Anda di halaman 1dari 11

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN 1.

.0 PENGENALAN Psikologi pendidikan merupakan suatu ilmu yang mengkaji tentang bagaimana teoriteori psikologi boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah. Perbincangan yang dikaji adalah berkaitan dengan aspek psikologi perkembangan dan juga aspek psikologi pembelajaran. Aspek perkembangan psikologi merupakan ilmu yang membincangkan tentang perubahan yang dialami oleh manusia sepanjang hayatnya semenjak lahir sehingga mereka tua. Manakala psikologi pembelajaran pula adalah berkaitan dengan ilmu yang mengkaji tentang bagaimana pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dalam ruang lingkup pendidikan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Dengan itu sebagai seorang pendidik kita hendaklah mengetahuai cara atau faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid melalui aspek psikologi supaya apa yang ingin disampaikan akan mudah diperoleh oleh murid tersebut. 2.0 MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN Melalui Individual with Disabilities Education Act (1997), masalah pembelajaran didefinisikan sebagai satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur, dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk murid yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. Bagi The National Joint Committee on Learning Disabilities (1990), mendefinisikan bahawa masalah pembelajaran sebagai satu kumpulan maslah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan maslah matematik. Melalui pengalaman dan pengetahuan di dalam bilik darjah, saya dapati beberapa masalah pembelajaran telah berlaku dalam kalangan murid-murid seperti masalahmasalah pembelajaran yang telah didefinisikan oleh Individual with Educatian Act (1997) dan juga The National Joint Committee on Learning Disabilities (1990) yang berasaskan kemahiran 4M iaitu masalah kemahiran mengeja, membaca, mengira dan juga menaakul.

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN 2.1 Masalah Kemahiran Mengeja Kemahiran mengeja berkait rapat dengan kemahiran membaca. Menurut Fitzgerald dan Stanahan, (2000) mereka menyatakan bahawa proses kognitif yang mendasari kemahiran membaca dan kemahiran mengeja adalah hampir sama. Antara masalah yang menyebabkan murid sukar menguasai konsep kemahiran mengeja adalah disebabkan tidak pasti atau ragu-ragu dengan simbol huruf yang ada. Murid-murid tersebut tidak dapat membezakan huruf-huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama contohnya seperti huruf b, d, p. Malah murid juga sukar untuk membezakanhuruf-huruf yang mempunyai bunyi yang sama contohnya seperti b dan p. Begitu juga dengan kekeliruan membezakan huruf kecil dan huruf besar kerana bentuknya yang berubah. Murid juga gagal dalam menghubungkan bunyi dengan symbol dan menyebabkan mereka sukar untuk mengeja sesuatu perkatan. Murid tidak dapat membatangkan suku kata terbuka dan tertutup.Mereka keliru dengan bunyi suku kata yang melibatkan e-taling dan e-pepet. Malah murid juga tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja. Aktiviti membatang perkataan yang mempunyai banyak suku kata menyebabkan mereka menjadi lebih keliru. Malah kekeliruan berlaku juga dengan perkataan yang mempunyai diftong. 2.2 Masalah Kemahiran Membaca Bagi kemahiran membaca pula terdapat kanak-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Antara masalah-masalah yang berlaku dalam kemahiran membaca adalah seperti membuang atau meninggalkan imbuhan atau perkataan. Ianya juga dikenali sebagai omission. Dalam masalah ini biasanya murid boleh membaca tetapi ketika membaca mereka meninggalkan beberapa perkataan atau imbuhan seperti contoh Buku itu sangat tebal tetapi dibaca dengan Buku itu tebal. Murid-murid juga sering melakukan ulangan terhadap bacaan yang dibaca. Ini bukanlah atas masalah gagap tetapi adalah disebabkan masalah membaca. Murid mengulang perkataan yang telah dibacanya beberapa kali sebelum membaca ayat seterusnya.

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN Begitu juga dengan perkataan atau huruf yang ditambah oleh murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Ketika sesi bacaan murid akan menambah sendiri huruf atau perkataan dalam ayat yang dibacanya seperti contoh Saya suka makan buah tetapi dibaca dengan Saya sangat suka makan buah. Begitu juga dengan masalah pembalikan atau reversals. Murid yang mengalami masala membaca akan membalikkan perkataan. Contohnya seperti Bala disebut sebagai laba. Manakala bagi pembalikan perkataan pula seperti Dia makan nasi tetapi dibaca dengan Dia nasi makan. Begitu juga dengan masalah tidak kenal huruf. Ia merupakan punca utama kebanyakan murid gagal membaca dengan baik. Dengan itu murid juga akan menyebut sesuatu huruf itu sesuka hatinya atau dengan meneka sahaja dan seterusnya akan menyebabkan sebutan yang di sebut akan salah dan menjadi makna yang berlainan dari apa yang dibacanya. 2.3 Masalah Mengira Dalam kemhairan mengira, terdapat murid yang tidak dapat mengira dan menyelesaikan masalah dalam matematik. Masalah yang dihadapi mungkin disebabkan oleh kecelaruan symbol angka dan juga nilai yang terdapat dalam symbol angka tersebut. Murid juga tidak dapat menyelesaikan masalah matematik atas kehilangan kepekaan dan kurang pemahaman dari tunjuk ajar guru. Asas nombor yang kukuh menjadi aset kepada kanak-kanak yang perlu memahami konsep mengira yang lebih kompleks seperti pecahan, nombor perpuluhan, nilai negatif dan sebagainya. Pada masa yang sama, kegagalan menguasai asas nombor dengan baik atau mengambil masa terlalu lama untuk menguasainya mungkin akan menimbulkan benci dalam diri kanak-kanak terhadap kemahiran mengira. Dengan itu wujudlah masalah mengira dalam kalang murid di sekolah.

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN 2.4 Masalah Menaakul Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secar sistematik dan abstrak. Setiap murid perlu berfikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam matematik. Pemahaan dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekiranya murid ampu membuat penaakulan secar induktif dan deduktif. Dalam pada ini murid tidak dapat menaakul dan membuat kesimpulan dan berfikir secara kreatif dan kritis.

3.0

Punca Terjadinya Masalah Pembelajaran Masalah pembelajaran yang berlaku kepada setiap murid mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. 3.1 Faktor Kecederaan Otak Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dan dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan virus. Dan disebabkan itulah punca masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. 3.2 Faktor Baka atau Keturunan Terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa keturunan merupakan penyebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidikan mendapati bahawa 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Dan ini menunjukkan bahawa masalah pembelajaran boleh diwarisi melalui keturunannya. Tetapi bagi Horward Gardner melalui ujian IQ tidak semestinya kedua-dua ibu bapa dikategorikan

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN sebagai tidak cerdas, maka anak-anak juga tidak cerdas. Terdapat juga murid bermasalah pembelajaran adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah profesional. 3.3 Faktor Persekitaran Selain kecederaan otak, dan faktor keturunan, faktor persekitaran juga menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan, seperti pemakan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anakanak tidak mesra atau kurang kasih sayang dan dorongan boleh menyebabkan masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. 3.4 Faktor Kurang Kecerdasan Faktor kecerdasan lebih kepada masalah mantel yang dihidapai oleh murid tersebut. Contohnya adalah seperti lambat berfikir, lemah ingatan, sukar memahami sesuatu serta lemah pengamatan. Faktor ini menyatakan bahawa murid tersebut mengalami kelemahan dari segi pemikarannya berdasarkan kecacatan atau masalah yang dihidapi seperti slow leaner, autism dan sebagainya. 3.5 Faktor Psikologi Faktor psikologi merujuk kepada masalah emosi murid itu sendiri. Biasanya mereka lebih berperasaan takut, malu dan juga rendah diri. Dengan itu mereka lebih banyak berdiam diri dan tidak mahu berbicara. Dan ini menyebabkan proses pengajaran akan terganggu dan murid akan ketinggalan dalam pebelajarannya 3.6 Faktor Fizikal Bagi Faktor fizikal pula, kekurangan makanan yang berzat akan merosakkan kesiihatan murid. Malah akan cepat berasa letih serta kurang tumpuan dalam kelas. Begitu juga dengan kesihatan yang kurang baik akan menyebabkan murid kerap kali mengambil cuti sakait dan seterusnya akan ketinggalan dalam pelajaran. Malah faktor kecacatan fizikal juga akan menyebabkan murid berasa rendah diri seterusnya akan menyebabkan masalah pembelajaran.

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN 3.7 Kurikulum di Sekolah Tidak Sesuai dengan Kognitif Murid Aktiviti kurikulum yang dilakukan di dalam kelas tidak sesuai dengan kognitif murid. Guru mengajar dengan menggunakan pengajaran aras tinggi dan murid tidak berupaya untuk mengikuti apa yang diajar oleh guru. 3.8 Bahan pelajaran yang Disediakan Kurang Menarik Minat Murid Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan ada kalanya guru tidak menyediakan bahan bantu mengajar bagi murid-murid. Dan ini menyebabkan murid ketinggalan dan tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru.

4.0

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pembelajaran Pelajar bermasalah pembelajaran didapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Malah tempoh mengingat juga adalah pendek. Dengan itu setiap permasalah tersebut hendaklah diatasi melalui beberapa cara. 4.1 Pengajaran Secara Langsung Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru juga hendaklah menggunakan banyak contoh-contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep ejaan, membaca, mengira dan juga menaakul. Pengajaran yang diajar hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada murid berjaya menguasai sesuatu perkara. Aktiviti yang disusun juga hendaklah menarik dan hendaklah melibatkan semua murid supaya mereka dapat berinteraksi secara aktif dan dapat menimba pengalaman dalam aktiviti tersebut. Melalui teori perbezaan individu yang telah dinyatakan oleh oleh Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002). Aspek perbezaan individu terbahagi kepada sebelas aspek yang berlainan iaitu fizikal, emosi, kecerdasan, sosiol, budaya, personaliti, penggunaan bahasa ibunda, kepercayaan agama, bangsa dan etnik,

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN temperamen dan juga gaya kognitif. Setiap individu mempunyai perbezaan masingmasing. Dengan itu cara penerimaan pengajaran yang diajar juga adalah berbezaan. Setiap guru hendaklah mepunyai ketelitian dalam memberi pengajaran kepada murid-murid ini supaya apa yang diajarkan dapat diterima oleh setiap murid. Dalam konteks kecergasan pelbagai oleh Howard Gardner. Individu

mempunyai Sembilan kecerdasan, yang mana kecerdasan ini boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan. Malah ianya juga berkembang seiring dan tidak dapat dinilai secara berasingan. Malah kecerdasan pelbagai juga boleh diransang dan dipindahkan. Sembilan kecerdasan ini meliputi verbal linguistik, logik matematik, visual ruang, kinestatik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialisme. Bagi logik matematik murid yang dominan terhadap otak kiri

membolehkan murid itu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Murid yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. 4.2 Memberikan Motivasi Motivasi merupakan suatu kuasa yang menjana dan mengarahkan sesuatu tingkah laku. Konsep motivasi dianggap suatu usah untuk memenuhi sesuatu keperluan atau keinginan. Motivasi dianggap sebagai suatu reka bentik yang memenuhi aspek social, seksual, artistic dan keselamatan. Ini telah dinyatkan oleh Tan et al. (2003). Manakal menurul Santrock (2004) pula menyatakan bahawa motivasi ialah proses menjana, mengarah dan mengekalkan tingkah laku. Murid yang kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mengulangkaji buku-buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Murid boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru-guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri sebelum murid tersebut bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash-cards boleh mendatangkan minat membaca kepada murid berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai-kedai buku juga digalakkan.

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN Dalam konteks motivasi ini ia dapat membantu pelajar dalam pencapaian akademik. Kesemua ilmu membantu memotivasikan murid untuk menyiapkan tugasan dengan baik. Guru-guru juga harus mempunyai keinginan untuk menjalankan tugas perguruan dengan efektif supaya guru yang efektif dapat memberikan teknik-teknik pengajaran yang dapat menarik minat murid dan seterusnya memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang diberikan oleh guru tersebut. 4.3 Strategi Pengajaran atau Teori Pembelajaran Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran ialah menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya. Bagi strategi pengajaran pemulihan terbahagi kepada dua iaitu belajar dalam kumpulan atau bersendirian. Strategi pemulihan ini dapat memberikan aktivit pembelajaran yang menarik dan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan semangat ingin tahu dan berdikari dalam kalangan murid. Strategi pemulihan dapat memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan. Bagi aktiviti pemulihan dalam mata pelajaran matematik pula guru hendaklah memberikan aktiviti seperti permainan dam ular, aktiviti jual beli dan sebagainya bagi menarik minat murid dalam pembelajaran matematik. Menurut B.F. Skinner (1953 dalam Woolfolk, 1979), teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terbahagi kepada dua iaitu teori peneguhan dan juga teori hukuman. Teori peneguhan yang diterapkan terbahagi kepada dua iaitu peneguhan secara positif dan juga negetif. Bagi peneguhan positif ia digambarkan sebagai suatu peneguhan yang berunsur motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seperti contoh sekiranya seorang murid dapat menyelesaikan suatu masalah matematik murid tersebut dipuji dan diberikan hadiah. Maka dengan itu murid tersebut akan sentiasa berusah untuk membuat yang terbaik dalam pengiraan matematik tersebut. Bagi peneguhan negetif pula, guru akan berleter atau memarahi murid sekiranya murid

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN tersebut tidak dapat membaca dengan baik. Dengan itu murid tersebut berusaha untuk membaca dengan baik sebelum dimarahi oleh guru, dan guru tersebut tidak akan berleter dan seterusnya murid tersebut akan terus berusaha untuk membaca dengan baik tanpa ada kesalahan lagi. Antara teori Skinner yang diaplikasi di dalam bilik darjah adalah seperti ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur murid. Contohnya seperti memberi pelekat kartun atau sebagainya. Guru hendaklah memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang untuk meningkatkan kemahiran dan menambahkan kefahaman murid terutamanya dalam mata pelajaran matematik dan sains. 4.4 Pendedahan Awal Kepada Huruf dan Nombor Huruf dan nombor adalah suatu konsep yang wujud di sekeliling kita dan kanak-kanak seawall usia bayi. Ini kita dapat lihat melalui konsep teori perkembangan kendirikanak-kanak. Setiap aktiviti yang dilakukan oleh bayi seawal usia setahun hingga usia di sekitar dua tahun lebih boleh dijadikan bahan dan rangsangan untuk konsep nombor dan juga huruf. Malah, kita juga sebenarnya boleh mula mengajar kanak-kanak mengira dan mengeja pada usia itu. Usia 1-2 tahun adalah tahun-tahun awal yang penuh dengan penjelajahan dan pengalaman baru dalam dunia kanak-kanak. Sambil mereka menjelajah dan cuba menimba pengalaman baru. Inilah waktu di mana ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai tutor kepada mereka dengan memperkenalkan sejauh mungkin asas nombor bdan huruf mengikut kemampuan kanak-kanak berkenaan dan sejajar dengan tahap perkembangan kognitif mereka. Dalam membentuk konsep kendiri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru hendaklah selalu memberi bimbingan kepada pelajar yang lemah dalam akademik dan memberi peneguhan apabila mereka berjaya membuat latihan. Malah dalam pengajaran dan pembeljaran ini juga guru hendaklah menggunakan pendekatan yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Bagi murid yang lemah guru hendaklah menggunakan teknik scaffolding yang telah disarankan oleh Vygotsky dan lain.

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN 5.0 Kesimpulan Berdasarkan kajian yang telah dibuat masalah pembelajaran ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah pembelajaran seperti murid berkeperluan khas tetapi juga bagi murid normal yang mengalami masalah 4M iaitu membaca, mengeja, mengira dan juga menaakul. Masalah-masalah ini hendaklah dikenalpasti oleh ibu bapa seawal umur kanakkanak dalam tempoh 18 hingga 24 bulan yang mana dalam tempoh ini proses pembentukan konsep kendiri berlaku. Masalah pembelajaran bukan sahaja disebabkan oleh faktor kognitif kanak-kanak itu sendiri tetapi juga disebabkan oleh faktor guru yang mengajar serta faktor persekitaran murid tersebut. Faktor-faktor ini menjadi penyebab mengapa masalah pembelajaran berlaku pada murid-murid. Masalah-masalah pembelajarana ini dapat diatasi sekiranya guru dan ibu bapa dapat berganding bahu dalam mengatasi masalah pebelajaran tersebut. Dalam mengatasi maslah tersebut beberapa cara diperlukan bagi meningkatkan kebolehan murid dalam kemahiran 4M tersebut. Konsep dan teori oleh tokoh-tokoh pembelajaran yang terkemuka juga memberikan pandangan dan cara bagi mengatasi masalah pembelajaran ini. Dengan itu kita hendaklah sentiasa berusaha bagi mmeningkatkan kemahiran mengeja, membaca, mengira dan menaakul dalam kalangan murid supaya dapat mendidik murid-murid tersebut menjadi insan yang berkemahiran.

10

EDC 2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN RUJUKAN Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002), Psikologi Pendidikan , Pendekatan Kontemporari, McGraw Hill, Malaysia Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), Siri Pendidikan Guru, Psikologi Pendidikan, Oxford fajar Sdn Bhd, Selangor Profesor Dr. Khadijah Rohani Mohamad Yunus. (2007). Psikologi Pendidikan. Meteor Doc. Sdn Bhd. Mook Soon Sang (2007).Ilmu Pendidikan Untuk DPLI. Percetakan Season Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Peter Westwood. (2001). Reading ad Learning Difficulties. Assesment. David Fulton Publisher. Approach to Teaching and

Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abdulah Hassan & Ainon Mohd. (2004) , Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah , PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. , Pahang Darul Makmur

11

Anda mungkin juga menyukai