Anda di halaman 1dari 12

Laporan Amali Seni Mempertahankan Diri

Unit Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan SK dan Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SJK(T) semester 2 telah mengadakan amali seni mempertahankan diri pada 5 Oktober 2012. Amali ini diadakan dipadang Astaka institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar .Seramai 30 peserta telah mengambil bahagian dalam amali tersebut dan pensyarah kami Encik Azulhaimi Bin Ahmad sebagai guru

penasihat kami untuk menjalankan amali ini. Setiap kumpulan ada 10 orang peserta. Amali ini dimulakan pada pukul 2.30 petang. Sebelum tiga minggu ujian amali seni mempertahankan diri diadakan jawatankuasa telah diwujudkan semasa kelas Encik Azulhaimi Bin Ahmad. Pensyarah kami telah menjelaskan cara menjalankan tugasan ini. Berikut adalah jawatankuasa bagi tugasan ini.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA UJIAN AMALI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari

: : : : :

Ruwalfindi B.Abu Bakar (PJ SK) KmcKrisnaveni A/P Kuang Nam Thing (PJ SK) Vegeneswari a/p kesavan Jaya a/p Dandapani (PJ SK) Thilagess a/p Devarajoo (PJSJKT) Deepakala a/p Subramaniam (PJ SJKT)

Dokumentasi

Kathiresan a/la Moorthy (PJ SJKT) Kalaimangai a/p Kandasamy (PJ SK) Sathiavani a/p Raman (PK SJKT) Durga Devi A/P Muthu Lingam (PJ SK)

Makanan

Yogaswary A/P Segaran (PJ SK) Khairul Nizar Bin Muhammad Ghazali(PJSK) Nur Fadhilah Binti Maksom (PJ SK) Ramah a/p Simanjalam (PJ SJKT)

Persiapan tempat

Prakesh Rao A/L Ganapathi (PJ SJKT) Yogaraj A/L Bathumala (PJ SK) Parthivan A/L Anantha Kumar (PJ SJKT)

Jurufoto

Annie Maria A/P Johin Bin (PJ SK) Sopana a/p Annamulai (PJSK) Mangalambigai a/p Letchmanan (PJSJKT) Kasthuri Kumari a/p Ragu (PJSJK)

Keselamatan

Veetiyah a.p Suromuthu (PJ SJKT) Mayure a/p Balakrishnan (PJ SJKT) Renuga Nair A/P Siswa Sanggeram (PJ SJKT) Selvasangeetha A/P Selvarajan (PJ SJKT)

P.A Sistem

Naga Raju A/L Surinarayanan (PJ SJKT) Manivaasagam A/L Periya (PJ SJKT)

: : :

Anbarasi a/p Ramachandran(PJ SJKT) Shammini a/p Selvanatham(PJ SK) Megala A/P Poomalai (PJ SK)

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA Bil 1. Nama Ruwalfindi B.Abu Bakar Tugas Pengerusi Senarai Tugas Merupakan ketua / ketua jawatankuasa kerja untuk dihubungi dengan jawatankuasa induk tentang perjalanan ujian amali. Menerangkan tentang bidang tugas jawatankuasa bagi setiap ahli jawatankuasa . Memantau perjalanan sepanjang (persediaan) agar semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas dengan baik. Mengetahui dan memantau perjalanan program (hari ujian amali) dari awal sehingga berakhirnya program. 2. Kmc Krisnaveni a/p Kuang Nam Thing Naib Pengerusi Berperanan sebagai pembantu kepada Pengerusi. Berhak untuk mengetahui segala perjalanan dan persediaan program. Bertindak sebagai ketua program sekiranya ketiadaan Pengerusi sewaktu kecemasan. 3. Vegeneswari a/p Kesavan Setiausaha Menyediakan kertas kerja program Merupakan pembantu kepada Pengerusi berkaitan surat-menyurat. Menyediakan surat-surat rasmi berkaitan dengan penglibatan dari pihak luar Mencatat minit mesyuarat setiap kali mesyuarat berlangsung.

4.

Jaya a/p Dandapani

Naib setiausaha

Berperanan sebagai pembantu kepada setiausaha. Mengambil alih segala tugasan setiausaha sekiranya ketiadaannya sewaktu mesyuarat dan hal-hal berkaitan.

5.

Thilagess a/p Devarajoo

Bendahari

Membuat kutipan wang dari ahli produksi bagi membantu perjalanan program

Deepakala a/p Subramaniam

Merekodkan perjalanan keluarmasuk kewangan dari tabung/akaun sebagai rekod simpanan.

Menyimpan segala resit-resit pembelian sebagai bukti kredit perakaunan.

6.

Nur Fadhilah binti Maksom

Makanan

Menyediakan makanan dan minuman untuk pelajar dan pensyarah.

