terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan
gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal
pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk
menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz,
perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam
pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi
dan buatan).

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat
penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk
mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan
kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan
membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak
dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.
Oleh yang demikian, kaedah bacaan Bahasa Melayu di peringkat awal harus perlu
digubal dengan cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan untuk mencari
penyelesaian masalah tidak menguasai kemahiran ini. Terdapat pelbagai kaedah
mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita kaedah abjad ,
kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut, kaedah eklektik dan sebagainya .
Contohnya ; Tema : Bentuk

i. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1

Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.
Bahan : Pelbagai gambar bentuk seperti segitiga, segiempat, dan bulat
Aktiviti murid : Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar bentuk.

ii. Aktiviti Pengamatan dan Penglihatan 2

Contoh aktiviti : Menghimpun gambar benda yang sama jenis,warna dan saiz.
Bahan yang digunakan : Pelbagai bentuk geometri bulat , segi tiga dan sebagainya.
Aktiviti murid : Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh
fasilitator. Dijalankan secara individu,kelas atau kumpulan.

A. Bulatkan saiz yang sama

B. Bulatkan pada bentuk yang sama

iii. Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 3


Membentuk bentuk daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti murid : Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke
kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan melakar
bentuk geometri tersebut.
Bahan: Lembaran kerja, benda, kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau
arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.

iv. Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 4

Contoh aktiviti 2 : Melakukan Origami

Bahan yang digunakan : kertas berwarna

Arahan : Murid membuat origami bersama fasilitator, fasilitator menunjukkan cara


satu persatu dan murid mengikutnya.

Contoh Origami yang Mudah : Bentuk geometri bintang

5. Kaedah Pandang dan Sebut (look and say)

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh
Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-
kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada
Kaedah Menghafal nama setiap bentuk geometri. Misalnya segitiga, segiempat, bulat,
kon dan sebagainya .

Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk
mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan
seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi
atau di bawah gambar segitiga, perkataan segiempat, dan sebagainya. Jadi dalam
kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk
mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan
sebelum boleh membaca ayat-ayat.

6. Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami


Menyusun dan memadankan gambar-gambar bentuk dengan perkataan-perkataan
yang diberi.

Menyesuaikan perkataan bentuk dengan gambar yang diberi.

Membaca senyap sesuatu ayat untuk dibincangkan.

7. Aktiviti Peringkat Pramenulis

Aktiviti membuat corak bentuk geometri :


Aktiviti mewarnakan corak geometri:
Aktiviti melukis bentuk secara menyerong atau menegak .

8. Kaedah penggunaan ICT dan CD interaktif

Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan


minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman
pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran
tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi
menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah
Ahmad 2006).

Kecanggihan ICT yang moden berkaitan dengan pendidikan mampu membantu mengatasi
kefahaman murid dalam menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dasar ICT
dalam pendidikan dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin pada 12 Oktober 2011. Asas-asasnya
ialah pembangunan modal insan secara berterusan., penggunaan teknologi ICT yang
bersesuaian dalam pendidikan dan transformasi proses pendidikan melalui penggunaan
teknologi.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbentukan komputer cara dan persembahan
maklumat yang ingin disampaikan mampu memberi penguasaan yang baik kepada pelajar
untuk memahami sesuatu isi kandungan mata pelajaran dengan mudah. Oleh hal yang
demikian, sememangnya penggunaan ICT mampu menjadi alat bantu pembelajaran yang
berkesan. Selain itu penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah
dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta
dapat menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif.

CD Interaktif menurut Hidayat (2008) adalah bahan ajar yang dikemas dalam bentuk
compact disc (CD) yang isinya tidak hanya berupa teks dan grafik sahaja, melainkan dapat
menggambarkan atau menunjukkan operasionalisasi langkah-langkah atau proses suatu
kegiatan. CD Interaktif merupakan sebuah media yang menegaskan sebuah format
multimedia dapat dikemas dalam sebuah CD dengan tujuan aplikasi interaktif di dalamnya.
Sistem interaktif yang dipakai CD Interaktif sama persis dengan sistem navigasi pada
internet, hanya yang berbeda di sini adalah media yang dipakai keduanya. CD Interaktif
memakai media off line berupa CD sementara internet memakai media online, jadi
menggunakan CD Interaktif sama menariknya dengan menggunakan internet.

RUJUKAN

Abdul Rahim bin Talib (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah


Pembelajaran: Open University Malaysia(OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Nv-multimedia.blogspot.com/p/perkembangan-multimedia-cd-interaktif.html (31 Maret 2011)

Juliana, Ketut. 2009. Arti, Posisi dan Fungsi Media

Pembelajaran.http://edukasi.kompasiana.com/2009/12/18/media-pembelajaran-arti-posisi-
fungsi-klasifikasi-dan-karakteristiknya/ (27 Maret 2011)

zhar, Arsyad. 2005. Media Pembelajaran. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada

Ena, Ouda T. 2007. Membuat Media Pembelajaran Interaktif Dengan Piranti Lunak

Presentasi(online) (http://www.ialf.edu/kipbipa/papers/OudaTeda Ena.doc) (27 Maret 2011)

Wong H. S dan Sandiyao Sebestian (2002), Pendidikan bagi Komuniti Orang Kurang Upaya. Issues in
Education, Volume 25, Universiti Malaya.

http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedahmengajar-
membaca-sukukata/ .
http://cmslib.uum.edu.my/psb/index2.php?option=com_content&do
_pdf=1&id=56

www.geocities.com/masihadayangsayang/kaedah_membaca

Anda mungkin juga menyukai