Anda di halaman 1dari 3

Tun Jaafar menang lima kali Mr.

Malaysia
Tun Jaafar Abdul Rahim, 32, menyertai kerjaya polis
berbekalkan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
pada 1999.
Surat yang diterima memintanya mendaftar diri di Pusat Latihan
Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur disambut dengan
penuh rasa syukur dan gembira.

Tun Jaafar Abdul Rahim ketika

Lebih-lebih lagi setelah percubaannya yang pertama gagal


menerima Sijil Tamat Latihan
menyebabkan ketika itu dia mengambil keputusan bekerja
Kursus Asas Konstabel dari
sebagai penjaga stor sebuah pusat membeli-belah bagi mencari
Komandan Pulapol, Datuk
wang saku.
Semasa di Pulapol, Jaafar seperti pelatih-pelatih yang lain
mengharungi pelbagai bentuk latihan bercorak fizikal dan teori
bagi melengkapkan diri seorang anggota polis berdisiplin tinggi
dan berwibawa.

Sheikh Mustafa Sheikh Ahmad


pada tahun 2000. - Gambar
NORHAYATI UMOR

Baginya, semua cabaran itu dihadapi dengan tabah kerana citacita untuk menjadi polis sudah menjadi impiannya sejak di bangun sekolah lagi.
Keazaman itu menguatkan lagi semangat saya untuk melakukan yang berbaik sepanjang tempoh latihan
tersebut, jelas konstabel kelahiran Sandakan, Sabah ini.
Malah ujarnya, dia juga perlu membuktikan kepada ibunya yang agak kurang bersetuju dia menjadi
anggota polis sebagai tanggapan yang salah.
Katanya, ibunya lebih berminat jika dia bekerja dengan urusan pentadbiran di pejabat berbanding
menjadi polis yang agak terdedah kepada bahaya hingga boleh meragut nyawa.
Kalau dilihatkan kelayakan akademik, Jaafar tiada bezanya dengan anggota-anggota lain malah perlu
bekerja kuat untuk menikmati kenaikan pangkat dan jawatan.
Namun bakat yang terpendam mula ditonjolkan selepas dia menamatkan latihan di Pulapol.
Malah dia sendiri juga tidak sedar, terdapat banyak kemudahan dan usaha menonjolkan bakat dalam
kerjaya kepolisan, salah satunya bidang sukan bina badan.
Bagaikan mengantuk disorong batal, apabila mendapat tahu terdapat gimnasium yang lengkap dengan
peralatan, Jaafar terus mengggunakan kemudahan itu dengan serius dalam sukan bina badan.
Saya gembira sekali kerana selain layak menjadi polis, cita-cita saya untuk membina otot-otot badan
yang diimpikan selama ini tercapai, luahnya sambil tersenyum.
Bermula dari situ, dia yang ditugaskan di Cawangan Unit Landskap, Bahagian Kem Komandan, Bukit
Aman sentiasa menghabiskan masa di gimnasium apabila ada masa terluang.

Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit akhirnya dibayar nilai setimpal apabila Jaafar memenangi
sebanyak lima kali Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Mr. Malaysia (Kategori berat badan 55 hingga 60
kilogram).
Kemuncaknya Jaafar juarai kategori terbuka bawah 70 kilogram dalam satu pertandingan di Indiana,
Amerika Syarikat pada 2001.
Menceritakan detik-detik kejayaan itu, jernih matanya menyatakan satu kepuasan tetapi mahu terus
berjaya lagi.
Katanya, pengiktirafan dan menjuarai lima kali Mr. Malaysia satu kenangan cukup manis yang di luar
jangkaannya sama sekali.
Mulanya saya membina otot-otot kerana minat dalam bidang bina badan tetapi setelah berjaya
mengharumkan nama polis dan negara di peringkat antarabangsa, memang disukarkan diluahkan
dengan kata-kata.
Pastinya bangga dan saya dapat buktikan kepada masyarakat walaupun hanya berpangkat konstabel
tetapi saya tetap mampu menyumbang sesuatu untuk pasukan dan negara, jelasnya.
Katanya, kejayaan itu juga membuktikan keputusan memilih polis sebagai kerjaya adalah pilihan yang
tepat.
Menurut Jaafar, setiap tugasan termasuk semasa melakukan latihan di gimnasium dilakukannya dengan
terbaik bagi kepuasan diri sendiri.
Bagi saya, untuk menjadi yang terbaik seseorang itu perlu memberikan komitmen sepenuhnya semasa
latihan dan itulah yang saya lakukan terhadap kerjaya polis dan sukan ini, katanya.
Dia puas dengan kejayaan sekarang kerana mampu mencatat sejarah dalam kerjaya kepolisan yang
tidak pernah diimpikan selama ini.
Namun dia juga sedar kejayaan itu tidak dapat dicapai tanpa usaha dan sokongan rakan-rakan termasuk
pegawai-pegawai kanan polis di Bukit Aman.
Jaafar juga berterima kasih dengan pengurusan di Bukit Aman kerana tugasnya di Cawangan Unit
Landskap membolehkannya mempunyai banyak masa untuk berlatih di gimnasium.
Katanya, inilah rutin hidupnya selain memberi tumpuan untuk membantu tugas-tugas di pejabat waktu
terluang pada sebelah malam atau hari cuti rehat berlatih.
Ini kerana, jelasnya, untuk mengekalkan bentuk badan yang cantik memenuhi kualiti seorang juara
bukanlah mudah termasuk bagi mengelakkan berat badan.
Namun bagi saya cabaran menguatkan lagi keazaman saya kerana kalau tidak memang pertandingan
pun anggota memang digalakkan menjaga kecergasan pada setiap masa, ujarnya.

NUR ALIFAH BT MOHAMAD AFANDI


11448
4 VANDA
PUAN EVA ROSAINI SARAH BT ALAI

Anda mungkin juga menyukai