Khairul Nizar bn Muhammad Ghazali

S.Yogeswary S.Ramah 7. M.Kathiresan R.Sathiavani M.Durge K.Kalaimangai 8. Yogaraj a/l Bathumala Parthivan a/l Anantha Kumar G.Prakesh Rao Persediaan tempat Bertindak mengangkat dan menyediakan peralatan-peralatan yang digunakan. Dokumentasi Melaporkan segala kejadian yang berlaku dari awal bermula hari persediaan (mesyuarat), hari kejadian dan berakhirnya program (Post moterm)

9.

A.Sopana J.Annie maria R.Kasthuri kumari L.Mangalambigai

Jurufoto

Mengambil gambar-ganbar untuk dimasukkan dalam laporan sebagai bukti dan rujukan.

10.

B.Mayure S.Renuga Nair S.Sangeetha S.Suromuthu

Keselamatan

Melantik beberapa orang sebagai kawalan keselamatan bagi membantu kerja-kerja keselamatan sewaktu hari ujian amali.

11.

P.Manivaasagam

Peralatan dan P.A Sistem

Ditugaskan untuk menjaga audio dan P.A Sistem pengacaraan sepanjang program berlansung

S.Naga Raju

Menyediakan dan mengenalpasti pihak yang boleh menyediakan P.A Sistem untuk dipinjam.

R.Anbarasi S.Shammini Megala

Pada pukul 2.15 petang peserta-peserta telah mendaftarkan diri .Pada jam 2.30 petang ujian amali seni mempertahankan diri dimulakan.Ujian ini dimulakan dengan kumpulan yang pertama iaitu seni bela diri kaum melayu seterusnya kumpulan kedua seni bela diri kaum cina iaitu kungfu , tai chi dan qigong.Akhir sekali seni bela diri kaum india iaitu silambam bagi kumpulan ketiga. Setiap kumpulan mempersembahkan persembahan mereka dengan baik. Selepas ujian amali selesai Encik Azulhaimi Bin Ahmad selaku guru penasihat bagi kami memberi serba sedikit pandangan kelebihan dan kekurangan persembahan kami dan beliau juga telah menutup perasmian kerja kursus pendek seni mempertahankan diri ini. Ajk makanan telah pun sediakan juadah untuk peserta

dan pensyarah kami. Selepas selesai makan kami bersama-sama membersihkan tempat tersebut dan telah bersurai. Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh,

( MANGALAMBIGAI A/[P LETCHMANAN ) UNIT PJK SJK(T) SEM 2 Ujian Amali Seni Mempertahankan Diri.

GAMBAR SEMASA AKTIVITI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SILAT)

GAMBAR SEBELUM SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SILAT)

REFLEKSI MANGALAMBIGAI A/P LETCHMANAN (PJK SJKT) Bersyukur kepada tuhan,kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek(KKP) Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJ 2312 P5) ini dengan jayanya.Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pensyarah Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJ 2312 P5) kami,En. Azulhaimi bin Ahmad kerana banyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini adalah berdasarkan Kerja Kursus Pendek(KKP) iaitu mengadakan seni mempertahankan diri mengikut kumpulan yang ditetapkan, Sepanjang saya membuat latihan bagi amali seni mempertahankan diri ini, saya telah mempelajari banyak perkara. Pada mulanya saya menganggap topik ini agak senang tetapi sewaktu saya membuat latihan bagi seni mempertahankan diri kaum melayu iaitu silat saya telah dapat banyak pengalaman dan juga dapat mempelajari cara mempertahankan diri. Ahli kumpulan saya juga telah melayari internet untuk mencari maklumat mengenai seni mempertahankan diri kaum melayu. Kami telah membuat latihan dan kami juga dapat mempelajari kebaikan tentang seni mempertahankan diri kaum melayu.

Melalui tugasan ini saya mendapati bahawa Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini. Antara seni mempertahankan diri yang ada di Malaysia ialah Silat, Silambam dan Wushu. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi.

Melalui seni mempertahankan diri ini juga saya mendapat pengalaman yang amat bermakna. Secara tidak langsung pengalaman yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi guru kelak. Saya akan berusaha untuk menaik taraf seni mempertahankan diri ini dalam kalangan murid dengan mengadakan program sebegini di sekolah. Seni mempertahankan diri merupakan sesuatu seni yang patut dipopularkan semula pada masa kini. Oleh itu, adalah menjadi keperluan bagi individu untuk mempopularkan semula seni

mempertahankan diri ini kepada generasi sekarang. Seni mempertahankan diri ini juga dapat menguji ketahanan fizikal seseorang dan kemahiran dalam sesuatu seni mempertahankan diri. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu boleh belajar pelbagai kemahiran dalam satu masa. Sebagai generasi muda, kita haruslah mempopularkan semula seni ini agar tidak terus dilupakan oleh generasi akan datang. Sebagai seorang guru, mendidik generasi muda untuk mempelajari seni mempertahankan diri adalah menjadi tanggungjawab kerana tanpa guru mereka tidak dapat untuk mempelajari ilmu yang sangat bermanfaat ini. Saya harap segala pengalaman yang saya timba di institut hari ini akan saya aplikasikan semaksimum mungkin Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai